Friday, April 29, 2011

Kisah Saya Dirompak Masuk Harian Metro!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah! (^^,)

Tiba-tiba beberapa kawan tag link di Facebook. katanya kisah saya dirompak hari tu masuk Harian Metro. eh?? biar betik?

click untuk tumbesaran

Walaupun tiada gambar saya, nama Asada digunakan di dalam berita tersebut. hihi.. mungkin butir kisah rompakan tu turut diambil dari blog ini dalam tampalan dua minggu lepas. [Kisah Diserang Perompak Bersenjata]

Mengulas berita ini, saya personally masih rasa takut walaupun berada di rumah. boleh kata trauma jugak kot. kalau saya masuk ke rumah, dada memang akan berdebar. takut kalau-kalau sang perompak sudah terlebih dahulu bersembunyi di dalam rumah.

Depan pintu bilik sudah berdiri penyapu kayu dan di tepi katil ada batang kayu untuk mempertahankan diri jika diserang. keselamatan asrama juga ditingkatkan, pintu rumah berselak dan dikunci rapi. pintu utama asrama pula akan disendal dengan kerusi panjang apabila pukul 12 malam. mintak maaf lah kepada sesiapa yang balik lewat, kena kejutkan orang lain kat dalam untuk bukakan pintu. hehe..

Itu semua untuk keselamatan. tak mahu perkara sama berulang. kalau perompak tu nak datang lagi, guna taktik sama, saya bersedia untuk melunyai. takde belas kasihan dah.

Baru-baru ini, kejadian cubaan samun dengan cara menculik menjadikan perasaan takut saya bertambah-tambah. tempat Salman hampir kena culik tu dekat je dengan rumah saya! sekarang nak keluar rumah tak berani dah sorang-sorang. keluar sorang pun bila yakin orang ramai berada di sekeliling. kalau jalan tengah sunyi, saya rela tunggu member! hahaha..

Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga selepas ini setiap orang lebih menitikberat tentang keselamatan. orang buat jenayah tak kira masa, tak kira tempat. lebih-lebih lagi bila polis sedang sibuk dengan kerja lain.

Tak nak dah family di malaysia risau sangat. hari kena rompak tu je dah buat mak saya menangis lepas tengok gambar muka robek. family siap buat majlis doa kesyukuran saya selamat dalam kejadian tu. Alhamdulillah, saya sihat dan dalam keadaan selamat sekarang. (^^,)

Harian Metro Online : Pelajar Di Mesir Dalam Ketakutan

Masuk Spring : Tiada Daylight Saving Time Di Egypt

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Saya agak pelik sekejap tadi, kenapa sudah pukul 5 pagi orang belum azan subuh? ingatkan orang kat masjid lupa nak azan. rupa-rupanya jam di komputer saya telah bertukar secara automatik mengikut Daylight Saving Time (DST).

Saya kurang arif berkenaan DST ni. apa yang saya faham, oleh kerana siang menjadi panjang semasa spring dan summer, jadi azan subuh pun awal. bila jam dianjakkan sejam lebih awal mengikut DST, takde lah nampak awal sangat subuh tu.. [apa punya penjelasan ni? hahaha..]

Yang sebenarnya, ini bagi meng-awalkan waktu bekerja semasa spring dan summer. siang dah start awal, takkan lah masa kerja tak ikut waktu siang. macam tu lah.. kalau masih kurang mengerti, mari kita sama-sama tengok apa kata pakcik Google kat sini - [Daylight Saving Time]

Namun, bermula tahun 2011, Egypt telah memansuhkan DST. maksudnya, tiada lagi anjakan jam. beza waktu Egypt dan Malaysia akan kekal 6 jam sepanjang tahun. [sumber : www.timeanddate.com] sekarang tok bilal dah azan subuh pukul 3.57 pagi. baru masuk spring.. summer nanti entah pukul berapa la agaknya azan subuh.

View petang di Al-Azhar Park, Cairo - [lagi gambar Spring 2010]

Bila masuk Spring ni, muncul lah niat mahu menjelajah Al-Azhar Park seperti tahun lepas. berposing tak hengat di taman bunga. hehe.. tapi bunga tak muncul lagi rasanya, sebab pokok kat depan rumah saya belum keluar daun pun!

Apa kaitan dengan pokok tu pulak?

Sebenarnya pokok kat depan rumah saya ni mengikut musim di Egypt. so, kita boleh lihat perubahan empat musim dengan perubahan pokok 'YangSayaPun-TakTahu-ApaNamanya' itu. jom lihat perubahan pokok ajaib ni.

