Thursday, May 06, 2010

Bila Manusia Hilang Pertimbangan

Salam pembaca semua. selamat hari khamis. semoga hari-hari kita dilimpahi dengan rahmat oleh Allah SWT. kepada yang masih dalam dugaan Allah SWT, semoga ketabahan anda mendapat balasan yang setimpal.

entry kali ni agak serius. ditaip dalam keadaan amarah, geram bercampur bimbang akan keselamatan orang tersayang. ya.. bila manusia hilang pertimbangan, apapun tidak dapat dibuat dengan pemikiran waras. melampau!

hari ini aku disogok dengan berita yang bikin hati panas! suami pukul isteri, lelaki perkosa bekas isteri, orang bunuh orang! semuanya orang yang hilang pertimbangan! sungguh! aku menaip dengan tangan yang menggigil.

pukul! bunuh! perkara biasakah!! gila! mana letaknya akal manusia itu? bukankah manusia itu sebaik-baik makhluk. hasutan syaitan menguasai manusia!

bila aku baca berita di harian metro, tajuknya sadis.. "Katil Berlumuran Darah".. sungguh aku menangis! sayu mengenang perasaan pak cik Suratman Sulaiman. geram dengan sikap segelintir manusia yang tidak ada belas kasih terhadap insan lain. mak cik tu di bunuh dengan kejam! muka, leher, dada ditetak! jarinya hampir lumat!

teringat peristiwa silam, keluarga aku pernah diugut. semua takut. umur aku baru awal belasan tahun. ya.. oleh orang yang hilang pertimbangan. mabuk puncanya.. datang menyerbu ke rumah, memaki hamun. sebab kedatangan hanya membawa amarah yang tiada punca! mujur tidak berlaku pergelutan dan tiada yang cedera. ayah dapat mengawal situasi dengan tenang.

bukan sekali, sudah beberapa kali.. aku tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keluarga aku. tamak! ramai manusia sudah gelap matanya dengan harta dunia! itu yang aku amat risaukan. sampai masanya bila manusia hilang pertimbangan dek hasutan syaitan, aku amat takut peristiwa seperti "berita hari ini" berlaku. kerana harta dunia sanggup ketepikan agama. sanggup menghunus senjata. hilang kewarasan!

Aku berdoa.. semoga kita sama-sama diberi perlindungan oleh Allah SWT daripada segala bencana dan malapetaka. dijauhi daripada hasutan syaitan laknatullah. dijauhi daripada manusia yang hatinya gelap daripada hidayah Allah. Semoga doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT. (Selawat dan Salam kepada rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW) amiin.. ya rabbal a~lamin..

22 comments:

yan said...

manusia dah ramai yang hilang pedoman. takot bile bace paper. setiap hari ade je kes2 yg xsepatutnye. xtau nak cakap mcm mane, doa supaya ditetapkan iman kite. amin..

p3perak said...

baik ko balik M'sia segera.. tolong banteras benda ni.. pas2, ko bawa aku p Mesir, ok?? hehehehe..

Lately, dah heboh pasal dengar suara dari langit.. diorg buat kezaliman ini berdasarkan suara tu yang suruh.. manusia ramai dah hilang pedoman.. tak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad dah..

sejauh mana kebenaran suara dari langit itu???

helena's said...

saya selalu terfikir apa ya dalam kepala otak dorang masa mumbunuh tu..masa menetak bagai nak gila tu??

kenapa sampai begitu kejam??

ya Allah..sedih sangat..

semuanya berbalik pada diri kite sendiri..bende yang kejam tetap akan jadi kejam..susah sangat ke nak fikir?

zella y said...

entah la..knp manusia ni senang2 boleh bunuh org lain...

mungkin mmg dh xde pedoman....

sama2 la kita berdoa...

M a W a D D a H said...

salam...

ermmm..memang kalau baca surat kabar hari ini dan sebelum2nya memang menakutkan kan..huhuhu..rasa nak menangis, takut, gementar, semua ada..perasaan bercampur baur...takut dengan manusia sekarang..nak kuar rumah pun takut..tapi kalu duk dalam rumah pun rasa takut gak if kena ceroboh or rompak dengan orang yang tak dikenali...

semua benda ni dibuat oleh orang yang xde pertimbangan dan akal ni..letak kat lutut kot akal diorang..ikshhh

mintak la dijauhkan perkara2 macam ni kan..aminn..moga doamu termakbul

p/s: eh..macam aku leh wat satu entry ni..hihihi...

