Wednesday, August 31, 2011

Macam Tu Ke Sambut Merdeka?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Alhamdulillah.. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka selama 54 tahun. kalau dikenang pengorbanan pejuang yang menuntut kemerdekaan ini dulu, sungguh besar jasa mereka. paling saya kagumi pengorbanan Rosli Dhobi di Sibu, Sarawak. walaupun dianggap sebagai pembunuh oleh penjajah, di mata rakyat Sarawak beliau adalah pencetus semangat dalam menuntut kebebasan di negeri sendiri. bayangkan di usia 16 tahun, beliau sudah mempunyai semangat berjuang yang hebat demi tanah air.

Bila saya tengok remaja zaman merdeka malam tadi, hati saya jadi sakit. kononnya sambut merdeka, tapi sebenarnya kekacauan yang mereka timbulkan. melalak laung merdeka tengah malam sambil minyak motor dipulas-pulas, bunyi sungguh memekakkan telinga. tak dapat bayangkan macamana bentuk telinga mereka yang boleh tahan bunyi bising macamtu. uhh!

Belum lagi yang main mercun.. lontar sana sini. pesta itu, pesta ini. timbul dalam benak kepala saya, macam tu ke sambut merdeka? apapun, saya harap semangat menghayati kemerdekaan mereka sekuat bunyi mercun yang mereka mainkan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54. sama-sama kita hayati kemerdekaan yang telah kita kecapi ini. semoga dengan adanya penghayatan itu, kita lebih mencintai tanah air dan lebih bersemangat mencurahkan bakti kepada negara.

Sunday, August 28, 2011

Nak Tengok Anak Bulan Syawal Dah??

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! Selamat berpuasa.. (^^,)

Ape punya cerita lah blog ni. berhabuk kemain lagi sebab tak dijenguk oleh tuannya. cerita gadis gojes hari tu pun belum bersambung! maafkan saya.. ampun.. serius punya bizi. entah apa yang bizi sangat, saya pun tak tahu. kalah tugas perdana menteri.

Sedar-sedar je sekarang ni orang nak tengok anak bulan syawal 1432 Hijrah. ya ampun, esok! esok ye adik-adik.. dah nak raya rupanya kita ni. Ramadhan kian meninggalkan kita. samada kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat daripada Ramadhan, itu tanya kepada amalan kita sepanjang empat minggu lepas. cemana?

Lebih separuh daripada Ramadhan tahun ni saya jalani di kampung. cerita pasal makan untuk berbuka kat Malaysia memang sungguh heaven! kat bazaar ramadhan seolah-olah ada banjir makanan. macam-macam makanan yang sedap-sedap. tapi ada jugak yang suam-suam saje. hehehe.. (tiba-tiba cerita pasal makanan, ini memang saje nak bagi jeles perantau kat Mesir dan sewaktu dengannya).

Buat BBQ untuk berbuka pun senang sebab semua bahan mudah nak dapat. lalala~

Sambung cerita tengok anak bulan Syawal tadi, sebenarnya saya baru tahu esok orang nak tengok anak bulan syawal, 29 ogos 2011. saya sangat berharap Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu sebab banyak benda belum settle kat rumah ni. hahaha.. itulah sibuk sangat sampai dah nak raya baru gelabah!

Mungkin hari ni hari yang sibuk untuk saya. adeh... hari-hari pun sibuk!

Nota kaki :
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambutnya.

"hari raya dirai, Kemerdekaan dihayati." (ini slogan TV1 punya..)

Monday, August 15, 2011

Kisah Musafir Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hampir seminggu berada di Malaysia, baru nak update. siyes punya busy memanjang sampai tak terjenguk blog ni. kesian sungguh.. actually sekarang dah berada di Sarawak setelah bermusafir sejak 9 ogos. bermusafirlah sangat kan..

Ini dia cerita yang nak dikisahkan. bermula dari Cairo Airport, barang-barang saya overweight. entah macamana pekerja Gulf Air boleh pulak timbang hand luggage saya. 16 kilo! memang sah-sah la overweight sebab sumbat PC dalam tu. boarding pass saya ditahan sehingga saya kurangkan isi dalam beg. sumpah frust! terpaksa keluarkan monitor 19 inci bagi kat member yang masih tunggu di luar kaunter check in.

Sudah keluarkan monitor, masih jugak overweight! merayu punya merayu, akhirnya uncle tu bagi lepas.. berat hand luggage hanya dibolehkan 7 kilo tapi beg saya 10 kilo lebih. yang buat saya frust dan bengkak hati, ade je passenger lain bawak hand luggage bapak lebih besar dan lebih berat daripada saya! redha je lah.. memang takde nasib monitor tu nak jejak Malaysia.

Selesai part check in, bersedia untuk masalah kat imigresen pulak. saya ni jenis yang malas buat visa masa duduk kat Mesir. saya balik hari tu dalam keadaan visa dah expired. hehe.. nasib baik akak imigresen tu baik, tunjuk kad pelajar je, terus dia bagi lepas. risau jugak kena denda sebab ada pelajar sebelum ni kena bayar denda LE150.

