Saturday, July 31, 2010

Contest Hitam Itu Menawan

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. yeah! semoga anda sentiasa ceria dengan senyuman yang paling best.

Kali ni dengan penuh rasa bestnya aku join contest by Miss Yani Abdullah. tiada contest lain yang best bagi seorang 'kaki posing' melainkan contest bergambar. hehe.. yang menariknya, contest anjuran miss yani ni bertemakan gambar hitam putih. wollah~ best gak tu..

Mahu ke entry contest dan tengok syarat contest?
klik saja banner ini..

Dari awal july nak join contest 'Hitam itu Menawan' ni. selalu jugak belek entry gambar peserta lain. banner contest sudah berkurun lama di side bar blog. tapi baru hari ni secara tergesa-gesa meng-edit gambar lalu menempek gambar tu kat sini.

Tarikh tutup contest 31 Julai 2010. errkk! selalunya buat macam ni, last minit betul la aku ni. adeh!

Gambar kat bawah ni aku pertandingkan untuk contest Hitam Itu Menawan.. sangat mengharap nak menang. hehe.. well, sape yang suka sangat kalau kalah? an.. an.. an..

Gambar ini naik lagi. sebenarnya nak guna gambar baru, tapi takde pulak gambar yang sesuai untuk tema hitam putih selain gambar ni. gambar-gambar lain plak ada di dalam hardisk yang masih tak dapat nak dibuka. mujur gambar ni ada kat facebook. adeh, malangnya.. tu la nak sangat last minit..

Bila tengok gambar ni, semacam gambar zaman 60-an bila dihitam-putihkan. latarbelakang ladang gandum & pokok kurma. kira gambar menarik yang aku ada la. tambah-tambah model hensem yang ada dalam gambar ni. hahaha.. [poyo seyh ayat ni..]

Apa-apa pun.. nak jugak menang.. hehe =)

Syarat nak join contest ni, kena tag 5 orang lain gak.. so nama yang kat bawah ni, saya tag kamOo ea.. lalala~
Bukanlah mendera untuk join contest ni, tapi.. apa salahnya kalau kamOo pun join sekaki. kan lagi syok.. =)

Thursday, July 29, 2010

Kisah Hari Yang Best ::Bezday::

Assalamualaikum semua.. semoga hari-hari anda bermula dengan best dan ceria. yeah! dan semoga keceriaan anda tidak melupakan insan lain yang sekarang berada dalam dugaan-Nya. semoga tabah menghadapi segala cabaran yang datang.

Masih lagi dalam mode Birthday. kalau boleh nak sampai seminggu dalam mode ni je. hahaha..

Pertamanya.. sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang wish asada di hari yang best semalam. sampai time menaip ni masih lagi terasa best. sengih-sengih sorang diri di depan komputer bukan bermaksud mereng sekarang ni. hehe..

Terima kasih atas kata-kata serta doa anda. semoga doa ikhlas anda itu menjadi pemangkin kecemerlangan hidup ini yang akan datang. semoga sama-sama kita terlindung di bawah kasih sayang Ilahi. amiin..

Siang semalam tak ke mana-mana pun. duduk di rumah membelek facebook. sangat hepi bila ramai yang wish birthday. kali pertama ucapan birthday memenuhi wall FB & Blog ni. terima kasih sangat-sangat! dan semalam, aktiviti blogwalking super hebat telah berlangsung. entah mana datangnya semangat blogwalking. huhu..

Panjang lak menaip.. adeh..

Sebenarnya nak cerita pasal kisah malam tadi. pukul 10 malam lepas isya, ramai-ramai keluar ke Abbas Aqod. keluar semata-mata menjamu Pizza King sempena hari best. kebiasaan tempat ni akan jadi venue sambutan birthday geng-geng kitorang. hehe..

Budak punya birthday yang berlakon potong kek. anggap saja birthday cake. hahaha.. actually majlis ni bukan dirancang pun. secara tiba-tiba je ada suara ajak ramai-ramai pegi makan pizza. time maghrib plan, lepas tu terus gerak lepas isya. setelah menempuhi jalan yang jammed, maka sampai la kitorang ke Pizza King..

Enam large pizza untuk 12 orang. lepas tu ada wing ayam & menu lain. sangat mengenyangkan. balik dari makan-makan ni, si ad [yang berdiri muka nampak separuh je] tercari-cari ENO untuk melegakan perut yang tengah sarat. tapi tak jumpa. hihi.. keputusan akhir, dua pizza dan cake kena take away. takde yang larat nak makan dah. huhu..

Sebenarnya ada lagi sorang birthday boy kat sini, tapi beliau tak menampakkan muka. birthday beliau 27th july. sehari awal.. huhu..

