Tuesday, February 22, 2011

Cukuplah.. Dah Lama Sangat!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Lebih seminggu duduk di kampung mengembangkan badan. nak kata tak buat apa, tipu sangat.. sebab saya bizi dengan kerja menyiapkan sepanduk untuk perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak hari selasa minggu lepas. tiga hari menghadap, hasilnya tak menang jugak. hahaha.. actually sepanduk tu untuk skuad perbarisan kampung.

Sambutan maulidur rasul berlangsung dalam rahmat hujan. belum pun masuk bertanding, sepanduk yang saya buat dah bermandi hujan. nasib baik cat 'pelaka' untuk melukis tak luntur. kesian dengan beberapa sepanduk yang meluntur semasa perarakan. saya tak ikut serta berarak sebab hujan. tambahan tengah letih lepas semalaman tidak tidur menyiapkan sepanduk. lapangan tempat orang ramai berkumpul berada di seberang jalan di depan rumah saja, cukuplah jadi pemerhati perarakan dari tingkat atas rumah. hehe..

Gila lama punya kisah sepanduk ni baru keluar. basi dah kot. hahaha.. layankan aje. cerita kat bawah ni lagi lama! kisah hari pertama sampai dari negara bergolak awal februari lalu.

bergambar sebelum keluar berjumpa wartawan. baju merah tu hafiz AF7!! caye tak?

Pukul 9 pagi, 8 Februari 2011, penerbangan kedua membawa pelajar mesir dari lapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah mendarat di Kuala Lumpur International Airport. rombongan kami di sambut bagaikan artis baru menang award! hahaha..

Kumpulan kami seramai 23 orang menginap di Asrama Yayasan Sarawak buat sementara. tiket flight balik ke Kuching dah disediakan oleh Yayasan Sarawak. yang buat senyum sengih-sengih, tiket tu keesokan harinya. alang-alang asrama tu dekat dengan KLCC, nak jugak ambil peluang berjalan-jalan walaupun letih. hehe..

minum air jambu tepi stesen LRT masjid jamek. siapakah gadis comel di belakang sana? siapa mahu menjejaki gadis itu? ;P

Asalnya nak ke mid valley, tapi kitorang cancel sebab masa yang kurang sesuai. time orang balik keje der. tak sanggup den nak berhimpit. kena la cari port lain. dapat pulak berita 'sale hangat' di Sogo and ada orang nak shopping baju untuk balik esok, dah takde baju lain katanya. dahsyat!

Untuk makluman, kitorang yang dihantar balik tu tak boleh bawa banyak barang. setiap sorang hanya boleh bawa 10kg je. tapi.. bila sampai kat cairo airport, ada student bawak barang satu almari!! lagi dahsyat!

makan.. makan.. makan.. salah satu nikmat best kat Malaysia, hampir semua makanan dunia ada! mana tak mengembang kalau balik malaysia.
(gambar : makan sushi dengan artis, hafiz AF7!)

Yang hampehnya hari tu, saya terpaksa masuk toilet RM2 kat KLCC sebab tak tahan dah nak terkencing. uhh!! sape ntah punya idea sediakan toilet yang mahal camtu. mendera sungguh. tapi.. pertama kali dalam sejarah saya masuk toilet ada pelayan. hahaha..


Nota Kaki :
Banyak lagi cerita nak taip sebenarnya. dah lama sangat simpan. tapi kena satu-satu. cukuplah dulu buat pemanas enjin kali ni, vakumkan blog berdebu sebulan. tQ kepada pengunjung yang sudi datang walaupun saya tak update. tQ juga kepada semua followers!

Paling mengharukan bila ramai yang risaukan saya semasa pergolakan di Mesir hari tu. pengalaman tu akan saya ceritakan nanti. best woOo..