Friday, April 30, 2010

Pasar Minggu Di Egypt

Salam kepada para pembaca. kali ni asada si jejaka hensem nak kongsi citer jalan-jalan. ni budget cam ramai pembaca yang datang. hahaha..

Kalau di Malaysia kita dah slalu dengar pasal pasar minggu ni. kat Egypt pun ada pasar minggu. bezanya pasar minggu di Egypt dibuka hari jumaat. dengar citer di Malaysia sekarang ni hampir hari-hari ada pasar minggu. wallaweh.. advance lagi kita. hehe :P ..

Tapi apa yang aku nak citer ni bukanlah jalan-jalan pasar minggu hari jumaat. kalau pegi hari jumaat tu aku tak dapat nak wat photo shoot sebab terlalu ramai umat manusia. hari ahad lepas kebetulan tengah cuti, aku pegi la ngan member nak cari barang untuk hobi baru. sejak 14 April, setiap jumaat aku akan pegi ke sini. hahaha.. sungguh obsess!

Perjalanan tak la jauh sangat dari rumah aku. sekali bas tu memecut, 20 minit dah boleh sampai Sayeeda Aisyah. dari situ kita ambik van atau bas untuk ke Tunsi atau Suq Syafiee di mana lokasi pasar minggu ni berlangsung. di sini pasar minggu tu dipanggil sebagai Suq Syafiee sebab lokasi dia berdekatan dengan makam Imam Syafiee.

Aku kira hampir semua barang ada dijual kat sini. dari yang antik sampai ke yang moden. macam-macam ada! murah lak tu. tapi, kalau barangan elektronik aku tak cadangkan beli di pasar ni. peminat barang antik, tempat ni ibarat syurga membeli belah untuk diorang. pehh!

Ni la suasana Sayeeda Aisyah pkul 8.30 pagi. ni baru turun dari bas. kena jalan depan sket untuk ambik van ke Tunsi.

Sayeeda Aisyah ni terletak kat belakang Kubu Salahuddin Al-Ayubi. leh nampak masjid kat dalam kubu tu dari bawah ni.

aku sampai-sampai je terus ke bahagian haiwan peliharaan. heh! obsess! haha.. macam-macam haiwan yang ada. ikan, kucing, burung, itik, ayam, lembu pun ada!

Ni la dia biawak padang pasir atau lebih glamour "Dhob".. siyes! dhob ni halal di makan kalau disembelih! pernah dengar kan kisah sahabat nabi makan haiwan ni..
menurut pakar perubatan tradisional, dhob ni banyak khasiat. sejauh mana kebenaran, hanya orang yang pernah makan je tau..

act.. aku datang demi ikan-ikan aku.. hehe.. kat sini la aku beli aquarium.. harga memang murah! aku mula-mula ingat kopek jugak LE100 kalau beli aquarium. jauh dari jangkauan, aku dapat beli harga LE45 je!! siyes murah!

Kedai ni pembekal barang-barangan dari laut cam batu karang, kulit siput, batu-batu halus & lain-lain untuk aquarium. tapi orang ni jual mahal sangat. so aku tengok kat kedai lain ada yang lebih murah. banyak lagi kedai-kedai lain tapi aku tak dapat nak shoot banyak sangat gambar sebab aku pun nak carik barang. hahaha..

Ni dia aquarium aku.. aku cuba buat tropical fish aquarium. menjadi jugak la.. aquarium ni aku beli jumaat 16 April ri tu. tapi baru siap deco semua ahad lepas.

aku suka tengok ikan-ikan kecik tu main kat celah batu karang. best! setakat ni aku ada goldfish, tiger barb, angel fish, platy & guppy.. kalau ikut perkiraan saiz akuarium, aku leh lagi tambah ikan-ikan kecik.. hurmm.. kejap lagi aku bersiap nak pegi Suq Syafiee. hehe :P ..



nota kaki :
tempat orang jual ikan aku tak dapat nak shoot ri tu sbb tangan dah penuh ngan barang. kalau nak tau, orang Egypt ni import ikan hiasan tu dari Singapore n Malaysia. aku datang sini, aku plak yang beli ikan tu dari diorang.. haha..