Pic dengan si kenit. cake yang anggap birthday cake tu adik yang belanja. ini kali kedua sambut birthday kat sini. sebelum ni takdenya sambut. kecik-kecik dulu ada la. kesian seyh. hahaha.. tahun lepas dapat cincin dari adik, tahun ni takde ke? lalala~

Citer pasal birthday ni, teringat plak kisah 2005 dulu. aku kena baling dalam kolah time birthday. ni paling dahsyat yang pernah kena. isk! sanggup member-member ni nak mengenakan orang. diorang angkat dari katil terus masukkan dalam kolah belakang asrama. yang bestnya, lepas tu ramai-ramai berendam dalam kolah. huhu..

Apa-apa pun, semoga dengan bertambahnya usia ni, bertambah jugak amalan. semoga sisa usia yang tinggal dapat digunakan untuk mencari redha Ilahi. semakin meningkat usia, semakin dekat dengan mati. sama-sama beringat..

Lagi.. TERIMA KASIH GAK KEPADA YANG SPONSOR MAKAN MALAM TADI.. ngeee.. =)


Nota kaki :
Kepada pemenang Contest Gambar Best asada hari tu, kalau tak dapat hadiah tu lagi, bagitau ea.. semua hadiah dah siap di pos semalam. =)

Wednesday, July 28, 2010

Surat Daripada Si Dia ::bezday::

peace!

Assalamualaikum pembuka kata. semoga anda dalam gembira bahagia bersama insan tersayang. kepada yang tengah berduka, bawa juga senyum. semoga senyuman membuat hari anda lebih ceria..

Yeah! beberapa jam yang lepas dapat surat kat blog maCy. sekarang dah moden, beliau tak guna posmen hantar surat. bukan surat berantai atau beranting-anting atau surat barang kemas yang lain. tapi ini surat yang sangat best di baca. [mybe orang lain tak rasa best pun.]

Ini maCy.. beliau baru balik dari pulau perhentian, tak bawa ole-ole pun untuk asada. cuma dia bawak batuk-batuk & sakit-sakit serta baju-baju kotor je dari sana. kemudian mengadu lapar secara tiba-tiba. walaupun macam tu, sangat-sangat menghargai surat yang beliau bagi ni.

Pendek je suratnya.. tapi dah cukup buat hati tersenyum berbunga-bunga lepas baca. ayat sebelum nama maCy tu yang best. hehehe.. jangan ada yang salah sangka plak. asada ngan maCy hanyalah sahabat kamceng.. yeah!

tQ macy~ tQ~ ngeee.. nak adiah sekali. lalala~

Ada lagi yang membuatkan hati bunga-bunga hari ni. siang tadi dapat sms daripada Si[jari] Telunjuk, katanya hadiah dari cik panadol dah sampai. pehhhh!! semacam hadiah birthday pulak kan. hahaha.. memang hati bunga-bunga je hari ni. sengih memanjang..

Hadiah tu sebenarnya dari contest overdose yang Panadol buat hari tu. tak disangka-sangka boleh menang tempat kedua. tQ cik panadol.. asada guna alamat cik jari dulu. sesaja je guna alamat orang lain kan. hehe.. tQ gak cik jari~

Masa menaip entry ni, dah pun masuk 28 July 2010 ikut kalendar malaysia.. maka telah berganjaklah angka tahun pada umur aku. semakin tua la diri ini.. syukur sangat masih dapat meneruskan kehidupan di atas dunia ni. semoga dengan usia yang ada ini masih dapat berbakti demi mencari keredhaan Ilahi.


nota kaki :
gambar yang ada tulisan merah tu cilok dari blog macy, http://cahaya-humaira.blogspot.com/

Hadiah Pemenang Contest Gambar Best asada hari tu pun dah pos jugak..

Sunday, July 25, 2010

Cerita Dari Taman Impian

Salam semua.. semoga ceria selalu dengan senyuman manis. kepada yang dirundung sedih, semoga sabar dengan segala dugaan. hadapi dengan senyuman. yeah!

Kalau ikut plan asal, khamis hari tu nak berjalan-jalan ke alexandaria. tiba-tiba ada aral yang melintang, terus tukar plan pergi ke Dream Park. ini sebenarnya kali kedua aku pegi dream park ni, tapi kali pertama dulu tak dapat masuk sebab dream park tutup pkul 7 petang masa winter. kitorang sampai time tu dah pukul 7! hahaha.. itulah padahnya bila tak tau masa operasi dengan tepat.

Rombongan kali ni seramai 12 orang termasuk guide khas bertolak pukul 3 petang dari rumah, sampai kat dream park pukul 5 camtu. orang agak ramai la, kalau tak ramai bukan park namanya. nasib baik tiket kitorang dah dibeli awal-awal lagi oleh Hankie [guide kitorang]. apa yang bestnya, banyak game-game yang free!

Meh layan gambar, sambil tu aku bercerita..

