Friday, December 31, 2010

Cukuplah.. Kita Tidak Ditakdirkan Bersama Selamanya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. senyumlah dengan seikhlas hati kerana senyuman itu pasti menenangkan insan lain.

Berat hati ini untuk menceritakan segalanya. namun tiada cara lain yang dapat menggambarkan perasaan saya. biar saya coretkan di sini. mungkin dengan perkongsian ini, kurang lah beban yang menyeksa jiwa.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan. untuk apa kita bertemu jika ditakdirkan untuk berpisah? tak perlu dipersoalkan kerana Allah maha mengetahui. saya yakin bersama sebuah perpisahan itu, berjuta hikmah bersamanya. redha dengan ketentuan Ilahi.

Pada mula bersama, saya akui perasaan sangsi sudah wujud dalam hati. walaupun begitu, saya teruskan jua untuk bersama kerana saya tahu, saya perlu tabah bersama awak menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. saya berdoa dan berharap semoga kebersamaan kita mampu mencipta kebahagiaan bukan untuk saya seorang, malah kebahagiaan insan lain. saya mengaku saya masih lemah. saya mengaku saya masih kurang berusaha untuk memartabatkan diri saya sebagai insan yang terbaik.

Semoga perpisahan ini tidak menjadikan saya lemah. saya nak jadi lebih kuat. saya nak jadi lebih berusaha, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. saya tahu saya perlu lebih bersemangat untuk menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Cukuplah.. Kita tidak ditakdirkan bersama selamanya dan tidak mungkin akan bertemu lagi. namun, perpisahan ini tidak akan memadamkan kenangan kita. saya pasti merindui saat kita bersama. selamat tinggal 2010!!

Nak letak jugak sedikit kenangan bersama 2010.

Pergi ke Dream Park Cairo ramai-ramai dengan member. pertama kali naik roller coaster. lagi gambar kat Dream Park Cairo di entry ini. gunting rambut style ini pun baru pertama kali saya buat. hahaha..

Makan ramai-ramai semasa birthday saya di Pizza King Abbas Aqod. biasa sambut birthday orang lain je kat sini.

Ohhh.. makin berumur lah saya bersama 2011. mana calon isteri ni?? kawan rapat yang membesar bersama sudah bertunang 25 Disember hari tu!!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H. bukanlah Aidilfitri pertama disambut di perantauan. mungkin sebab sudah lama tak beraya semeriah ini. seronok jugak walaupun tidak dapat bersama keluarga di kampung. siap buat video ucapan raya lagi. hehe.. raya tahun 2009 sangat sedih, kitorang beraya 8 orang je!

Jalan-jalan ke Tanta, Mansourah dan Alexandria. pertama kali buat trip gamble macam ni. bermula 29 mac hingga 1 april 2010. actually ada urusan lain, sambil-sambil tu berjalan tengok orang. entry lengkap kat sini.

Pertama kali picnic di Hadiqah Al-Azhar. bulan november rasanya. tak ingat bila.. Kimmy Ai pun ada sekali. beliau masak spagetti, sedap katanya.. lalala~ saya tak sempat mengarang entry pasal picnic ni. hehe..

2010 menutup tirai. segala yang bersamanya akan menjadi nostalgia..
Selamat Tinggal 2010..
semoga kita lebih bersemangat menempuh segala cabaran di tahun baru. selamat maju jaya!!


Taktik Pencuri Zaman Moden

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu senyum selalu. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Menyinggah di Blog Sarang Platipus, tampalan beliau bertajuk 'Siap La Kau Nanti!' menarik perhatian. marah dengan siapa platipus ni? detik hati kecil saya. rupa-rupanya, platipus marahkan pencuri yang menceroboh rumah jiran beliau. pencuri zaman moden!!

Saya pernah menjadi saksi taktik pencuri zaman moden. kisah ni berlaku tahun 2007 di bangunan asrama kitorang di Cairo. bangunan asrama adalah kawasan private, bukan warganegara Malaysia di larang keras masuk tanpa kebenaran. lebih-lebih lagi orang Arab Mesir.

Petang yang ceria, saya dan dua orang kawan berjalan balik ke rumah. berada di tengah dataran Malaysian Students Complex, seorang kawan menelefon ajak makan bersama di restoran Indonesia. dalam kepala sudah terbayang ikan tiga rasa dan ayam bakar padang. kawan-kawan lain semua dah ada kat sana. cuma seorang lagi tengah bersiap di rumah, akan menyusul sekejap lagi.

Dataran Malaysian Students Complex. takde simpan gambar penuh lak.

Dua orang kawan bersama saya tidak berhajat mahu ikut serta sebab nak berehat di rumah. saya pulak nak naik ke rumah tingkat lima memang tak nak dah, jadi saya tunggu kawan yang sedang bersiap di tepi dataran. dekat sangat dengan asrama kitorang. selang beberapa minit, saya nampak seorang lelaki segak berkot gelap keluar dari pintu bangunan asrama. tak lama lepas tu muncullah kawan yang ditunggu, kami jalan seiring ke restoran Indonesia.

*****

Malam yang dingin, tak ingat kami mahu keluar ke mana. kawan saya masih belum muncul, lalu saya ke apartmen beliau. mukanya resah, biliknya berselerak seperti dilanda tsunami. lalu beliau bersuara, duitnya lesap. LE950. sudah habis benua digeledah masih belum jumpa.

Lelaki Arab berkot biru gelap mula menjadi persoalan. siasatan pun bermula..

Azhar yang sedang bersiap petang tadi, bertembung dengan seorang lelaki Arab berkot biru gelap turun dari tingkat lima ketika beliau naik. bersembang sekejap bertanyakan pelajaran, kuliah dan sebagainya. ramah penuh mesra..

Dua orang kawan yang berpisah dengan saya di dataran petang tadi pun bertembung dengan lelaki Arab yang sama di depan pintu masuk utama. sembang jugak.. tanya tujuan lelaki Arab tersebut datang ke asrama. katanya berjumpa dengan Ustaz Aminuddin yang ketika itu YDP persatuan. tidak ada apa yang disangsikan apabila si Arab menyatakan tujuan keberadaan dia.

Si Arab pun tanya kawan-kawan saya belajar apa, kuliah macamana. exam okay ke tidak. malah mendoakan kejayaan dua kawan saya sebelum berpisah. pada tanggapan mereka, lelaki Arab tu adalah seorang lecturer. paling tidak pun kawan Ustaz Amin yang sama-sama ambik master.

Apabila cerita ini dikisahkan kepada Ustaz Amin, beliau menafikan ada orang Arab berjumpa beliau hari tu. maka terbuktilah si Arab berbaju kot biru gelap itu adalah penceroboh asrama kami. mangsanya duit LE950 milik kawan yang sama-sama bersembang di depan pintu masuk!

Kami syak lelaki arab tu tahu nama Ustaz Amin melalui tandatangan di papan kenyataan lalu menggunakan nama tersebut untuk meloloskan diri. saya yang melihat lelaki itu keluar dari asrama pun tidak syak apa-apa sebab tahu dua kawan saya baru saja masuk.