Thursday, April 29, 2010

Folder Gambar Yang Menimbun

hadey.. puas aku berblogwalk. bermacam tempat dah aku pergi. bermacam cerita dah aku baca. tapi blog aku masih belum update. so sekarang.. ni diyark! hahaha.. aku menjalankan tugas membuat esaimen yang orang bagi.

oh ye.. pasal tajuk post.

act tag yang meera da cute bagi ni kena upload gambar dari folder ke lapan dalam file gambar. punya la susah kerja ni. mana tak nya.. dalam pc aku ni penuh dgn gambar.

dalam file gambar aku penuh dengan folder gambar.

tambah lagi dalam folder gambar ada folder gambar. hahaha.. memang jenuh la nak menunggu jumpa gambar.

ni la suasana dalam file gambar aku.. dari PIC pergi ke folder PIC kita akan jumpa berpuluh folder gambar bermacam kategori kat dalam tu. masuk ke "hard copy xxx" (yg ni pic aku copy dari hardisk lama). dalam ni ada lagi berbelas folder gambar. akhir sekali aku ambik folder pic 2007 yang tersenarai sebagai folder ke lapan.

dalam folder pic 2007 tu aku kena ambik pic yang kat bawah ni..
tersenarai sebagai pic yang ke 8

cerita pasal gambar :

time ni raya korban tahun 2007. aku jd cheff!!act tukang gaul masak daging kambing biri-biri. yang pegang pengayuh tu bukan farid kamil okeh, itu aku. aku tau muka aku ada iras2 skit ngan farid kamil time ni. wahaha... adik aku tiba-tiba nak ambik gambar sama-sama, nak tunjuk kat mak ayah kononnya.. gambar ni telah di-hardcopy-kan dan dimasukkan ke album gambar aku. lalala~

sape2 nak tempah "daging masak ros" leh tempah kat aku. hahaha.. [merapu]
resepi telah diubahsuai oleh senior aku kat sini. rasanya ummmmph! enak sekali. [dah kuar tajuk]


pesanan kaki :
kepada nama yang tersenarai di bawah ini.. tag ini aku lanjutkan kepada kamu semua. hahaha..

ini esaimen utk kamu..

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


nama-nama mereka yang berkenaan :

Tuesday, April 27, 2010

Hari Terakhir

Kisah ini sudah lama. sudah separuh dari usiaku kisah ini berlalu. ini kisah hari terakhir mak ngah (kakak ayahku). tiada sekeping gambar pun dalam simpanan yang ada wajah mak ngah, namun aku masih ingat paras wajahnya. cuma ada sekeping gambar dari ic mak ngah yang telah dibesarkan dan dibingkaikan oleh anaknya.

mak ngah sungguh baik walaupun suaranya agak kasar. sabar orangnya. sangat gigih bekerja. semasa kecil, aku pernah mengiringi mak ngah yang sedang memikul 3 biji kelapa menuju ke rumahnya, lebih kurang 1.2 km dari rumah aku hanya berjalan kaki. mak ngah sungguh suka bercucuk tanam. di halaman rumahnya pelbagai jenis pokok buah ditanamnya. aku suka bertandang ke rumah mak ngah pada musim rambutan. pasti kenyang puas hanya makan buah-buahan.

Mac 1998, anjang Kiah (kakak mak ngah) pertama kali mendapat peluang ke tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji. majlis wida dilakukan di rumah keluarga aku. malam sebelum bertolak semua ahli keluarga rancak bersembang. esok pagi-pagi anjang kiah akan berangkat ke tanah suci.

pagi-pagi sebelum bertolak aku sudah bersalam dengan anjang kiah. aku terus ke sekolah. mak ngah turut serta menghantar anjang Kiah ke airport kuching bersama beberapa saudara mara yang lain.

dikisahkan semasa di airport, selepas bersalam-salaman anjang kiah terus masuk ke balai pelepasan. mak ngah melambai-lambai ke arah anjang Kiah dan anjang Kiah pun turut melambai sama. sesudah itu, rombongan menghantar anjang Kiah terus balik namun mak ngah tidak bersama. mak ngah menghilang.

lewat petang, lebih kurang jam 5, kedengaran suara memberi salam di rumahku. mak ngah datang lalu terus ke dapur meminta segelas air daripada mak. penat katanya. mak ngah mengidap asma. setelah usai minum, mak ngah bercerita saat orang sudah balik meninggalkannya di airport seorang diri.

di saat orang lain sibuk bertolak balik, mak ngah naik ke tingkat atas untuk melihat kapal terbang yang dinaiki oleh anjang Kiah berlepas. mak ngah melihat kapal terbang itu sehingga tidak nampak lagi dari penglihatannya. sungguh, itulah pertama kali mak ngah berpisah begitu jauh daripada anjang Kiah.

