Thursday, October 28, 2010

Sahabat : Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua. semoga dalam keadaan sihat ceria di mana jua berada. yeah!

Hari ni lebih baik dari hari semalam. terasa lapang dada bila kesedihan semalam terungkai. benar kata hikmat itu, kemaafan meringankan beban. jika dipendam, terasa sangat berat memikul perasaan yang penuh tanda soal, penuh rasa bersalah. terima kasih duhai sahabat.

Aku tahu, aku juga bersalah. menghujankan kata menenggelamkan ceria. maaf sekali lagi..

Aku nobatkan penghargaan disini buat teman yang sudi mampir di kala hati menanggung pilu. penghargaan buat kata penyejuk jiwa. semangat penerus daya di saat langkah longlai memikul beban. segala puji buat Allah yang Esa, aku tidak sendirian menanggungnya..

Aku hargai dugaan jiwa yang tiba. yang pasti, banyak hikmahnya. tersirat mahupun tersurat. kini sudah terpatri atas nota sejarah semalam.

Teman.. aku mengharapkan ini bukan pengakhiran suatu kisah. aku mendambakan teman ke akhir hayat. sama menongkah arus dunia, sama kecapi nikmat bahagia. semoga ikatan ukhuwwah ini kekal selamanya..

Terima Kasih semua. ni yang buat makin sayang.. (^^,)

bukan sekadar gambar hiasan.. ada kaitan sikit la..

Nota kaki :
berterus-terang dan mohon maaf andai dah buat salah. walaupun mungkin orang tu sukar untuk melupakan kesalahan kita, namun ia boleh meringankan beban jiwa bersalah. menyimpan rasa bersalah sama seperti menahan buang air besar. karang tahan lama-lama boleh jadi sembelit. lagi naya kena buasir..

Jadi.. berterus teranglah. hadapi realiti kehidupan anda.. jangan pulak sengaja buat salah aniaya kat orang.. uhh!

Wednesday, October 27, 2010

Sahabat : Pilu Berbicara

Salam buka bicara,
memohon sejahtera dari yang Esa,
mohon perlindungan aman sentosa.

Wahai sahabat,
Mohon ampun andai berdosa,
mungkin aku salah tanpa sedar,
mungkin aku meluka tanpa sedar,
mungkin aku menyeksa tanpa sedar,
mungkin aku merobek tika bersuara,
mungkin ternoda ceria sesiapa.

Wahai sahabat,
Ku lakarkan duka di sini,
mengukir lara penuh terisi,
kian membengkak di dalam jiwa,
biar lapang tidak terseksa.

Ingin aku lemparkan pedih ini,
merebah badan lesu dek pilu,
tidak tertahan jiwa mengendong,
tidak tertahan badan memikul,
mungkin aku kian mengerdil,
mungkin aku kian mengecil.

Kini aku seolah terbuang,
dalam gelap tanpa kata,
dalam gelita tanpa khabar.

Maafkan aku wahai sahabat..

Sahabat sejati susah dicari.. gambar time hantar member balik malaysia.

Nota Kaki :
Tengah bersedih. entah kenapa tiba-tiba seorang sahabat mendiamkan diri. mungkin bizi agaknya. tapi.. kenapa hati aku masih tak senang? perasaan aku saja kah? kenapa ayatnya kepada aku seolah-olah sedang gusar?

Aduhai.. tak sukanya perasaan macam ni.. please.. jangan mendiamkan diri, jangan terus menyepi..

Siyes tak nak hilang kawan.. lebih-lebih lagi orang yang aku dah anggap sebagai sahabat. teman yang sentiasa beri sokongan, nasihat dan setia bersama tika susah dan senang.

ahh.. super sedih lak hari ni..

Saturday, October 23, 2010

Jejaka Hebat Vs Awek Dentist

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria dan bergembira bersama orang tersayang di hujung minggu. yeah!

Khamis hari tu, buat pertama kali berjumpa dengan blogger di luar maya. entah macamana tercetusnya perjumpaan pun saya tak tahu. mulanya bermesej kat facebook hari selasa, ber-YM sekejap hari rabu tu terus plan nak jumpa lawan main bowling hari khamis. maka berjumpalah si jejaka hebat dengan awek dentist..

Sebelum pergi jauh, gambar di atas adalah jejaka terhebat tu. before makan kena ambik gambar, kata awek dentist. bukan baca doa dulu ke? lalala.. persoalannya sekarang, siapa awek dentist tu?