Taktik Penjenayah Zaman Moden. susah nak kenalpasti identiti sebenar mereka. kalau zaman atok-atok kita dulu, pencuri, penyamun dan orang jahat sudah sedia dengan watak bengis, bermata satu atau watak brutal bawak parang kejar orang. tapi zaman sekarang, perwatakan sebegitu bukan untuk menilai seseorang. bak kata omputih, "don't judge a book by its cover".

kalau terang tang tang jahat camni, senang nak tau..

Bila ingat semula kisah ni, geram pun ada, kelakar pun ada. geram sebab dia rembat duit yang kawan saya keluarkan dari ATM sehari sebelum hilang, baru belanja LE50. kelakar sebab mereka duk sembang dengan pencuri dan pencuri tu mendoakan kejayaan mereka dalam pelajaran!

Hope benda camni tak jadi lagi. lepas kes kecurian tu, kitorang sentiasa kunci pintu apartmen masing-masing. entah siapa yang membiarkan pintu masuk utama terbuka luas masa keluar hari tu. sepatutnya pintu utama sentiasa ditutup dan berkunci. ayat kawan saya, dah bukan rezeki. redha je lah.



Nota Kaki :
berwaspada di mana jua berada. kalau dah berwaspada, benda jadi jugak, itu dinamakan takdir. kena redha.. setiap yang berlaku pasti ada berjuta hikmah yang kita tidak tahu. (^^,)

apa yang saya tahu, mencuri hati seseorang hingga terpikat tidak menjadi satu kesalahan. lalala~

Wednesday, December 29, 2010

Gejala Gian Internet

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga berada dalam limpah rahmat-Nya dan ceria sentiasa. senyum-senyum selalu kerana senyuman anda menceriakan insan lain. mahukan bukti? senyum je untuk diri sendiri depan cermin, mesti lepas tu akan rasa happy. jangan orang kata mereng sudah. hehe..

Bangun pagi tadi, mood sungguh ceria. rasanya dah lebih dua minggu tak tidur secara normal. maksud normal tu, tidur sebelah malam yer. sebelum ini agak sukar melelapkan mata waktu malam, mungkin disebabkan terbiasa tidur petang yang boleh dianggap sebagai pengganti tidur malam. sejak internet takde hari tu, masa tidur dapat diselaraskan.

Menempuh hari-hari tanpa internet, sangat mendera perasaan. ibarat ada kereta tapi takde minyak. ada telefon tapi takde kredit. duduk selenga di depan PC tak dapat buat apa.

duduk selenga depan pc [gambar dari uncle google]

Ya ampuuunn.. serius internet ni dah macam dadah! kalau tak ada memang kena cari. takde internet umpama hilang sebahagian nikmat dunia. sanggup menapak pergi cyber cafe pukul 7 pagi bila internet takde kat rumah. kononnya nak ambik feel tak ramai orang. harapan jer.. budak-budak arab sebelum pergi sekolah, 'berjihad' kat CC main game perang!

Alhamdulillah internet dah okey sejak dua hari lepas. tapi, bila dah ada internet, takde plak 'sangap gian' menghadap. umpamanya bila takde tercari-cari, dah ada kita tengok je. hahaha..

Walaupun begitu, kisah gian internet tak sama dengan kisah mencari calon isteri. kita perlu berusaha mencari calon isteri. dah dapat cari, jaga dengan sebaik mungkin. jangan sia-siakan. bak kata ayat iklan, kerana dirimu sungguh berharga.

Melalut pulok...

Apa pun, hope ada internet ni, tak merosakkan masa tidur yang dah normal. haha.. kena guna taktik blogging awal pagi. kalau tengah malam, boleh mengundang tak tidur malam. macam la update blog hari-hari.


Nota Kaki :
Orang yang berjaga malam itu adalah insan luar biasa. insan luar biasa ni terbahagi kepada dua kelompok. satu kelompok yang berlumba mencari redha Allah SWT dan satu kelompok lagi berlumba mencari redha iblis laknatullah. yang mana satu kelompok kita? tanya hati, tanya jiwa, tanya iman..

actually ada satu lagi, kelompok yang tengah-tengah malam update blog. (^^,)

Thursday, December 23, 2010

Gangguan Internet

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria selalu senyum selalu. cabaran apa pun yang datang, hadapi dengan senyuman. yang penting, jangan mudah mengalah! ;)

Internet di rumah saya bermasalah lagi. kali ini mungkin untuk jangka masa yang lama. saya kurang pasti apa masalah sebenar. menurut brader arab tempat saya menyewa internet, server kawasan kami 'blown up'!! giler ahh.. entah apa yang 'blown up' tu saya tak tahu..

takde internet terasa agak sunyi. seperti hilang sebahagian nikmat dunia. hahaha..
[gambar dari google]

Yang peliknya, cyber cafe berdekatan dengan rumah ade pulak internet. ahh.. ini membuatkan saya agak sangsi dengan brader arab tu. terasa rugi sebab sudah membayar sewa internet sebulan penuh.

Sebelum ini selalu jugak internet down, sudah biasa. sejam dua akan okay semula. namun, kali ini internet bermasalah sejak petang semalam. geram sebab tak tahu punca sebenar gangguan. yang pasti ini bukan gangguan makhluk halus.

Buat masa sekarang, hanya datang ke cyber cafe untuk menjenguk blog. tapi tak boleh nak lama-lama. sengkek den..


Nota Kaki :
jangan rindu-rindu saya.. budget cam ade yang rindu. lalala~

Wednesday, December 22, 2010

Music Player Yang Mesra Pengunjung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu di mana jua berada. yeah! hilangkan suram sebarkan senyuman..

Setelah blog ni berwajah baru, saya mula bergerak aktif menjenguk blog-blog lain. alhamdulillah ada kesempatan membuat tinjauan blog ke blog sambil meng-usha calon. calon isteri kena dicari. hehe.. kalau dah tiba masa sibuk, susah nak jalankan aktiviti berblogwalking.

Dalam khusyuk berblogwalking, pelbagai jenis blog yang saya singgah. apa yang saya nampak, banyak blog baru yang kian maju. ceewah, ayat macam la blog saya dah otai sangat kan. tak sampai setahun lagi ni. hahaha..

Sebenarnya nak berkongsi pendapat tentang meletakkan lagu di dalam blog. banyak jugak blog yang saya jenguk mainkan lagu yang best-best. kadang tu lagu yang saya dah lama tak dengar.. seronok melayan sambil menggodek blog.

Pada umumnya, meletakkan lagu yang diminati di dalam blog bukanlah satu gangguan dan saya akui, sesetengah lagu yang dimainkan boleh memberi ketenangan serta menaikkan mood pengunjung. pemilihan lagu yang baik dan menenangkan juga dapat melambangkan identiti sesebuah blog.

Walaubagaimanapun, cara lagu tersebut dimainkan mempengaruhi mood, samada ia mengganggu atau menyemarakkan lagi minat untuk meneruskan pengembaraan di dalam blog. jika seseorang yang datang berkunjung ke blog sudah sedia memainkan lagu di laptop atau komputer, sudah pasti ia menimbulkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu. lebih-lebih lagi apabila widgets yang digunakan tidak dapat diselaras mahupun ditutup.

