Sunday, May 09, 2010

Filem Niyang Rapik 2010

Salam pembaca semua. hari ni asada hero seantero dunia mau kongsi movie kat anda. wallaweh.. aku bukanlah pembikin filem antarabangsa, bukan juga pelakon profesional, cuma hanya peminat filem tanahair. hehe..

Kali ni kisah filem Niyang Rapik, sebuah filem seram tak perlu ditakutkan kerana hanyalah sekadar cerita yang penuh dengan pengajaran! kisah kesetiakawanan, kisah kejujuran, tolong menolong, kisah keinsafan dan nilai kemaafan. kan.. penuh dengan pengajaran. pehh.. kupasan mantap oleh asada the great!

Filem ni sungguh menarik hati aku sebab jalan cerita yang mantap! siyes! mantap! aku tidak dapat mengagak jalan cerita ni sebagaimana aku tengok movie seram yang lain. aku jadi teruja nak tengok sebab nak tau apa kesilapan sebenar yang telah watak-watak dalam cerita ni lakukan.

Petang semalam, aku tekad nak tengok, sebab kalau tengok time malam takut pula terbawa-bawa ke dalam mimpi. alhamdulillah semalam aku mimpi yang indah-indah [bukan wet dream]. penat + lelah kalau mimpi seram-seram ni weh..

Kisahnya lima pemuda yang pernah membuat kajian sejarah di Niyang Rapik, sebuah kawasan pedalaman yang hanya dihubungi melalui sungai. salah seorang daripada mereka telah mengambil kerambit dari kawasan itu telah menemui ajal apabila perut membusung busuk pecah. empat rakan yang lain mengaitkan kematian tersebut dengan pengambilan kerambit unik itu lalu kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkannya.

Di Niyang Rapik, mereka telah berkenalan dengan Laila, gadis comel anak kepada tok Neram, ketua kampung di situ. kedatangan semula mereka ke Niyang Rapik telah disambut oleh laila lakonan Liyana Jasmay dan mereka dibawa ke rumah tumpangan untuk bermalam. pelbagai peristiwa pelik dan mistik telah terjadi kepada mereka. efek seram agak mengejutkan. lebih-lebih lagi kalau tengok sorang.

Setelah memulangkan kerambit tersebut kepada tok Neram dan memohon maaf, mereka berhajat untuk terus pulang ke Kuala Lumpur tetapi dibatalkan kerana nak tunggu Laila balik dari kampung seberang pada sebelah petang.

di situ jugak mereka telah berjumpa dengan Pak Salleh yang bersikap dingin, tapi beliau sebenarnya seorang yang sangat baik hati.

Petang itu terjadi perkara yang sungguh merisaukan kumpulan pemuda tersebut apabila seorang daripada mereka muntah darah. apa yang mengejutkan..

Pembikin filem ini terus mendedahkan siapa dalang di sebalik semua kejadian mistik tersebut. tok Neram! jalan cerita ini terus memfokuskan penonton kepada 'sebab' perbuatan tok Neram..

Seperti biasa, efek seram dengan muka hantu yang hodoh.. makan cacing.. hurmm.. mungkin para pembikin filem kena cari alternatif lain selain hantu yang bermuka hodoh ni. kena guna muka brutal pulak kot?

Dengan bantuan pak Salleh, seorang daripada kumpulan pemuda tersebut yang dirasuk dapat ditenangkan. pak Salleh terus membawa semua pemuda tersebut ke rumahnya untuk sementara.

Konflik berlaku, saling tuduh menuduh di kalangan pemuda tersebut apabila ternyata bukan kerana kerambit unik itu semua kejadian tersebut berlaku. aku suka lakonan Shaheizy Sam yang bermulut kepoh dalam movie ni. kira jadi sangat la watak dia yang suka tuduh menuduh tu.

Dua orang pemuda kembali ke rumah tok Neram untuk memulangkan tangkal yang pernah dihadiahkan. secara tidak sengaja, mereka telah mengetahui semua kejadian tersebut angkara tok Neram apabila masuk ke bilik ritual di rumah tersebut. lebih ngeri apabila kepala Laila di jumpai di dalam balang!!

Kemuncak jalan cerita, seorang rakan mereka yang terpisah telah mengetahui kisah sebenar Laila yang misteri apabila menemui pusara Laila. imbas kembali demi imbas kembali, penonton akan mengetahui kisah sebenar kekecewaan tok Neram yang berdendam.