Ann said...

macam2 dalam paper hari ni...dunia ni sekarang dh makin menakut kan...

aien_Raz said...

manusia makin hilang sifat kemanusiaan... rakus dengan dunia.. agama mkin diketepikan.. macam dh tak selamat jer...

semoga kita sama-sama diberi perlindungan oleh Allah SWT daripada segala bencana dan malapetaka. dijauhi daripada hasutan syaitan laknatullah. dijauhi daripada manusia yang hatinya gelap daripada hidayah Allah. Semoga doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT. (Selawat dan Salam kepada rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW) amiin.. ya rabbal a~lamin..

amiin ya rabbal alamin..

rossoneri said...

hmmm..tiap2 hari ada kes kejam...

si[jari] telunjuk said...

^
|
|
Sy datang meng-amin-kan doa.

Sebagai manusia yg waras, marilah kita sama-sama beringat..andai kita tak mampu mengubah org lain menjadi insan yg berperikemanusiaan, kita ubahlah diri kita-minda kita-mentaliti kita ke arah yg lebih positif..
Mulakan dengan diri kita sendiri... berikan contoh yg terbaik kpd generasi muda - pewaris negara bangsa...
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara...

Sekian~~~~

GadisBerstokinBelang said...

selamat hari khamis.
.
.
.
.
.
.
.
v

Amin..

sweeTSour said...

Ha ah skrg mmg byk menda2 yg menakutkan..Setiap hari ada je berita yg ngeri..kalo kita xkaco org, org yg kaco kita...

sevunation said...

aku pon takut gak..takut2 kalo jd kat family or paling teruk kat diri sndiri..
gile seh..ilang pedoman..
x de akal..
diorg ni sume tersepit sebenarnya

cik bunbun said...

aminnn doa tu..
umm, kadang-kadang takot nak bukak paper sebab front page pon dah mnakutkan huhuhuu!

aisyah.azhar said...

betul tu.Sebab itu kena dekat dengan allah.agak kemarahan kita dpt dikawal,fuhh..

Anonymous said...

Polis dan jiran sepatutunya memainkan peranan penting...cuba bayangkan...bila dibunuh dgn cara begitu..mestilah bunyi bising dan jeritan..tapi jiran pun xsedar...suaminya sendiri yang temui mangsa..licik sangat ke penjenayah ni sampai susah nak ditangkap..boleh menghilangkan diri mcm tu je...rasanya polis FRU patut sama selesaikan kes dan tolong jabatan siasatan jenayah..jangan asyik sibuk jaga orang politik je...huhuhu

maCy said...

salam ziarah buat sahabat,

sungguh, air mata bergenang tatkala membaca berita itu. sungguh, hati ini risau akan keselamatan diri dan orang tersayang. sungguh, aku ragu, ke mana pergi nilai kemanusiaan yang hilang?

jaga diri asada, lengkapkan diri dengan ayat-Nya. semoga kita sama-sama selamat dari jin dan juga jin-jin yang bertopengkan manusia!

dendam manusia, tamak mereka, bukan boleh diambil ringan. kerana manusia mulai buta. buta agama, gelap harta..

doa ya? take care..

maisyara Pot! Pot! said...

hurm.. kadang2 mai takut nak baca berita macam ni. ni la umat akhir zaman. tak kenal anak bini. T___T lebih takut kt manusia daripada hantu.....

sarah shafie said...

eh..apsal komen adah pjg sgt tu??knfius tul, entri ke komen..hehhe..

FatinSyahirah said...

tu lah pasal, takut sekarang ni. macam-macam boleh jadi. manusia macam dah tak ada hati perut, kes bunuh-bunuh macam dah jadi perkara biasa. apa dorang ingat nyawa orang lain kat tangan dorang ke?

'AQILAH said...

rumah sewaku hari hampir kene pecah masuk. takut, semua perempuan.

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

amin.. semoga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah. InsyaAllah..

Nuraisyyah said...

ini lah yg jd apabila mnusia semakin hlang ketamadunannya..hmm..smoge kte sentiase dlindungi dr sgale pkare yg mmudharatkn dri, keluarga dn sume org tersayang..amin...btw, really nice entry.. :)