Masa Summer. ini pun dah nak masuk autumn. gambar di ambil pagi raya aidilfitri.

Masa Winter, awal Februari. daun pokok ni tak habis luruh lagi. maafkan saya, puas cari gambar yang takde muka model, tapi tak jumpa. hahaha..

Ni dia masa Spring.. siyes lawa! ada satu peringkat pokok ni merimbun kaler merah saja. time tu boleh tengok ramai model yang berposing. hihi..

Apa pun, tunggu saja keluaran gambar taman bunga tahun ni. ingat nak pergi ke park lain jugak selain Al-Azhar Park. tapi pada pengetahuan saya, Al-Azhar Park lah yang paling lawa dan paling dekat nak pegi. (^^,)

Sunday, April 24, 2011

Kisah Rambut Ala Mawi AF

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

gambar dari google. ini bukan saya, rambut je sama.

Bercerita pasal rambut, saya sebenarnya tidak pandai menggayakan rambut sendiri. kebiasaannya saya hanya menyikat rambut ke belakang dan itulah gayanya. tak pernah berubah.

Pada umur 12 tahun, saya pernah botak tanpa rela semasa emak dan ayah pergi menunaikan haji. itu terjadi apabila kakak sulung dengan penuh yakin menyatakan kemampuan beliau menggunting rambut kawan di asrama.

Hasilnya, dahsyat! macam esklator rambut saya dikerjakan, tak dapat dibetulkan terus. akhirnya dalam esak tangis kepala saya dicukur licin oleh arwah anjang Kiah. buat beberapa minggu saya keluar bermain dengan topi tersarung di kepala. malu berkepala botak.

Gambar zaman muda mudi form 1. saya yang berbaju kuning tak nampak muka. dua kawan saya bergaya dengan rambut 'belah tomok'.

Sekitar tahun 2000 ke 2001, gaya rambut belah tengah ala tomok menjadi ikutan para pelajar di sekolah menengah. ada senior yang sanggup membiarkan dua sikat di kiri dan kanan kepala semata-mata mahu mendapatkan gaya rambut sebegitu. actually, saya pun pernah buat gaya rambut yang sama. tapi ternyata rambut saya tidak berjaya kekal dengan gaya tersebut!

Sesekali di sekolah menengah, saya akan membotakkan kepala ala banduan. ini kerana rambut sudah mendapat saman dan amaran daripada guru disiplin. haha.. tahun 2006 adalah kali terakhir saya membotakkan kepala. alasannya, saya mahu gambar di dalam pasport berkepala botak.

Tahun lepas, saya mengubah gaya rambut. mencuba potongan rambut yang tidak pernah saya buat. namun, hanya bertahan lebih kurang dua bulan. sebenarnya saya sendiri suka, tapi agak leceh nak bagi berdiri, lalu gaya rambut saya kembali normal.

Julai 2010 dengan rambut pacak.

Tahun ni, secara tidak sengaja lagi saya telah botak ala mawi. kisah ni berlaku semasa menggunting rambut di kampung bulan lepas.

Berada di kampung, jangan harap dapat simpan rambut panjang. hari-hari mak saya akan tegur rambut yang panjang nampak serabut dan tidak terurus. akhirnya, saya ambil keputusan mahu menukar gaya rambut kembali seperti tahun lepas. mohawk hairstyle.

Petang tu, dengan penuh semangat pergi ke rumah tukang gunting rambut. orang ni selalu dah gunting rambut saya. sangat berpuas hati sebab kita boleh minta apa je style yang kita nak.

"Nak potong macamana ni?" tanya tukang gunting.

"Potong rata guna mesin dulu, saiz empat. lepas ni saya bagitau lagi." penuh yakin saya menerangkan.

"Okey." jawab tukang gunting ringkas.

Zass.. mesin potong rambut membelah rambut saya dari belakang ke atas kepala. terasa banyak plak rambut yang gugur. saya pandang cermin di tangan.

"eh? pendeknya???" saya bersuara.

"laa.. tadi kata nombor empat. nombor empat lah ni." jelas tukang gunting rambut.

Adeh.. hancur harapan nak bergaya dengan rambut ala david villa. saya tak tau plak yang saiz empat tu dah pendek habis! itu lah.. confident sangat nak saiz empat. hambik.. memang pendek terus! redha je lah. sebab tu tiba-tiba rambut saya jadi ala mawi.

