Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Hidup Tidak Selamanya Indah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Kadang memang susah untuk menghilangkan suram hanya dengan senyuman. oleh itu pentingnya teman dan orang di sekeliling kita menceriakan suasana. dalam masa yang sama menjadi pendukung dalam menghadapi masalah dan dugaan.

Hidup kita tidak akan selamanya indah, kadang akan datang dugaan menjadi satu ujian. siapa yang bijak, dugaan hari ini akan menjadi guru kepadanya bagi menghadapi kehidupan di masa akan datang. siapa yang leka dan alpa pula akan menilai dugaan yang datang hanya sebagai 'penyusah'.

Dalam menghadapi sebarang dugaan, jangan lupa untuk memohon doa kepada Yang Memberi Pertolongan. semoga diberi kekuatan menghadapi apa jua rintangan.. Amiin.

pesanan untuk diri sendiri jugak ni.

Masjid Sultan Hasan, Cairo. Jumaat, 15 Julai 2011.

Lepas habis exam hari tu, nampaknya saya sibuk dengan hal lain pula. semalam baru saja selesai Malam Tautan Kasih 2011 untuk pelajar Sarawak di sini. sekarang sibuk mengemas barang nak pindah rumah.

Asrama pelajar Sarawak di sini akan dibaikpulih bermula Ogos 2011. bermula 23 Julai, kami perlu memindahkan barang-barang ke rumah sewa baru yang terletak di Hayyu Sabek (7th District). bila saya tengok banyak barang yang perlu dikemas, terasa lumpuh pula tangan ni. hahaha..


Nota kaki :
Oleh kerana masa yang sangat terbatas, saya hanya update Bloglist Pengkomen Terkencang bagi minggu 10 hingga 17 Julai di sidebar blog sahaja. belum punya masa yang cukup sekarang. aduyai..

Sunday, July 17, 2011

Kisah Di Sebalik Pepsi Float

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila di musim panas, menikmati air yang sejuk sangat terasa nikmatnya. lebih-lebih lagi dihidangkan bersama ice cream yang sedap. hari tu semacam mengidam nak minum pepsi float, singgah di kedai terus beli ice cream vanilla dalam bekas sederhana dan sebotol pepsi 2 liter. baru puas nak buat pepsi float.

Resepi pepsi float sangat simple, air pepsi dan ice cream. isi air pepsi separuh gelas, lepas tu masukkan ice cream vanilla. boleh je guna ice cream lain. tapi bagi saya, lebih sedap dengan ice cream vanilla. kalau beli pepsi float di kedai, ice cream tak banyak berbanding kita buat sendiri. baik buat sendiri.. lalala~

ini pepsi float yang saya buat.

Saya mula kenal pepsi float ni zaman sekolah menengah dulu. sekitar 2002 hingga 2004, bila balik cuti ke kampung, saya dan beberapa member kadang-kadang akan ke bandar Kuching. bukan buat apa pun, jalan-jalan, duduk-duduk di Waterfront sambil tengok orang. kononnya dah cukup cool lah tu. hahaha..

Dalam banyak-banyak stall sekitar Waterfront Kuching, ada sebuah stall dijaga oleh gadis lawa menjual ice cream dan pepsi float. semata-mata nak mengusha akak stall, kitorang beli pepsi float kat situ. lepas beli, lepak di tepi stall sambil mengusha. rasanya beza umur kami dalam 2 ke 3 tahun kot, entah-entah sebaya. tak pernah pula tanya umur akak stall..

Masih kah akak stall ingat kami bertiga? untuk makluman akak stall pepsi float, kami masih ingat paras wajahmu. hahaha.. tak pernah dah jumpa akak tu lepas tahun 2006. mungkin dah kawen kot..

Friday, July 15, 2011

Anugerah Sihat Dan Kelapangan Masa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Kepada yang masih berada di dalam kesedihan atau musibah, semoga terus tabah menghadapi segala dugaan. semoga dengan ketabahan itu, kita dihadiahkan dengan kebahagiaan.