Okeh.. beliau penulis blog Rottkappchen's dan salah seorang editor blog 100Penulis yang saya citer hari tu. tinggal kat Cairo. memang dekat lah dari tempat saya duduk sekarang ni.

Gambar cilok dari facebook beliau.

Sebenarnya dah lama jugak kenal dengan Kimmy Ai ni. nama Kimmy Ai pun selalu naik jadi Pengomen Yang Best kat blog ni. tapi baru perasan dia duduk kat Cairo. dekat je rupanya.

Perlawanan Bowling antara Jejaka Hebat dan Awek Dentist berlangsung kat International Bowling Centre (IBC). main sampai lima game.. 1st time main banyak secara non-stop camtu. nasib baik tak mengelupas jari. Kimmy Ai keluar sekali dengan housemate-nya, Fitriah. ada la buat jadi camerawoman. hihi..

Gaya jejaka hebat menumpukan perhatian ambik feel main bowling macam pemain pro. tapi yang geramnya.. brader-brader arab main kat sebelah cam hampeh. kita nak baling bola dia boleh duk menyemak kat depan. nak lempang kang, anak orang.. walaupun macam tu, orang hebat tetap hebat.

bak kata pepatah.. "kalau asal benih yang baik, lontar ke laut menjadi pulau, lontar ke darat menjadi gunung, lontar ke api jadi bbq ayam."

Tengok saja markah cemerlang kat atas ni. saya nak bagi gelaran ratu 'drain' tapi Kimmy Ai tak nak terima. lima set perlawanan dimonopoli oleh jejaka hebat. 4:1.. yang satu itu pun bagi menang je sebenarnya. karang asyik kalah, menangis pulak.. saya bukan kaki buli. hahaha..

Kimmy Ai buat entry jugak pasal perjumpaan dan game hari tu. kat sana cerita lebih detail sekali dengan markah semua game. right click here

"Hebat giler dia tu.." mungkin ini yang Kimmy cakap. muka sedih habis sebab kalah. hahaha.. ingat nak bagi dia menang set kelima, tetapi saya termenang pulak. lalala~

Tak percaya saya hebat?? kena tanya sendiri dengan Kimmy Ai. kalau dia kata tipu, tak nak terima kekalahan la tu. lalala~

Nota Kaki :
teringin jugak nak bergathering bersama blogger di Malaysia nanti. gathering ramai-ramai siap masuk paper lagi. bila agaknya baru dapat join ea..

Wednesday, October 20, 2010

Senyum Senyum Sikit

Seorang arkitek yang poyo dari Amerika datang melawat Malaysia. setelah mendapatkan teksi di KLIA, dia meminta pemandu tersebut membawanya bersiar-siar ke Kuala Lumpur. di dalam teksi, berbuallah si arkitek tu dengan pemandu teksi..

arkitek : berapa lama orang Malaysia bina KLIA?
pemandu : tiga tahun.
arkitek : kalau di Amerika, kita boleh bina bangunan seperti ini setahun setengah saja!

Tiba di Putrajaya..

arkitek : berapa lama pula orang Malaysia bina masjid Putrajaya?
pemandu : dua tahun.
arkitek : kalau di Amerika, kita boleh bina masjid seperti ini setahun saja!

Terus memandu menuju ke kota Kuala Lumpur, arkitek terpandang menara Kuala Lumpur.

arkitek : berapa lama agaknya Malaysia bina menara itu?
pemandu : setahun!
arkitek : huh.. kalau di Amerika, kita boleh bina menara sebegitu setengah tahun saja!

Tiba-tiba pemandu memberhentikan teksi secara mengejut. pemandu terus keluar, mencekak pinggang sambil kehairanan memandang menara berkembar petronas.

arkitek : kenapa berhenti?
pemandu : saya terkejut! semalam saya lalu kat sini, bangunan ini belum wujud!!

Hebatnya orang Malaysia bina menara ni hanya semalam!!

*****

Tiga orang lelaki berlainan warganegara duduk bersama di dalam keretapi dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur. mereka adalah lelaki Cuba, Amerika dan warga tempatan.

Tengah sedap-sedap duduk, lelaki Cuba menyalakan cerut. belum pun habis cerut di hisap, sudah dibuang. begitu juga cerut kedua, dan cerut ketiga. lalu lelaki Malaysia bertanya, "kenapa ko buat macam tu?"

