Sunday, May 02, 2010

Rindu Sampai Gelak Sorang Diri

Salam pembaca semua. wallaweh.. ni Asada si jejaka hensem mau bercerita lagi. ini bukan entry emo, sekadar mau kongsi kenangan best yang lalu..

Gambar : akak aku yang over periang ngn adik aku yang kenit.

Terkadang mengimbau kenangan manis lalu boleh menghilangkan stress dan semestinya akan mengundang perasaan rindu yang membuak-buak. camtu la aku.. tadi sengaja nak tengok gambar-gambar time akak kedua aku datang menjenguk aku dua beradik kat sini awal 2008 yang lepas.

aku memang jarang giler dapat jumpa akak aku ni. last bersama 6 januari 2005. then akhir januari 2008 baru dapat jumpa. 3 tahun tak jumpa, rindu giler.. masa jumpa tu aku tak henti-henti gelak! siyes memang rindu.. hampir terkeluar air mata terharu aku. [cengeng]

akak aku study kat Jordan time tu, kebetulan jugak diorang cuti. aku plak baru lepas habis exam. leh pegi jalan-jalan bersama. excited sungguh bila akak aku nak datang ke Egypt. macam-macam program yang di rancang untuk mengisi masa 2 minggu rombongan akak aku dari jordan tu.

kalau jumpa akak aku ni, aku susah nak stop gelak, ada je bahan yang lawak keluar dari mulut dia. tapi awas, akak aku ni sensitif jugak. hahaha.. kekadang merajuk bila kita gelak over sangat, tapi lepas tu, dia sendiri yang gelak!

Winter 2008.. time tunggu order, yang ni first time kitorang keluar sama-sama kat Egypt. hujan-hujan pun redah jugak. tapi takde la hujan lebat, renyai-renyai je.

Time hantar akak aku balik ke Jordan. masih gelak-gelak lagi.. rasa cam nak nanges pun ye jugak. tapi sebab gelak-gelak, nanges tu tak jadi kuar. hahaha..


Yang terbaru, last aku dapat bersama akak aku ni kat rumah, september 2009. bulan puasa. akak aku balik habis study. tapi aku sempat bersama dalam beberapa hari je. lepas tu aku kena balik ke Egypt awal. punah harapan aku nak beraya bersama.

alhamdulillah, sempat jugak jalan-jalan bersama kat Malaysia dulu. uhh.. dah rindu giler nak gelak sama-sama!! nak sembang lama-lama.. susah gak nak jumpa dia ada masa aku call rumah. mesti bizi, tak pun dah tido. sekarang dah jadi tutor kat Uitm Samarahan, ntah cmna la beliau bekerja. hihi..

semoga suatu hari nanti sempat lagi kitorang kumpul ramai-ramai adik beradik bersama mak ayah. last dapat kumpul semua sekali akhir 2004! tapi last ambik gambar ramai-ramai yang lengkap 8 orang dengan mak ayah tahun 2003.. rindu nak kumpul ramai-ramai lagi..

19 comments:

sweeTSour said...

Aip jgn gelak lebih2 dpn pc, kang org panggil doc lak..ahha..
yezzz sgt seronok berkumpul ngn family..mcm2 cerita ada.. sob sob. tetiba igt family kat kg..

ice♥ice said...

memang meriah bila berkumpul ramai2..hehe rindu gak..

si[jari] telunjuk said...

waaa...lamenye korang tak berkumpul...

hope dptla kumpul2 ek pasnih

Farid Fernandez said...

jeles seh korang g sana


aku bila lah...




huhuhu

M a W a D D a H said...

bestnya tengok family die...jgn sedey2 k...xmo nangis2...hehehe...

comel akak kamu... :)

ain fathihah said...

apa kata asada letak 1gambar menangis?

confirm meletop

Arisa Mihashi said...

jordan dgn egypt jauhnye bape marhalah?hehe

DALILA MISMAN said...

rindu kat family gak kalau tak dapat jumpa lama..kamu lagilah lama tak jumpa dan masing2 jauh terpisah...jadi,cepatlah habiskan study :)

helena's said...

kenapa rasa macam sedih je pulak baca entry nih asada?


mungkin sebab penah rasa jauh ngan org yang kita syg kan.huhu

sedihhhhhhh wuuuuuuuuuu

amirah said...

semuanya hepi...

Ann said...

org ckp kalo org dsini rindu, org kt sane pun rindu gak...hehe

maCy said...

asada yg sewit.. jom gelak sama..wink! ;p

|arieza| said...

alu rindu juak kmk ngn family :(

shiedahkamil said...

akak da grad eh? mcm penah tgk je muke :)

ainhamzah said...

^^ more than a year xjumpa mmg respect lor.. kangan bangat kan.. :D hehe

LUVLYDIYANA said...

tunggu kenduri la kalo nak kumpul ramai2..hehe

Solehah said...

best la rapat adik beradik..hmm..

zella y said...

lama nya ko xjmp adik berdik ko erk... klu aku sure aku nanges hehehhe

.zulaikhabukanpenggoda. said...

muke nk inesen.

P.O.Y.O! miahahahahaa~