Oleh yang demikian, memilih player atau widget yang 'mesra pengunjung' untuk dimuatkan di dalam blog adalah sangat penting. mesra bermaksud music player tersebut boleh diselaras mengikut kehendak pengunjung. pastikan music player diletak di tempat yang mudah dilihat supaya pengunjung yang tidak selesa dengan lagu tersebut boleh menghentikannya dengan mudah. tak perlu nak cari geledah sampai lebam di dalam blog. perlu di ambil perhatian, tidak semua orang meminati lagu yang kita minat.

widget music player yang mesra pengunjung [print screen dari blog cik yana]

Antara blog yang menggunakan player 'mesra pengunjung' adalah Cik Yana Official Blogspot, Blog Fifiey Lychee Maration, Blog biskutsarkas.com dan Blog Armiza.

Mungkin ada yang berpendapat, 'blog ini blog peribadi, jadi tak kisahlah nak letak apa. tak suka boleh klik pangkah.' .. persoalannya, apakah tujuan sebenar menulis blog? kalau macam tu baik menaip kat microsoft word, kat text document ke. pastu simpan di dalam laptop. sebab bukan untuk bacaan orang lain. alangkah baiknya jika kita menarik pengunjung yang datang untuk lebih dekat kepada kita melalui penulisan dan blog yang mesra. entah-entah ada di kalangan mereka calon menantu untuk mak. tak gitu? hehe..

Enjoy Blogging~


Nota Kaki :
penulisan ini hanyalah pendapat peribadi saya. sekiranya ada pendapat yang lebih bernas serta tips berblogging yang lain, sila lah kongsikan bersama. (^^,)

Sunday, December 19, 2010

Makan Hati Berulam Jantung

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sihat sejahtera di mana jua berada.

Hari Sabtu semalam sepertinya agak suram berbanding hari sebelumnya. puas bergelak tawa. betul lah pesanan 'orang orang lama', jangan gelak berlebihan, kelak tangis datang berteman. tapi saya ni bukanlah menangis, hanya bersuram makan hati berulam jantung.

ulam jantung pisang. gambar dari google. [sini]

Sesungguhnya tak mahu pun melayan perasaan semacam ini. kalau boleh tak nak pun makan hati berulam jantung. nak makan ayam kari dan masak lemak je. tetapi, entah mengapa selera makan hati kuat benar merebak menyebabkan nak buat itu malas, buat ini pun lemah. habis tu nak buat apa? melelapkan mata. lalala~

Kenapa makan hati? entah lah.. biarkan ia menghilang sendiri. biarkan ia kembali tawar. kamu tidak bersalah, hanya saya yang mungkin terlebih aji-no-moto.

Sejak 2 hari lepas, saya baru perasan seorang sahabat sudah hilang dari senarai kawan di facebook. entah ke mana perginya. apabila di tanya kepada yang lain, kononnya beliau mempunyai akaun facebook yang baru. mungkin beliau ada alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan akaun facebook tersebut. siapa tahu beliau juga makan hati berulam jantung seperti mana saya sekarang. hehe..

Ada juga sahabat lain yang sudah membuang saya dari senarai kawan di facebook, tak mengapalah. semua orang punya alasan untuk berbuat sesuatu. cuma saya takut terlost contact. sayangnya kalau tali persahabatan lenyap sebegitu. mungkin juga salah saya sendiri yang jarang bertanya khabar.

Tiba-tiba teringat post tentang Perkara Sia-Sia yang pernah saya tampalkan di sini Ogos lalu. inilah padahnya apabila bersahabat tetapi tidak bertanya khabar. sesiapa yang belum membaca, saya cadangkan anda mengambil iktibar dengan sebaiknya. [sini]

Seorang sahabat menghantar mesej kepada saya sejurus selepas keluar melulu semasa ber-YM bersama.
Guys are all liar n they jz pretend to be kind.
Mungkin sikap atau segelintir para lelaki yang berpura-pura baik dan suka menipu menjadikan kaum hawa mudah memberi ayat sebegitu terhadap lelaki. janganlah menghukum kami begitu. hurm.. apa pandangan anda terhadap ayat ini? [kantoi sahabat tu seorang perempuan] hihi..


Nota Kaki :
sudah ada rumah di BlogLarian. jemputlah datang menjenguk saya dan housemate di alamat No.138 perumahan BlogLarian.

Friday, December 17, 2010

Saya Nak Join Segmen Review Dari Cik Tom


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga sentiasa ceria di mana jua berada. yeah!

Sebelum ni tak pernah pun join segmen review macamni. oleh kerana blog ini sudah berwajah baru, nama pun baru, jadi teringin juga nak dengar apa pendapat orang lain tentang blog ini secara lebih terperinci. hehe..

Siapa yang masih belum kenal Cik Tom? walaupun blog beliau masih baru, tapi meletop-letop yoh. baru 5 bulan sudah mempunyai lebih 1000 followers. masakan tidak, penampilan dan penulisan blog yang santai ditambah dengan beliau sendiri yang sungguh friendly menjadikan para pembaca tertarik untuk mengikuti perkembangan blognya.

Blog Tomato Gurl's Life yang ditulis oleh Cik Tom banyak menyediakan tutorial membina dan memantapkan blog untuk para blogger. selain itu beliau turut menulis tentang pengalaman peribadi dan berkongsi pelbagai tips kepada para pembaca.

Perkongsian-perkongsian menarik daripada beliau membuatkan saya terus menjadikan Blog Tomato Gurl's Life sebagai salah satu blog 'wajib terjah' setiap kali berblogwalking. antara perkongsian yang pernah beliau tampalkan adalah : Perempuan vs Lelaki, Tips Membuat Entry Menarik, Tips Mengatasi Perasaan Marah dan banyak lagi..

Kali ini, buat julung kalinya Cik Tom mengadakan segmen review blog seumpama ini. kalau tengok dari sambutan semalam, dah nak penuh penyertaan. entah sempat ke tidak saya nak join. hanya 30 penyertaan sahaja yang akan diterima.

Apa pun.. saya nak join segmen review oleh Cik Tom ni. hehe..


Nota Kaki :
kalau dari kata Cik Tom kena pilih entry mana yang menarik. saya tak reti nak pilih sebab semuanya menarik! jom jenguk Cik Tom.

Wednesday, December 15, 2010

Blogwalking Di BlogLarian

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria di mana jua berada. ;)

Beberapa hari yang lalu, sedang saya berjalan-jalan di blog rakan sambil mencari-cari bakal bini, ade lah ternampak akan entry tentang BlogLarian. pergi jugak lah menggodek, berehat sekejap meng-usha calon. konsep BlogLarian mengumpulkan link-link blog untuk memudahkan sesi blogwalking. tetapi tak ramai blogger yang join. baru lagi kot.

Sekejap tadi saya menjenguk ke BlogLarian semula, giler kejap dia punya followers bertambah ramai! lepas tu, dah banyak link para bloggers yang ada kat situ. tahniah kepada admin dan editor BlogLarian. tahniah jugak kerana berjaya menguruskan blog seumpama itu dengan cemerlang.

Ni header terbaru BlogLarian. masa saya pergi hari tu lain.

Tidakkah anda berasa teruja? dalam masa beberapa hari sahaja BlogLarian seolah-olah menjadi fenomena di kalangan bloggers. ke saya je yang rasa teruja sebenarnya? heee..

Jadi.. pada saya, tak rugi apa-apa kalau join. malah mungkin akan lebih mudah untuk berblogwalking dan mencari calon isteri. hehehe.. nak join? senang je.. buat langkah-langkah seperti di bawah.