Flight Gulf Air terbang seperti yang dijadualkan. bayangkan saya tempuh semua tu dalam keadaan selsema, batuk-batuk dan sakit tekak. ade sekali tu hingus meleleh tanpa sedar.. siyes tersipu-sipu malu dengan para gadis yang sama flight. tak dapat nak macho-macho depan diorang dengan baju K-POP baru saya. hahahaha..

Transit di Airport Bahrain lebih 2 jam, berbuka puasa di situ dengan makanan disediakan dari dalam flight. kenyang jugak dengan sandwich. takde selera sangat sebenarnya, makan apa yang ada sebab saya nekad tak nak keluar duit kat Bahrain.

Tak banyak cerita di Bahrain. hanya duduk-duduk sambil tengok orang. sempat berkenalan dengan Dede Sukander dari Bandung, Indonesia. beliau bekerja di Bahrain, tetapi dihantar balik ke Indonesia atas sebab masalah visa. yang sadisnya, Dede ditahan di lokap imigresen Bahrain lebih 3 bulan, keluar sehelai sepinggang dengan tiket balik dan duit 300 Dinar. tengok muka dia, boleh nangis kesian..

Sambung perjalanan ke Malaysia. dalam flight, aktiviti saya tengok movie hindustan, tapi lebih banyak tidur dari menonton. hahaha.. tukar-tukar tempat duduk memang dah kerja saya. duduk lama-lama di satu tempat boleh mengundang kebosanan. Alhamdulillah sampai ke KLIA seperti yang dijadualkan..

Ade gadis gojes menanti ketibaan saya di KLIA.. kisah bersambung. lalala~

Tuesday, August 09, 2011

Entry Sebelum Kembali Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua. kat mesir sekarang, cuaca panas memang sangat mencabar keimanan. jalan di siang hari boleh mengundang pengsan kalau tak betul gaya. tapi takpe, ini Ramadhan terakhir saya di Bumi Anbiya'.

Hari dalam minggu ni rasa macam panjang giler walaupun sama je 24 jam sehari. haha.. tak nak rugi minggu terakhir berada di Bumi Mesir. selain sibuk berpindah rumah sementara Asrama Pelajar Sarawak dibaik pulih hari tu, saya juga sibuk jalan sana sini beli sumthing untuk bawa balik Malaysia.

Tinggal lagi 15 jam sebelum saya terbang ke Malaysia. flight saya pukul 1.30 petang dari Cairo Airport (6 jam lewat dari waktu Malaysia). singgah di Bahrain dua jam lebih kemudian terbang ke Malaysia. jika lancar perjalanannya, insyaAllah akan sampai ke KLIA pukul 9.40 pagi, 10 Ogos 2011.

Selepas ini akan bersambung pengembaraan saya di Malaysia pulak. tak tahu nak gambarkan perasaan saya macamana. sedih ada, happy pun ada. sedih bila akan berpisah dengan sahabat-sahabat dan member-member di sini. bertahun-tahun bersama menempuh susah senang di negara orang. entah bila akan bertemu lagi.

Happy pulak sebab akan balik ke tanah air. well, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tetap jugak baik di negeri sendiri.

Semoga perjalanan balik saya dipermudahkan dan Allah SWT sentiasa memayungi perjalanan saya dan pelajar lain yang balik ke Malaysia. amiin..

Nota Kaki :
Merana sakit tekak dan batuk-batuk sekarang. takut pulak orang tak bagi naik flight. uhh..

Monday, August 01, 2011

Secebis Nota Sepatah Kata

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Pertama sekali saya minta berbanyak-banyak maaf kepada pengunjung blog ini sebab tak dapat meng-update sekerap dulu. maklumlah sekarang baru saja berpindah rumah yang mana tidak ada perkhidmatan internet. nak update pun kena ke cyber cafe. ni lepas habis solat terawih, terus ke CC. memang moden sungguh lah. hahaha..

Sebenarnya masih belum habis proses berpindah rumah. hopefully esok akan selesai kerja pindah memindah ni semua. selagi tak habis kerja pindah rumah dan angkat barang ni, saya memang tak boleh duduk diam. walaupun sebenarnya boleh lagi keluar jalan-jalan. hehe..

Terima kasih kepada yang memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan saya. semoga dengan doa anda semua, usia yang dikurniakan mendapat berkat daripada Allah SWT. amiin..

Tiada majlis besar-besar, takde potong kek, hanya makan-makan di KFC yang sahabat saya belanja bagi meraikan hari lahir saya. sangat-sangat berterima kasih. takde gambar! langsung tak terdetik nak tangkap gambar. huhu.. dah tua, terus jadi malu-malu nak tangkap gambar. hahaha.. (kenyataan ni perlu dipercayai!!)

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini kita sama-sama dapat meningkatkan amal demi mendapat redha dan keberkatan daripada Allah SWT.

"Kullu Amm Wa Antum Bikhair.."

Nota kaki :
puasa hari pertama ni, mesti ade yang lupa, pastu minum di siang hari. jangan buat-buat lupa sudah! (^^,)