katanya lagi, mak ngah berjumpa saudara jauh sebelah pak ngah di airport. orang itulah yang menolongnya dan menghantar mak ngah ke stesen bas untuk balik ke rumah.

selesai bercerita, mak ngah minta diri untuk balik ke rumahnya. beg tangannya tertinggal di ruang tamu rumahku. mak menyimpannya, mungkin esok mak ngah akan datang untuk mengambil begnya. mendengar dari percakapannya, esok mak ngah akan ke kebun menemani pak ngah yang sudah ada di sana.

subuh keesokannya, suasana sungguh tenang di pagi khamis itu. selesai solat subuh, pintu rumah diketuk bertalu-talu. Sharkawi (anak mak ngah) terpacul di depan rumah membawa berita mak ngah sudah tiada. innalillahi waiinna ilaihi roji'un.. ayah terdiam mak membisu.

ayah bergegas ke rumah mak ngah. memanggil jiran lain mengkhabarkan berita sayu itu. sharkawi terus ke kebun mengambil pak ngah. masing-masing terkejut mendengar berita pemergian mak ngah. baru semalam mak ngah bersembang sama. masih terngiang-ngiang tutur bicaranya. biji pulur sudah dibungkusnya sedia untuk dijual tersusun rapi di tepi pintu rumah. barang-barangnya untuk pergi ke kebun sudah siap dikemas.

tapi mak ngah tidak ke kebun. mak ngah pergi jauh meninggalkan pak ngah dan 4 waris yang bisa mendoakan kesejahteraan rohnya.

selesai dimandi dan dikafankan, jemaah beramai-ramai mensolatkan jenazah mak ngah. jenazah mak ngah selamat disemadikan di tanah perkuburan kota samarahan selepas zohor.

April 1998, ketibaan anjang Kiah disambut meriah dari tanah suci Mekah. setiba di rumah keluarga aku, anjang Kiah bersalam-salaman dengan saudara mara yang lain dan sahabat handai lalu duduk di atas pelamin khas untuknya. wajah anjang Kiah berseri penuh kegembiraan.

beberapa ketika kemudian anjang Kiah bertanya, ke mana mak ngah? setelah lama duduk, mak ngah masih jua belum muncul. suasana tiba-tiba senyap. berita pemergian mak ngah disampaikan mak uda (isteri abang ayah). serta merta air jernih berjujuran dari mata anjang Kiah. suasana kembali hiba. lambaian di airport yang lepas adalah lambaian terakhir daripada mak ngah.

Saat aku menaip kisah ni, masih jelas dalam ingatan segala yang berlaku di hari terakhir mak ngah dan tangisan anjang Kiah. tiada siapa pun sangka..

Al-Fatihah untuk arwah Qalbi Binti Man (mak ngah, 1998) dan Masri Bin Daud (pak ngah, 2004)

"Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti. bersedialah untuk menempuhinya"

Saturday, April 24, 2010

Kisah Berkaraoke Di Dapur Dapat Kawen Org Berumur.

Member aku kawen bulan Mac lepas. aku x dapat dtg. waaa~ dulu pernah sembang pasal jodoh masing2. skali dia gak yg kawen dlu. uhh! aku bile lagi? err..
[yg ni bukan kawen ngn org yg berumur ea]


Selalu kita dengar ibu-ibu bapak-bapak pesan kat anak dara diorang supaya tak menyanyi time masak kat dapur. kalau buat megi di bilik cmna? kalau nyanyi time tgu air mendidih?

Citer Zaman Moden.

milah : [nyanyi2] ~ kau datang bagaikan mimpi ~ kau hadir takku sedari ~ lalala~

bapak : "milah.. jangan berkaraoke time masak di dapur tu. kang kamu kawen ngan org tua."

milah : "takpe pak, asalkan banyak reta. leh beli BMW n banglo sebijik utk bapak nti."

bapak : "menjawab plak ko ea.."


apakah kesinambungan dari tegahan ni sebenarnya? ada tak sape2 yg dlu minat nyanyi2 kat dapur yg dah kawen? cmna? dpt yg berumur ke yg mmg kekasih hati? erkk!

adakah dulu-dulu pernah terjadi seorang gadis yg suka nyanyi2 di dapur pastu kawen ngn org yg jauh berumur dari dia? hurmm..

meh layan citer ni.. Citer Zaman Dahulu Kala.

