Saturday, May 15, 2010

Peristiwa Hari Guru

Salam Hari Guru buat semua.. semoga berada dalam kebahagiaan dan gembira selalu. tanda gembira.. senyumlah selalu.. hehe =)

Kalau masa sekolah rendah dulu, antara hari yang paling aku suka di sekolah ialah hari guru. masing-masing bawak hadiah nak bagi kat cikgu. aku suka tu sebab takde belajar dalam kelas. hehe..

Sangat ramai cikgu yang pernah mengajar aku. begitu banyak ilmu yang aku perolehi. sungguh! tidak terbalas.. masakan aku boleh membaca tanpa bimbingan cikgu-cikgu semua..

Cikgu Saloma, cikgu paling garang mengajar bahasa melayu masa tahun 3. kepala kawan aku pernah kena tenyeh ke papan hitam gara-gara letak kaki atas meja semasa beliau ada di depan kelas. hahaha.. kalau sekarang mesti kes polis terus kot.. huhu..

Cikgu Fatimah, cikgu kajian tempatan & bahasa melayu tahun 6.. terus terang, ayat dan nasihat cikgu fatimah banyak terkesan kat aku. pernah kena denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah kajian tempatan. itu first n terakhir!

Cikgu Norasmah, cikgu bahasa inggeris.. sampai sekarang masih mengajar bahasa inggeris. orang pertama yang mengajar kitorang sekelas choral speaking. best!!

Lagu ini didendangkan semasa hari guru.. sungguh bermakna!! aku pun pernah jadi cikgu! jom layan lagu ni..



Ucapan Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia.. khususnya kepada cikgu-cikgu yang amat berjasa kepada saya..

Cikgu-cikgu di SK Dato Traoh.. Cikgu Malik Haraman, Cikgu Noriah Endong, Cikgu Fatimah, Cikgu Norasmah, Cikgu Sharifah, Cikgu Saloma, Cikgu Ling Lee Lee, Cikgu Fatimah Mahrup, Cikgu Awg Fadzelah Awg Matusin, Cikgu Ahet, Cikgu Zulkifli, Cikgu Chua H. Leong, Cikgu Rogayah, Ustazah Fatimah, Cikgu Samad, dan ramai lagi.. {dapat ingat cikgu yang mengajar kelas saya je.. heee.. }

Juga cikgu-cikgu di Pesantren Abdul Taib Mahmud.. Cikgu Bolhan Omar, our best principal ni! Ust Ahmad Fauzi Mighfaza Hj Abdul Syukor, Ust Fuad Abd, Jabbar, Ust Ahmad Sharkawi, Cikgu Abdul Rahman, Ustazah Hadiah, Cikgu Mogeret, Cikgu Sharifah, Cikgu Norrita Sapiee, Cikgu Faridah, Cikgu Rafidah, Cikgu Syarifuddin, Cikgu Saifuddin, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Maad Simin, Ustazah Mariam Sangkero, Cikgu Faizan, Cikgu Basok, Cikgu Siti Puspa, Ust Rafaiee, Cikgu Rosnah, Ust Hamid, Cikgu Yan, Cikgu Dewi, Ust Khaironi..

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.. kalau dulu boleh deklamasi sajak depan cikgu.. sekarang tak dapat dah. terasa cam otak sudah berkarat mengarang sajak. hehe :P

Juga selamat hari guru kepada rakan-rakan yang sekarang dah jadi cikgu, kepada kawan-kawan yang bakal jadi cikgu.. hehe.. Selamat Hari Guru!! yeah!




nota kaki :
al-fatihah untuk arwah cikgu Junaidi yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. terkejut dengan pemergian beliau di usia yang masih awal bagi aku.. beliau mengajar bahasa Inggeris dan music di kelas aku suatu ketika dahulu. best! aku dan kawan-kawan lain rapat dengan beliau walaupun beliau tidak lagi mengajar kami. semoga roh beliau berada dalam golongan orang yang beriman.

42 comments:

sarah shafie said...

selamat hari guru jgk lah..utk sume cikgu..menyibuk kt cni..

.::WaNiE::. said...

selamat hari guru !!

NurSya said...

hahak..manis klau d kenang waktu dolu3..waktu kne rotan, waktu kene ketok ketampi, waktu kne berdri kat lua kelas..haishhhhhhh..rindu sgguh!!..hahak..samat ari guru buat guru2 kat seluruh dunia..ilove u sooooo MUCH3 muah la..hahak

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

respek kat cikgu dulu-dulu..cikgu sekarang kebanyakkannya tangkap muat..susah nak nilai tahap keikhlasanya..pape pon semoga dorang menjadi cikgu yang bertauliah..
selamat hari guru kepada awk juga...hehehe

nIsYa said...

jasa guru memang besar. takkan terbalas :)

Keyyah said...

sgt sewonok igt zaman2 skolah.. mmg xterbalas jasa guru2...tetiba windu cikgu2...
Asada mesti slalu kena denda dulu2 kan.sbb mls buat keja skola..hahaha gelak jahat..

Mr. Asada said...

sarah shafie :

hahaha.. tQ dtg menyibuk.. selamat hari guru.. lalala~





wanie :

wallaweh! selamat hari guru utk kamOo.. err.. cikgu ea? hihi :P

Mr. Asada said...