1. Letak banner ini di dalam satu entry (seperti saya buat ni) dan link terus ke http://bloglarian.blogspot.com

2. Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana..." (tidak melebihi 30 patah perkataan).

"Saya suka berblogwalking kerana ingin mendapat lebih ramai rakan dan kenalan, membaca kisah suka duka orang lain dan ambik pengajaran, sambil tu mencari calon isteri sekaligus dapat meningkatkan graf traffic blog saya. " (28 patah perkataan)

3. Follow BlogLarian.

4. Tag 3 orang atau lebih rakan.

Dekat sini saya mengumumkan, orang yang saya tag adalah : maCy, MaWaDDaH, Keyyah, Tun Teja, Asyrafhamasaki.

5. Sila beritahu rakan yang anda tag melalui komen.

6. Tinggalkan link post anda di entry saudara Padel bersama NAMA BLOG ANDA. [ sini ]

7. Peserta akan disenaraikan di dalam BlogLarian mengikut turutan.

8. Tiada tarikh tutup buat masa sekarang. jangan lambat-lambat, nanti tak sempat. :)

Hope admin meluluskan entry ini lalu nama saya disenaraikan dalam list. jom jenguk-jenguk dulu BlogLarian.

Monday, December 13, 2010

Kaer Azami??

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. kenyit-kenyit mata sambil bagi senyuman. semoga ceria selalu di mana jua berada. ceria kena senyum. dah senyum baru nampak lawa. kalau muka masam, orang nak tegur pun tak berani. kan.. kan..

Tajuk post saja dengan nama artis, tak nak kalah hot asada ni. hahaha..

Siapa tak kenal Kaer Azami, bekas finalis realiti TV Akademi Fantasia 2 tahun 2004 yang satu ketika dulu meletop-letop dengan lagu Izinkan Ku Pergi. saya pun layan lagu tu dulu. konon-konon nak jadi hero macho. lalala~

Kenapa tiba-tiba muncul cerita pasal Kaer Azami ni?

Al-kisahnya macam ni, selama saya duk blogging, 'tampal' gambar sana sini, selalu gak orang kata muka saya iras-iras Kaer. tang mana yang sama, saya pun kurang pasti. belum masuk yang kata macam Aqasha, cam Hrithik Roshan, cam Ameer Khan. (terjadi metafora dah..).

Tadi time tengah 'skyping' dengan Sizuka Izzati, housemate beliau yang bernama Ton join sekaki tengok sesi pengubahsuaian blog saya. walaupun Ton sedang sibuk buat nasi goreng sempat jugak meng-usha. tiba-tiba..

"Oh My God!! muka dia macam Kaer lah! sebijik!!" jerit Ton.

"Siapa yang macam Kaer?" soal saya yang dah sah-sah bizibody.

"Ton cakap.. muka awak sebijik cam Kaer Azami AF2.." jawab Izzati dengan nada selamba dekat-dekat nak menyampah.

Haih?? pelik saya.. mana yang sama sebenarnya. dah alang-alang Izzati kat situ, saya suruh la dia tunjukkan mana yang sama. tak lama lepas tu, ada gambar yang Izzati send.. membandingkan muka saya dengan Kaer Azami.

Gambar july 2010. puas saya tatap cari mana persamaanya. bagi saya yang membelek muka ni di cermin setiap hari, semacam sangat jauh perbezaan saya dan Kaer. saya hensem lagi kot. *hidup kena semangat dan konfiden level kena tinggi* hahaha..

Tapi kalau bab suara, dah confirm saya kalah dengan Kaer. awal-awal lagi saya angkat bendera putih. walaupun begitu, kalau nak ajak karaoke, boleh pegi lagi rasanya..

Sedang meng-google gambar Kaer, terpandang gambar Kaer pakai kot coklat. terus teringat yang saya pun ade ambik gambar dengan kot yang lebih kurang sama dan terperasan, gaya posing pun hampir sama! ini gambar february 2009. macamana, ade sama tak?

Apa pun, pandangan setiap orang berbeza. tapi tak mustahil ade yang exactly sama muka dengan kita. entah-entah perangai pun sama, minat pun sama. sape tahu penjual kwetiaw kat penang ada sama muka ngan asada? haaa.. dunia masih luas belum diterokai. banyak tanah belum dijelajahi.

Sebagai penutup, saya letak lagu Izinkan Ku Pergi by Kaer Azami. sekali dengan lirik saya bagi. takut jugak ade yang tengah cari lagu Kaer tersesat kat entry ni, tak dapat lagu, letih je masuk. jom! layan...

izinkan ku pergi.m...


Izinkan Ku Pergi by Kaer Azami

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

oh.. pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi



Nota Kaki :
blushing-blushing buat entry ni. hahaha.. maafkan saya kepada sesiapa yang tiba-tiba mual.

gambar di ambil daripada pakcik Google. kalau lah Kaer Azami sendiri baca blog ni, minta maaf yer kalau ade yang tersilap.

Saturday, December 11, 2010

Hilangnya ThE sToRy oF LiFe

Assalamualaikum dan salam mesra, salam satu Malaysia kepada semua. semoga sentiasa bersama ketenangan dalam menjalani hari-hari yang penuh cabaran. jangan gusar dengan rintangan yang mendatang, hadapi dengan senyuman.. hidup kena kuat, baru la orang panggil hero. tak gitu?

Wahh.. menulis di blog yang sudah berwajah baru. bukan setakat wajah je tukar, nama blog pun tukar! kenapa tukar?

Sejak mula blog ini diwujudkan, saya memilih untuk menggunakan nama 'ThE sToRy oF LiFe' sebagai tajuk blog yang mana saya kira 'okay~la~' sebagai pentas untuk bercerita pelbagai jenis kisah hidup, suka duka, gelak tawa, cemas debar, termasuklah cerita entah apa-apa. sedikit pun tidak terdetik mahu menukar nama blog ini, kerana bagi saya ia masih relevan dengan kandungan yang saya tulis.

Namun, setelah membaca banyak post para blogger berkenaan identiti blog, saya sendiri merasa janggal dengan nama 'ThE sToRy oF LiFe' apabila digandingkan dengan URL yang saya guna, http://akudakmalaysia.blogspot.com/. seolah-olah tiada kesinambungan. akhirnya, saya nekad menukarkan nama blog kepada 'BLOG BUDAK MALAYSIA' mengikut kesesuaian URL yang sedia ada.

Maksudnya.. ThE sToRy oF LiFe tak hilang lah. hanya bertukar wajah, hee.. masih orang yang sama menulis di dalamnya.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada Sizuka Izzati yang sudi membuatkan header untuk saya dan memberi idea secara percuma! benda free, lagi lah best. saya boleh tengok macamana beliau edit header walaupun beliau ada kat new zealand. canggih dunia teknologi sekarang.

Sizuka Izzati ni penulis blog Sizuka-World-Of-Life. juga seorang photographer handalan dan pengedit yang super. berbaik-baiklah dengan beliau, entah-entah nanti dapat header free cam saya jugak. besar gedabak saya letak kat atas. hahaha..

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang dah ubah nama, biar template berubah sekali. baru puas hati.

