Monday, June 27, 2011

15 Pengkomen Terkencang Blog Budak Malaysia


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Selamat hari Isnin dan selamat memulakan minggu yang baru. semoga minggu ini lebih baik dari minggu lepas. hari Isnin hari meng-update bloglist pengkomen terkencang mingguan Blog Budak Malaysia.

Sedikit pembaharuan minggu ini, saya masukkan 15 blog pengkomen terkencang di dalam entry dan 5 nama teratas dimasukkan ke dalam Bloglist Pengkomen Terkencang Mingguan. kena letak lebih banyak sebab komen-komen makin kencang.

Minggu ini tidak banyak perubahan dari minggu lepas, ada nama-nama yang masih kukuh bertahan cuma bertukar kedudukan. senarai nama di bawah merupakan pengkomen terkencang bagi minggu 19 hingga 26 Jun mengikut widget pengkomen terbanyak di sidebar Blog Budak Malaysia.

1. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

2. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

3. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

4. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

5. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

6. Gayah Spears : http://alyaamor.com/

7. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

8. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

9. sizuka-world-of-life : http://worldofsizuka.blogspot.com/

10. bila orang nogori celoteh : http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

11. cahaya kewanitaan : http://cahayawanita.blogspot.com/

12. Aida Azryn : http://www.aidaazryn.com/

13. wOrLd oF miNe : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com/

14. cik rose : http://apirose.blogspot.com/

15. d_hatie : http://dhatieku.blogspot.com/


Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi datang meluangkan masa di blog ini. saling bertukar pendapat berkongsi cerita, terima kasih juga sudi meninggalkan komen. saya minta maaf, kadang saya tak sempat balas di ruangan komen, tapi saya akan terus ke blog pengkomen. hehe..

Tak rugi kita tinggalkan komen di blog orang lain. tak panjang, sepatah dua pun dah kira okay. selain bermesra dengan blogger lain, kita akan dapat memperkenalkan blog sendiri kepada umum. jangan pulak spam dekat komen. naya jugak tu..

Terima Kasih lagi sekali.. (^^,)

Saturday, June 25, 2011

Gambar Beberapa Jam Sebelum Maru Dibawa Pergi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Maru yang saya tunjuk ni bukan Maru kucing popular di Jepun tu. tapi yang ni nama dia Maru jugak. saya yang bagi nama ni sebab warna bulunya hampir sama dengan Maru di Jepun. tapi ini bukan kucing saya, cuma saya yang suka main dengan kucing. kalau nak pelihara, saya sendiri pun belum betul-betul terpelihara. hahaha..

Sekarang umur Maru dan adik-beradiknya sudah 7 bulan lebih. dalam empat ekor, si Maru ni lah yang paling aktif. kita je yang tak terlayan..

Ni muka Maru merajuk. kita nak pegang tangan dia, terus dia sembunyi tangan.

Lepak di depan pintu..

Maru tengah happy dapat tuan baru, main-main rambut tuan dia. ecewah.. bermanja sungguh. mentang-mentang Wak baru beli carrier cage baru khas untuk dia sekali dengan makanan. harus lah bergembira, tak perlu kongsi dengan Sepet dan Cici.

Maru cuba nak tangkap kamera. geram dia tengok saya jadi paparazzi tangkap gambar dia sana sini. sebelum ni jarang-jarang ambil gambar, nak pergi jauh kena simpan gambar Maru banyak-banyak sebagai tatapan. nanti rindu, tengok gambar je lah. nak pergi Zagazig, jauh..

Letih.. tangkap tak dapat, tengok je lah. layann. hahaha...

Menyombong bukan main.. semalam nak main dengan Wak je Maru ni. sekarang kan dah susah nak jumpa saya.. ke saya yang susah nak jumpa Maru? hahaha.. Sepet dan Cici pun menunggu hari untuk dibawa pergi. kawan saya tak dapat nak jaga dah, walaupun sebenarnya berat nak bagi kat orang..

Maru : Gambar Jadi Kenangan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.


Orang nak ambil gambar, tali kamera pulak jadi sasaran si Maru nih. aktif sungguh.. lepas nih tengok gambar je lah, jauh sangat kalau nak pergi main dengan Maru. masih ada si Sepet dan si Cici untuk dijenguk hari-hari.

Ini Maru, baka siberian, kucing kawan saya. dapat nama Maru sebab bulunya hampir sama dengan Maru yang popular di Jepun. petang semalam Maru sudah dibawa pergi ke bandar Zagazig. berpisah dari adik-adiknya..