Peluang dan ruang kali ini, ingin saya berkongsi tentang satu hadith yang pendek, akan tetapi memberi makna yang besar di mana hadith ini membawa kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan kita supaya tidak mempersiakan segala nikmat yang telah dianugerah Allah SWT.

Hadith dipetik dari buku Empat Puluh Hadith Penawar Hati.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam. namun, ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan keduanya.

Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mempersiakannya lalu menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah dan melalaikan. atas perkara yang sebegitu, golongan ini menganggap ibadah yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugas lain.

Mengerjakan sembahyang bukanlah memakan masa yang lama. apatah lagi membaca Al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambil berjalan, memandu, bahkan ketika bekerja. namun malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar.

Beginilah orang yang mempersiakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan. sehinggalah mereka terlantar sakit dan tidak bermaya, maka ketika itulah baru menyedari akan besarnya nikmat ini.

Time sakit baru nak sembahyang, nak nazar macam-macam, baru nak mengaji Al-Quran, baru nak berzikir. aduhai.. macamana nak mengaji, masa lapang dulu tak pernah belajar. belajar time dah sakit susah. dua kali lebih susah berbanding masa sihat.

Tepat sangat kalau nak bagi pepatah melayu, "nasik sudah menjadi bubur.. kena pi goreng ikan bilis, buh kicap sikit, boleh makan campur dengan bubur..".


Saudara saudari pembaca yang dihormati, cuba kita renung kembali, adakah kita menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa dengan sebaik mungkin atau telah mempersiakannya. adakah masa cuti bekerja sabtu ahad digunakan sebaik mungkin? adakah kesihatan kita hari ini sudah digunakan dengan baik? sama-sama muhasabah untuk memperbaiki diri.

Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya. hargai segala nikmat tersebut. sudah diberi kesihatan, jangan pula kita 'rosakkan' kesihatan. janganlah hisap gam, janganlah hisap dadah. nanti jadi tak sihat. bila tak sihat tak dapat nak buat apa. sendiri juga yang susah..

Nota kaki :
syukur masih ada kesedaran akan nikmat tu waktu sakit. ada juga yang dah terlantar sakit masih tak sedar nikmat yang telah diberi.. nauzubillah, mintak dijauhkan daripada sifat kufur nikmat.

gambar : tengok sunrise dari puncak Gunung Sinai (Thur Sina), satu ketika dahulu tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT..

Thursday, July 14, 2011

Selamba Je Diorang Ni..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bangunan asrama pelajar Selangor di Malaysian Students Complex, Hayyu Asyir (10th District), Cairo dalam proses baik pulih sejak Ogos 2010. sekarang pun masih belum siap kerja membaik pulih bangunan tu. mungkin darurat di Mesir tempoh hari menyebabkan proses renovation tergendala.


Walaupun dengan kemudahan asas agak terhad, pekerja arab yang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tetap tinggal di dalam asrama tersebut. siap ada jamban sementara mereka buat di tepi bangunan. yang kelakarnya, bumbung jamban sementara dibuat dengan kurang sempurna. kalau saya menjenguk di tingkap bilik, boleh nampak apa orang buat dalam jamban tu. bukan sengaja mengintai, tapi saya tertengok!

Paling menakjubkan adalah tempat tidur mereka. berbumbungkan langit terbentang, berlantaikan padang futsal Dataran Malaysian Students Complex. hebat tak hebat mereka nih.

Dataran Malaysian Students Complex, 10th District, Cairo.

Hari dah terang masih lagi membuta. gambar sekitar 6.30 pagi.

Mungkin tidur di dalam bangunan agak membahang pada musim panas, lalu mereka ambil keputusan untuk tidur di padang. lagipun barang-barang di luar bangunan harus dijaga sebelum disapu pencuri.

Hari tu ada anjing liar nak datang dekat, tiba-tiba orang dalam selimut merah tu bangun dan lempar batu. rupa-rupanya dah ready batu di tepi tilam. deria dia hebat, sensitif woo! paling hebat, mereka masih boleh tidur di padang semasa geng budak-budak Malaysia main futsal di situ! hahaha..