Ambik gambar dengan otai sebelum masuk. bang adiey dah pegi 3 hari sebelum pegi sama-sama kali ni. dah la pegi senyap-senyap. isk.. isk.. nampak kecik giler berdiri sebelah bang adiey, act beliau yang besar. err.. tengok rambut, sapa lagi best? hahaha..

Pintu gerbang masuk Dream Park. diorang siap eja dalam bahasa arab lagi, 'DREAM BARK'. [pic model sambilan tanpa gaji].

Masuk je kat dalam dream park, Hankie bagi penerangan sikit, cam lawatan sambil belajar time sekolah je kan. hehe.. ye la, tak nak la kitorang nanti berpecah, sebab kawasan sangatlah besar. jenuh jugak kalau nak mencari. lepas solat asar baru kitorang start adventure. [terasa hot la pic kat atas tu. lalala~]

Benda pertama kitorang main, falling boat. nama ni aku yang bagi pasal jantung aku dah jatuh sekali gara-gara boat ni. first round aku tak main sebab tak nak basah. bila tengok geng-geng lain yang main first tu tak basah, aku nak jugak la main. diorang pun join main lagi sekali.

Diorang ni pandai, pilih duduk barisan tengah-tengah sebab tak nak basah. so aku ngan ard kena duduk barisan kedua kat depan. masa mula-mula boat ni meluncur turun membuatkan jantung aku berhenti berdegup sekejap! siyes macam nak jatuh. jerit tak ingat punya..

Si ard tu, dari atas sampai ke sudah menunduk. tak nak basah punya hal. dan akhirnya.. orang yang duduk kat depan je tak basah. semua yang kat belakang tu lebur. Hankie la yang paling teruk basah.

Ni dia muka bangga sebab tak basah. tu la berlagak, mula-mula tu siap perli-perli lagi sebab aku ngan ard tak main. kan dah basah bila duduk satu boat dengan aku. lalala~

Masing-masing lap muka. baju kering di badan. adik aku pun termasuk dalam golongan yang basah jugak. hahaha..

Roller coaster benda kedua kitorang main. 5 orang je yang sanggup nak main. untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali aku naik. sangat excited!

Masa mula-mula bergerak sangatlah riuh suara gelak-gelak. bila benda ni meluncur turun dengan laju, aku terus takde suara! hahaha.. cuak giler! dah la tinggi, terasa cam nak jatuh dari kerusi tu pun ye! siap bergulung terbalik dengan lajunya.

Entah sape punya idea la buat permainan ni. walaupun sangat best, tapi sungguh mendebarkan. pakcik yang duduk selang 3 kerusi depan aku tu muntah masa roller coaster dah slow. nasib baik tak muntah time tengah laju! adeh.. sesiapa yang nak main benda ni, sila pastikan anda tidak makan dengan kenyangnya.

Game seterusnya aku tak join. hanya tengok saja, ada yang menembak, tapi kalah dengan budak-budak. huh! paling menarik tengok adik aku ngan edeq naik kapal yang berpusing-pusing. dah la tinggi, pusing laju pulak tu. [khusyuk je tengok benda tu berpusing]

Masa turun, edeq nangis! hahaha.. tu la nak sangat maen benda yang memeningkan. adik aku pulak jalan terhuyung dah keluar dari kapal kecik tu. kalau bab main yang berpusing-pusing confirm pening tu, tak yah ajak aku. tak sanggup.

Sementara tunggu geng-geng lain maen kapal kecik berpusing tu, aku sempat gak membuktikan kekuatan memecah rekod orang-orang berbadan besar. hahaha.. tapi hampeh! rekod paling besar aku takat 89 je. rekod brader jaga tukul tu 154!!

Dah lewat petang kitorang berbaris nak main bumper car. benda ni yang paling aku suka. kalau leh lama-lama memang semua orang aku nak langgar. tapi malangnya...

Diorang dah berpakat! uhhh! aku pulak yang teruk kena langgar.. asyik tak sempat je nak melanggar orang lain dengan jayanya.. awas! main benda ni boleh menyebabkan sakit tulang temulang.

Lepas maghrib kitorang teruskan lagi meneroka taman impian. masing-masing dah lapar, makanan tanggung sendiri. diorang masih lagi dengan main benda yang berpusing-pusing memeningkan tu. isk! aku join time main game indoor je. [gambar melompat mesti ada. hehe..]

Ambik gambar ngan dinasour. ni semua geng pengembaraan taman impian. huhu.. time ambik gambar ni tiba-tiba black out kat bangunan pintu masuk!! tapi dalam 2 saat camtu je la.

Ini game feberet kat sini. ramai giler yang beratur nak main. tapi aku tak sanggup nak main, sebab dia ada unsur-unsur memeningkan selain mendebarkan. abang adiey siap offer sponsor tiket main benda ni, tapi hanya sorang je sanggup main ngan abg adiey.