Friday, June 24, 2011

Summer Di Mesir : Jus Koktel Dengan Ais Krim Yang Sedap

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Petang semalam sempat duduk sekejap di kedai jus. sebenarnya plan nak pergi awal, tapi member tengah masak untuk adik kesayangan beliau. lepas hantar ayam kari sedap yang beliau masak, baru kitorang duduk di kedai jus. itu pun dah agak lewat..

jus koktel dengan ais krim cokelat yang sedap.

Saya tak tahu resepi jus koktel. tapi dari apa yang saya rasa, jus koktel ini campuran jus strawberi, jus jambu dan jus mangga. kemudian dihidangkan dalam gelas dengan potongan buah pisang, epal, honey dew, anggur dan peach kuning. mahu yang lebih special, tambah ais krim cokelat. yummy.. sedap!

Oleh kerana sekarang ni musim panas, dalam koktel tidak ada buah strawberi sebab bukan musim buah strawberi. di Mesir, buah strawberi hanya ada pada musim sejuk.

Harga segelas jus koktel biasa LE3.00. bila ditambah dengan aiskrim jadi LE4.00. kalau tukar duit malaysia RM2.00 segelas. (baru ingat nak letak harga. kekeke..)

muka orang yang menikmati jus koktel yang sedap ni mesti ada. hahaha..

Abe Azman dengan jus koktelnya. tak dan ambik gambar, abe azman dah ngap eskrem.

Dalam entry kedai jus buah fresh di mesir semalam, ada yang nak tahu rupa bentuk mesin memerah tebu yang terus menyejukkan perahan. saya tak tahu nak describe macamana. mesin tu mempunyai fungsi watercooler dan agak besar gedabak saiznya.

Kalau tengok kedai tempat saya duduk ni, ruang sebelah kiri yang ditutup itu menempatkan mesin memerah tebu. insyaAllah kalau berpeluang, saya akan ambil gambar mesin tersebut.

Thursday, June 23, 2011

Kedai Jus Buah Fresh Di Mesir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hari tu saya ada cerita pasal buah tembikai dan jus buah, kali ni nak tunjuk kedai jus buah pulak. di Mesir banyak kedai jus buah fresh yang menyediakan pelbagai jenis jus buah. kalau jus mangga 100% mangga. kalau tebu memang pure tebu, takde campur air kosong. yang bestnya mesin memerah tebu terus menyejukkan perahan tebu, macam baru keluar dari peti sejuk.

Air tebu antara yang paling popular di kedai jus buah. harga pun murah berbanding jus buah yang lain. saya sempat menikmati air tebu berharga LE0.50 segelas, tapi sekarang dah naik jadi LE1.00. walaupun begitu, tetap murah dibandingkan dengan harga air tebu di Malaysia.

Kedai Mulk koktel bermaksud Raja/Pemilik Koktel terletak di tempat yang sangat strategik. lokasinya bersebelahan dengan Suq Sayarat menjadi tumpuan ramai pada setiap Jumaat dan Ahad lebih-lebih lagi pada musim panas. ruang tempat letak meja yang luas dan terbuka sangat sesuai jadi tempat duduk bersembang sambil melihat suasana petang di Nasr City, Cairo.

Musim panas di Mesir, akan nampak buah mangga banyak bergantung di raga kedai jus buah, selain buah pisang dan tembikai.

Kedai Attauhid Mulk Al-Manju Wal Farawalah kalau saya terjemah bermaksud Kesatuan Raja/Pemilik Mangga Dan Strawberi. hahaha.. kedai ni dekat sangat dengan kedai Raja Koktel tadi. kalau member tengah duduk kat sana, siap boleh sembang. tapi kena jerit sikit lah.

Saya lebih suka duduk di kedai ini kerana lokasi yang agak redup dan tertutup oleh pokok-pokok. lagipun persekitaran lebih bersih berbanding Raja Koktel, nyaman je kita duduk. servis pun laju dan pekerja mesra pelanggan. banyak pulak saya puji kedai ni, bukan bagi minum free pun nanti.

Dua kedai jus buah ini dekat dengan rumah. selalu duduk bersantai di sini pada musim panas. kadang waktu malam, kadang waktu petang. tapi musim panas ni belum pergi beramai-ramai lagi. plan nak pergi duduk di situ petang karang. hehe..

Nota kaki :
dalam bahasa Arab, jus dipanggil "Asir". ejaannya "Ain+Shod+Ya+Ra" bunyi nya "Asir"..

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday : Roti Eish Mesir


Nota kaki :
ejaan dalam Arab "ain+ya+shin" bunyinya eish.
.