Selamba je diorang ni..

Nota kaki :
Asrama pelajar Sarawak pun akan buat renovation bermula Ogos ini. 25 Julai 2011, semua penghuni akan dipindahkan ke rumah sementara di 7th District. harap ada internet di rumah sementara nanti supaya senang nak jenguk blog.

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Makanan Sedap : Bakso Gami' Termantap Di Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kali ini ingin berkongsi satu lagi makanan yang sedap di Mesir. walaupun sebenarnya bukan makanan Mesir, tapi di Mesir lah pertama kali saya merasa bakso.

Ramai warga Indonesia mengusahakan perniagaan kedai makan di Mesir. sekitar kawasan kediaman saya di sini terdapat lebih 10 buah rumah makan yang menyediakan menu makanan Indonesia. Bakso Gami' antara kedai makan kegemaran saya, khusus menyediakan pelbagai jenis bakso yang sedap.

Lokasi Bakso Gami' yang berdekatan dengan kediaman pelajar Indonesia dan Malaysia menjadi salah satu faktor kedai makan ini sentiasa hangat mendapat sambutan. tambahan pula rasa bakso yang super sedap dan harga berpatutan, sangat tepat dengan tema mereka "Rasa Bintang Lima, Harga Mahasiswa".

Menu pelbagai jenis bakso yang tersedia di Bakso Gami'.

Hidangan Bakso Super dan Bakso Ping pong.

Bakso Biasa yang paling saya minati.

Es Pandan dan Es Lemon Tea.

Selain menu menyelerakan dan super sedap, ruang makan yang selesa menyerlahkan lagi imej Bakso Gami' sebagai sebuah kedai makan pilihan ramai. mereka menyediakan dua ruang makan di mana terdapat ruang bebas asap rokok untuk keselesaan pelanggan. tambah best, di ruangan itu kita makan di meja rendah yang comel. hihihi..

Di ruangan bebas asap rokok.

Bakso Gami' hanya dibuka pada sebelah malam sepanjang Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. kalau nak pergi makan bakso kena datang sekitar pukul 8 hingga 9 malam. sebab kalau dah pukul 10 malam, kebanyakan bakso sudah sold out.

Bagi saya, Bakso Gami' adalah tempat paling best untuk merasa keenakan sup bakso Indonesia di Cairo. habis semangkuk, rasa nak order lagi. hahaha..

Akhir sekali, tempek muka sendiri sedang menikmati sup bakso sedap.

Nota kaki :
saya belum jumpa lagi Bakso Cinta yang dibuat oleh Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih di Mesir. hehe..

Monday, July 11, 2011

15 Blogger Terkencang Di Blog Budak Malaysia


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Selamat hari Isnin dan selamat memulakan minggu baru. semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya. di bawah adalah senarai 15 blog pengkomen terkencang bagi minggu 3 hingga 10 Julai 2011 di Blog Budak Malaysia.

1. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

2. Reminiscene of mine : http://ipai-ans.blogspot.com/

3. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

4. bila orang nogori celoteh : http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

5. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

6. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

7. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

8. Belog Cik Aish : http://getmedean.blogspot.com/

9. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

10. Rottkappchen's : http://kimmyfar43171.blogspot.com/ (lama tak nampak)

11. ngomelsikit : http://ngomelsikit.blogspot.com/ (baru masuk ranking)

12. Mish LolLyPurp : http://najihahsahami.blogspot.com/

13. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

14. The Chapter of My Life : http://miramohd84.blogspot.com/ (baru masuk ranking)

15. Bukan Calang Calang : http://bloqkami.blogspot.com/ (baru masuk ranking)


Senarai ini berdasarkan Widget Pengkomen Terbanyak sepanjang minggu di sidebar blog. lima nama teratas saya masukkan ke dalam Bloglist Pengkomen Terkencang Mingguan yang akan dikemaskini pada setiap Isnin.