tersebutlah kisah dahulu kala, adapun mak jah dan melati tinggal di hujung kampung. adapun si melati amat gemar menyanyi di dapur.

maka tersebutlah pada suatu hari di kala suara melati mendayu-dayu menyanyi-kan lagu keroncong sambil menari poco-poco, adapun di tangan melati kuali hitam dan sudip kayu sedang menumis bawang. maka telah lalu si tua kaya memandu merz.

arakian tertarik-lah perhatian si tua kaya akan ke-lunak-kan suara melati yang mendayu-dayu sambil hidungnya mencium bau bawang ditumis.

maka dengan sepantasnya si tua kaya menekan brek merz-nya lalu berhenti di depan mak jah yang lupa pulak nak bagitau kat pembaca mak jah sedang menyapu di luar rumah.

si tua kaya : siapakah gerangan yang menyanyi ini?

mak jah : adapun yang menyanyi itu anak saya orang tua. kenapa pula di tanya?

si tua kaya : ohh.. adapun saya membawa pesan, janganlah dibiar akan anak itu menyanyi di dapur kerna nanti akan kawen dengan orang tua. adapun pesan ini dari orang yang dulu lebih kala dari zaman kita ni.

mak jah : kamukah orang tua itu wahai orang tua? lekas-lekaslah hantar rombongan-nya.

[cerita ini hanya rekaan]

cmna kalau laki lak yg masak kat dapur n nyanyi? [err.. td aku nyanyi time masak! haha..]

uhh! aku masih lagi mencari kesinambungan dari tegahan ni.. hurmm..

walau apapun.. semoga anda semua dapat menemui jodoh pilihan hati masing2 n berbahagia selamanya.. heee :)

Thursday, April 22, 2010

Empat Golongan Orang Yang Perlu Anda Tahu

Di saat insan lain bertebaran mencari rezeki,
mencari pengetahuan mengenal diri,
di manakah anda?

Di saat insan lain berjuang mencari keredhaan Ilahi,
menginsafi kesalahan diri,
di manakah anda?

masih terbaring di tepi pantai diulit mimpi fantasi dunia?


Golongan Pertama :
  • Orang yang berpengetahuan dan dia tahu bahawasanya dia tahu! golongan bijaksana. sentiasa bertindak bukan saja untuk diri, malah untuk orang di sekelilingnya. siyes orang ni hebat..

Golongan Kedua :
  • Orang yang berpengetahuan akan tetapi dia tidak sedar yang dia sebenarnya tahu. kekadang dia wat tak tau je. berpura-pura tidak tahu. plz lah.. bertanggungjawab la weh!

Golongan Ketiga :
  • Orang yang tidak berpengetahuan tetapi berusaha untuk mengetahui apa yang dia tidak ketahui. tabik spring ngn org yang camni. chaiyok!

Golongan Keempat :
  • Orang yang tidak berpengetahuan tetapi tetap tidak mahu berusaha untuk mengambil iktibar dan pengajaran. stay je kat tempat tu, x nak memajukan diri. adoi2.. cmna ni?!

so, kat mana tempat korang? ye ke korang kat golongan yang pertama? ke korang kat golongan kedua yang hampeh tu?

berwaspadalah jika anda d golongan keempat. cepat2 la masukkan diri kat golongan ketiga.

meh aku bagi lagi kata semangat..

"Timun di tangan tuan, pisau pun di tangan tuan, kalau dihiris nipis, nipislah jadinya. kalau dihiris tebal, teballah jadinya. kalau terhiris tangan, lukalah padahnya"

Tuesday, April 20, 2010

meh kongsi bersama..

Rasulullah s.a.w. bersabda

mafhumnya:

"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat

syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah

Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"

(Riwayat Bukhari)

Monday, April 19, 2010

Mungkin Aku Patut Berdiam Saja

gambar sekadar hiasan. tiada kaitan dengan entry ini.

Minggu ni agak sibuk dgn kerja yang pelbagai. susah untuk d jelaskan kerja yang macamana. tapi sungguh mengenjoykan diri bila dah settle semua kerja. hoOo Yeah!