"aahhh.. kat Cuba, cerut banyak.." jawab lelaki Cuba dengan bongkaknya.

Dalam pada itu, lelaki Amerika tengah mengira Dollar. tetapi, lepas dikira, dia buang di tingkap keretapi. hairanlah si lelaki Cuba, lalu bertanya, "heyy mann.. whats wrong?"

"aaahh.. kat US, Dollar banyak.." jawab lelaki Amerika dengan takburnya.

Lelaki Cuba mengangguk.. hebat jugak dia ni. sedang itu, lalu seorang bangla di tepi mereka. tiba-tiba lelaki Malaysia tadi tarik tangan bangla tu, terus humban kat tingkap keretapi. terkejut beruk dua orang tu tengok, lalu bertanya, "heyy dude.. whats goin on?"

"aaahh.. kat Malaysia, bangla banyak.." jawab lelaki Malaysia dengan selambanya.

Risau jugak dengan ramainya orang Bangla kat Malaysia..


Nota Kaki :
cerita rekaan saja. takde kaitan dengan sesiapa.. mybe ada yang pernah baca atau dengar kat mana-mana. tapi yang kat sini penceritaan je dari asada, jalan cerita sama.. =P

cerita pertama dari ceramah motivasi sekolah rendah dulu, ingat sampai sekarang. cerita kedua, baru dengar dari member malam tadi.. lalala~

Sunday, October 17, 2010

Pasukan Terhebat Dunia

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga happy dan ceria sentiasa.

Yeah! sebelum ni aku ada je post pasal main futsal tapi tak pernah pun tunjuk mana pasukan futsal terhebat tu. haaa.. kali ni aku bongkarkan wajah-wajah pemain futsal terhebat abad ini.

Dari kiri barisan belakang, Atsuto Ushida, Drougba dan David Villa. dari kiri barisan depan, Robinho, Oliver Khan, Wayne Rooney dan Kaka. jersey ala-ala pasukan bola sepak Sepanyol disponsor oleh percetakan Shahin yang berharga LE18 (RM10) sehelai. semua nombor 7. hahaha..

Ni gambar masa sesi latihan team hebat. yang pakai baju merah tu Diego Maradona, Best Coach Ever! hahaha..

Kat bawah ni plak gambar game kitorang minggu lepas..

Sorakan selepas menjaringkan goal kemenangan pada minit minit akhir perlawanan. kegagalan Iker Casillas menampan rembatan kencang David Villa mengundang malang buat pasukan mereka musim ini. minggu depan try lagi yer..

Wajah kegembiraan 'Man Of The Match'. tampak puas selepas bermain dengan cemerlang pada malam itu.

Tak sabar tunggu game minggu depan. minggu lepas kitorang sewa padang 4 jam, letih tapi puas.. sempat jugak main dengan brader-brader arab. hebat diorang main tapi takkan mampu mengalahkan team terhebat kitorang. hahaha..


Nota Kaki :
entry agak merapu sedikit. sedikit ke banyak? layan jer la.. lalalala~

Friday, October 15, 2010

Lunaskan Sebelum Tidur

Assalamualaikum dan salam mesra. selamat hari Jumaat kepada semua.. semoga Jumaat yang tiba membawa sinar lebih ceria. yeah! esok dah sabtu.. mesti hepi punya. boleh rehat-rehat dari kerja dan kelas kan. tapi sebelum tu, lunaskan amanah anda sebelum rehat esok. lalala~

Hari ni nak kongsi empat perkara yang senang je nak buat. takde keluar peluh pun. modal air liur dan keikhlasan hati untuk mendapatkan redha Allah SWT.

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :
"Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah.

Bertanyalah Aisyah RA:
"Wahai Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
Jika engkau hendak tidur,

Bacalah surah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad. Alloohusshomad. lam yalid walam yuulad. walam yakul lahuu kufuwan ahad. ( 3 x )

Berselawatlah untukKu (Rasulullah) dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma shollii 'alaa saidinaa Muhammad wa'alaa aaliihi saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallahi Walhamdulillahi walaailaaha illallaahu Allahu akbar ( 3 x )

[sumber : Tafsir Haqqi]

Keterangan sikit :

"Perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan haji dan umrah."

Bukanlah maksud kat sini lepas buat benda tu kita tak perlu dah nak pergi haji dan umrah. dalam hadith ini, ia simbolik betapa besarnya pahala yang diberikan kepada mereka yang bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir..