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi meluangkan masa di dalam blog ini. terima kasih juga kepada yang sudi meninggalkan komen, berkongsi kisah serta pendapat di dalam entri. saya sangat menghargai semua itu..

Terima kasih daun keladi,
Komen-komen lah lagi.

Tiba-tiba keluar pantun dua kerat. hehe.. alang-alang terus promote, sesiapa yang ingin menunjukkan bakat berpantun, boleh lah turut serta dalam pertandingan berbalas pantun yang dianjurkan oleh Uncle Al-Lavendari. klik sini untuk lihat terma dan syarat pertandingan.
.

Saturday, July 09, 2011

Anak Kecil Main Api


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara


Hari ini sebahagian daripada kita telah berpecah, tidak bersatu hati. kerakusan ingin menjatuhkan sesama sendiri melenyapkan kesatuan bangsa Malaysia. masing-masing ingin berkuasa..

Sampai bilakah kita harus begini? 9 Julai 2011, satu lagi titik hitam bangsa Malaysia. murid-murid sekolah rendah pasti tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada orang-orang dewasa di Malaysia. sangat berharap semangat patriotik dan cinta mereka kepada Malaysia tidak hilang kerana mereka lah yang bakal meneraju negara kelak.



Nota kaki :
sumber gambar MalaysiaKini & Blog D_Hatie
.

Membalas Pantun Orang Hebat

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!


Tuan tanah Blog Komensen, uncle Al-Lavendari mengadakan pertandingan berbalas pantun yang menyediakan hadiah RM100.00 untuk seorang pemenang. pertandingan ini bersempena genap 100 orang follower di blog PU.E.C ORANG X RE.T yang juga blog kedua Tuan Haji Al-Lavendari.

Saya cukup berminat kalau bab berbalas pantun. bila dengar ada contest macam ni, teringin sangat nak menunjukkan bakat walaupun sebenarnya tak lah hebat mana. tapi, tidak salah jika mencuba, mana tau dinobat sebagai pemenang. bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. hehe..

Dengan otak yang hampir berkarat dengan pantun merapu selama ini, saya beli tiga rangkap pantun yang dijual..

pantun dijual :

Anak sepat di dalam sawah,
Elok dimasak dengan pegaga,
Bila dah dapat gading bertuah,
Tanduk hendak letak di mana ?

saya jawab :

Sekalipun Jebat dibunuh Tuah,
Setianya tetap sampai ke mati,
Sekalipun dapat gading bertuah,
Tanduk tetap di dalam hati.

pantun dijual :

Pisang emas masak se sikat,
Masak pulut janganlah hangus,
Sudah kemas perahu ku ikat,
Kenapa hanyut di bawa arus ?

saya jawab dengan senyuman :

Niat hendak pergi tadarus,
Tapi lemas di Sungai Buluh,
Masakan tidak di bawa arus,
Ikatan kemas di tiang rapuh.

pantun dijual :

Anak senangin anak tenggiri,
Masuk ke kelong mengelak pukat,
Jika tak ingin dibuat isteri,
Kenapa diusung merata tempat ?

saya jawab :

Walau dingin di tengahari,
Mentari tetap bersinar jua,
Walau tak ingin dibuat isteri,
Kami tetap kawan setia.

Saya karang pantun selepas sahaja contest ini diumumkan hari tu. tak sangka pantun kedua saya hampir sama dengan pantun Kakcik Seroja. sebelum lebih banyak pantun lain keluar ikut serta, baik saya publish awal. tinggal lagi seminggu sebelum tarikh tutup Pertandingan Berbalas Pantun ini.

Sesiapa yang ingin turut serta mencuba bakat berpantun, boleh klik banner di atas untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan. semoga ada juga ole-ole yang saya dapat dari pertandingan ni, teringin nak merasa kemenangan. hehehe..

Sebagai penutup, saya bagi lagi serangkap pantun..

Buah durian berduri-duri,
Jatuh terjepuk di atas tanah,
Kesian durian tu..

sekian.. ceria selalu.. (^^,)

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday : Santai Berehat


view page Facebook Wordless Wednesday
.