Tengok saja hasil selepas main benda ni. semua orang pucat!! buaian tu berhayun lebih 180 darjah! lepas tu ring seat tu pulak berputar. dua orang makwe arab yang sama-sama berlepas dengan abg adiey tu sampai rebah nak pengsan..

Sementara tunggu abang adiey n harith main benda ganas tu, geng-geng lain tengah syok main kapal berpusing yang lebih advance. uhh..

Last game kitorang yang paling ditunggu-tunggu, go kart!! tapi takde plak gambar time main go kart. bateri kamera dah flat. hahaha..

Sebelum keluar dari dream park, sempat lagi masuk ke sini. aku ngan 4 orang lagi siap main snuker[takde la hebat, beginner pun bukan. hahaha..]. hampir pukul 12 malam baru kitorang keluar dari dream park. sebelum balik, mengisi perut kat kfc dlu. habis je makan, terus pakcik driver van datang ambik kitorang..

Benda ni belum aku main. kerusi yang melambung ke langit. kalau ada kesempatan, nak jugak main. hehe..


nota kaki :
Waahh.. entry kali ni sangat panjang. mulanya nak buat part 1 n part 2. tapi rasa cam tak best lak. jadi la benda ni panjang berjela.

Maklum saja, ni kali pertama aku main benda-benda mendebarkan sampai jantung jatuh. memang patut la aku teruja nak bercerita kan. hihi.. tambahan lagi, kali terakhir aku pergi ke taman impian ni adalah tahun 1995!! [sunway lagoon] sangat-sangat sudah lama..

Saturday, July 24, 2010

Transformasi Bukan Transformers

Elijah Jordan Wood @ Frodo LOTR
Gambar ni mungkin ada kaitan. lalala~

Assalamualaikum salam mesra salam muhibbah untuk semua. semoga hujung minggu ni dapat jugak berehat dengan bestnya bersama family dan rakan-rakan. wollah.. hepi selalu ceria selalu. kepada yang masih dalam kerisauan dan kesedihan dengan dugaan yang datang, semoga segalanya baik-baik saja dan dapat diatasi dengan penuh kesabaran.

Lama jugak tak update walaupun takde la banyak sangat kerja yang di buat. kebanyakannya hanya pergi ke sana sini dan paling banyak masa di depan pc menonton siri anime One Piece. ini adalah kali kedua ulang tengok, tak muak-muak lagi. hahaha..

Yeah.. tajuk cam gempak, tapi isi tak tau camana.. yang ditaip ni pun semacam ke laut sedikit. sikit la..

Pernah dengar kan satu ungkapan, "sangat rugilah bagi seseorang yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam." wah.. so kalau hari ni lebih baik dari semalam, kira untung la..

Berbekalkan ungkapan ni, maka.. aku pun terasa yang aku perlu berubah menjadi lebih baik. karang sama je dengan hari semalam, kira rugi jugak tu. tak balik modal..

Okeh.. panjang-panjang lak merepek. ini aku pada 5 july ri tu.. kelihatan agak serabai. sebenarnya nak nampak ala-ala mamat jepun la kononnya. bila tengok lagi sekali, oh.. cool!! [ok, aku poyo. hahaha]

Uhh.. adah kata aku serabai. si keyyah pun. dan akhirnya aku akui.. memang serabai! penat dengan gelaran diego maradona yang member-member kasi, tambah lagi kekalahan Argentina di tangan Germany hari tu, aku pun potong jugak la rambut ni..

Yeah! jadi David Villa pulak. hahaha..

Bukan curang dengan skuad Germany dan menyokong Spain, tapi tiba-tiba terasa nak buat style ni pulak. first time! sebelum ni rambut adalah sangat sopan.. yang ni smart plus sopan. err.. ni komen member yang menggunting rambut. hehe..

Apa-apa pun, masih kekok dengan gaya ni. tapi kepala sangat ringan. ok ea style ni? cam dah lama popular je style ni..


nota kaki :
entry ni memang ke laut. adeh! sekarang masih dalam proses meng-edit gambar berjalan-jalan menggembirakan diri kat taman impian khamis hari tu. karang dah settle baru post. hehe..

Wednesday, July 21, 2010

Akibat Hilangnya Ikhlas

sekadar gambar hiasan. err.. ada kaitan sikit la. hehe..

Dikisahkan bahawa seorang Abid(ahli ibadah) Bani Israil telah didatangi oleh kaumnya yang mengadu tentang perbuatan segelintir manusia mensyirikkan Allah dengan menyembah pokok. si Abid menjadi amat marah dengan aduan itu lantas mengambil kapak untuk menebang pokok sembahan tersebut.

Dalam perjalanan ke pokok sembahan itu, beliau didatangi oleh iblis laknatullah. Iblis bertanya akan tujuan beliau, lalu berkatalah si Abid, "Aku hendak menebang pokok yang menjadi sembahan manusia."

iblis membentak, "aku tidak akan sekali-kali membiarkan engkau menebangnya!"