Monday, June 20, 2011

10 Pengkomen Terkencang Blog Budak Malaysia


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Seperti minggu lepas, saya akan update pengkomen terkencang di Blog Budak Malaysia dan tiga pengkomen teratas akan dimasukkan ke dalam bloglist pengkomen terkencang mingguan. senarai blog di bawah merupakan pengkomen terkencang pada minggu 12 hingga 19 Jun :

1. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

2. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

3. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

4. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

5. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

6. Gayah Spears : http://alyaamor.com/

7. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

8. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

9. wOrLd oF miNe : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com/

10. missSenget Punya : http://sayayangpunya.blogspot.com/

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa berkunjung ke blog ini. kepada yang sudi meninggalkan komen, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. tiada hadiah berjuta ringgit mampu saya bagi, hanya ini sebagai tanda penghargaan daripada saya.

Kalau tak tinggalkan komen, tinggalkan jejak di shoutmix pun dah okay. dapatlah saya pula yang datang bertandang ke blog anda. tapi kan lebih jelas kelihatan kalau di bahagian komen.. (^^,)

Nota kaki :
sekarang saya masih dalam musim exam, walaupun tak nampak sibuknya.. tapi agak serabut sebenarnya. hahaha.. semoga dipermudahkan dan diberi ketenangan..

Saturday, June 18, 2011

Summer Di Mesir : Buah Tembikai Dan Jus Buah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Musim panas yang tiba di Mesir pasti akan bersama buah tembikai, anggur dan honey dew. tiga jenis buah ini akan kelihatan melonggok di mana-mana kedai buah dan menjadi jualan utama penjual buah di bahu-bahu jalan.

Pada awal musim, harga buah-buah ini sedikit mahal berbanding di pertengahan musim. sekarang, honey dew berharga LE2.50 sekilo dan tembikai mencecah LE10.00 sebiji. di pertengahan musim, honey dew boleh didapati dengan harga semurah LE1.00 sekilo. begitu juga dengan harga anggur, sekarang LE8.00 sekilo. di pertengahan musim pula harganya semurah LE3.00 sekilo. siap dengan analisis harga saya buat. hahaha..

Melangkah di tengahari yang panas, tengok buah ni, terus terbayang tembikai merah dibelah-belah, letak dalam peti ais barang setengah jam lalu dinikmati ketika sejuk. pergh... sangat melegakan tekak yang kering di kala cuaca membahang. tapi itu harapan je lah, saya tidak dapat makan tembikai merah di sini dalam kuantiti yang banyak sebab akan berasa tidak selesa badan selepas itu.

Selain buah tembikai, buah mangga juga akan memenuhi raga-raga yang bergantung di kedai-kedai jus. sedia untuk diperah menjadi jus mangga. berjalan di tengahari panas, pasti terliur dan ingin singgah.

Gambar jus mangga, oren, koktel dan jus asam jawa(kaler hitam). tekak tengah kering, cuaca panas, mana tak terliur tengok gelas berisi jus mangga sejuk seperti ini. boleh tergoda seyh..

Harga jus terkini saya tak tau lagi sebab harganya selalu berubah mengikut musim. actually agak lama tak singgah melepak di kedai jus beramai-ramai. gambar jus atas ni tahun lepas punya. hehe..

tiba-tiba macam mengidam nak minum koktel..

Friday, June 17, 2011

Menilai Perbuatan Orang Lain

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. (^^,)

Sebelum pergi jauh, terlebih dahulu saya kongsikan kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya..
Diriwayatkan Luqman Al-Hakim memasuki sebuah kota dengan menunggang keldai dan anaknya berjalan kaki. sedang Luqman lalu di hadapan sekumpulan orang ramai, terdengarlah akan kata-kata daripada mereka..

"Tengoklah lelaki itu, dia senang di atas keldai, anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah melalui kumpulan itu, Luqman bertukar kedudukan dengan anaknya. sekarang anaknya pula menunggang keldai dan beliau berjalan kaki. lalu di hadapan sekelompok orang ramai yang lain, terdengarlah akan kata-kata daripada mereka..

"Tengoklah anak muda itu, dia senang di atas keldai, orang tua pula dibiarkan berjalan kaki."

Setelah melalui kumpulan orang ramai itu, Luqman dan anaknya hanya berjalan kaki dan membiarkan keldai tanpa tunggangan. lalu di hadapan sekelompok orang ramai yang lain, terdengar pula kata-kata daripada mereka..

"Bodohnya orang itu! ada keldai tetapi tidak ditunggang. berpenat lelah dengan berjalan kaki."

Well, banyak pengajaran boleh diambil daripada kisah ini. dalam kehidupan di dunia, kita tidak akan terlepas daripada penilaian orang lain. samada dinilai dengan baik atau mendapat cemuhan, itu berdasarkan pegangan si penilai dan apa yang kita lakukan.