Amalkan membaca ayat Qursi sebelum tidur bagi mengelak gangguan jin dan makhluk seangkatan dengannya..


Nota kaki :
apa kata kepada sesiapa yang belum pernah buat, praktikkan sebelum tidur malam ni. tak susah mana pun. sambil baring pun boleh buat..

hehe.. selamat beramal (^^,)

Sunday, October 10, 2010

Koleksi Gambar Pelancongan Keretapi Ayam

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga di hari minggu yang unik dan best ni keceriaan dan kebahagiaan masih lagi bersama kita. kepada yang tengah bersedih dilanda musibah, semoga terus tabah. yeah! hadapi dengan senyuman..

Khamis, 30 September hari tu kira hari bersejarah jugak la untuk aku. kali pertama naik keretapi dari Tanta ke Cairo. sebelum ni pergi balik naik van atau nama popularnya tremco.

Pukul 8.30 pagi aku dengan dua orang lagi member bertolak dari Cairo ke Tanta. pergi naik bas. first time jugak naik bas. huhu.. alhamdulillah takde apa-apa masalah. cuma driver bas je yang kena saman dengan polis trafik. tak pasti sebab kesalahan apa..

Bercerita dengan gambar lebih senang. meh layan.. [kalau nak tengok gambar besar sikit, click kanan mouse - new tab]

Sebelum apa-apa, senyum dulu. hehe..

Jarak Cairo dan Tanta ni boleh tahan jugak. lebih 100 kilometer dari rumah aku. naik bas hari tu 2 jam perjalanan guna highway. kalau tengok map kat atas ni, boleh nampak kehijauan bumi Tanta berbanding dengan tempat aku tinggal sekarang, pinggir padang pasir..

Kitorang bertiga sampai kat Tanta hampir tengahari, terus pergi carik makanan. siyes lapar! kitorang makan sekor ayam bakar, nasi arab, sup dan salatoh. gambar makanan pun lupa nak ambik sebab dah lapar. hahaha..

Lepas makan, ambik teksi pergi ke Masjid Badawi. tempat paling popular kat Tanta. solat jamak pastu duduk rehat-rehat. dalam masjid Badawi sangat lawa selepas diubahsuai awal tahun hari tu. sejuk je kat dalam masjid walaupun kat luar panas giler.

Di dalam masjid Badawi ni menempatkan makam seorang sufi yang bernama Sayid Ahmad El-Badawi. sempat ziarah ke makam beliau. nama masjid ni pun mungkin sempena nama sufi ni kot.

Gambar Masjid Badawi dari luar dengan model tak berbayar. ingat nak ambik nampak keseluruhan masjid, tapi kena menapak jauh lagi. cuaca sangatlah panas. cam tak terlarat je. huhu..

Selesai ambik gambar ni, kitorang bertiga pergi mencari baju lak. jersey untuk main futsal. hehe.. kebanyakan harga barang di Tanta jauh lebih murah berbanding di Cairo. lama jugak berjalan-jalan. cuaca yang panas membuatkan tekak cepat kering. asik nak minum air je. nasib baik tak kembung perut dengan air.

Bangunan stesen keretapi Tanta. masa ambik gambar ni, tiba-tiba ada seorang brader arab ni tegur, "beutiful.. beutiful.." .. err.. aku senyum je.

Landasan keretapi Tanta. nak balik Cairo dah. time ni sebenarnya dah 3.47 petang. jam kat stesen keretapi ni dah di set awal, undurkan masa sejam sepatutnya mula 1 Oktober. daylight saving habis bila nak masuk winter.

Alhamdulillah petang tu tak sesak dengan umat manusia. payah gak kalau ramai orang, sebab kitorang naik 'keretapi ayam'. camana nak explain 'keretapi ayam' ea.. dia sama cam keretapi yang muncul dalam filem hindustan.. kalau sesak, mybe kena bergayut! hahaha..

Tanta dikenali sebagai kawasan delta terluas di Egypt. jadi, perjalanan menuju ke Cairo adalah kawasan pertanian.. menghijau je.. best! dapat tengok macam-macam tanaman.. jagung, padi, gandum, anggur, orange, keladi, pisang, bawang.. tanam lalang pun ade!

Member aku kata, bangunan 4 tingkat dalam gambar atas ni rumah ayam! maknanya ayam kat Egypt lagi moden dari ayam kat Malaysia sebab diorang duduk rumah batu. hihi..