Kembali dengan rambut ala mawi. ke memang dah macam mawi? lalala~

Walaupun begitu, setiap yang berlaku ada hikmahnya. sebab rambut saya botak jugak lah perompak hari tu tak dapat nak tarik rambut saya. kalau rambut panjang, habis lah kena tarik dengan senang.

Nota kaki :
alhamdulillah.. semua luka disebabkan perompak hari tu dah sembuh sepenuhnya. tinggal parut je jadi kenangan untuk diceritakan kepada cucu-cicit. dapat la bagitau, atok diorang pernah jadi hero berlawan dengan perompak. hahaha..

Tuesday, April 19, 2011

Kisah Satay Kajang

Balik dari majlis solat hajat dan bacaan Yassin kat rumah pelajar kolej Masterskill, Empat budak baik tu singgah ke warung satay kajang area satok di Kuching. semua perut sedang lapar sebab belum makan dari petang. sorang tu lagi dahsyat, memang belum makan nasik dari tengahari! bayangkan lah tahap kelaparan beliau masa tu..

Duduk je kat meja warung, tauke warung datang mengambil order. round table tanya nak makan apa, akhirnya mee goreng basah, mee goreng mamak, nasi goreng sotong kunyit dan nasi goreng paprik jadi pilihan. menu tambahan 20 cucuk satay.

"Eh, kak.. tambah lagi 20 cucuk, siyes punya lapar ni!" kata budak kelaparan.

"boleh habis ke? mee lagi.. satay lagi.." balas Kak Tay selaku ketua murid-murid di situ.

"banyak ni kalau 40 cucuk.." celah tauke warung.

"takpe.. sorang 10 cucuk, boleh habis punya.." tegas si budak kuat makan itu lagi.

Beberapa minit kemudian, sampai lah satay 40 cucuk yang diminta. makanan lain belum sampai lagi, si budak lapar terus melahap tak hengat. oleh kerana sudah lama tidak makan satay, si budak tu makan lebih dari yang sepatutnya. tiba menu utama mee goreng mamak plak, tak larat dah nak makan.

"err.. kak, mee ni kita bungkus je lah. tak larat dah ni.." tiba-tiba suara kecil berbisik.

Haa.. itu lah. tadi kebulur sangat nak satay 40 cucuk. pastu tak larat nak makan. nasib baik nasi goreng paprik Kak Tay tak sampai-sampai. boleh tolong habiskan satay yang tak terhabis. haha..

Pengajaran di sini : order makan jangan ikut nafsu lapar. time makan, berhenti sebelum kenyang! kalau makan sampai tak larat berdiri baru berhenti, kang ade yang termuntah. rugi wooo.. penat kunyah, terkeluar balik.

Yang bestnya, dah bungkus mee goreng mamak tu bawa balik, boleh pulak tertinggal dalam kereta Kak Tay! hahaha.. last-last, orang lain jugak yang kena makan..

Budak baik yang makan satay. Bila agaknya Hans nak belanja saya makan satay kajang 50 cucuk tu ea.. lama dah tunggu ni.

Nota kaki :
antara nikmat best kat Malaysia, makanan super duper best! bila dah sampai egypt, rindu lak nak makan satay kajang lagi. tengok gambar ni, siyes nak lagi! hahaha..

Monday, April 11, 2011

Kisah Diserang Perompak Bersenjata

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. kadang sekelip mata kegembiraan dicabut dari hidup kita. redha dengan takdir-Nya. apa yang perlu ada, ketabahan menghadapi segala dugaan. saya yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Peristiwa dirompak berseorangan di rumah 29 mac lalu masih menghantui malam saya. kecacatan kekal di muka mengingatkan detik getir hampir dibunuh. bayangan muka perompak masih jelas, sangat jelas lagaknya! bayangan itu menambah geram di hati. geram sebab tidak bertindak lebih agresif 'melunyai' orang yang sanggup mencederakan saya. uhh!

Muka dan bibir yang dirobek perompak. tangannya kasar, busuk bukan main!

Kesan gigitan ganas perompak. sampai terkoyak baju. setelah pisau berjaya dirampas, gigi pulak senjatanya!

Saya sedang mamai masa perompak masuk ke bilik pukul 6 pagi. lepas subuh pukul 5 pagi, saya baring semula dan pasang filem P.Ramlee Si Labu Labi untuk temankan kesunyian. hairan plak, saya tak kunci pintu bilik pun pagi tu! perompak tolak pintu, pasang lampu.. saya terkejut. terus jerit "enta min? harami! harami!" (kau siapa? pencuri! pencuri!). suara time tu sangat ganas! haha..