Maka terjadilah pergelutan antara iblis dan si Abid. dengan mudahnya si Abid dapat menjatuhkan iblis ke tanah. namun iblis tidak patah semangat lalu terus memberi tawaran kepada si Abid.

"Engkau adalah orang yang fakir dan tidak punya harta. jika engkau tidak menebang pokok tersebut, aku akan memberimu 2 Dinar pada setiap hari." si Abid bersetuju dengan tawaran itu lalu pulang ke rumahnya.

Pada hari pertama si Abid mendapat wang 2 Dinar seperti yang dijanjikan. begitu juga pada hari kedua. namun, pada hari ketiga wang 2 Dinar tidak lagi ditemukan. dengan marahnya si Abid mengambil kapak lalu berkata, "Aku mesti menebang pokok itu!".

Sebelum sampai ke pokok sembahan, iblis datang menghalang si Abid daripada meneruskan niatnya. maka berlakulah pergelutan di antara mereka. kali ini iblis menang dan dapat menjatuhkan si Abid ke atas tanah.

Si Abid kehairanan, "bagaimana engkau boleh mengalahkan aku sedangkan beberapa hari yang lepas aku dapat mengalahkan engkau dengan mudah?"

Lalu iblis menjawab, "Pada ketika itu engkau marah kerana Allah dan ikhlas mengharapkan keredhaan-Nya. maka Allah memberi kemenangan kepadamu. namun pada kali ini, kemarahanmu bukanlah kerana Allah, tetapi kerana wang 2 Dinar. maka aku berjaya mengalahkanmu."

Apakah maksud ikhlas?
  • Ikhlas ialah perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seorang muslim semata-mata dengan niat mengharapkan keredhaan Allah. bukan kerana riak(menunjuk-nunjuk) atau untuk mendapat sanjungan dan pujian makhluk.
Sama-sama kita pupuk dalam diri, semoga sifat ikhlas ni sebati dalam diri kita. yeah! satu ungkapan yang menjelaskan perbuatan ni, "ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di malam hari."

Jangan plak ada yang ikhlas buat benda aniaya orang! adeh.. sama-sama beringat dan ikhlaskan diri dalam beramal. bukan beramal je, dalam hubungan sesama manusia pun kena ada sifat ikhlas ni gak. =)


nota kaki :
cerita ni ditaip mengikut olahan ayat sendiri tapi tak mengubah jalan cerita. mybe ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni dan nampak lain ayatnya. hehe..

Monday, July 19, 2010

Keep In Touch Bukan Touch N Go

Assalamualaikum dan salam mesra kepada anda. semoga permulaan isnin di minggu baru ini memberi anda lebih keceriaan dan kegembiraan. walaupun sah-sah tau akan banyak kerja yang menanti. hadapi dengan senyuman..

Post ini bukan berbaur jiwang, tapi pengumuman untuk menambah sahabat dan kenalan di alam maya. semoga perkenalan di sini tidak terus putus lalu senyap tanpa khabar. oleh itu, setelah meneliti akan keberkesanan benda alah ni, asada yang suam-suam hensem ni pun try la jugak..

Tengok yang kat dalam bulatan merah tu. bukan jejaka baju merah.. hehe..

Sebenarnya macamni, jejaka baju merah tu sangat-sangat mengharapkan sahabat, kenalan, pengunjung dan pembaca dapat letak link blog masing-masing kat situ. baru je buat semalam widgets tu. hehe..

Dengan adanya link anda kat situ lebih memudahkan perjalanan time blogwalking selain terus dapat tau perkembangan masing-masing. banyak sangat kebaikan benda ni. sape yang lom cuba, leh letak gak kat blog tu [promote]. kepada yang takde blog, takpe.. hope masih jugak dapat "simpan dalam sentuh" atau keep in touch dengan kamOo..

Khas untuk followers blog ini.. sangat-sangat mengalukan anda untuk letak link blog supaya senang saya pulak menerjah dan meninjau-ninjau sambil berkenalan dengan anda.. ceeewaahh.. sekali ngan usha-usha bakal isteri.. errkk!!

Sangat-sangat menghargai sokongan anda semua.. dengan adanya anda, blog ini lebih ceria sekaligus membuat hari-hari rasa nak belek blog. takde update apa-apapun datang jugak menjenguk, tengok kalau-kalau ada yang menjerit di shoutbox. usha-usha blog orang lain. hehehe.. tQ.. tQ.. tQ..

jangan lupa.. lepas ni kena letak link anda kat situ ea.. salam kenal salam mesra =)

keep in touch n ceria selalu (^^,)

Saturday, July 17, 2010

Bila Star Bola Sepak Turun Padang Futsal

Assalamualaikum dan salam mesra kepada anda. semoga hepi bahagia dan sehat-sehat sajor. yang tengah sedih-sedih pun bawak-bawak jugak senyum. terkadang senyuman mengubat duka. err.. jangan senyum tak tentu pasal pulak. kang ada yang salah sangka..