Macam best je diorang bercucuk tanam kan. tersusun habis.. tumbuhan kaler hijau pudar kat dalam gambar atas ni adalah kobis! kobis kat Egypt ni besar-besar..

Ni pulak ladang orange. siyes sangat luas dan buah tengah lebat. masa winter nanti orange ni la yang akan memenuhi kedai buah-buahan. orang arab Egypt panggil orange, 'burtu-al'. dalam bahasa arab standard 'burtuqal'.

Ada kawasan yang dah habis menuai, ada kawasan yang baru nak menanam. makin dekat dengan Cairo pulak, padi diorang dah masak. tak serentak..

Petani dah moden, jarang tengok guna kerbau untuk membajak. hampir semua guna jentera. ada jugak tengok pengembala kambing ngan unta hari tu, tapi tak sempat nak capture gambar.

Tengok teliti gambar ni, driver 'tok-tok' tengah meng-usha tiga orang awek yang nak melintas landasan keretapi. ini penempatan besar diorang. mungkin bandar. kalau tengok papan tanda kat perhentian keretapi, nama tempat ni 'Qalyub'.. dari Tanta menuju ke Cairo, banyak jugak bandar dilalui.

Style rumah kat kawasan perkampungan Egypt, tingkat paling atas akan dibiarkan tak siap. nanti anak dia kawen, terus buat rumah lagi setingkat kat atas. hihi..

Macam ni je la rumah diorang. takde risau nak tukar cat tiap-tiap tahun. tapi jangan terkejut.. luar nampak setinggan, dalam macam kondominium!

Sungai Nil yang menjadi nadi penghidup bumi Mesir. ada tempat untuk kaki pancing jugak tu. tapi aku belum pernah lagi memancing kat sini sebab aku duduk kat kawasan padang pasir. huhu..

Bila dah sampai kat stesen Syoubra Al-Khemah ni, maksudnya kita dah sampai ke Cairo. takde dah kawasan pertanian. yang ada hanya bangunan batu yang tinggi-tinggi dan bunyi hon yang tak henti.. baru perasan jugak ada LRT lalu kat atas tu.

Kitorang turun kat Stesen Keretapi Ramsis, perhentian terakhir keretapi tu sebelum berangkat ke Tanta balik. naik 'keretapi ayam' memakan masa lebih lama berbanding naik van. tapi tambang naik van dua kali ganda daripada tambang 'keretapi ayam'. kalau nak jimat masa, kena naik van.. kalau nak jimat duit, naik 'keretapi ayam' sebab dia ada potongan harga student!

Panjang jugak entry ni ea. dah macam program Jejak Rasul di bumi Anbia' lak. hihi..


Nota kaki :
hari ni takde promosi menantu.. tapi nak tanya, apa pendapat anda lepas tengok header baru blog ni? tiba-tiba saya macam nak ada header jugak untuk blog ni.. =P

Saturday, October 09, 2010

Sebahagian Daripada Seratus!!

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. selamat berhujung minggu dan semoga ceria selalu. senyum senyum pengubat duka. tapi kalau terlebih senyum, orang ingat lain pulak. hihi..

Hujung minggu macam ni, best sangat kalau dapat berehat di rumah. tapi bagi pekerja restoren makanan segera, hujung minggu macam ni lah paling tak best sebab ramai giler pelanggan yang datang. tokey kedai hepi la.. si pekerja lak patah tulang rusuk bekerja buat itu dan ini.

Adeh! ape plak merepek sampai ke pekerja restoren?? ada restoren nak cari pekerja? err.. chop!

Pernah anda dengar pasal www.100penulis.com ??

Sebenarnya kali ni saya nak memperkenalkan Blog 100Penulis kepada anda semua. walaupun macam tu, blog yang saya perkenalkan ini bukan blog mencari pekerja restoren. bukan jugak agent kerja kosong.

Sangat rugilah kepada yang belum berkesempatan menerjah ke blog 100Penulis ni.

Kenapa??

Sebab anda belum tengok dan baca hasil penulisan seratus orang blogger kat dalam ni!!

Yang sebenarnya, Blog 100Penulis ni mengumpul blogger di dalam sebuah blog. bukanlah tujuan utamanya untuk mencari trafik semata-mata, tetapi Blog 100Penulis turut menjadi satu medium perbincangan isu-isu semasa dan hal-hal yang lain.