Setiap orang mempunyai cara penilaian tersendiri, di mana penilaian itu berpaksi kepada pegangan dan apa yang baik kepadanya. seseorang yang positif, penilaiannya turut positif. begitu juga sebaliknya. contohnya, seorang pencuri akan menganggap polis yang hebat sebagai musuh, tetapi orang awam menganggap polis hebat sebagai hero.

Jika yakin sesuatu yang nak dilakukan itu betul dan tidak menyalahi syarak, just do it kata omputih. tapi, jangan yakin sajer, ilmu takde.. naya jugak. sebelum buat sesuatu, pastikan ada pengetahuan dan sudah dipertimbangkan. sekiranya belum tahu, sila tanya kepada yang pakar. perlu diingat, niat yang baik tidak menghalalkan cara. sebagai contoh, nak tolong orang susah, tapi pergi rompak bank. niat betul dah, caranya salah.

Bergambar di makam Nabi Daniel dan makam Luqman Al-Hakim di Iskandariah, Mesir. makam kecil di belakang dikatakan Makam Luqman Al-Hakim.

Nota kaki :
kita boleh menilai, tetapi jangan terus menghukum. pertimbangkan perkara lain yang mungkin mempengaruhi si pelaku. bersangka baik tak merugikan..
Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya : "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan Penuh : Frust Weh!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.

Tak dapat nak kata apa. kecewa sebab tak sempat tengok gerhana bulan penuh malam tadi. kedudukan bulan buat masa sekarang, betul-betul arah tingkap bilik. buka je tingkap bilik memang terus nampak bulan. tapi apa kan daya, saya tak sedar dunia, lena dibuai mimpi yang indah..

Saya sedar-sedar je dah pukul 2 pagi waktu mesir. saya tertidur sangat awal sebab letih balik exam. kalau saya tahan sikit je lagi, mesti sempat tengok. gerhana bulan kira-kira pukul 9 ke 10 malam di Mesir. sadis sungguh.. bukan selalu jumpa gerhana bulan penuh, memang takde rezeki saya nak tengok tahun ni..

Jalan-jalan di blog orang lain, ada yang berkongsi gambar gerhana bulan penuh tahun ni. saya tak dapat tengok real, tengok gambar pun kira okay lah. nak sedapkan hati sendiri. frust weh...





Alangkah bestnya kalau tengok dengan mata sendiri. melihat salah satu keajaiban dan keindahan ciptaan Allah SWT. malam tadi, ada member yang sempat buat Solat Sunat Gerhana. sekali lagi saya terlepas peluang nih..

Nota kaki :
Gambar-gambar ni saya ambil dari Blog Aku Stress Giler. katanya Gambar Gerhana Bulan Penuh Dari Seluruh Dunia. nak tengok lebih banyak gambar gerhana bulan, boleh lah terus ke blog tersebut. KLIK SINI

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Sesak Nafas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hari-hari saya macam semakin sibuk pulak, padahal bukan ada kerja apa. menghadap buku beberapa ketika, dah bosan menghadap komputer pula.. bila lapar, saya makan, dah kenyang, saya mengantuk, dah mengantuk, saya tidur. tapi semacam orang sesak nafas bila memikirkan paper yang semakin hampir.

Saya harap jiwa ini dapat ditenangkan bagi menghadapi final yang menggerunkan. barangkali agak gementar sebab saya anggap exam ni menggerunkan kot. cer anggap gampang dan senang. eh.. takut pulak over confident. hahaha..

Apa pun, semoga dipermudahkan. semoga tergolong dalam golongan orang-orang yang najah dalam peperiksaan, najah di dunia dan akhirat. amiin..

Nota kaki :
mungkin jarang berupdate musim exam ni. tapi itu mungkin je.. mungkin.. hahaha..

Monday, June 13, 2011

Bloglist Pengkomen Terkencang Mingguan


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Sebelum ni saya fikir-fikir, apa patut saya bagi kepada mereka yang rajin datang komen di blog saya. mulanya nak buat contest pengkomen terbanyak. tapi saya perlu fikir lagi pasal hadiah dan penghantaran hadiah. agak banyak pula kerja. memandangkan sekarang saya sedang sibuk dengan hal-hal lain, mungkin boleh diadakan lain kali.

Buat masa ini saya wujudkan bloglist khas pengkomen terbanyak di Blog Budak Malaysia sebagai penghargaan daripada saya atas sokongan di blog ini. selagi kudrat masih ada, bloglist pengkomen terkencang mingguan ini akan saya kemaskini setiap hari Isnin berdasarkan tiga nama tertinggi pada widget Pengkomen Terbaik.

