Salam mesra kepada anda. semoga sentiasa bahagia dalam kesejahteraan. senyum-senyum selalu, semoga hari anda lebih ceria seindah sinar suria. hehe..
Seperti yang tertera pada tajuk entry ini, asada si jejaka kacak akan berkongsi cerita tentang piramid dan sphinx di Egypt. beliau bukanlah ahli arkeologi yang pakar. bukan juga pengkaji sejarah. tapi mahu juga berkongsi sedikit pengetahuan tentang kewujudan piramid.

gambar : asada si pengkaji tiada gaji berlatarbelakangkan 3 piramid di Giza.
Piramid merupakan tarikan utama pelancong ke Egypt dan merupakan salah satu binaan purba yang masih kukuh sehingga hari ini. terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan piramid menkaure. terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.
Piramid Khufu atau piramid Cheops[dalam bahasa Greek] merupakan piramid tertua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza. Dipercayai dibina sebagai kubur firaun Khufu dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan sekitar 2560BC. piramid ini menjadi binaan ciptaan manusia tertinggi selama lebih 3800 tahun iaitu setinggi 138.75 meter. lepas tu muncul la Lincoln Catheral di England memintas ketinggian piramid ni. hehe..

Peta kompleks piramid di Giza [gambar dari google]
Piramid kedua dibina pada pemerintahan firaun Khafre [anak firaun Khufu] yang diberi nama piramid Khafre[pyramid of Khafre]. kalau tengok dalam gambar cam piramid Khafre ni lebih tinggi kan. sebabnya ia dibina pada paras tanah 10 meter lebih tinggi daripada piramid lain. tinggi sebenar hanya 136.4 meter.
Piramid ketiga dan terkecil dinamakan piramid menkaure [pyramid of Menkaure]. dibina pada pemerintahan firaun menkaure setinggi 66 meter dan keluasan tapak ialah 108 x 108meter. sebuah keranda batu yang cantik dipercayai milik firaun menkaure dijumpai tertanam sedalam 16 inci di bawah tapak piramid ini. malangnya pada 13 oktober 1838, keranda itu tenggelam di laut semasa pemindahannya ke England. yang ada di British Museum sekarang ni hanyalah keranda yang berbentuk seperti manusia. huhu..