Sebelum ni saya guna template dari mana ntah, tetapi agak ringan. sekarang, saya cuba untuk menggunakan template daripada blogger.com sajor. simple dan saya agak berminat, tetapi berat lah pulak berbanding template sebelum ni. mahukan template yang lebih ringan. mana nak dapat yer?


*UPDATED PANAS-PANAS*
Setelah menerima komen header yang tadi besar gedabak sangat sampai lambat loading, jadi saya pun mintak jasa Sizuka Izzati yang baik untuk edit lagi header tadi dengan dilihat oleh saya sendiri. sebenarnya kan, saya pun blushing sopan bila tengok muka sendiri besar gedabak camtu kat header! hahaha..

Dah siap, maka jadilah header terkini seperti yang ada sekarang..



Nota Kaki :
semestinya saya mahukan komen daripada anda yang menjenguk ke sini.. apa komen anda tentang loading, susun atur, template, header dan lain-lain. komen-komen anda sangat-sangatlah dihargai.

atas cadangan beberapa orang blogger, komen-komen yang masuk perlu di approve terlebih dahulu untuk mengenalpasti spammer. rupanya memang ade!

Monday, December 06, 2010

Atabah : Bandar Di Tengah Kota Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga penuh ceria di penghujung Dzulhijjah 1431H. senyum-senyum selalu, semoga senyuman anda turut memberi keceriaan kepada insan lain yang sedang berduka.

Sabtu hari tu, saya bersama dua orang lagi sahabat, fadzrul dan haziq diberi amanah untuk menempah trofi Anugerah Pelajar Cemerlang Sarawak di Mesir yang akan dinobatkan Khamis ini. yang pastinya bukan saya mahasiswa cemerlang itu. uhh..

Perjalanan kami agak aneh, tidak terus ke tempat tujuan sebenar. kami bertolak dari rumah seawal 8.00 pagi, berkunjung ke kediaman seorang pegawai Education Malaysia di Mohandesin dan kemudian, dari situ baru lah menuju ke Atabah, lokasi sebenar kedai menempah trofi.

Atabah sebenarnya tempat terbuka yang menempatkan beribu kedai menjual pelbagai jenis barangan. jika diamati, setiap kedai mempunyai jenis barangan yang tertentu dan terletak pada lokasi yang tertentu. ada lokasi menjual minyak wangi, berderet lah dengan kedai minyak wangi. ada lokasi menjual pakaian, berlonggok dengan pelbagai jenis pakaian. nak cari barang bertukang buat rumah, barang mesin jahit, barangan dapur, handphone.. semua ada kat Atabah. serba lengkap!

Malangnya, kami tiba terlalu awal di Atabah. pukul 10.00 pagi, kebanyakan deretan kedai di Mesir belum memulakan perniagaan. kedai tempat nak tempah trofi pun tak bukak lagi. akhirnya kami ambik keputusan berjalan-jalan di sekitar Atabah. saya mencadangkan berjalan ke tempat yang belum diterokai oleh kami, dan hasilnya...

Statue Ibrahim Pacha (1789-1848). Ibrahim Pacha ni anak kepada Muhammad Ali Pacha dan merupakan seorang general pada abad ke-19. beliau mengetuai askar Mesir seawal usia remaja, tak tahu lah start umur berapa. Dikenali sebagai Raja Muda (Wali) Mesir, Sudan, Syria, Hijaz, Morea, Thasos dan Crete. beliau menjadi Pemangku Raja dari Julai hingga 10 Oktober 1848.

Dekat statue ni terpahat nama general lain yang pernah berjuang untuk Mesir. awal tahun 2010 saya pernah sampai ke statue ni, tapi tak ambik gambar. kali ni, dapat jugak ambik gambar walaupun hanya dengan kamera henpon.

Setiap nama pasti punya sejarah. tapi nama tempat ni saya kurang pasti apa sejarahnya. kami bertiga berjalan melalui jalan-jalan ini. menyusuri Jalan Adli kemudian berpatah balik ke Abdel Khlek Sarwat seterusnya ke Kasr El Nile dan akhir sekali Masjid Kekhye sebelum ke bazaar Atabah semula.

Suasana di jalan ini sedikit seperti kota London. tempat pejalan kaki yang bersih dan cermin ruang pameran kedai di sepanjang jalan. tempat ini tidak sesesak di lokasi sebenar tujuan asal kami. agak lengang dan kita boleh berjalan dengan tenang. yang peliknya, barang nampak sempoi, tapi harga cecah ratus-ratus, ribu-ribu. telan air lior je la den nengok.

Suasana Jalan Adli seawal 10.30 pagi. deretan kedai ada yang belum beroperasi. kat area ni takde jejantas, semua ikut terowong nak lintas jalan. tapi kalau nak koboi, boleh je lintas kat atas jalan. sendiri tanggung lah lepas tu.

Lagi benda menarik kat jalan ni, reka bentuk bangunan yang unik dan antik. boleh panggil antik ke berseni ea? nampak cam sebuah bandar lama yang sudah mengalami kemodenan tetapi mengekalkan bangunan lama yang masih dalam keadaan baik. entah ade ke tidak orang tinggal, tak pasti lah. kalau tengok dari papan tanda, seolah-olah banyak hotel dan rumah tumpangan je kawasan ni.

Kalau nak tahu, setiap simpang ada abang dan pakcik polis berjaga. mungkin untuk keselamatan para pelancong kat kawasan ni.

Abang Fadzrul meng-usha jam. hampir semua kedai jam tangan dimasuki. mencuba pelbagai jenis jam, tetapi tak beli. cuba je.. penat tuan kedai keluarkan itu ini, siap kira diskaun lagi. insyaAllah nanti datang lagi. hehe..

Harga jam agak mahal dari tempat lain, tetapi selepas potongan harga, lebih kurang pulak. ke potongan harga tu sekadar menarik hati pelanggan? hurmm..

Jalan punya jalan, terjumpa Statue Mustafa Kamil Pasha (1874-1908). beliau merupakan seorang journalist dan peguam. disanjung sebagai salah seorang pejuang yang menyumbang kepada kemerdekaan Mesir. kepada yang rajin menulis tu, esok-esok sape tahu anda akan dikenang sebagai pejuang negara. entah-entah ade gak statue camni. kena tulis benda elok-elok la. heee..

Haziq nak jugak.. bergambar dengan buku lagi, cam ade aura nak jadi pelajar cemerlang tahun depan je haziq ni. pegi mana-mana pun bawak buku kuliah. semangat kena ada. beliau single lagi, ade yang berkenan? saya pun single jugak.

Masjid Kekhye di penghujung Kasr El Nile Street. lokasi terakhir sebelum bergerak ke lokasi sebenar dengan tujuan asal. selepas zohor baru kedai-kedai kat Mesir ni banyak bukak. baru lah kami boleh buat tempahan trofi. hari rabu ni siap. itu pun penat tawar menawar untuk dapat harga yang berpatutan.

Selepas jauh berjalan, sempat lagi kitorang bergelut dengan orang ramai masuk ke bahagian kedai pakaian. saja meng-usha.. terus ke tempat perfume. sempat juga beli sebotol minyak wangi sebesar ibu jari dengan harga LE5. sebenarnya saya baru tahu ceruk kedai perfume yang selalu orang sebut-sebut tu daripada fadzrul. hehe..