Tidak ada hadiah jutaan ringgit mampu saya bagi. tak ada pingat emas, perak mahupun gangsa. hanya ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan atas sokongan anda.

Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung blog ini. kepada semua yang sudi jadi Mereka Yang Best di blog ini, terima kasih, terima kasih dan terima kasih. tanpa anda, blog ini tiada seri. anda membuatkan hati ini berbunga-bunga..

Di bawah ini senarai sepuluh blog pengkomen terkencang minggu lepas (5 hingga 12 Jun 2011) :

1. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

2. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

3. sizuka-world-of-life : http://worldofsizuka.blogspot.com/

4. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

5. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

6. Hans : http://hanspunyablog.blogspot.com/

7. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

8. missSenget Punya : http://sayayangpunya.blogspot.com/

9. wOrLd oF miNe : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com/

10. heroin homo sapiens : http://cikheroin.blogspot.com/

Sekali lagi terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa di sini. semoga hari-hari anda juga lebih ceria dengan senyuman.. (^^,)

Nota kaki :
sekarang saya mula aktif di Twitter. sebenarnya dah sign up lama, tapi baru aktif sejak minggu lepas. saya lihat twitter sebagai satu medium mudah untuk berhubung dan mengumumkan sesuatu. senang nak jadi kepoh dan bizibody. hahaha..
twitter saya : AsadaSensei
.

Saturday, June 11, 2011

Seram Sangat Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Saya bukanlah orang yang berani sangat, tidaklah penakut sangat. tengah-tengah lah. ustaz saya pernah pesan, kalau kita takut sangat nanti iblis setan makin mudah nak ganggu. tidak boleh over berani jugak, dikhuatiri sampai ke tahap takbur.

Alhamdulillah saya jarang diganggu jin atau makhluk alam lain. diugut dan dirompak manusia bertopengkan setan pernah lah. kisah seram yang paling saya ingat, semasa berada di tingkatan lima. tidaklah seram mana, tapi cukup membuatkan saya terus senyap tidak bersuara.

Gambar padang simen sekolah diambil dari depan asrama lelaki pada tahun 2000.

Malam tu saya dan classmate belum tido, rancak bersembang. lebih pukul 12 tengah malam kami berdua ke tempat mandi di belakang asrama, kepala paip tertanggal dan air keluar tak dapat dihenti. atur punya atur, memang tak dapat. atas rasa tanggungjawab dan tak nak membazir air, kami berdua ambil keputusan nak tutup paip utama.

Lokasi paip utama nun jauh di depan blok pentadbiran. kena ikut laluan baru di tepi blok kelas sebab jalan depan asrama menuju ke blok pentadbiran ditutupi oleh besi-besi dan cerucuk simen. maklumlah sedang dalam proses membina bangunan kelas baru.

Kami berdua menuju ke blok pentadbiran sambil bersembang. Najib jalan di depan, saya ikut di belakang. lalu di tepi blog kelas, suasana senyap sunyi. tiba-tiba, "WOI!!". suara garau menggertak. terus saya pandang di atas beranda blok kelas, tiada siapa. kami terus berjalan, saya senyap membisu. di depan, Najib menyanyi perlahan seperti tiada apa berlaku.

Lama saya senyap. selepas menutup paip utama di depan blok pentadbiran, saya tanya Najib. ada dengar tak orang panggil 'WOI!' tadi. rupa-rupanya Najib pun dengar, sebab tu dia nyanyi je. kalau tak nyanyi, kang jadi makin sunyi. hahaha.. akhirnya kami berdua meredah tengah padang yang sedang dalam pembinaan untuk balik ke asrama. tak berani lalu di blok kelas dah.

Lakaran pelan lama sekolah. line merah adalah laluan kami berdua ke paip utama yang bertanda X. bintang hijau, lokasi kami berdua disergah suara garau.

Tandas perempuan lama di tepi blok kelas yang agak menyeramkan. atas beranda blok inilah suara garau memanggil kami 'woi!'. gambar diambil pada tahun 2010.

Kawasan lapang ini bekas tapak asrama lelaki. hanya tinggal memori. asrama lama telah diroboh sebaik sahaja asrama baru siap dan dihuni. dulu di belakang asrama adalah hutan dan semak samun.

Semasa tahun 2004, sekolah saya dalam fasa pertama pembinaan menambah bangunan dan membesarkan sekolah. jadi hutan-hutan di sekeliling kawasan sekolah ditebang dan diratakan. orang yang tinggal berdekatan sudah tahu, kawasan sekolah saya adalah tempat jin bertendang dan 'keras'.