Ni la pemain yang paling aku suka dulu, tapi sekarang cam dah turun lak permainan dia. hurmm.. [gambar dari google]

Wollah.. kali ni paling lama aku tak update. traffic blog usah kata, memang menurun tahap kering punya. adoi.. sangat-sangat minta maaf kepada yang berkunjung, tapi takde apa yang terbaru. walaupun camtu, asada yang hensem ni tetap berjalan-jalan jugak di alam maya. hehe..

Dah start cuti ni, bermacam-macam pulak aktiviti. sah-sah mengenjoykan diri lepas exam. hari last paper, balik umah, petang tu terus pegi main bowling. haha.. adik aku yang lom pernah main pun di ajak sama. bola dia ke longkang usah kata lah. kemas dan rapi je skrin markah. hihi..

Alamak.. ke laut pulak dari tajuk entry. fuhh! sekarang dalam mode nak bercerita je, layan je la ea.. lalala~

Kisah ni seminggu sebelum minggu lepas punya cerita. baru sekarang berperasaan nak kongsi. alkisah, kitorang buat match futsal dengan geng-geng student sabah kat sini. first time buat dekat padang futsal berbayar [Sport Development Center]. bayaran bapak mahal!! sewa padang dan bayaran masuk kompleks tu adalah berbeza! tapi padang sangatlah kureng.. tiba-tiba je bola orang yang main kat sebelah leh plak masuk padang yang kita main. [lagi best padang kat malaysia, sebab takde nak kejar-kejar bola keluar padang.]

Kitorang sebenarnya nak main untuk 2 jam, sekali hanya dapat sejam je. entah apa alasan diorang guna pun tak tau, orang booked padang je tau. tempat lain pulak dah full, so hanya tempat itu pilihan terakhir. tapi sejam tu dah kira enjoy jugak la.. penat seyh..

Lepas maen setengah jam pertama. kuyup dah baju dengan peluh..

Sangat berbangga bila Robinho turut memeriahkan match dengan aksi hebat..

Yang ni pulak penyerang paling berbisa, Drougba. hahaha.. kena hati-hati, semalam muka goalkeeper hebat dah mengembang kena rembat dengan bola.

Watak paling penting dalam setiap match, goalkeeper cemerlang kami, Iker Casillas!! [tengok jaring goal tu dapat agak dah tempat ni macamana]

Selesai match.. penjaga padang tu dah tiup-tiup wisel suruh kitorang keluar. uhh! lubang tu bukan kami yang buat, tapi sangat memudahkan perjalanan ke tempat duduk. hehehe..

Semua yang maen hari tu.. mulanya nak buat 3 team, dah boleh maen sejam je, kena maen 2 team je la gamaknya..

Time nak balik, sempat bergambar dengan Park Ji Sung malaysia. tapi hari tu dia pakai jersi Egypt. hehe..

Keputusan game ni, kitorang kalah 5-6. walaupun tak cukup hebat lagi, tetap puas hati gak la.. sebab banyak serangan yang best-best. dah semua star-star hebat yang maen. wahaha..

Apa yang bestnya.. maen sejam je, tunggu orang datang ambik lebih sejam! sempat habiskan makan party meal kat kfc di tengah malam. dah habis kurangkan lemak, kitorang tambah balik.

Petang nanti kitorang buat match lagi dengan geng-geng student sabah n kedah pulak. yeah!! malangnya, sekarang kaki tengah membengkak lebam biru lepas kena sepak semalam! hari-hari dah maen futsal.. walaupun injured, aku tetap gak nak maen petang karang. chaiyok! boleh menang punya petang nanti.. lalala~ [confident je. hahaha..]


Nota kaki :
Kita tengok je nanti apa akan jadi. ngeee~ maen dengan enjoy..

Wednesday, July 07, 2010

Eikasyaza's Green Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. yeah! dah habis contest sendiri, kali ni join contest orang lain pulak. Eikasyaza's Green Contest!!

Act dah lama letak banner contest ni kat side bar. dari mula-mula contest ni keluar. ingatkan nak kasi ingat sendiri supaya join. sekali aku terlupa pulak! adoi~ nasib baik adah kasi ingat pagi tadi. malangnya, gambar yang nak diguna pakai untuk contest ni ada dalam satu lagi hardisk. pulak hardisk tu takleh nak dibukak! aaaaa~ sangat frust!

Tiba-tiba seorang rakan alam maya kata, dia ada simpan gambar aku pakai baju hijau tu. fuhhh~ sangat lega. cuma, gambar tersebut tidaklah se-ori gambar asal. namun tetap boleh di serlahkan. keyakinan untuk menang terturun 30%. walaupun camtu, tetap nak menang. hahaha..