Lebih meriah lagi apabila seratus orang penulis berkongsi pelbagai tips, pesanan dan pengalaman hidup dengan gaya penulisan yang pelbagai di dalamnya!

Walaupun masih baru, Blog 100Penulis telah menarik ramai blogger untuk menyertainya dan sudah pasti, perancangan teliti admin menjadi tunjang keberkesanan 100Penulis sebagai medium menyatukan para editor.

Setelah menyertai Blog 100Penulis sejak sebulan yang lalu, aku dapat tengok peningkatan yang ketara di dalam blog ni. seakan magic!

Perkara yang paling menyeronokkan aku apabila bersama Blog 100Penulis ni, bilamana para editor 100Penulis saling membantu meningkatkan prestasi blog rakan-rakan yang lain. aku bukanlah otai dalam berblogging, apabila ada yang sanggup menjadi pembimbing, terasa sangat best!

Gambar : Muka depan Blog 100Penulis.

Gambar : Page 100Penulis di Facebook

Kata ASaDa RyutaRo :
Tak sama bila kita berblogging untuk 'mencari traffic' dengan 'mencari kawan'.. pada aku, berblogging bukan terletak pada bestnya traffic yang masuk.. tapi best berblogging terletak pada keikhlasan seseorang nak berkawan dan mengingatkan kita.

Lagi best kalau berblogging ni dapat cari calon menantu untuk mak! hehehe..

Jom ke Blog 100Penulis!!

Nota kaki :
Kawan biar berjuta, musuh jangan dicari.. enjoy blogging! (^^,)

Sunday, October 03, 2010

Cucur Keladi Yang Sedap Versi Asada Ryutaro

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa ceria dan sihat walafiat bersama orang tersayang. kepada yang sedang dilanda masalah dan musibah, semoga tabah menghadapi segala cabaran dengan penuh semangat. yeah!

Dah masuk bulan baru. semakin mendekat dengan akhir 2010. huhu.. nampaknya, semakin hari, semakin sibuk lak saya ni. sampai tak banyak post yang sempat di buat bulan lepas. aduyai..

Hari sabtu semalam, walaupun banyak dihabiskan di dalam rumah, tetap best jugak. hehe.. percubaan membuat cucur keladi yang sedap berjaya sepenuhnya! meh saya kongsi resepi terbest cucur keladi versi ASaDa RyutaRo..

Pertama yang perlu ada, semestinya ubi keladi. err.. nak panggil biji keladi ke ubi keladi? tapi itu tak apa, anda tau kot yang mana satu kita nak buat cucur, takkan batang keladi plak kan.

Kupas dan bersihkan ubi keladi, lepas tu potong kecil. siapa nak buat versi ASaDa RyutaRo punya, kena potong style jejari macam dalam gambar di atas. kalau potong jenis lain, bukan cucur keladi sedap versi ASaDa RyutaRo namanya.

Bahan seterusnya tepung gandum, telur ayam, garam dan air. yang ni kena pandai sukat ikut sesedap rasa. kalau versi ASaDa RyutaRo, setengah kilo tepung gandum kena guna 2 biji telur dan 2 sudu garam. lepas tu bancuh dengan air, jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. kena tengah-tengah ea.. setengah kilo tepung ni sukatan untuk makan 10 orang.

Dah siap adunan, toskan ubi keladi tadi, dan masukkan dalam adunan tepung gandum. gaul sebati hingga rata jejari keladi disaluti adunan tepung.

Panaskan minyak. kemudian goreng jejari keladi hingga garing dengan api sederhana. kalau api besar sangat, nanti isi dalam ubi keladi tak masak. nampak tepung je yang garing, tapi isi keladi mentah. tak sedap..

Tadaa~ dah siap! boleh dimakan untuk minum petang bersama member-member dan keluarga. makan cicah sos cili time masih panas sangat best! sedap hingga menjilat jari. dah habis pun member tanya, 'ada lagi ke?'. peh! itu petanda cucur keladi versi ASaDa RyutaRo ni sangat best dan sedap! hahaha..

Actually lama giler tak makan cucur keladi ni, lebih setahun dah! kebetulan time beli sayur semalam, nampak ada ubi keladi, terbayang terus cucur keladi yang sedap ni. alhamdulillah, berjaya dimasak dengan sedap! huhu..


Nota Kaki :
takde ke makcik-makcik yang nak jadikan saya menantu? pandai masak tu.. lalala~