Pelbagai kejadian pelik dan mistik berlaku. salah satunya ular sawa sebesar paha orang dewasa banyak muncul dan dibunuh dengan jengkaut. beberapa hari selepas itu, jengkaut tenggelam dalam tanah. dahsyat.. nasib baik dapat di tarik semula dengan jengkaut lain. banyak kali terjadi jengkaut tenggelam semasa proses meratakan tanah. entah apa silapnya.

Kisah saya ni tak cukup seram, tiada kehilangan nyawa. kisah benar pelajar UiTM ini lebih dahsyat. saya baca pagi tadi. agak menarik.. KLIK SINI

Nota kaki :
nama sekolah saya menjadi SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud setelah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2006. pelajar pun dah ramai. zaman saya, jumlah semua pelajar dari form 1 hingga form 5 hanya 120 orang.

Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Setelah sepanjang minggu bercerita pasal kakak sulung saya kahwin, baru hari ni keluar tajuk lain. hahaha.. mari bercerita pasal pasar minggu jual kereta terpakai di Mesir pulak.

Hari jumaat merupakan hari yang paling sibuk di Mesir. semua orang pakat nak keluar jalan-jalan, mana tak sesak. kadang naik tensen dengan suasana yang sesak. melangkah di tepi jalan raya pada hari jumaat boleh mengundang pecah gegendang telinga dengan bunyi hon yang bertalu-talu.

Salah satu tempat yang paling sesak adalah Suq Sayarat di Nasr City, Cairo. sebuah pasar minggu tempat rakyat jelata menjual kereta terpakai. dekat sangat dengan rumah. ini salah satu keunikan di Mesir, di mana mereka menyediakan tempat khusus bagi mengadakan pasar minggu menjual kereta terpakai. berkoyan-koyan lah warga Mesir di situ.

Kawasan ini seluas mata memandang, besar punya. sampai ke tiang elektrik ketiga sana. kalau hebat, try lah kira kereta yang ada di sini. takde kerja. hahaha.. saya tidak pasti berapa kapasiti kereta yang boleh muat dalam kawasan ni, tak pernah pulak nak kira.

Pasar menjual kereta terpakai ni dibuka pada setiap Jumaat dan Ahad. walaupun begitu, bilangan orang menjual kereta pada hari Ahad tidak seramai hari Jumaat. tapi tetap sesak jugak.

Actually kawasan Suq Sayarat ini bertembok. jadi penjual yang ingin menjual kereta di dalam kawasan Suq Sayarat perlu membayar LE10 untuk sebuah kereta. bayangkan berapa untung orang punya kawasan ni sehari dengan bilangan kereta beribu-riban tersebut. bukan ada modal apa pun, sediakan tempat je.

Biasanya, petang khamis lagi dah ada kereta berbaris nak masuk ke Suq Sayarat. punya tak nak sesak pagi Jumaat. tapi ramai jugak yang ambil kesempatan menjual kereta di luar kawasan Suq Sayarat. tak nak keluar modal bayar masuk lah tu. mereka ni lah yang mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan Suq Sayarat. geram..

Daripada kereta model lama ke kereta model baru, hampir semua ada dijual di pasar kereta ni. macam pesta sungguh diorang berjual kereta. tapi keadaan kereta di Mesir agak menyedihkan, jangan harap kereta tanpa calar di Mesir. hampir 100% kereta ada calar. yang tak bercalar, mungkin hanya kereta 30 minit baru keluar dari kilang. hahaha..

Mercedez Benz mata belalang dan BMW model 5 series ibarat kereta untuk pergi kebun di sini. sedih tengok, calar balar merata. tengoklah Mitsubishi Lancer kat atas tu, entah ke mana saja tuannya bawak. mereka lebih pentingkan kualiti enjin.

Pasal harga pula, dah confirm lagi murah dari Malaysia! jom beli kereta kat sini, tapi nak bawak balik Malaysia, saya tak tahu lah berapa cukainya. hehehe..

Nota kaki :
suq sayarat adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud pasar kereta.

Thursday, June 09, 2011

Gambar Sekitar Rewang Dan Majlis Perkahwinan Anak Sulung Haji Dahari

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Minggu ni memang layan kisah majlis perkahwinan saje. excited saya dapat abang ipar ni tak habis lagi. frust jugak sebab tak dapat bersama dalam majlis perkahwinan kakak sulung. nasib baik ada internet, ada Facebook, dapatlah tatap gambar-gambar majlis. kalau orang duduk berjauhan zaman dulu, dah beranak pinak pengantin, baru dapat tengok kot.