Jam 3.00 petang bertolak balik dari Atabah. itu pun kena menapak ke tempat lain terlebih dahulu untuk membeli buku. akhirnya.. jam 6.00 petang, selepas maghrib baru sampai di pintu rumah. dan malam tu, tak larat dah nak join main futsal..


Nota kaki :
koleksi gambar raya aidiladha belum dapat keluar lagi. hee.. entah bila baru muncul agaknya yer..

Thursday, December 02, 2010

Alasan Demi Alasan

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa ceria selalu, senyum-senyum selalu. senyuman anda mungkin boleh membuat hati seseorang berbunga hari ni. siapa tahu? hehe..

Dengan penuh senyuman menaip entry ini, alhamdulillah sudah sembuh daripada dugaan yang maha Esa. masih menahan pedih ulser di dalam mulut sejak dua hari lepas. walaupun begitu, pedih begini tidak mampu menandingi penyakit 'hidung sumbat' lebih seminggu hari tu.

Sungguh dahsyat bila dinamakan dengan penyakit 'hidung sumbat'. sebenarnya ia disebabkan oleh mokus berlebihan di dalam hidung. dalam bahasa mudah : selsema. apa yang pasti, apabila menghidap selsema, masa tidur akan bertambah selepas makan ubat! sila percaya..

Selepas bizi dengan kambing, saya kemudian menyibukkan diri dengan lawatan pengarah Yayasan Sarawak ke Mesir, seterusnya dijangkiti selsema dan sangat tidak sihat. seolah-olah selsema turut mematikan semangat berblog. err.. adakah ini boleh menjadi alasan saya tidak menjenguk blog orang lain dan blog ini terabai? heee.. *sambil kebil-kebilkan mata*

Gambar bersama Pengarah Yayasan Sarawak dan rombongan di Asrama Kenyalang sebelum mereka bertolak balik ke Malaysia. siapa nak cari bakal suami? nak saya rekemenkan? jejaka berdiri dua dari kiri masih belum berpunya. hehe..

Nota Kaki :
tadi menjenguk 'dinding facebook' seorang sahabat.. statusnya menarik perhatian saya.. "malam itu panjang, jangan dipendekkan dengan tidur. siang itu cerah, jangan digelapkan dengan dosa." mungkin anda yang membaca dapat menghurai kata nasihat ini dengan lebih baik. senyum selalu.. ceria selalu.. :)

hehe.. entry pemanasan kedua daripada saya membersih sawang di dalam blog. dalam usaha mengedit gambar aidiladha untuk dijadikan koleksi. =P

Tuesday, November 23, 2010

Hai Semua..

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sihat dan happy di mana jua berada. kepada yang sedang bersedih melayan duka, bersabarlah. ke rindu saya ni? hihi.. *senyum kelip-kelip mata*

Minta maaf sangat-sangat sebab lama menyepi dari dunia blog. adeh.. cam perlu ucapan selamat kembali ke dunia blogging je untuk saya. lalala~ [ada yang nak ucapkan?] hari tu ada yang tanya bila nak update, ada yang mempersoalkan ke mana menghilang. ahh..

Bukan niat mahu menyepi, bukan niat mahu menyisih, tetapi dek kekangan masa dan peluang menyebabkan saya kurang konsentrasi mahu meng-update. bila nak menaip, asik ade je benda yang menghalang. maafkan saya.. [macam bizi giler je kan. hehe..].

Sebelum apa-apa.. saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. maaf juga sebab terlambat nak ucapkan. walaupun orang pergi haji nak balik dari Mekah dah, saya nak juga ucapkan.. semoga raya korban tahun ni menambah lagi semangat ingin berkorban dalam diri kita untuk kemaslahatan bersama.

Daripada gambar ini saja dah cukup menunjukkan betapa bizinya saya dengan kambing-kambing korban tahun ni. tengok pisau kat tangan saya?? okay.. bukan saya yang menyembelih.

Tahun ni sebanyak 8 ekor kambing yang di sembelih. orang yang sembelih, kerja saya hanya melapah dagingnya dan makan sahaja. tapi saya tetap bizi.. [nak jugak bagitau yang saya sebenarnya bizi dengan kambing sehingga tak dapat update seminggu] *sengih*

Entry ini mahu panaskan enjin, buang sawang kat blog dulu sebelum entri-entri lain muncul. masih dalam minggu yang bizi. adeh! [mengalahkan bizi menteri..]. minta maaf lagi sebab lama tak update blog.

Jadi.. dengan senyum-senyum tersipu malu, saya ucapkan.. Hai Semua.. ;) asada yang kacak kembali. lalala~


Nota kaki :
koleksi gambar raya haji tahun ni agak banyak dari tahun-tahun lain. nanti saya kongsikan. hehe..

Tuesday, November 09, 2010

Mail Mengamuk Bangla!!

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria selalu, senyum selalu..

Dah lama tak bercerita tentang kisah best-best masa lalu kat sini. asyik dengan cerita bergambar ke sana ke sini je.

Kisah ni seriusly agak ganas kalau nak diceritakan. tapi bagi aku yang sama-sama menyaksikan amukan tersebut, cam kelakar pun ade. bayangkan seorang lelaki mengamuk lebih 100 orang bangla. dahsyat tak dahsyat lelaki tu.

Bukan lelaki ini yang mengamuk. (gambar daripada pakcik google)

Kat hujung kampung aku ada kawasan perindustrian. awal tahun 2006 ada kilang baru yang nak dibina. jadi ramailah buruh dan pekerja bangla diimport untuk menyiapkan kerja pembinaan. mereka tinggal kat rumah sementara pekerja di kawasan pembinaan tersebut. seolah-olah bertambah lah penduduk kampung aku tu dengan kehadiran diorang ni.

Satu tabiat orang bangla, diorang suka jalan ramai-ramai. setiap petang akan nampak gelap jalan raya depan rumah aku dengan kelibat diorang. biasanya set-set bangla ni melepak kat pengkalan feri, lewat petang nak masuk maghrib baru balik.

Macam orang kita jugak, tidak semuanya buruk perangai. ada yang baik. aku sempat berkenalan dengan brader-brader bangla. tapi kan.. mereka panggil aku abang! padahal mereka lebih berumur, mungkin ada yang lebih 30 tahun. mak aku lagilah, baik kaw-kaw punya kat diorang. selalu bagi kuih, cucur pisang, kadang-kadang bagi buah kat brader bangla yang datang ke kedai.

Lewat petang tu, sedang aku sibuk menyimpan barang jualan kedai, tiba-tiba sekumpulan bangla berlari dengan muka cemas datang dekat aku.

"abang.. tolong abang.. tolongg!" seorang mat bangla merayu dengan nafas tercungap-cungap. lepas tu berdesup hilang bersembunyi di belakang rumah. ada yang masuk ke dalam kedai, bersembunyi di belakang rak.

Aku tengok dekat jalan raya ada berpuluh lagi orang bangla lari beramai-ramai menuju ke hujung kampung. seolah-olah ada pertandingan marathon yang dianjurkan oleh kerajaan Bangla kat situ. riuh dengan suara mereka yang sedang ketakutan. entah bahasa apa diorang guna, aku pun tak faham.

