Dikisahkan bahawa seorang Abid(ahli ibadah) Bani Israil telah didatangi oleh kaumnya yang mengadu tentang perbuatan segelintir manusia mensyirikkan Allah dengan menyembah pokok. si Abid menjadi amat marah dengan aduan itu lantas mengambil kapak untuk menebang pokok sembahan tersebut.
Dalam perjalanan ke pokok sembahan itu, beliau didatangi oleh iblis laknatullah. Iblis bertanya akan tujuan beliau, lalu berkatalah si Abid, "Aku hendak menebang pokok yang menjadi sembahan manusia."
iblis membentak, "aku tidak akan sekali-kali membiarkan engkau menebangnya!"
Maka terjadilah pergelutan antara iblis dan si Abid. dengan mudahnya si Abid dapat menjatuhkan iblis ke tanah. namun iblis tidak patah semangat lalu terus memberi tawaran kepada si Abid.
"Engkau adalah orang yang fakir dan tidak punya harta. jika engkau tidak menebang pokok tersebut, aku akan memberimu 2 Dinar pada setiap hari." si Abid bersetuju dengan tawaran itu lalu pulang ke rumahnya.
Pada hari pertama si Abid mendapat wang 2 Dinar seperti yang dijanjikan. begitu juga pada hari kedua. namun, pada hari ketiga wang 2 Dinar tidak lagi ditemukan. dengan marahnya si Abid mengambil kapak lalu berkata, "Aku mesti menebang pokok itu!".
Sebelum sampai ke pokok sembahan, iblis datang menghalang si Abid daripada meneruskan niatnya. maka berlakulah pergelutan di antara mereka. kali ini iblis menang dan dapat menjatuhkan si Abid ke atas tanah.
Si Abid kehairanan, "bagaimana engkau boleh mengalahkan aku sedangkan beberapa hari yang lepas aku dapat mengalahkan engkau dengan mudah?"
Lalu iblis menjawab, "Pada ketika itu engkau marah kerana Allah dan ikhlas mengharapkan keredhaan-Nya. maka Allah memberi kemenangan kepadamu. namun pada kali ini, kemarahanmu bukanlah kerana Allah, tetapi kerana wang 2 Dinar. maka aku berjaya mengalahkanmu."
Apakah maksud ikhlas?
Jangan plak ada yang ikhlas buat benda aniaya orang! adeh.. sama-sama beringat dan ikhlaskan diri dalam beramal. bukan beramal je, dalam hubungan sesama manusia pun kena ada sifat ikhlas ni gak. =)
nota kaki :
cerita ni ditaip mengikut olahan ayat sendiri tapi tak mengubah jalan cerita. mybe ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni dan nampak lain ayatnya. hehe..

- Ikhlas ialah perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seorang muslim semata-mata dengan niat mengharapkan keredhaan Allah. bukan kerana riak(menunjuk-nunjuk) atau untuk mendapat sanjungan dan pujian makhluk.
Jangan plak ada yang ikhlas buat benda aniaya orang! adeh.. sama-sama beringat dan ikhlaskan diri dalam beramal. bukan beramal je, dalam hubungan sesama manusia pun kena ada sifat ikhlas ni gak. =)
nota kaki :
cerita ni ditaip mengikut olahan ayat sendiri tapi tak mengubah jalan cerita. mybe ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni dan nampak lain ayatnya. hehe..
38 comments:
Jangan plak ada yang ikhlas buat benda aniaya orang!
~agak terkesan,ayat di atas~
erk.....lidah terkelu,hati terjerut~
ikhlas kerana Allah, Allah akan bantu kita...
senyum pun kena ikhlas...lalala
haa.. pnah dgr cte ni.. mnarek2
ah ye, asada da ade gaye ckgu cite kt dak2 skola rndh :D
aku sentiasa ikhlas bila nak komen entri nie :P
yg Allah yang dapat menilai keikhlasan manusia..
hanya Allah yang dapat menilai keikhlasan manusia..
rambut sama hitam
hati lain2
ingat mengingati amalan mulia..
thanks 4 sharing.. :)
zulaikha's blog:
http://zulaikhamohdnor.blogspot.com
ikhlas tu macam semut hitam di atas batu yang hitam di malam hari...walaupon xnampak..tapi ia tetap ade kat situ...tol tak asada?
ikhlas kerana ALLAH.
maksudnya apa pon niat kerana ALLAH dikira ikhlas kan?
nak like nak like nak like!!!
jgn pula ada yg ckp ikhlas, pastu dok ungkit2 ;))
cerita menarik.. tq sebab share kat sini :)
ikhlas, nak cakap 'saya ikhlas' memang mudah.
tapi, nak rasakan ikhlas itu benar2 di hati, taktau lah.huhu
tambah siket lagi..ikhlas melakukan sesuatu benda tanpa mengharapkan balasan sesuatu... kan3...? =)
huhu.
mmg rasanya mcm pernah baca kt tempat lain, tapi dah lupa.
Tu lah, bnde yg kita pernah belajar, bila bljr lg sekali jgn smbg sbb mungkin kita lupa.
Jazakallah
pernah terbace gak... Tapi bgus tuk peringatan semula...
Kaedah Yg Berkesan, Tq Kepada Semua Yg Berkenaan
nak buat apa2 mesti ikhlas.
buat apa2 yg baikla bukan buat apa2 yg jahat.
Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang ikhlas pada jalanNya =)
duhal atas san komen box..hehhe
aoklah o..jangan lak senyum kedak org ya penah berutang..iklhas apa camya..huhuhu..mun iklhas xminta balas lah ooo
ikhlas tu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam
sangat susah untuk ditemui kan?
p/s : Review Film : Inception Memang Terbaik! Aku Sangat Teruju! Kreatif!
ermm..mmg pnah dgr citerni...
pernah juga dengar citer ni...
nak ikhlas tu memang payah...
tapi perlu diusahakan...
subahanallah...
sesungguhnya keikhlasan tu penting pada niat dan hati~ :)
aku ikhlas menolong. tapi nak dapat keikhlasan mereka menolong kita susah laaaa...
ikhlas ni selalu sgt org ckp dgn mudah...
tapi seikhlas mana hati kita hanya Dia yg ketahui...
so xlehla sng2 ckp "sy ikhlas" atau pon "ko ni xikhlas la"
salam.
sangat suka artikel ini =)
yup, ikhlaslah keranaNya.
ikhlas ke??hehehe
ikhlas tu subjective kan?
nilai keikhlasan tu sangat tinggi..
susah nak jadi betol2 ikhlas...byk godaan..
tq sebab post benda ni..dulu pernah baca pasal kisah ni..sangat bagus utk ingatkan tentang ikhlas kerana Allah..thanks..semoga ramai yang dapat manfaat
Post Terhangat...
MELAYU KAKI PORN???
insyaallah...
erti hidup pade yg mmberi. termasukla "keikhlasan". :')
yup.ikhlas tanpa mengharapkn apa2 :)
kalau tak ikhlas,
apaa pon tak boley~
:)
suka post ni.. prnah trbaca tapi version ni macam lebih sedap dibaca :) ikhlaslah dm apa jua prkara yg kita lakukan demi mndapat keredhaan Allah.. :)
yeah, nice sharing. lama jugak tak dengar kisah ni, hampir ingat2 lupaa.
tapi tulah, kadang2 kita dah ikhlas, tetibe je boleh lari niat, dah tak ikhlas~
Post a Comment