Sunday, May 23, 2010

Aku Tidak Sejiwang Romeo

Salam mesra kepada anda. semoga ceria selalu dengan senyuman bahagia. senyuman itu pengubat sengketa. kalau muka masam mencuka, orang tengok pun mencebik sama. try senyum sikit, pasti ada hati yang tumpang gembira.

Kepada yang masih berduka dalam musibah, bersabarlah. setiap yang berlaku samada baik atau buruk, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Waahh.. intro penuh dengan 'caring' si penulis. Love is sharing.. ke sharing is love? hehe..

Bila bercakap pasal love, maksudnya berbicara soal hati. aku tidaklah sejiwang kasih Romeo pada Juliet. tidaklah sehebat romantiknya lakonan Shah Rukh Khan. walaupun begitu tahu dan sedar aku sehensem hrithik roshan. hahaha..

Aku punya hati, aku punya rasa. jantung pun aku ada, masih fresh belum dibedah. alhamdulillah, masih sehat untuk bermadah, menaip di keyboard untuk berkongsi kata yang tidak terungkap.

layan.. yang ini madah untuk si dia.. pernah terjadi pada aku.. ini terjadi bila insan sudah jatuh cinta..

Bila hati sudah cinta
segalanya manis tidak terkata
semua bertukar menjadi gula
kaki tersandung, kepala terhantuk, semua tak apa.

Bila hati sudah cinta
tidak cantik pun jadi lawa
semua harga boleh ditawar
duit keluar bagai nak gila
sebab nak pikat gadis tercinta.

Bila hati sudah cinta
hati tak susah hilang gulana
semua masalah tiada aralnya
sebut saja pasti kan ada.

Bila hati sudah cinta
dulunya selekeh jadi bergaya
muka berseri senyum menyapa
apa kau buat ni? dah nak gila?

ohh..
Bila hati sudah cinta
kau kata gila, ku senyum saja
tak kan ku marah bukan nak auta
kerna hati dah jatuh cinta.

Wahai puspa karangan jiwa
hatiku ini terlalu cinta
sudikah kiranya dikau terima
aku yang hina lagi kedana
jadi pendampingmu setiap masa
pelindung dirimu tika sengsara
katakan saja apapun jua
pasti ku lunas bersama cinta

Duhai sayang pujaan kanda
daku berjanji tetap setia
walau tsunami datang melanda
cintaku jaga sepenuh jiwa

~[nukilan 7 january 2010]~

Yang sebenarnya, bukan soal cinta hati ini yang aku nak cerita. kisah ini gara-gara award yang aku dapat dari blog the Pink Octopus yang ditulis oleh Kim. "I Love Your Blog" kata Kim.. thanks Kim.. tak sangka ada yang suka blog ni. hehe..

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua followers blog ni. tanpa anda semua blog ini ibarat taman tiada berbunga. umpama kebun tidak berbuah. andalah penyeri saya!! TQ.. TQ.. TQ.. anda memang best!!

Inilah award tu. lawa!! siap guna kertas buku latihan sekolah lagi. hehe..

Bagi kat 5 blog yang anda suka. sikit sangat dia suruh tag 5 blog saja.. sebabnya, banyak lagi blog-blog yang aku suka. mana mungkin aku jatuh cinta dengan dunia blogging tanpa ada blog-blog semenarik blogger semua!

Tapi tak apa.. kita kongsi bersama.. love is sharing kan..

5 blog ini juga menarik seperti blog anda.. nak terjah? jom! click saja link itu..

Blog Tari Jemari by Cik Jari
  • Blog pertama yang aku kenal. banyak benda aku belajar dari blog ni. blog contoh pertama aku & cik Jari ialah follower pertama blog ini. thanks Cik Jari..
Blog Its Not Easy To Be Me by Cik Helena
  • Blog ni banyak tutorial pasal nuffnang & blogging. contest pertama yang aku join ialah dari blog cikhel.. walaupun tak dapat menang. uhh..
Blog Mofasad by Farid Fernandez
  • Blog ni sempoi. banyak isu-isu hangat menjadi pengisian blog ini yang dikupas dengan cara tersendiri oleh farid. best! jangan sampai gelak tak hengat..
Blog Ain Fathihah by Ain Fathihah
  • Blog ni boleh dianggap sebagai blog otai jugak. bermula seawal 2007.. bercerita tentang kehidupan dengan cara penceritaan yang best! hehe.. blog ni pernah citer pasal aku.. hahaha..
Blog When The Girl Talk by Cik Anis Diyana
  • Blog ni bercerita tentang kehidupan seorang guru, tentang kekeluargaan & kekawanan. apa yang menarik, aku suka bahasa dan cara penceritaan dalam blog ni.



nota kaki :
gambar yang kat atas tu gambar di tasik buatan kat park yang aku photoshoot hari tu. hehe..

