Thursday, October 13, 2016

Cara Hidup Sihat Inspirasi Hari Sukan Negara

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!!

'Sekian lama menyepi' umpama ayat yang biasa saya taip setiap kali buat entry. niat nak aktif menulis namun sering terbatas dengan pelbagai urusan. nak kata sibuk sangat, takde la jugak. doakanlah semoga motivasi untuk terus menulis kali ini berterusan lama.

Sejak tidak lagi bergelar 'student', aktiviti sukan saya juga menjadi sepi. tiada futsal, tiada jogging. akhirnya berat badan bertambah dengan drastik. tahun 2010 saya masih lagi naik turun gunung, main futsal hampir setiap petang dan lain-lain aktiviti untuk sentiasa fit. selepas berkahwin, aktiviti itu bukan berkurang, tetapi hampir tiada. rasanya baru sekali main futsal awal tahun ni dengan rakan sekerja, saya akui stamina tak sekental dulu. niat nak main futsal selalu tu ada, tapi ada saja halangan yang kadang saya fikir balik boleh dielakkan untuk terus bersukan.

Merenung badan yang bertambah 'sado' di perut, stamina yang selalu semput walaupun bukan buat kerja berat, makan minum tidur berulang kali, lalu saya ambil keputusan untuk berjogging dan bersenam setiap petang. Alhamdulillah berkekalan sejak dua minggu ini. walaupun ada harinya saya tak dapat jogging sebab hujan, saya tetap bersenam di dalam rumah, ambil masa sekitar 30 minit sudah mencukupi. cukup la kot, berpeluh lebat jugak melompat sana sini. target buat masa ini, kempiskan perut. hahaha..

Saya banyak tengok video di youtube untuk belajar cara senaman yang betul. equipment untuk betul-betul sado buat body memang takde lah. belum lagi ke arah itu. tapi akan difikirkan selepas ini. biarlah target sekarang untuk kempiskan perut dan terus fit. ramai sangat dah menegur perut saya sudah maju dan sebagainya. bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat bukan saja baik untuk penampilan, namun baik untuk kesihatan diri kita sendiri. jangan dah sakit baru nak bersenam, itu mungkin sudah terlambat.

Jom! sama-sama amalkan gaya hidup sihat. jangan setahun sekali je time Hari Sukan Negara. hehe..

Gambar Disember 2009 ni bukti saya dulu kurus dan kacak.
biarlah jadi bukti ke anak cucu.. hahaha

Gambar tahun ini bersama isteri yang menampakkan kekentalan lemak di leher saya..

Nota Kaki :
Ada orang kata, bila dah kahwin, jadi gemuk, berat badan naik, itu tandanya bahagia.. saya percaya! siapa setuju?

Sunday, March 20, 2016

Tips Berjimat Cermat Untuk Si Boros

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Actually topik ini pernah dipaparkan satu masa dulu. saya ketengahkan semula atas sebab pentingnya mengamalkan budaya berjimat cermat lebih-lebih lagi bila melibatkan pengurusan kewangan. orang yang berjimat dan orang yang boros adalah sangat berbeza!

Orang yang boros sememangnya sangat sukar menyimpan duit. ada saja yang terdetik untuk dibelanjakan. walaupun kadang-kadang benda yang dibeli itu langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya. dalam erti kata lain, hanya menghabiskan duit dengan berbelanja. satu kepuasan bagi mereka apabila menghabiskan duit yang ada di tangan!

Jadi sebelum wang anda dihabiskan dengan puas dan akhirnya merana dihujung bulan, maka ada baiknya anda mengamalkan tips berkesan ini.

Pertama : Bagi orang lain pegang duit belanja anda.
Bila duit belanja orang lain pegang, dengan rasa segan anda akan minta duit untuk berbelanja. ini akan mengurangkan perbelanjaan anda bila keseganan wujud dalam diri. namun sangatlah tidak berkesan terhadap mereka yang tidak tahu malu mintak duit hari-hari. adeh!


Kedua : Tidak perlu guna kad credit atau kad hutang.
Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang untuk berbelanja secara bebas. di samping anda mendapat kepuasan yang sangatlah best berbelanja, anda juga akan mendapat 'kepuasan' terhadnya gaji di setiap bulan. hahaha.. padan muka. [tak di nafikan banyak kebaikan penggunaan kad credit bagi bukan si boros.]

Ketiga : Mengurung diri di dalam rumah.
Walaupun cara ini tidak baik untuk kesihatan, namun sangatlah berkesan. anda tidak perlu mengurung diri sepanjang minggu, cukuplah dengan 2 hari dalam seminggu. kalau rasa masih banyak jugak berbelanja, tingkatkan hari pengurungan. hehe..


Keempat : Bawa hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
Cara ini juga sangat bagus. walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah. pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah digunakan untuk membawa semua duit. jadi, sila praktikkan point satu. tapi bila tak cukup duit, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duit! tahan lah dulu nafsu tu.

Kelima : Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
Cara ini terbukti sangat berkesan bagi yang berbelanja untuk makanan. selain dapat berdiet, anda juga mampu untuk berjimat. akan tetapi berpuasa kurang baik untuk si boros yang suka membeli barang kerana lebihan duit akan digunakan untuk membeli barang lain. jadi, untuk si boros membeli barang, sila praktikkan point empat.

Keenam : Amalkan budaya menabung.
Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum start menabung. diakui menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. jika anda menggunakan tabung yang boleh dibukak dengan mudah, tahap keinginan mengorek akan berada di tahap klimaks.


Cukup dulu setakat enam cara ni. kalau ada lagi point lain yang anda amalkan, boleh lah kongsi-kongsi. ayat biasa dalam iklan berjimat cermat, saya boleh, kena anda tidak?

Anda perlu tahu menilai, mana keperluan dan mana keinginan. sekiranya mampu menilai kedua perkara ini dengan baik, anda akan menjadi seorang yang senang hati suatu hari nanti. harus sentiasa berusaha memajukan diri. tanamkan dalam diri semangat "hari ini mesti lebih baik dari hari semalam". berusaha perbaiki kelemahan, nescaya akan jadi yang terbaik!

Nota kaki :
bila harga barang banyak naik, mengamalkan budaya berjimat cermat sangat penting bagi menampung keperluan lain. pilihan di tangan kita. bak kata pepatah, timun di tangan tuhan, pisau di tangan tuan. hiris nipis, nipis jadinya. hiris tebal, tebal jadinya. (^^,)