Selang beberapa ketika, muncul seorang lelaki berbadan besar, berkulit gelap yang sangat familiar mukanya. Mail mengamuk! dengan wajah bengis mengacukan sesuatu ditangannya, mengejar mat-mat bangla yang lari bertempiaran. melihatkan ramai mat-mat bangla berkumpul di kedai, Mail menuju ke arah aku.

"Suruh sidak ya keluar!!"(arah diorang keluar!!) tempik Mail dari jauh. Mail mengacu sesuatu di tangannya dengan muka bengis, suara mengamuk. Bangla-bangla ni sorang pun tak berani nak dekat. siyes gelap je depan rumah aku hari tu dengan geng-geng bangla. semua muka cuak-cuak dah.

Mak aku keluar ke kedai bila dengar kecoh-kecoh kat depan. ayah aku plak takde kat rumah. nasib baik Mail dapat ditenangkan oleh mak aku. takut jugak kalau berlarutan, rumah aku tu dah la jauh dari rumah orang lain. Mail citer kat mak aku kenapa dia mengamuk sakan. dengar perbualan tu macam kelakar pun ye jugak.

Al-kisahnya, ada geng bangla yang suka buat perangai. pergi usik budak perempuan kat kampung. bila berita usik-mengusik ni sampai kat Mail, naik angin lah dia. sudahlah menumpang, buat perangai pulak.

Kelakar bila mengenangkan Mail mengamuk dengan gunting lipat kecik mengejar mat-mat bangla lebih 100 orang. sorang pun tak berani dekat. isk.. isk.. memang dahsyat betul amukan Mail. keluar dari kedai, Mail masih dengan ayat marahnya terhadap mat-mat bangla. ada beberapa orang bangla 'mintak sorry' berulang kali.

Keadaan dah reda, tapi geng-geng bangla ni masih ketakutan nak balik ke hujung kampung. bila tengok muka innocent dan cuak mereka ni, aku pun hantar lah diorang balik naik motor. sempat hantar dua orang je, yang lain balik jalan kaki. hahaha..

Gunting lipat macam ni la yang mail guna untuk mengacah mat-mat bangla sampai bertempiaran lari dari pengkalan feri sampai ke rumah aku. mail sebenarnya sangat baik okeh. suka tolong orang tua.. suka tolong masa kenduri kendara. bukan sembarangan belia. bukan orang yang mengamuk tanpa usul periksa. [gambar daripada pakcik google]

Gambar lokasi kejadian. petak biru adalah kawasan perindustrian kota samarahan. sekarang kawasan tu dah penuh dengan macam-macam kilang. nasib baik lori-lori kontena tak lalu depan rumah lagi sebab dah ada jalan utama yang lain. anak panah kuning menuju ke pengkalan feri yang menyeberangi Batang Samarahan. bulatan merah, rumah aku. jemput datang time raya ea. jangan lupa bawa duit raya.

Gambar daripada www.samarahanro.sarawak.gov.my. gambar ni mungkin sekitar tahun 1999-2000 sebab bangunan sekolah masih bangunan lama dan seberang jalan depan rumah aku tu pun masih belum diturap.

Thursday, November 04, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Assalamualaikum dan salam mesra. senyum-senyum selalu yer.. semoga senyuman anda membawa keceriaan kepada orang lain jugak..

Teruja tengok tajuk kat atas. bila Cik Dara bagitau saya telah ditag, cepat-cepat pergi usha. rupa-rupanya tag untuk memenangi Domain Free!! waaa.. secara aotomatik menjadi sangat exited lalu wujudlah entry ini.

GiveAway ni dianjurkan oleh MelRomeo yang mana telah mendapat duit Nuffnang berkepuk-kepuk banyak. beliau dengan baik hatinya ingin memberi Domain free kepada sesiapa yang bertuah. wollah.. nak join? klik jer banner kat bawah untuk tengok peraturan dan syarat give away ini.

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1.MaWaDDaH

2.Cik Tom

3.Platipus

4.MaCy

5.Asyrafhamasaki

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM


Tarikh tutup adalah 30 NOVEMBER 2010.. jom join! tak rugi apa-apa.. entah-entah dapat domain free hadiah daripada MelRomeo.. lalala~


Nota Kaki :
orang yang saya tag kena join!! sebab.. nanti bila menang, domain tu kena bagi kat saya. hahahaha..

Monday, November 01, 2010

Keluar Lagi Dengan Awek Dentist

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga happy sentiasa dan ceria selalu. jeling-jeling orang kat sebelah dengan senyuman menggoda. hehe..

Sudah masuk November pulak. kian dekat 2011 bertemu kita. sudah terlaksanakah segala impian 2010? tanya sama pokok..

Khamis hari tu sekali lagi keluar dengan Kimmy Ai. bukan khamis je, Jumaat pun pergi lagi 'melontar kelapa' di International Bowling Center. keluar hari khamis, Kimmy Ai belanja makan pizza. heh.. benda free memang sedap!

Cheese lover ngan beef spicy. saya makan tiga potong je. si Kimmy ngan Meha makan banyak. Meha sampai empat potong!! laju plak tu, saya makan penuh dengan sopan santun. maklumlah makan depan gadis. haha..

Lepas kenyang makan kat Pizza King, kitorang pergi ke IBC plak. Kimmy ajak rebeat, tak puas hati dengan kekalahan 4-1 minggu lepas. gambar atas ni, Kimmy dengan Meha selaku roomate kesayangan beliau. kemenangan minggu lepas ada kat sini. right click here.

Hari khamis agak special sebab semua benda kat sini baru je dipolish. memang berkilat menyilau bola bowling. ada bola baru yang masih suci murni. minggu lepas main guna bola lama. boleh menyebabkan jari mengelupas. kali ni pun main lima game lagi.

Gaya orang hebat. lantai pun tengah smooth gila time ni. sebab smooth gila itu jugak dapat menyaksikan seorang brader arab jatuh terlentang masa baling bola. geng-geng dia pun puas-puas hati gelak, bukan nak tolong. Kimmy ngan Meha pun gelak jugak!

Tunggu pin tu jatuh kena sengetkan badan yer. kalau tak senget nanti tak strike. ada orang tu, bola terang tang-tang pergi ke longkang, tapi tetap tunggu sampai senget-senget badan, kot bola tu boleh ubah arah dengan badan yang senget-senget.

Seriusly dah ngantuk giler time ni. sebelum beransur balik, sempat bergambar dengan orang yang kalah. hihihi.. kat sebelah kitorang main ni ada student dari Brunei. sempat jugak Kimmy ngan Meha berkenalan dengan diorang. saya tak menyempat sebab diorang tu semua awek kecuali dua orang. jadi.. saya kan pemalu orangnya. lagilah kalau ramai-ramai camtu..

Walaupun malu-malu, saya tetap berasa 'angkat bakul' bila dapat mengalahkan Kimmy buat kali kedua pada hari khamis, dan buat kali ketiga pada hari Jumaat. Kimmy menang dua set setiap perlawanan. itu pun saya bagi peluang. ek eleyy.. takde fight! hahaha..

Kat Blog Kimmy ada markah kemenangan perlawanan kedua dan perlawanan ketiga. right click here.

Malam khamis tu Meha sempat rakam Kimmy Ai baling bola dan gaya pemain hebat beraksi semasa perlawanan. lalu saya pun nak juga berkongsi video itu untuk tatapan semua. sebelum menyaksikan video ini, pastikan volume laptop atau desktop tidak terlalu kuat yer, takut terkejut je sebenarnya.