Summer Di Mesir : Suasana Petang Di 10th District, Nasr City, Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Suasana petang semasa musim panas di Mesir sentiasa meriah. kalau dekat dengan kediaman saya di sini, kita boleh lihat orang bermain futsal di mana-mana terutamanya di dataran Suq Sayarat, 10th District(Hayyu Asyir). kalau hari Jumaat Suq Sayarat akan dibanjiri oleh kereta, pada hari lain pula akan dipenuhi oleh anak muda yang bermain futsal.

Di Mesir sukan bola sepak adalah sangat popular. tak hairan kalau tengok budak kecik tepi jalan main bola dengan skill yang super hebat. pasukan bola sepak Mesir sudah banyak kali menjuarai Liga Bola Sepak Piala Afrika.

Dataran Malaysian Students Complex Hayyu Asyir.

Dataran di kompleks kediaman pelajar Malaysia turut menjadi tempat budak-budak arab ni main. boleh kata sepanjang masa ada budak arab main bola. student Malaysia biasanya main futsal sekitar 7 pagi dan petang selepas asar je. waktu lain budak-budak arab lah yang conquer.

Dataran Suq Sayarat 10th District, Nasr City.

Banyak padang futsal boleh diwujudkan dalam dataran Suq Sayarat yang luas ni. orang yang main pulak dari pelbagai negara. Dari Arab Mesir, Nigeria, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi negara lain.

Pernah jugak main futsal di dataran Suq Sayarat. kawasan ni sangat sesuai jadi tempat beriadah sebenarnya. ingat lagi dulu rajin berjogging di Suq Sayarat, tapi sekarang kawasan ni jadi kawasan menakutkan di awal pagi dan lewat malam. banyak sangat kes ugut, geng mengugut berkumpulan guna parang pun ada!

Senja di Nasr City, Cairo. gambar diambil dari tepi jalan utama yang menghubungkan 10th District dan 7th District (Hayyu Sabek). Nasr City juga disebut sebagai 'Madinet Nasr' di Mesir.

Nota kaki :
Suasana Suq Sayarat pada hari Jumaat sangat berbeza pada hari lain. dalam entri Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir saya ada letak gambar sesak dengan kereta di situ.

Monday, July 04, 2011

15 Blog Pengkomen Terkencang Mingguan


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Tiba hari Isnin untuk meng-update Bloglist Pengkomen Terkencang Blog Budak Malaysia. minggu lepas saya hanya sempat update dua entri sahaja disebabkan masalah internet selama tiga hari. walaupun begitu, kegiatan mengkomen di dalam blog ini berjalan seperti biasa. nampak ada nama baru yang muncul dalam senarai pengkomen dan kedudukan pengkomen banyak bertukar. terima kasih!

Senarai blog di bawah adalah pengkomen terkencang bagi minggu 26 Jun hingga 3 Julai. lima nama teratas saya masukkan ke dalam Bloglist Pengkomen Terkencang di sidebar.

1. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

2. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

3. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

4. Reminiscene of mine : http://ipai-ans.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

5. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

6. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

7. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

8. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

9. bila orang nogori celoteh : http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

10. Gayah Spears : http://alyaamor.com/

11. Belog Cik Aish : http://getmedean.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

12. d_hatie : http://dhatieku.blogspot.com/

13. cik rose : http://apirose.blogspot.com/

14. Mish LolLyPurp : http://najihahsahami.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

15. wOrLd oF miNe : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com/


Saya minta maaf kalau ada komen yang terlepas pandang dan saya belum membalas kunjungan. agak terganggu jugak rentak blogwalking setelah bercuti secara tiba-tiba hari tu. hahaha.. masih dalam mencari mood semula.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi singgah meluangkan masa ke blog ini. terima kasih juga kepada yang sudi meninggalkan komen dan jejak. insyaAllah saya akan berkunjung semula.