Rabu, 14 April 2010. aku mulakan minat aku kat ikan2. sekarang dah lengkap semua. entry baru nti aku citer pasal ikan2 aku tu..

err.. sepatutnya entry ni aku berdiam saja. tetapi tetap juga menaip. hahaha..

hurm..

pkul 3.25 pagi tadi aku dah start lain macam. mungkin aku patut berdiam. x cool bila asik jd kepoh. tapi aku nak citer jugak.

mungkin aku tak patut menaruh harapan. mungkin aku patut berdiam saja. tiada guna menaruh harapan pada suatu yang belum pasti. tak ke berharapan tu menjadikan kita lebih bersemangat? eh? ye ke?

bila aku dengar kisah member aku, semua dah kembali single. haha.. sampai member aku keluarkan ayat.. "bila la kita ni nak kawen klu mcm ni?"

"ahh.. usah mengejar jodoh. ia sudah ditentukan. jika sudah jodoh, xkan kemana." ni ayat yang biasa kita dengar.

"berusahalah mencari jodoh anda. kerna ia pasti ada!" ayat ni boleh guna ke?

ya! jodoh sudah ditentukan, semuanya terletak di tangan Tuhan. tapi, kita sebagai hamba-Nya, ke mana kita letak usaha kita? duduk di rumah saja jodoh itu dtg ea? mungkin juga. dengan bechatting 24jam di depan pc. hahaha..

alamak.. aku sudah merapu. entry ini seolah-olah hasil dari pemikiran aku yang dh tepu lalu terhasillah kata-kata merapu.

"Usah kau tangisi perpisahan kerana di sebaliknya berjuta hikmah tersembunyi"

Thursday, April 15, 2010

Ape? Dapat Award? 5 Five Khamsah? :) penuh persoalan.

Aku dpt award lagi! semakin lama lama bidang blogging ini, semakin banyak penghargaan saya terima. ohh.. lihatlah dunia.. hahaha..

dunia berblog ni buat aku rasa dunia ni betul2 luas. dari sekecik2 malaysia, terus ke seluruh pelusuk dunia, bermacam2 kisah aku dapat tau dari sini. banyak pengajaran n iktibar.
[siyes yoh ayat aku]

terus ke award ni plak..
meh kita selongkar bersama-sama..

Award ni telah di dedikasikan kepada aku oleh budak yang mengaku dia awek fahrin..
semalam dia dtg kat shoutbox aku suh ambik award ni.. hurmm..
tapi aku bukan nak kutuk, fahrin x kenal pun sape dia.
dah tu tiba2 ngaku dia awek fahrin ahmad..
ade hati..

sape tu?

dak ni la >> [meera perasan kiut]

Syarat2 nak ambik Award ni :
~ Copy award ni macam dapat Grammy Award ~
~ Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni ~
~ Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :) ~

kena jawab soalan gak :