Akhirnya, salah seorang daripada kumpulan pemuda tersebut membuka mulut menginsafi perbuatan lampau dan memohon keampunan daripada tok Neram. dengan hati kecewa tok Neram memaafkan perbuatan tersebut namun, lelaki tersebut mati akibat jatuh di gaung.

Siapa bunuh Laila? apa orang tu buat kat laila? siapa yang salah sebenarnya? haaa.. siyes persoalan akan banyak bermain dalam filem ini.. jadi kepada sesiapa yang belum tengok. cepat-cepat la cari.. sorry la, aku takde pulak link nak download.. heee :)

24 comments:

fasham said...

penerangan yang menyeluruh....hmmm nice explaination ..x tgk lg citer ni nak tgk la...huhu btw add me ok

ain fathihah fhm said...

saya dah tengok.. bosan lah..

haha. meh nak kasik spoil..

salah sorang dr depa rogol laila, & laila mengandung..

masa laila bertengkar dengan tok neram, tak sengaja laila jatuh gaung,

mati..

tok neram dendam.

okay2, sapa yang rogol laila, tak payah la bagitau. nanti double spoil.

ape2 jer said...

cete ni lawak pada aku la hehe dah tgk kt wayang ekeke

ain fathihah fhm said...

betul Miss..saya tengok sambil tergelak..

Herbalife Coach Fatin Syahirah said...

sebab aku ni penakut yang hamat, jadi cerita ni agak mengejutkan lah hantu nya. tapi bila dah tau ending nya macam mana, terus jadi tak seram.
:D

Mr. Asada said...

faye :

mesti tengok!! best nih..

Mr. Asada said...

ain fathihah :

gelak sebab si shaheizy sam tu ha!! klakar plak dia! tapi watak dia jadi kan.. best!

Mr. Asada said...

Miss :

memang ada part kelakar gak la. si shaheysy sam tu la. wat suspen je tiba2 tido kat luar. hahaha..

tapi dia punya pengajaran best! banyak giler moral balue yg mantap! kena kupas nih.. hihi :P

Mr. Asada said...

Fatin Syahirah :

hantu tak mengejutkan sebab dapat agak dah cmna bayangan rupa hantu tu. kena tengok part pengajaran dari cerita, baru dapat tau menarik ke tak. ke cmna?

Anonymous said...

first, takut tak?

.:cEmmAh:. said...

huhuii..dah tgk cite nih kat wayang..best tapi xla seram mana..memanjang gelak je..lakonan sam memang best..titik!!!

Amirah Rashid said...

mak aii. tgk gmbr pn da seram :O nasib baek ade gmbr mamat2 hensem. haha ;D

Surau Al-Ghafur said...

salam ziarah..

1st time dtg sini..niyang rapik ni mcm lg seram yg dlm tv hari tu..

Keyyah said...

Sgt suka tgk shaheysy sam berlakon..mmg klakar lah..Tp kalo dia berlakon cerita seram mmg Keyyah xtgk lah...xsuka tgk cerita seram a.k.a hantu... :)

Ann said...

ade member bgtau citer ni biasa je, so terus beli tket lain tgk cite lain...tgu download je la.

xla feeling la tgk citer seram waktu siang....haha

Nekmo said...

sbnrnyee...sy xsuka cite seram ni..hantu ke..hat suspen ke..huhu..
tapi,aritu kena paksa ngn kawan tengok cite ni gak..adoila..
seb bek bawak kotak spek..
amek kain lap spek ttp mata..
haha...
mcm budak2..

Anonymous said...

nak tgk2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syue said...

nak tengok. tp sebab cerita ni cerita seram, alamakkk. cuak le pulakk =)

QaRaMi HasHim said...

dah tgk cter nie.. tak delah seram sgt.. tapi dia nyer location mmg best la. dan nmpk berkesan..

btw, jom la singgah blog terbaru saya
http://malaysianhotblog.blogspot.com

saya memerlukan sokongan anda semua.

be my follower k..

N@zihah said...

Salam.waah,namapk macam seram ja bila kamu buat briefing pasal crita ni.sudah download tapi tak tengok lagi sebab tak tertarik.ni nanti nak tengok la kejap lagi.

Haffiz Al-Banna said...

dah ada filem yek cerita nie..popular tul eh.

zella y said...

member aku dh tgk cite ni dia ckp xla seram sgt...

tp kira ok lah...

j0j0_bdiN@ said...

baru tgk semalam~~
kalau citer ni dorang x amik sam blakon mesti cm hamabar jek~~

rutikeben said...

cyes bes...jalan crta nya bes