34 comments:

faye said...

bestnya dapat award..........

si[jari] telunjuk said...

yeah...mekasih juga abg hensem...

~suka r ayat jiwang tuh....simple but meaningful..yeahhhhhh~~~

.zulaikhabukanpenggoda. said...

mmglah kamu tak sejiwang mat romeo.

sbb mat romeo pon kompom bunuh diri ble dpt pesaing mcm lu. abes dah kejiwangan mat romeo tersebot. miahahahahaha.

p/s: TERmeroyan seketika. tumpang lalu~

maCy said...

to zulaikhabukanpenggoda :
oiyt zuely! ngn maCy kalo x dpt award, majuk kemaenn..
lgsg ta sggh blog tros...
kt cni pndai ea.. ngelat~ huhu

to ryu : (kah3)
ececeh.. egt entry award biase..
mesti nukilan zmn mkn tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena~

kan3? hee

Kim said...

oh. Love is in the air kah? :)

syahira ariff said...

baca puisi pun daa tau hati sudah berbunga bunga laa tue

ngemm ngeemm ngemmm
adakah pada gadis arab?nanti kalau kawen dpt anak kacukan
ekekekekekke
=D

ain fathihah said...

adoi..bila jejaka kacak kasi award, haruslah ain fathihah teruja nak ambil kan...hik3..

@ien_R@z said...

tak jiwang tapi berkarat cikit kn.. ngeee~ =P

ayt tak leh blah " sedar aku sehensem hrithik roshan" miahahaha...

Farid Fernandez said...

sayang.............
ai terharu sangat!!!
nak nanges!!
ai nak g kuching gak jap lagi!!
ai nak jumpa yu!!
ai tak sanggup berpisah dengan yu!!
aku tak sanggup!!

plzzz yu!!!
jangan buat ai camni lagi!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........









bila nak kupas blog aku nie?
hahahahahahaha

ieQa sWetLuv said...

i love sunset yeay.. cntik~~

sugar2 kapas strawberry said...

huhuhu..tgh bersabar la ni ;)

LUVLYDIYANA said...

eh best?tq!!

[ macam nak tersipu sipu ni ]

SaRa_wo Sensei said...

wahhhhh...
bukan romeo ehhhh????
hehehehheheh...

ullyana zaidy said...

wah2...
jiwang ayt mu...
hehehe...

tp bes la :P

hanie@nisya said...

tahniah dpt award

fana said...

congrats!!

Ann said...

tahniah....

Frodo Baggins said...

semua blog atas tu wa setuju. kecuali blog hencik parit! blog itu sungguh lucah! wakakakakakkaka


>>___<<

Farid Fernandez said...

hai frodo...
nak kena pijak?
hahaha

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. tQ semua.. =) dengan senyum2 baca komen anda semua.. hihi :P


maCy.. yg madah tu di buat bulan january la...

Frodo : kadang2 blog tu melucah!! terkejut si farid buat link download kisah ustazah melampau tu. hahaha..

Lun said...
This comment has been removed by the author.
Lun said...

nuffnag kene bg award kat blog nih

sarah shafie said...

madah berhelah..hehe

.zulaikhabukanpenggoda. said...

ngn engkau lain macy. kamu itu sahabat di alam maya mahupun nyata. mahu xmajok klw xdpt award drpd kau. hikhik. asada ni len cte. dy rmai peminat. xcara permintaan aku nye.

maCy said...

asada ryutaro :
ouh.. aah.. bkn nov ek.. humm~


zuely :
cakap j la maCy la sahabatmu tsayang.. kan3?? nak manje2 plak.. wahahaha ;p

.zulaikhabukanpenggoda. said...

cis. hilang remaja aku buat kesekian kalinye.

sophie said...

Hahhaha..Berjiwang lak.. Nice award..Congrats..=)

Farid Fernandez said...

link ustazah 2 bukan betol pon.. xcaya klik la... hahaha

junemrh said...

salam
ehem ehem.. tagged yang ke 4 tu siapa dia tak tau!... hehehe syyy jangan gtau ain fathihah tau mama masuk komen kat sini...

zella y said...

hitrik roshan hensem ke?? huhuhu

Solehah said...

Intro panjang sungguh eh..ingatkn tgh jatuh cinta td..

helena's said...

asada maaf lambat!huhu baru jek update blog arini.baru baik demam =)

nyway time kasih award tu..terharunye..hehe really appreciate kamu!

TUKANG KATA said...

cinta itu fitrah..semua mahu mencintai dan dicintai..

tp saya suke dgn cinta mengikut syariat..baru dpt berkat

:)

Nur Qistina said...

intro yang kemain..alih2..hahaha..
apa pun boleh asah bakat untuk jadi lebih 'Romeo'..basic kata-kata manis gula tuh dah ada..ngee~