Mulanya perompak lari.. saya bangun nak kejar. tengok saya tak bawa apa-apa, dia datang acu dua pisau. tergamam seyh! mulut saya terus senyap, berundur perlahan ke sebelah kiri katil. perompak bagi amaran, kalau menjerit, dia bunuh.

Hampir 20 minit saya menurut tanpa bantahan. dia nak henpon, saya ambik dulu simcard, pastu letak henpon atas katil. dia ambik. terpandang wallet atas meja komputer, dia bukak. dia ambik duit, LE350, USD20 dan 8 Riyal kenangan di Jeddah dulu. nampak jam tangan plak, dia terus sarungkan kat tangan. heh! geramnya!

Dia geledah bawah tilam, mata pandang saya tajam sambil tangan mengacu pisau. suruh saya duduk, tangan letak di kepala. terpaksa ikut! lepas selongkar kotak bawah katil, dia belek baju-baju bergantung di sudut bilik. takde yang berkenan kot. dia kembali ke meja komputer, terjumpa lah kotak biru kecik penuh dengan syiling LE1.

Mulanya dia ambik kotak tu nak masukkan dalam saku jaket, tak muat. poket jeans pun tak muat. akhirnya dia buka kotak, masukkan syiling dalam poket jeans. masa ni lah dia jadi bengap, tamak sangat nak harta orang. ade ke patut dia lepaskan pisau letak atas meja komputer!!

Perompak lepaskan kedua-dua pisau atas meja komputer ni. pisau hulu hitam tu perompak punya, pisau potong daging plak rumah saya punya.

Bila nampak pisau atas meja komputer, saya melompat atas katil terus menyerbu, sendal leher dia dengan siku sampai tersandar ke dinding. tangan kanan saya ambil pisau terus acu ke muka perompak. aksi macam gaduh dalam movie Ong Bak! hahaha..

Perompak terkunci ke dinding meronta nak lepaskan diri. tangan kanan dia tumbuk rusuk kiri saya bertubi-tubi, dia gigit lengan pun saya masih tak berganjak. suara brutal rock saya panggil kawan time tu, satu kompleks boleh dengar kot! giler punya kuat..

Mungkin terlalu cuak meronta, perompak tu robek muka saya. paling pedih bila jari dia mengait bibir, terus tertiarap atas katil dibuatnya. dia tekan badan saya dengan tangan kiri, tangan kanan cuba nak rampas pisau. dapat peluang tu, saya terus menyiku, tepat kena tengah muka. dia rebah terduduk, saya plak lari keluar rumah dan panggil penghuni apartment lain.

Tempat bergelut. topi hitam tu perompak punya, jatuh masa bergelut. kunci rumah yang dah siap di duplicate banyak-banyak oleh perompak pun jatuh sekali. entah mana dia dapat kunci..

Saya lari sambil menjerit turun tangga ke tingkat empat, perompak lari naik ke bumbung bangunan. apartment saya tingkat lima. kalau naik atas, mana ada jalan keluar lain selain terjun! haha..

Kawan saya muncul, 3 orang.. dapat dah corner perompak tu. bila tengok perompak mengamuk dengan pisau, saya jerit suruh kawan saya masuk balik ke rumah. seriusly saya takut kalau ada yang terbunuh atau dijadikan hostage. yang hairannya, banyak giler stok pisau perompak tu bawak!

Perompak yang mengamuk nak masuk ke rumah, saya tutup pintu dengan laju. terus dia lari ke bawah, kitorang kejar plak. sampai tangga tingkat dua, sorang senior sempat hayun tongkat kena kepala perompak. sampai patah tongkat kayu tu! mercik darah.. perompak sempat cucuk perut senior dengan pisau berkali-kali, tapi tak tembus! giler lah.. entah ilmu apa senior tu pakai. calar sikit je.

Malangnya masa nak kejar, senior tergelincir di tangga lalu perompak sempat meloloskan diri. kepala perompak berdarah dan tangan dia terluka. luka kat tangan perompak tu mybe sebab bergelut nak rampas pisau daripada saya.

Darah milik perompak di tangga tingkat dua. teruk jugak cedera dia, darah menitik sampai ke depan pintu utama. saya plak baru perasan kepala sendiri berdarah lepas dah habis adegan kejar mengejar. itu pun kawan yang tegur, darah meleleh kat tepi telinga.

Keadaan bilik sebelah lepas diselongkar perompak. sebelum masuk bilik saya, barang dalam almari bilik ni dia dah sumbat dalam guni.