soalan 1 : FIVE name that people call you.
  • Asada Ryutaro
  • Taro
  • Asada
  • Atok
  • Uncle @ Pakcik
soalan 2 : FIVE important dates in your life.
  • 28 July setiap tahun.. tarikh yang aku tunggu.. birthday aku ni, nti kasi hadiah la ea..
  • 31 Disember.. tarikh penting gak.
  • 31 August 2006.. yg ni tarikh kenangan n sejarah dalam hidup.. hanya tinggal kenangan sepanjang hayat.
  • 1 Ramadhan.. aku tunggu gak.
  • 1 Syawal.. yg ni semua orang tunggu.. [err.. ape sbnrnya soalan ni nak? aku cam lari dari skema jawapan je.. ]
soalan 3 : FIVE things that you done yesterday.
  • Siap lengkapkan akuarium ngan filter n batu2 kalerful.
  • Beli goldfish, act nak tengok2 je dlu sbb plan nk beli jumaat nti, tp semalam x sabar lak nk beli.
  • Study n tido.
  • Masak ayam merah super pedas. berpeluh2 aku makan.
  • Chatting n Blogwalking.
soalan 4 : FIVE ways to be happy.
  • Kawen?
  • Restu n sokongan dari semua orang.
  • Dapat BMW n banglo harga juta2 secara free.
  • Makan coklat kira boleh menghepikan diri jugak kan?
  • Err.. bila kita dapat apa yg kita inginkan, itu la saat ke-hepi-an yang sebenar.
soalan 5 :FIVE favourite movies.
  • 50 First Dates 2004
  • Lord Of The Rings
  • Transformers
  • The Blind Side 2009
  • Semua movie yang ada Stephen Chow berlakon. haha.. yg ni mmg minat hbs..
soalan 6 : FIVE favourite hobbies.
  • Bowling.. teringin gak nk jadi pemain pro. hahaha..
  • Chess.. boring2 duk sorang layan gak lawan ngn pc.
  • Berblogging [ni baru 4 bulan..]
  • Bela ikan emas.. act minat ade since 2007 lagi, tp still x beli2 ikan gak. kira ru start sepenuhnya semalam la. heee :)
  • Aku kadang2 blur gak.. ape hobi aku sbnrnya? banyak benda aku buat ni.. main sudoku kira hobi x ea?
soalan 7 : FIVE favourite people.
  • Orang yang sentiasa bg sokongan n dorongan kat aku.
  • Orang yang sentiasa ada kat aku x kira aku senang ke, aku susah.
  • ape aku mepek ni?
  • ntah ler.. aku rsa cam x adil lak aku letak nama sape2.
  • tapi ikut aku la. aku suka ke x. hahaha.. korang pernah rasa x, bila tengok seseorang yg baru je korang jumpa, korang dapat rasa sumthing, org tu ngam or x ngam ngn korang? pernah x?
soalan 8 : FIVE favourite places for vacation.
  • Malaysia.. aku lom lengkap lagi pusing2 1 Malaysia yoh..
  • Egypt.. lom habis gak aku jelajah. x sabar tunggu Mac 2011..
  • US.. aku jeles tengok pic T.. murah2 la rezeki aku, dapat la tengok dunia sana. :P
  • tempat mana lagi best ea? dalam kepala aku ni je ada stakat ni.
  • lom tercapai akal lg nk jelajah tempat lain. lau ke Mekah tu nak beribadat sepenuhnya la kat situ. semoga sempat aku pegi sana b4 menghembus nafas terakhir..
soalan 9 : FIVE reasons you answers the survey.
  • si Meera dah kata "malas nak bagi award kat aku" sbb asik2 aku tangguh je wat keje dia bagi.. bukannya aku x mahu, tp time aku ade keje je dia bg tag, time dia bg tag je aku ade keje.. errk! biar la aku rajinkan diri [aku korbankan masa tdo ni tau! er.. act mata x nk tdo]
  • Aku nak ambik award ni.. aku giler award! bagi la award lagi.. dpt la aku wat ucapan.. hehe :)
  • Aku suka soalan survey ni.. semua dia nk lima je.
  • sebab aku nak buat. errr..
  • udah2 ler tanya sebab.. x baik hidup penuh dengan alasan ni. hehe :P
soalan 10 : FIVE persons to tag.
yang ni 5 orang ikut syarat tag.. tapi aku nak lagi bagi award kat lebih orang! wahaha..

*SAPE2 YANG KOMEN POST "ASADA RYUTARO MENGARUT".. AKU HADIAHKAN AWARD NI KAT KORANG.. tQ pada sokongan semua.. hehe :) senyum2 sengih2 slalu la ea.. buat tag! kena buat jugak! kakaka..


nota kaki :
meera.. ko jangan la ambik ati. lalala~ makan hati ayam xpe..

demi untuk menjaga hati si meera.. maka aku menjemput para pembaca semua untuk singgah ke blog awek fahrin ni ea.. *konfius*.. >> awek fahrin << *still konfius*

Tuesday, April 13, 2010

Asada Ryutaro Mengarut

makan.. makan.. makan..

Dah kenyang.. tersandar.. x pernah2 aku habis makan 5 ketul ayam.. hahaha..


[entry ni di tulis tanpa aku bagi tajuk terlebih dahulu sbb aku nak merepek]

dot..

dot..

dott..

berita tengah malam.

"gruupp.. fuhh! fuuuhh!" .. bunyi mic di tiup. selamat malam semua.. Asada Ryutaro menyampaikan cerita..

aku pun heran.. aku xde la bizi benor minggu ni. santai je.. g class balik class.. jalan2.. makan2.. tapi xdapat jugak nak update blog? pelik?!

lagi aneh.. aku komen kat entry org lain panjang lebar.. macam2 aku nak komen. tapi entry aku x jugak ada. hahaha..

oleh kerana ke-santai-an aku, aku telah mem-vacum sebersih2nya bilik aku.. aku telah mem-format pc aku.. n last skali before aku menaip ni aku dah tengok cerita "tiupan sangkakala" lakonan rita rudaini n eman manan. giler santainya aku..