Nuraisyyah :

hahaha.. mmg best klu ingat semula. sengih sorang2 bila teringat semua tu. hihi :P

eh.. ni 'i love u' utk sape ni? kahkahkah *perasan*

Mr. Asada said...

cik aidacomei :

hohoho~ tak semua cikgu sekarang main tangkap muat. asada cikgu dedikasi ape.. hihi :P

tQ So much!! =)

Mr. Asada said...

Hanie@nisya :

wallaweh! memang tak terbalas.. semoga Allah membalas jasa merekka dengan anugerah terbesar..





sweeTSour :

eh.. manade asada slalu kena denda. sikit2 je.. asada budak baik.. hahaha

kiwi said...

bapak garang gler cikgu siap tenyeh kple bdk..huhu

ILA HonEyBuNNy said...

Selamat hari guru.....mcm2 cita kn..ehhe

CassiELFia said...

owh! ryu pun prnh jd chekgu? chekgu apakah?
hurm rindu kat chekgu2 tadika n sek rendah dlu..
dah lama giler tak jenguk dorg..

Kech Hidayah said...

hahaha...patut pon kena tenyeh..sape suh letak kaki atas meja..masa cikgu ada lak tu kan..tapi lagi best kena tenyeh tu kalo papan hitam tu penuh ngan kapur..bleh dia mekap2 sekali..hehe

aien said...

selamat hari guru kepada cikgu asada!
mesti ramai ank murid minat nie.. hehe... nah.. adiah munga rose utk cegu @>--- ekekeke~ =P

Ieqa Swetluv said...

x nk ucap selamat hari guru pada kite gak ke??hehe ;p

Fatin said...

selamat hari hari guru.. zaman sekolah dahulu tiap-tiap hari hari guru..

Mr. Asada said...

aesthetic :

pehh.. tu baru tenyeh. ada lagi yg kena 'penampar pulang balik' lagi dahsyat..

tapi x pernah pun nk report kat mak ayah d rumah.. huhu

Mr. Asada said...

HoneyBunny :

tQ.. heee =)
byk sgt citer masa sekolah rendah. time budak baru kenal dunia. hihi :P

Mr. Asada said...

Che Kechik :

wallaweh! asada ni dlu pernah jd guru dedikasi. ada je mengganti cikgu yg cuti.. hahaha






Nurhidayah Yahya :

uhh.. muka dia mmg dah kena mekap dah, siap guna duster lagi. hahaha..

Mr. Asada said...

aien_Raz :

hahaha.. ramai murid yang minat.. cikgu muda hensem bergaya plak tu. *merapu* hahaha..

tak leh blah bila ada yg nak ambik jd abang angkat! adeyh..

Mr. Asada said...

ieQa SwetluV :

haha.. Selamat Hari guru yoh..

semoga jadi guru yg dedikasi. lalala~






fatin azizan :

wah.. kalau setiap hari hari guru, setiap hari dapat adiah tu. hihi :P

Anonymous said...

selamat hari guru buat asada ryutaro..
utk mak abah, hepi teachers day jugak..
utk kakak abg, kakak ipa abang ipa, mkck2 yg jd ckgu..
kwn2 sperjuangan..
tak lupa kpd lecturer..
juge bekas2 guru..
jasamu kukenang spnjg hayat..

wahh..pnjg plak.. haha
~~

LEMONADE said...

ape mksud asada ryutaro? gila tergeliat lidah aku nk sebut.

slmt hari guru...~

Unknown said...

Selamat Hari Guru pok

Anonymous said...

lemonade :
tu die pasn jadi hero cte medical dragon la kak elis.. hahaha

shazika said...

berbeza kan cara guru sekarang ngan guru dulu2
kuang ajaq giler member kamu taru kaki atas meja..padan muka

Unknown said...

wah cikgu saloma =D
selamat hari guru wahai cikgu2~

hackerss said...

selamat hari guru!! 'Guru Pembina Negara Bangsa'

M a W a D D a H said...

slmt hari guru..bagus lah asada masih ingat lagi nama2 cikgu...

jasamu dikenang...

ziha said...

yup..mmg best hari guru..sebab mase tu tak belajar.pastu banyak aktiviti skola buat..tp bile da msuk u takde plak hari guru macam ni,he

Rashid said...

hari guru.. hehe. nak tawapun ada bila tgk rakan-rakan guru macam budak-budak demi hari guru ..

syahira ariff said...

sy wish selamat hari guru kat fb jer
hehehehehehhehe

baincardin said...

selamat hari guru, cikgu!~ ^_^

Aidi-Safuan said...

cikgu aidi-safuan takde? :P

said...

hari guru dulu...
suker kasi hadiah kat cikgu hensem

kuikuikui

zella y said...

time hr guru best sbb msti dpt blk awal heheheh...

ko xnk jd guru??

¶A.K.I¶ said...

sy seorg guru gak kn!
heheh

Khairun Nisa Jalani said...

slmt hari guru jugak..

nich said...

erkkk mana nama saya beb? saya pom chekgu jugak ape.. hahahaaha

bukan penggoda said...

nk jgk ckp thx wlpn kamu xspesifik wish kt sy. miahahahaha. perasan btol. -.-'

♥ p a a n i ♥ said...

weh asada. aku bakal cikgu. ko wish kt aku gk x? hahaha