Okeh.. inilah gambar yang dipertandingkan. gambar diambil time raya ketiga 2008 di tangga rumah sewa cousin aku. time ni aku join rombongan meminang untuk sorang lagi cousin. serba hijau.. yang bestnya, rumah sewa cousin ni memang di kelilingi kehijauan. depan rumah penuh dengan pokok bunga n pokok buah-buahan. sangat cool~

Kepada tuan penganjur, hope entry ini menepati segala syarat penyertaan green contest ini. hehe..

Kepada sesiapa yang nak join, boleh je click banner kat atas.. tapi tarikh akhir contest ni 7 july. err..


nota kaki :
mintak maaf sebab terlewat sikit nak join contest ni. hope masih boleh d terima.. =)

Terima Kasih Lagi

"pic peneman blog ni"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. semoga sentiasa gembira dan bahagia bersama insan tersayang. kepada yang masih bersedih, semoga segala musibah dapat dihadapi dengan senyuman. yeah! chaiyok!!

Entry ini asada dedikasikan kepada peserta "Contest Gambar Best by Asada" hari tu. [masih lagi berbau contest gambar best]

ahh.. sangat seronok bila dapat menganjurkan sebuah contest di mana rakan-rakan alam maya ni memberi sokongan yang sungguh best! setinggi-tinggi terima kasih kepada anda yang join contest pertama asada, baru je diumumkan pemenangnya 5 july ri tu. tahniah kepada pemenang.

Daripada contest gambar best, asada sangat mengharapkan perkenalan alam maya ini terus berkekalan. bak kata omputih, keep in touch. hehe..

Janganlah ada yang berkecil hati, merajuk membawa diri lalu terus senyap sunyi. kerana tujuan utama asada mengadakan contest ini adalah untuk mendapat lebih ramai kenalan di alam maya selain merapatkan kenalan yang telah sedia kenal. asada sangat menghargai sokongan anda semua..

Sudah adat pertandingan ada kalah dan menangnya. kalau kita kalah lalu terus mengalah, sudah pasti tiada jalan kemenangan lagi untuk kita. melainkan semangat untuk menang dan gandingan usaha terus membara di dalam diri, tidak mustahil kemenangan akan menjadi milik anda. [semangat bagi motivasi]

Dan.. Terima Kasih ini Asada ucapkan kepada anda semua. semoga semangat untuk menang dalam apa jua contest sentiasa segar dalam hati. yeah!

Khas untuk anda..

  • Ana Mardia

  • Safina Izwani

  • Raybond aka JOE

  • Wan_hazel

  • Hidayah Saadah

  • Zulfahmi

  • Cik Kuntum

  • Zafirah Rizuan

  • Zai

  • Ann Saichou

  • Durratul Ain

  • miss.rhyt

  • Noor Fatin

  • Kak Ngah aka Wani

  • aien_Raz

  • Rossoneri

  • saperakue

  • Cik Kechik

  • Syafi

  • Wadud@duad

  • Nenek Edoraemon

  • Cik Tun

  • Aina Bluezzday

  • Adyshariz

  • Farah

  • Caersasuke

  • Nabilah

  • Izyan_5025

  • ipa Faiza~

  • SyuQ

  • ~NiD's~

  • Ain Nadzirah

  • Intan Syafiqah

  • Shahira Ariff

  • Fieza Omar

  • Mashilala

  • She Jirah

  • Zahidah Dihaz

  • M.S.R.

  • M.a.p.i.e.

  • F~Cicak

  • Farah Nasuha

  • Nur Qistina

  • Nana

  • Fareda

  • Ninaneno

  • Azura Ahmad

  • Sara Wo Sensei

  • Misz Fatin

  • Kim

  • Mr.F

  • Rozana

  • Nurul Ain

  • N.A.N.A.

  • Miss Kira

  • Yana Kenja

  • Melissa Rina

  • LuvlyDiyana

  • Putri TeddyBear

  • Mohd Hanis

  • /Dayah//Nurul/

  • ieQa sWetLuv

  • Zaty

  • Emieysandra

  • mIszLullaBy

  • Princess Kelly Eun

  • Anin

  • Shaza

  • Nida

  • Siti Shuhadah Zainol

  • Fa-seus ZamYa

  • Nabil_Potter

  • Katak Gomok Sulie

  • Zuely Penggoda

  • Lady XOXO

  • Murni Humaira

  • Nur Nabilah

  • Syaza Suraini

  • Fatinsyaz

  • Siti Nurhana

  • Cik Z@i Penang

  • Mr.Ayen

  • Ryoki

  • Miss Nia

  • Cik Firus

  • Bintun Sazali

  • b.E.L.L.e

  • Shaza Sulaiman

  • Azreen

  • Sharifah athirah izyan

  • Noor

  • Syazwan

  • IzaFiza

  • ASY

  • Suziey

  • Sidratul Muntaha

  • MamaLyna

  • GombakMali

  • MrKazen

  • Puput

  • Cik Aidacomei

  • DyaHaHa~

  • umiZue

  • Mier@merr

  • Cik Helena

  • Aisyah @ Spekaku

  • -Nurul-

  • Banyaktehkereta

  • Ms.Osha

  • A.Z.M.I.R.A.