Wednesday, June 08, 2011

Wordless Wednesday : Bahagia Pengantin Baru


Tahniah!!
Mohammad Termidzie Bin Haji Arpa
Dan
Siti Khadijah Binti Haji Dahari



Klik sini : Gambar Majlis Akad Nikah

Klik sini : Gambar Majlis Persandingan
.

Wordless : Sebenarnya Ukhuwwah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. (^^,)

Gambar bersama YB yang jarang dapat jumpa. hehe..

Ukhuwwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuan, bukan berdasarkan lamanya perkenalan. sempurnanya Ukhuwwah itu, bila mana sentiasa disebut dalam setiap doa yang dipanjatkan. Ana Uhibbukum Fillah.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada enam. Para sahabat bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Baginda menjawab, ‘apabila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu penuhilah, apabila dia minta nasihat darimu nasihatilah, apabila dia bersin doakanlah, apabila dia sakit tengoklah, dan apabila dia meninggal dunia maka ikutilah jenazahnya.”
(HR. Muslim)

Tuesday, June 07, 2011

Dengan Teknologi Saya Mampu Balik Ke Malaysia Dalam Sekelip Mata Hanya Untuk Satu Gambar

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Tak perlu saya menaip panjang untuk tampalan ini. tajuk yang berjela dan sebuah gambar di bawah sudah cukup untuk menjelaskan segalanya. siapa sangka! hanya dalam sekelip mata..

Gambar lengkap keluarga kami, dengan 4 orang pari-pari comel.

Kakak sulung saya telah melangsungkan perkahwinannya pada 4 Jun 2011. majlis persandingan beliau hari kelmarin, 5 Jun 2011. excited saya belum habis lagi walaupun sekarang sedang sibuk dengan musim exam!

Nota kaki :
saya masih terbayang, alangkah bestnya kalau saya turut bersama dalam majlis perkahwinan tersebut. takpe.. berangan macamni pun dah okey. hahaha..

Ada orang buat cerita pasal saya, tapi saya tak nak marah. senyum je, sebab saya suka. tengok sini.. www.adamadam13.blogspot.com

Monday, June 06, 2011

Gambar Majlis Persandingan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Dah selesai Majlis Persandingan kakak sulung saya di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. nampaknya sangat-sangat meriah! eh.. macam saya ada kat situ pulak kan. hahaha.. mari layan gambar sambil saya bercerita.

Sebelum majlis persandingan pasangan pengantin, ada majlis khatamal quran oleh tiga adik bongsu kami dan dua orang anak kawan mak. disambung pula dengan marhaban yang disampaikan oleh kumpulan marhaban Kampung Tanjung Bundong. semua anggota dah veteran, jarang jumpa anak muda yang nak berkecimpung dengan marhaban.

Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang kumpulan Hadrah Kampung Tanjung Bundong. naik kereta jugak, padahal dekat je dengan rumah. alangkah bestnya kalau saya pun ada di situ. nak interframe sana sini memang best sangat time macam ni. hihihi.. ada pari-pari kecil mengiringi pengantin. yang dapat saya kesan, si kecil paling kiri tu anak cousin saya.

Sampai di pelamin indah, Raja Sehari pun bertitah sambil memegang kerisnya. hihi.. suka kaler pelamin macam ni. ingat nak guna untuk warna tema perkahwinan saya, tapi kakak dah guna dulu. jadi saya tukar guna warna lain lah nanti. tapi majlis perkahwinan saya tak tahu lagi bila, sebab calon pun belum ada. hahaha..


Pengantin baru berbisik-bisik.. suka tengok gambar ni.

Bermula majlis tepung tawar pengantin. dalam gambar ni ayah saya sedang melakukan upacara merenjis. renjis renjis dipilis. sayangnya saya tak ada.. nak jugak buat dekat orang, saya belum pernah buat pun!

Sesi bergambar dengan pengantin. gambar di atas ni adalah family andak saya. mai dari Penang. jarang dapat jumpa. actually mereka selalu balik ke sarawak waktu cuti panjang, tapi saya yang tak ada. kali terakhir berjumpa tahun 2005 masa Yayasan Sarawak buat perkampungan pelajar di Pulau Pinang. giler punya lama. rasanya Shasha si kecik molek baju hijau biru kat depan tu tak kenal saya lagi kot. haha..

Ini gambar yang mesti ada. gambar family saya terkurang sebab yang lagi sorang tu tengah menaip entry ni dari perantauan. sadis sungguh.. takpe, nanti saya edit masukkan gambar saya di tepi. hahaha.. nampak kecik pulak si Abdul Ghafur kat depan tu. saya balik hari tu macam dah besar je.