Nota kaki :
minggu ni cuba nak update banyak sebab ada banyak cerita tertangguh. hihi.. ceria selalu (^^,)

Hensem Kot, Terus Jadi Gambar Dia..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Dua hari lepas ada orang tanya, samada saya buat akaun Facebook lain atau tidak. sebab dia nampak ada orang guna gambar sama seperti gambar dalam profile album Facebook saya. yang dahsyatnya, lelaki tersebut seolah-olah mengaku dalam gambar itu adalah dia!

Saya pun minta bantuan orang yang bertanya print screen gambar saya dari profile lelaki tersebut sebab saya tak dapat view. ini hasil print screen nya..

klik gambar untuk bacaan lebih jelas.

Sedap nama dia, pada sangkaan saya, nama itu mungkin hanya rekaan semata-mata. tidak tahu apa tujuan sebenar dia buat macamni. saja suka-suka kot. barangkali hensem sangat gambar saya tu. hahaha..

Pada saya, kalau dia guna gambar tanpa mengaku itu gambar dia, okay je. ia sama macam Hans Hanis guna gambar Mail Lambung atau D_tieah guna gambar Siti Nurhaliza sebagai gambar profile. tetapi bila baca pada komen di gambar tersebut, seolah-olah saya pulak jadi dia dalam gambar tu. pergi ke Bali katanya..

Gambar ni pertama kali saya upload semasa mula-mula berblog tahun lepas dalam entri Aku Yang Hot selepas di tag oleh Cik Jari. saya lupa nak letak watermark pada gambar. tidak menjangka gambar akan diguna oleh orang lain.

Dulu nampak gambar ni jadi profile seseorang di Tagged. lepas tu jadi main photo Geng Budak Hensem di Facebook. rasa macam retis pulak gambar diguna pakai orang lain. hahaha..

Nota kaki :
tak apa kalau nak guna gambar orang, tapi jangan tipu dan aniaya orang pulak.. kan dah salah jadinya.

Friday, July 01, 2011

Seperti Mati Hidup Kembali


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila sudah biasa ada tiba-tiba hilang, rasa tercari-cari pasti akan wujud. bahkan mungkin perasaan itu tergambar dengan emosi dan tingkah laku. lebih-lebih lagi benda yang sangat kita perlukan dalam kehidupan hilang tiba-tiba. oleh itu, kita harus menghargai keberadaan serta kewujudan setiap sesuatu.

Bila internet hilang sejak tiga hari lepas, saya hidup tanpa mengetahui perkembangan dunia luar. umpama hilang sebelah kaki untuk berjalan, hilang sebelah telinga untuk mendengar, ibarat buta sebelah mata tidak dapat melihat. separuh dunia saya lumpuh. hahaha..

Biasanya bangun pagi menghadap komputer, menjenguk blog, baca berita. tiba-tiba tiga hari ni berubah. bangun pagi hanya memandang komputer menyanyi, terasa dunia saya statik tanpa input baru. besar sungguh peranan dan pengaruh internet dalam hidup saya sekarang.

Alhamdulillah, internet saya sudah kembali berfungsi sejak petang semalam. gara-gara tuan punya internet yang saya sewa ini tidak membayar bil bulan jun, terus line internet kena potong. tiga hari saya pekak perkembangan dunia luar. sudahlah rumah ni tidak ada tv dan radio. hanya sumber internet harapan saya untuk tahu berita daripada orang lain.

Seperti mati hidup kembali.. begitulah ibaratnya. dengan adanya internet, mata saya segar menghadap komputer. makan pun boleh terlupa. hahaha..

Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Lirik lagu Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers. ini antara lagu feberet yang saya selalu dengar. lagu ini menggambarkan semua orang punya harapan, punya impian. tak kira lah sesukar mana, pasti ada sinarnya. yang penting usaha untuk menerangkan lagi sinar harapan tersebut. *versi tafsiran Asada. lalala~

Nak dengar lagu ini : Lagu Mati Hidup Kembali By butterfingers [youtube]


Nota kaki :
saya minta maaf tidak dapat membalas kunjungan tiga hari lepas. siapa yang tinggalkan komen di entri, insyaAllah saya akan kembali menjenguk. yeah! ceria selalu..