gambar : asada (yang hensem kat tengah) di depan pyramid of Khafre.
Binaan lain yang terdapat di kompleks piramid ini adalah patung sphinx. para pengkaji sejarah Egypt percaya ia dibina sekitar 2555BC ke 2532BC. namun ada yang berselisih pendapat pasal bila benda ni dibuat samada sebelum atau selepas pemerintahan firaun Khafre. Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. wallaweh!
gambar : asada (yang macho di sebelah kanan) di depan Temple of The Sphinx.
Lagi satu, hidung dan janggut sphinx ni dah takde. ada cerita mulut ke mulut orang arab egypt dan ditulis oleh Al-Maqrizi [ahli sejarah egypt] dalam bukunya mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme.
Ada jugak kisah lain menyatakan hidung tu hilang pasal askar Napoleon yang tembak. tapi.. mengikut kajian asada, hidung Sphinx tu pecah sebab telah ditumbuk oleh Ultraman!! hahaha.. memang susah nak percaya.. tapi tengoklah gambar kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa-apa pun.. banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Egypt selain piramid. masakan tidak, selain terkenal dengan nama Bumi Anbiya', Egypt juga menyimpan sejarah tamadun manusia tertua. kepada peminat arkeologi, Egypt merupakan antara negara paling top untuk dijadikan lokasi lawatan. hehe.. promote Egypt lak aku ni..
Terima kasih kepada anda yang sudi melayan. next time aku cerita lagi berkenaan tempat-tempat lain pulak. hehe..
Terima kasih kepada anda yang sudi melayan. next time aku cerita lagi berkenaan tempat-tempat lain pulak. hehe..
nota kaki :
maklumat ini diambil dari wikipedia dan buku-buku yang aku pernah baca. kalau ada kesilapan maklumat di mana-mana, sila bagitau.. hee =)
43 comments:
asada g jln2 lg..sgt jeles..fy ddk umah aje bce org laen hupdate bejalan2..huhuhu
ciss. itu ultraman tak bersivik tuh. ekekeke.
wahh, thanks for the info, bro.
sangat intresting...
kenapa tak try panjat pyramid tuh? :D
kalau rajin datang la semenanjung... nnti kami bawak ko jejalan...
g sunway piramid plak... hahahahahha
CheQ PP JoY :
haha.. jom la jalan2. cuti lama2 takkan nk duk umah je kot?
Lee :
hahaha.. ultraman tak masuk kelas moral time sekolah dulu. tu yg jd camtu..
tQ sudi dtg komen..
hee.. ada gak gambar panjat piramid ni, tp xleh panjat tinggi2.. haha
Farid Fernandez :
hahaha.. itu yg aku nak tu. lom pernah lagi aku pegi semenjak ada piramid kat situ. ko bawak la aku pergi nanti.. hahaha
selain pyramid ape lagi tempat menariks kat sana ek..selalu kalo Egypt je ingat pyramid..
maCy memang suke ultraman. tapi bukan taro. yg tu ultraman plg lembik skali dalam byk2 ultraman.. lalala~
Asada! boleh panjat ke mende tu??
~aRaBeLLa~ :
selain piramid, ada tinggalan kegemilangan Salahuddin al-Ayubi, Luxor : kwsn paling banyak tinggalan pemerintahan firaun..
muzium perang terbesar di dunia. banyak la.. leh je godek2 kat google tengok.. hee =)
ultraman pecahkn hidung dh la..nnti kn nk g sane, dh hancur dh kepala dia..huhu
maCy :
eh.. ultraman taro tu la hero segala ultraman. mesti la dia yg paling kuat.. heee =P
boleh je panjat. tapi kat bhgian kaki piramid je. pastu pyramids of queen tu pernah je panjat ke puncak. tapi kalau orang nmpak, akan kena marah.. heee :P
sarah shafie :
hahaha.. takpe. sekarang ni tak cari gaduh lagi ngn sphinx tu. dia dah cooldown. heee :P
otomen 2 sama baju ngn asada la... uniform ke apa??? hahahaha
nice info...
bace dengan muke siyes..tapi bila tgk picture last skali....kakakakaka...lawak giler...
asada yg hangit lagi tengik!!!
bestnya tengok gambar2 kat sini.. kagum2 \*_*/
eh, kamu la ultraman rupanye :P
bestnya dapat melawat sana..
agak2 bila la bole melencong ke sana, ultraman pon dah sampai sana...haih..
behnya p sana...tah bila la kami sefamili nak p sana ni...pasepot pun takdak lagi...aiyayaya...
teringin nak ke sana. :)
ado utromen eh kat sane? haha
tgk jer pon kena bayar kan?
otomen tu =))
jeles arr weh!
huhu
ntah bile dapat pegi
ko tulis lagik weh!
pastuh tempek gamba byk byk ehh??
slmt hari cuti..
camne nk sebut perkataan "sphinx"...
diorg simpan firaun dlm piramid,ade lagi ke jasad firaun?
yeah,ultraman sesat sampai ke mesir?? hahahahaha,tak penat ke ultraman terbang dr Jepun ek???
entri ni best...
tak dapat pergi tengok piramid..dapat tengok pic jadi la...hehehe...
pyramid cute la. Suka tgk (dlm gmbr jela hehee)
kamu masuk dalam piramid tuh?
ramai yang mula kaji kelebihan bentuk piramid tu.. dikatakan rumah sakit yang dibina dalam bentuk piramid lebih cepat menyembuhkan pesakit.. wallahualam..
ingat ultraman ada kat jepun je.. :D
wah.. bestnyer... thanks for the info.. rse mcm blaja sejarah plak.. hahaha...
tak lame lagi ultramen tu kena buang dr bumi la sb merosakkan harta pusaka.. hahaha =P
ULTRAMEN TARO berjuang :D lawaking
ehh tringat dlu, aku juga penah singgah kat egypt jap time darjah5,tp tatahu sejarah dia. thanks for yur knowledge..
thnkz bro sudi berkongsi info! aku pun bru thu je psl piramid ni? hehe
uishhh..bestny asada.tp gmba last tu x bole bla kot ;)
emmm dan manakal terdapat piramid yg ditemui di Okinawa ,jepun. menurut kajian piramid ni 2x umur piramid kat mesir. dianggarkan di bina seawal 8000 sebelum kelahiran Nabi Isa a.s manakala piramid kat mesir di bina 5000 tahun kemudian. (erk sori kalo xde kena ngena) cuma entri sdra pasal piramid so teringat piramid lain sme...huhuhu
hadoi jeles seh orang jalan2 tempat2 best camtu..teringin ouh nak tengok piramid dekat2..
di manakah janji2 mu untuk bawaku terbang ke sana juga?? hohoho
bestnye pergi egypt! :)
asal ramai blogger travel gi merata2 nih?
aku dengkiiiiiiii
hahahaha
best weih
untung ko bro
zalimnya ultraman,,,jauh plak tu dia mengembara dari jepun ke mesir..
hehe..
tp kenapa mesir jahat sangat dengan palestin eh...?
ahaha. ultraman xde keje
ahaha. ultraman xde keje
cam mana entah otomen leh tersesat ke sana ... ke memang dah bowink kat jepun ?
hmm, bila la boleh gi tgk pyramid cr live..uhuhu..
asada,,bestnye dpt g sana..
wakakakaka
dush skali dkt firaun!!
yeahhhh,gmbar nie kreatif
;]
hush! First time masuk blog yg sempoi camnie. tujuan sebenar juz nak cari inf0 sal piramid je..ttibe tnampak ultraman sedang..cayalah dude!
Post a Comment