Tak dapat nak buat panjang. orang yang merakam video ni, bila tengok saya strike terus off record. takpe, lain kali guna khidmat jurukamera lain plak.

Nota Kaki :
harap maaf yer. entry ni cam lebih angkat bakul je. hahaha.. tapi layan jer lah ea.. (^^,)

Thursday, October 28, 2010

Sahabat : Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua. semoga dalam keadaan sihat ceria di mana jua berada. yeah!

Hari ni lebih baik dari hari semalam. terasa lapang dada bila kesedihan semalam terungkai. benar kata hikmat itu, kemaafan meringankan beban. jika dipendam, terasa sangat berat memikul perasaan yang penuh tanda soal, penuh rasa bersalah. terima kasih duhai sahabat.

Aku tahu, aku juga bersalah. menghujankan kata menenggelamkan ceria. maaf sekali lagi..

Aku nobatkan penghargaan disini buat teman yang sudi mampir di kala hati menanggung pilu. penghargaan buat kata penyejuk jiwa. semangat penerus daya di saat langkah longlai memikul beban. segala puji buat Allah yang Esa, aku tidak sendirian menanggungnya..

Aku hargai dugaan jiwa yang tiba. yang pasti, banyak hikmahnya. tersirat mahupun tersurat. kini sudah terpatri atas nota sejarah semalam.

Teman.. aku mengharapkan ini bukan pengakhiran suatu kisah. aku mendambakan teman ke akhir hayat. sama menongkah arus dunia, sama kecapi nikmat bahagia. semoga ikatan ukhuwwah ini kekal selamanya..

Terima Kasih semua. ni yang buat makin sayang.. (^^,)

bukan sekadar gambar hiasan.. ada kaitan sikit la..

Nota kaki :
berterus-terang dan mohon maaf andai dah buat salah. walaupun mungkin orang tu sukar untuk melupakan kesalahan kita, namun ia boleh meringankan beban jiwa bersalah. menyimpan rasa bersalah sama seperti menahan buang air besar. karang tahan lama-lama boleh jadi sembelit. lagi naya kena buasir..

Jadi.. berterus teranglah. hadapi realiti kehidupan anda.. jangan pulak sengaja buat salah aniaya kat orang.. uhh!

Wednesday, October 27, 2010

Sahabat : Pilu Berbicara

Salam buka bicara,
memohon sejahtera dari yang Esa,
mohon perlindungan aman sentosa.

Wahai sahabat,
Mohon ampun andai berdosa,
mungkin aku salah tanpa sedar,
mungkin aku meluka tanpa sedar,
mungkin aku menyeksa tanpa sedar,
mungkin aku merobek tika bersuara,
mungkin ternoda ceria sesiapa.

Wahai sahabat,
Ku lakarkan duka di sini,
mengukir lara penuh terisi,
kian membengkak di dalam jiwa,
biar lapang tidak terseksa.

Ingin aku lemparkan pedih ini,
merebah badan lesu dek pilu,
tidak tertahan jiwa mengendong,
tidak tertahan badan memikul,
mungkin aku kian mengerdil,
mungkin aku kian mengecil.

Kini aku seolah terbuang,
dalam gelap tanpa kata,
dalam gelita tanpa khabar.

Maafkan aku wahai sahabat..

Sahabat sejati susah dicari.. gambar time hantar member balik malaysia.

Nota Kaki :
Tengah bersedih. entah kenapa tiba-tiba seorang sahabat mendiamkan diri. mungkin bizi agaknya. tapi.. kenapa hati aku masih tak senang? perasaan aku saja kah? kenapa ayatnya kepada aku seolah-olah sedang gusar?

Aduhai.. tak sukanya perasaan macam ni.. please.. jangan mendiamkan diri, jangan terus menyepi..

Siyes tak nak hilang kawan.. lebih-lebih lagi orang yang aku dah anggap sebagai sahabat. teman yang sentiasa beri sokongan, nasihat dan setia bersama tika susah dan senang.

ahh.. super sedih lak hari ni..

Saturday, October 23, 2010

Jejaka Hebat Vs Awek Dentist

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria dan bergembira bersama orang tersayang di hujung minggu. yeah!

Khamis hari tu, buat pertama kali berjumpa dengan blogger di luar maya. entah macamana tercetusnya perjumpaan pun saya tak tahu. mulanya bermesej kat facebook hari selasa, ber-YM sekejap hari rabu tu terus plan nak jumpa lawan main bowling hari khamis. maka berjumpalah si jejaka hebat dengan awek dentist..

Sebelum pergi jauh, gambar di atas adalah jejaka terhebat tu. before makan kena ambik gambar, kata awek dentist. bukan baca doa dulu ke? lalala.. persoalannya sekarang, siapa awek dentist tu?

Okeh.. beliau penulis blog Rottkappchen's dan salah seorang editor blog 100Penulis yang saya citer hari tu. tinggal kat Cairo. memang dekat lah dari tempat saya duduk sekarang ni.

Gambar cilok dari facebook beliau.

Sebenarnya dah lama jugak kenal dengan Kimmy Ai ni. nama Kimmy Ai pun selalu naik jadi Pengomen Yang Best kat blog ni. tapi baru perasan dia duduk kat Cairo. dekat je rupanya.

Perlawanan Bowling antara Jejaka Hebat dan Awek Dentist berlangsung kat International Bowling Centre (IBC). main sampai lima game.. 1st time main banyak secara non-stop camtu. nasib baik tak mengelupas jari. Kimmy Ai keluar sekali dengan housemate-nya, Fitriah. ada la buat jadi camerawoman. hihi..

Gaya jejaka hebat menumpukan perhatian ambik feel main bowling macam pemain pro. tapi yang geramnya.. brader-brader arab main kat sebelah cam hampeh. kita nak baling bola dia boleh duk menyemak kat depan. nak lempang kang, anak orang.. walaupun macam tu, orang hebat tetap hebat.

bak kata pepatah.. "kalau asal benih yang baik, lontar ke laut menjadi pulau, lontar ke darat menjadi gunung, lontar ke api jadi bbq ayam."

Tengok saja markah cemerlang kat atas ni. saya nak bagi gelaran ratu 'drain' tapi Kimmy Ai tak nak terima. lima set perlawanan dimonopoli oleh jejaka hebat. 4:1.. yang satu itu pun bagi menang je sebenarnya. karang asyik kalah, menangis pulak.. saya bukan kaki buli. hahaha..

Kimmy Ai buat entry jugak pasal perjumpaan dan game hari tu. kat sana cerita lebih detail sekali dengan markah semua game. right click here

"Hebat giler dia tu.." mungkin ini yang Kimmy cakap. muka sedih habis sebab kalah. hahaha.. ingat nak bagi dia menang set kelima, tetapi saya termenang pulak. lalala~

Tak percaya saya hebat?? kena tanya sendiri dengan Kimmy Ai. kalau dia kata tipu, tak nak terima kekalahan la tu. lalala~

Nota Kaki :
teringin jugak nak bergathering bersama blogger di Malaysia nanti. gathering ramai-ramai siap masuk paper lagi. bila agaknya baru dapat join ea..