TAPI NAPE BLOG X UPDATE?

hurmm.. sila jangan marah aku. hehe.. senyum-senyum la selalu [dah jd trademark klu g blogwalking]

act aku memang dah syok ber-blogging.. tapi masalahnya.. aku pun dah syok baca entry orang lain sampai entry aku sendiri x muncul2. hahaha.. sori yer.. heee~ [sengih dengan sepenuhnya]

tapi aku akan kongsi gak apa2 yang patut d kongsi kat sini..

terima kasih pada pelawat semua.. heee...




nota kaki :
sekarang tengah sibuk menyediakan tempat untuk hobi baru.. nak try bela ikan emas lak.. lalala~
ri jumaat ni g beli ikan..

Friday, April 09, 2010

Jalan-Jalan Tengok Orang

Hoyeah! sudah terlaksana janji aku nak upload gambar jalan-jalan ri tu.. tapi aku kurang berpuas hati sikit dengan kualiti gambar kali ni.. uhh!!

walau apapun.. trip kali ni sungguh best. kira puas la bergambar.. tapi gambar orang lain je banyak. gambar aku plak yang sikit. dah aku yang banyak jd jurugambar, mana tak gambar aku xde..

meh la layan gambar.. lalala~ [sambil nyanyi2]

Kebanyakan gambar adalah interframe dari aku. hahaha...

Masjid ni lawa.. tp aku tak tau lak nama masjid ni..

Si zoey bawak plastik bungkus dari Spicy Burger..
pagi tu dia dah sarapan dah.. tp tetap melantak burger lak.. isk2..

Sampai2 je terus ambik gambar..
time ni la ade girls mintak autograph dari aku..
kelakar seyh.. tiba2 dtg depan aku.. "may i have ur autograph plz.."
erkkk! aku tau la muka aku iras2 khairul azam ketika cinta bertasbih tu. hahaha...

Ni kat Qaitbay.. Bekas kubu Salahuddin Al-Ayubi..
kaco edeq n sue ambik gambar..

Barang2 diorang jual kat sini errkk! cekik darah! tapi x semua la..

Aku ngn adik aku.. ntah topi sape la dia guna..

Interframe.. gambar x bermaksud.. lalala~

Interframe lagi.. wahaha.. dak 2 orang ni ikut mana je rombongan kami pergi..
pastu nak ambik gambar sama2.. uhh! naik rimas plak bile sampai ke sudah nak gambar sama2..

Hehe.. sungguh lawa pic ni.. lalala~ [puji sendiri]

Dak2 sekolah ramai lak time kitorang masuk ri ni.. ke mana jua ada orang bergambar..
aksi macam2 plak tu.. huish..

Duduk letih.. act aku x sehat sangat.. luka2 n lebam2 lepas xcident masih x sembuh..
[nampak luka n lebam kat tangan kanan aku]

Gambar ni pun aku minat.. cam best lak!
journey to the light..

Camni je bentuk kubu tu.. *ramai orang*

Time keluar dari kubu tu bertembung ngn kumpulan pelajar sekolah ni plak..
sempat lagi nk ambik gambar.. huhu..

Diorang ni sibuk nak ambik gambar ngn dak kiut tudung kuning tu jer.. skali bila dah nak ambik gambar, terus ramai yg berbaris.. kakaka..

Ni perjalanan nak g Romansa Restaurant.. makanan lak dah d tempah..
jauh seyh nak jalan..

Mula2 ingat nak ambik van. tapi xde plak van yang kosong.. kitorang ade 11 orang..
so decide utk jalan kaki je la..

Penat jalan.. last2 ambik van gak.. hahaha..

Gambar x bermaksud.. tengah berjalan d sepanjang jalan..

Meninjau2 tunggu Trem datang.. [yg ni lepas mkn] masing2 tengah kenyang giler..
Nak pegi shopping lak..

Dinner kat rumah Umayy.. tapi x makan banyak sebab masih kenyang lagi.
skrg rasa nyesal lak x makan banyak sbb Umayy masak sedap! hahaha..

Depan San Stefano.. ni tengah tunggu teksi nak balik rumah Abg Saiful n Kak Nana..

Sebelum balik sempat gak g Stanley Bridge ambik gambar..
gambar aku ade 1 je?! huh!