Bilik hujung paling dahsyat diselongkar. empat guni penuh yang perompak tu kumpul adalah barang dalam bilik ni. yang dahsyatnya, boxer dan seluar dalam pun dia nak kebas!

Andaian saya, perompak tu tak tak sangka apartment dia rompak ada penghuni. dia buka pintu bilik saya, terus pasang lampuuu.. nak mencuri pasang lampu, baik dia bagi salam terus. hahaha..

Saya tinggal seorang dalam apartment ni. bilik sebelah memang kosong takde orang. sorang housemate lagi jarang sangat ada kat rumah. tambahan pula, sebelum ni bangunan asrama kami pernah ditinggalkan tanpa penghuni masa pergolakan di Mesir. memang dia tak sangka sungguh lah tu.

Gambar barang-barang yang perompak dah masukkan dalam guni dan plastik. dia kumpul dalam apartment kosong yang kami jadikan stor. kasut-kasut saya tersimpan kemas dalam plastik! huh! kami syak, perompak ni selalu masuk ke bangunan asrama kami. siap tahu mana nak letak barang dia rompak. dan mungkin dia bercadang akan datang lagi pada hari lain untuk ambik. dia konfiden buat macam tu sebab dia ada kunci rumah!

Tanpa sengaja, kunci perompak dah tercicir masa bergelut. kitorang dah tahu taktik dia, terus tukar kunci pintu utama. tambah selak kat pintu apartment masing-masing.

Apa pun, kejadian ni membuatkan saya lebih berhati-hati. atas nasihat ayah saya, sekarang dah ada senjata untuk mempertahankan diri di sisi katil. hari tu tak terfikir pulak nak angkat kerusi ke, baling botol perfume ke, baling bakul barang ke. banyak je benda boleh jadi senjata sebenarnya.

Dalam kepala saya time tu, macam-macam andaian buruk. seriusly dah terbayang ajal nak sampai. bayangkan kalau saya kalah masa bergelut dengan perompak. memang sah kena tusuk dengan pisau dia lah. dah tu, tak terfikir pun nak belasah perompak teruk-teruk walaupun dapat sendal dia ke dinding. pisau sudah di tangan, mangsa di depan mata. mungkin naluri kemanusiaan masih tinggi kot! hahaha..

Nota Kaki :
Luka-luka kat muka dan tangan dah sembuh sepenuhnya, tinggal parut masih belum hilang. cuma gigitan perompak je masih belum sembuh benar, entah racun apa di mulut dia tu. dah buat laporan polis, tapi macam takde laporan. polis hanya suruh belek buku rekod gambar penjenayah untuk cam muka perompak. tapi takde, perompak baru rasanya..

Syukur saya masih selamat. barang yang hilang boleh diganti, kalau nyawa melayang? tak berupdate lah blog ni. hihi.. pengajarannya? sama-sama kita renungkan..

panjang giler entry.. mungkin ambik masa dua hari nak habiskan pembacaan. sabor je lah.. :P

Sunday, April 10, 2011

Bukan Niat Nak Ternak Hutan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Sekali lagi saya ternak semak dalam blog. adeh.. punya lah lama tak berupdate. elok segar je tanam tanaman dalam ni. mungkin tak guna baja kimia, jadi hutan tumbuh segar tanpa was-was. kena panggil usop willcha ajak bakor sama-sama. kite bakor! kite bakor! *sambil tangan beralun mengikut irama.*

Sekadar penyejuk mata : hutan atas Gunung Santubong.

Kesibukan ditahap gaban melanda hari-hari saya, sampai makan pun kadang ter-skip. nak tunjuk dahsyat tak dahsyatnya bizibody sekarang ni. hehe.. ditambah lagi kempen nak election kat Sarawak. aduyai.. walau sebenarnya tiada kaitan pun saya dengan pihak SPR. dah namanya bizibodi, semua nak ambik tahu. hahaha..

Saya minta maaf sangat-sangat, bila dah sebulan lebih tak menjenguk blog, macam malu-malu plak ayat nak keluar. terima kasih kepada mereka yang datang menjenguk ketika ketiadaan saya. yeah! lepas habis musim bizi ni, kena rajin merayau lah saya. banyak gilos kisah yang dah ketinggalan. hari tu, boleh pulak saya tak tahu result SPM dah keluar! adeh..

Nota kaki :
tinggalan kali ni bukan berdebu je, malah dah jadi hutan rimba! tak cukup nak guna parang semeter, kena guna chainsaw. boleh bukak syarikat balak dah. hahaha..