  • Mawaddah

  • Afifah Solehah

  • Kay J

  • Tiha

  • Lovillea

  • Iza @ teratak usang

  • Farah Fox

  • Wanjunsmile @ Azizun

  • Rhapsody Lin

  • HanaJimi

  • i.r.k.u.y.s.

  • BudakComot

  • AHHAindahouse

  • Ika Puk Puk

  • Idati Malek

  • AROL DSHW

  • Syuzana

  • Izyan Nadiah

  • Cik Lily

  • Wardatul Firdaus

  • ARE-GYA

  • E.L.I.Z.A

  • Fateen Innanie

  • ELLA

  • Nur-Al-Ain

  • Carl Samsudin

  • Anyss

  • Naz

  • NeenaAnuar

  • Asya

  • Keyyah

  • Sya Isya

  • Aleyn

  • Chybee

  • Shiori_LA

  • iLyani

  • Tarmizi Shukri

  • Mytrajet74

  • Farra Dhelina

  • Liza

  • Miza Yusof

  • Yaniez


  • Akhir kata daripada asada, semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita.. Terima Kasih kepada semua~

    ~~enjoy blogging~~

    Monday, July 05, 2010

    Pemenang Contest Gambar Best By Asada

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Yeah! dan akhirnya~ inilah pemenang Contest Gambar Best Asada.. Tahniah kepada pemenang kerana gambar-gambar anda telah memikat hati juri. jangan sampai terus jadi bini sudeyh. hahaha..

    Tempat Pertama : Puput @ http://pesantokmoyok.blogspot.com/
    Gambar : mak mertua & kakaknya, mak cik Nik.

    Tempat Kedua : Nida @ http://nisajijah.blogspot.com/
    Gambar : Caklempong Soccer

    Tempat Ketiga : Nabil_Potter @ http://nabil-potter.blogspot.com/
    Gambar : Dania

    Tempat keempat : Misz Fatin @ http://atentiqa.blogspot.com/
    Gambar : Kegembiraan melepasi rintangan.

    Tempat kelima : E.L.I.Z.A @ http://www.elizadianna.com/
    Gambar : Ibu Mengandung

    Tempat Keenam : Wanjunsmile @ Azizun @ http://wanjunsmile.blogspot.com/
    Gambar : Zaman main-main tepung

    Tempat Ketujuh : Durratul Ain @ http://durratul-ain.blogspot.com/
    Gambar : PCK seksi

    Tempat Kelapan : Carl Samsudin @ http://carlsamsudin.blogspot.com/
    Gambar : Feeling-feeling jadi jurufoto National Geographic

    Tempat Kesembilan : Rhapsody Lin @ http://lahirbalik.blogspot.com/
    Gambar : Childhood moments

    Tempat Kesepuluh : Mawaddah @ http://mwdah.blogspot.com/
    Gambar : Bot penambang "confirm menang"

    Tahniah sekali lagi kepada pemenang.. dan setinggi-tinggi terima kasih asada ucapkan kepada semua peserta yang join dan support contest ini. sangat-sangat menghargai penyertaan anda semua..

    Apa yang asada hepi sangat bila buat contest ni, makin ramai kenalan! siyes! semoga perkenalan ini bertambah erat dan semoga tiada penghujungnya.

    Kepada yang kalah, jangan kecik hati, jangan merajuk ngan asada ea. hehe =P

    Dikesempatan ni, asada memohon maaf andai dalam penganjuran contest ini ada perkara yang mengguris jiwa dan perasaan anda. andai ada terkasar bahasa, asada mohon maaf. segala kekurangan dalam penganjuran contest ini asada akui dan pastinya asada akan cuba untuk memperbaiki dari masa ke semasa. yeah!

    Terima kasih juga kepada para juri yang tolong mengadili contest ni.. MaCy, Nur Azman, Azhar Abdullah, Yus DC dan kawan-kawan yang lain.. ramai seyh juri.. hahaha..



    Nota kaki :
    Kepada para pemenang di atas, sila emailkan alamat anda kat email asada, monkeyluffy98@yahoo.com selewat-lewatnya 10 Julai 2010.. bagitau nama yang diguna pakai kat dalam contest sekali, karang ada yang guna nama laen, asada tak tau plak. penghantaran hadiah hanyalah di dalam Malaysia sahaja. 12 julai hadiah tu nak terbang ke Malaysia. hehe..

    sorry lagi sebab dah terlambat sejam. ngeee =P