Stanley Bridge [ambik dari tempat parking]

Time beli tiket balik.. act nak ambik tiket kul 12. tapi xde plak.. so ambik train pkul 12.50..
[gambar : edeq tengah duk sorang2 kat ujung sana]

Jenuh nunggu train.. ambik gambar lagi.. heee~

TQ banyak2 kat Kak Nana n family.. sanggup luang masa layan kitorang dtg.. sian gak nengok kak nana letih berjalan sama2 ngn kitorang.. berjalan dari pagi bawak ke malam lak tu..
siyesli malam tu aku x larat dah.. hahaha..


nota kaki :
hohoho~ tQ pada yang sudi menunggu gambar ni keluar.. hahaha.. [budget ade org nengok]

berat x nak view ea? takut jugak berat nak view..

Wednesday, April 07, 2010

Sungguh Teruja Bila Menang

Sijil Penyertaan daripada Panadol



Pertama sekali mintak maap kepada Panadol sebab lambat tahu kisah ni. act x sedar2 lagi dari koma bz. baru tadi Panadol gtau yang aku rupanya pemenang 2nd Prize contest dia buat March lepas.. terasa diri aku sungguh slow. hahaha..

"Sudah send address kat Panadol utk bg adiah.. *nak adiah! nak adiah!"

"Yeay!! saya menang moto!" <-- rsa2nya dapat moto kot? lalala~

"Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan dorongan untuk terus berjuang menaip dalam berblogging ini. aku sudah tertambat hati untuk terus berblogging kerana sungguh banyak info yang aku dapat dari dunia blogging ini. bukan takat kisah member blogger saje, tp info2 lain jugak. hehe.. TQ kepada semua.."

"TQ gak kat semua followers.. jugak kepada pembaca senyap.. [kalau ade la.. budget cam ucapan pemenang award hebat dah ni]"

siyesli aku x sangka aku dapat menang sbb sebelum ni asik kalah je kalau masuk contest.. x sangka rezeki menang aku ade kat blog panadol..

tQ kepada panadol yang sudi nak wat Contest Overdose n bg adiah.. saya mahu adiah! yeayy!

giler hepi aku bile dpt tau aku menang 2nd prize.. sengih x habis2.. pegi mana2 pun sengih. rasa nak umum je kat mana2 aku pegi bhwa aku telah menang tempat ke 2 contest panadol.. hahaha..

dulu aku pernah menang adiah dari cabutan bertuah yang Daily Fresh buat.. orang umum kat TV1 lagi.. dalam rancangan Wanita Hari Ini.. siap akak dari syarikat tu call aku gtau aku menang mp3 kalau x silap.. tapi kan.. adiah tu x pernah sampai kat aku pun..

iye2 je akak tu kata, "nti klu adiah sampai, adik fax bukti penghantaran tu kat kami ea."

mintak maap la akak yg call tu, adiah tu x pernah sampai pun kat depan umah sy kak.. klu akak nk call sy mmg x dpt dah, sbb no tu dah xpired. wahaha..

tapi.. untuk panadol yang baik hati.. TQ sbb sudi bagi aku merasai rasa menang itu semula..

"Ohh.. lihatlah dunia.." kahkahkah..

habis la.. aku dah start merapu.


okeh.. okeh.. TQ pada semua..



nota kaki :
gambar aku jalan2 ri tu masih lom upload.. sbb aku tgh tgu separuh lagi gambar kat member aku. x best klu upload x ikut urutan. heee~ [ade je alasan nk tangguh, kan?..]

Tuesday, April 06, 2010

Rehat Minda Release Tensen

Unta Parking sebaris ngan Merz tu.. pehh!!

Ni memang over2 punya lebih muatan.. aku tak pasti kat mana benda ni terjadi..
sanggup kan diorang ni.. kita kira ok lagi bersumbat jd sardin dalam LRT..


Aku tak terkata bila tengok pic ni.. kesian pun ye.. kelakar pun ye..
ni la akibat bila lebih muatan.. hahaha..
(org mesir slalu buat camni.. letak barang over2 punya banyak)


Hahaha.. yang ni pun klakar..
aku ingatkan watak Mr Satan tu hanya fiction, memang wujud weyy!!


Tahukah anda Ultraman mengisi masa lapang dengan menonton perlawanan bola sepak d stadium?? siap bawak snack n popcorn lagi..

Rangers Biru keletihan selepas perlawanan dengan makhluk jahat..
escape dari kerja..



Nota Kaki :
aku masih lagi dalam proses mengecikkan gambar2 aku jalan2 ri tu.. nti dh settle aku upload.. layan yang ni dlu la ea.. hehe :)

senyum2 selalu.. hilangkan stress anda.. nyanyi la ~ lalala ~ lalala~

Perhatian : gambar di cilok dari fesbuk member aku.. hehe :P