Gambar-gambar ni saya ambil dari album Facebook cousin yang turut jadi photographer semalam. katanya beliau bukan photographer bertauliah. haha.. apa pun, terima kasih kerana sudi melayan saya nak tengok gambar. ini hanya gambar di pelamin anganku. ada kesempatan, saya tunjukkan jugak gambar suasana majlis.

Nota kaki :
pengeluaran gambar majlis persandingan di blog ni agak lambat sebab internet saya yang agak slow sejak semalam. sadis je.. tapi excited tak habis lagi. hahaha..

Sunday, June 05, 2011

Gambar Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Excited tak habis lagi dengan perkahwinan kakak sulung saya. maklum saja abang ipar pertama kami adik beradik. menantu pertama emak dan ayah. hehehe.. semalam telah termeterainya ikatan perkahwinan antara Siti Khadijah Binti Haji Dahari dan Mohammad Termidzie Bin Haji Arpa. semoga berkekalan bahagia bersama hingga ke syurga.

Ayah saya sendiri yang menikahkan kakak. sebelum ni selalu tengok ayah menikahkan orang lain je sebab ayah pernah jadi jurunikah. hebat jugak abang ipar saya ni, dengan sekali lafaz je dah sah! bagus.. tak tergagap, nampak konfiden level tinggi. hahaha..

Seriusly sangat happy! walaupun takde kat rumah, saya dapat rasa macamana meriahnya majlis. ramai sanak sedara berkumpul nih. semoga dengan berkat doa semua, kakak saya dan suami berbahagia bersama selamanya. okeh, sekarang tak sabar nak ada anak sedara plak. boleh? hihi..

My oh my.. cantik! first time nampak kakak saya make-up camni. dah jadi macam patung yang sangat comel. bila tengok gambar ni, nampak pasangan ni sangat sweet. tengok la reaksi pengantin lelaki, malu-malu gittew. hahaha..

Kaler baju pengantin yang putih suci macam ni lawa. mak dan ayah saya kahwin dulu pun pakai baju putih jugak. masih tersimpan lagi baju tu kat rumah. huhu.. pelamin kaler purple cantik. lepas ni kena fikir warna tema lain untuk majlis kahwin saya, kakak dah guna kaler purple. haha.. entah bila la agaknya majlis saya tu..

Gambar ni dari cousin saya semalam. katanya banyak gambar, tapi kena tunggu nanti la baru dapat tengok semua. haih.. Majlis Persandingan di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ni. excited nak tengok gambar majlis tepung tawar dan bersanding.

Nota kaki :
ramai yang tanya soalan cepumas semalam, bila lagi saya nak kawen. payah nak jawab, sebab calon pun saya tak jumpa lagi. hahaha..

Saturday, June 04, 2011

Sudah Ada Abang Ipar!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. yeah!

Alhamdulillah.. saya terima mesej pendek dari adik lebih kurang pukul 2.25 petang waktu Malaysia. "dah lafaz dah, sekali lafaz jak." maksudnya, saya sudah ada abang ipar! hahaha..

Tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa. seriusly sangat gembira, excited! siap tangan saya ketaq-ketaq menaip. bukan sebab tak makan, tapi sebab teruja yang amat sangat. suami kakak saya menantu pertama untuk mak dan ayah. abang ipar pertama untuk kami adik beradik.

Sangat geram sebenarnya bila tak dapat jadi saksi perkahwinan kakak saya sebab jauh di perantauan. memang bukan rezeki. tak mengapa lah. hope perkahwinan adik-beradik yang lain saya dapat bersama. hehe..

Abang ipar a.k.a suami kakak saya orang Sarawak, berbangsa Bugis. anak sulung cikgu yang mengajar saya tarannum al-Quran semasa di sekolah menengah, juga kawan ayah saya. walaupun dah ikut kelas tarannum al-Quran, sampai sekarang saya masih tidak fasih bertarannum. tapi masa sekolah rendah dulu pernah jugak menang pertandingan tilawah al-Quran. bangga sekejap. hahaha..

Bagaimana mereka kenal? itu mungkin nanti saya korek kisahnya. sebab saya pun belum tahu sepenuhnya. hehe..

Doa saya, semoga perkahwinan ini membawa bahagia hingga ke syurga. semoga sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT. semoga dimurahkan rezeki, dilimpahkan rahmat dalam kehidupan. dikurniakan anak yang soleh dan solehah. amiin.

Ucapan yang tak dilupakan, Selamat Pengantin Baru. (^^,)

Nota kaki :
siyes punya tak sabar nak tengok video majlis perkahwinan ni!