Friday, January 21, 2011

Jangan Sampai Tidak Tahu Apa-apa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Ustaz Azhar Idrus [gambar dari google]

Malam tadi mendengar rakaman pengajian kelas Ustaz Azhar Idrus yang diberikan oleh kawan saya berkenaan dengan Saham Kematian. rakaman pengajian selama satu jam 20 minit tersebut disampaikan dengan sangat menarik. ditambah pengisian ilmu yang padat, sangat membantu kekeliruan dalam memahami agama Islam.

Bercerita tentang saham kematian, teringat kisah sebuah keluarga di kampung saya satu masa dahulu. saya kongsikan di sini sebagai iktibar kepada kita yang kelak akan turut sama menemui sakratulmaut. keluarga yang ingin saya ceritakan ini bukanlah keluarga yang besar. tidak punya anak yang ramai.

Satu ketika, seorang ahli keluarga itu sakit tenat. datanglah seorang daripada mereka meminta ayah saya pergi menjenguk. oleh kerana ayah tiada di rumah, emak memenuhi hajat keluarga tersebut lalu pergi berziarah.

Apa yang mengejutkan, setiba emak saya di rumah mereka, ahli keluarga hanya duduk di sisi orang sakit tanpa berbuat apa-apa. kedatangan emak adalah semata-mata untuk membacakan surah Yassin kepada si sakit. apabila ditanya, rupa-rupanya, dalam keluarga tersebut, tidak seorang pun yang pandai mengaji! Astaghfirullah al-Azim..

Beberapa hari kemudian, si sakit menghembuskan nafas terakhirnya. "daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua lah tempat kembali."

Apa yang menghantui saya sehingga hari ini, rumah mereka tidaklah terlalu jauh dari rumah kami. emak dan ayah saya pula adalah antara guru mengaji al-quran. ramai orang kampung menghantar anak untuk belajar mengaji secara percuma. waima saya sendiri pun mula belajar mengaji di bawah asuhan mak dan ayah. akan tetapi, dalam ingatan saya, tidak pernah antara ahli keluarga tersebut datang belajar mengaji.

Di mana silapnya?

Berhubungkait lah dengan rakaman pengajian yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan Saham Kematian. alpa dengan nikmat dunia sehingga lupa akan saham untuk menempuh kematian. bukanlah larangan untuk berjaya di dunia, tetapi tuntutan untuk tidak meninggalkan amalan buat bekalan hari akhirat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Setiap daripada kita pasti akan menempuhi mati, maka persiapkanlah bekalan. kepada yang punya anak, didiklah menjadi anak yang soleh dan solehah agar bisa mendoakan saat selepas kematian kelak. kepada yang punya harta, beramal jariah lah, bersedekahlah dengan harta tersebut. kepada yang punya ilmu, sebarkanlah ilmu itu. semoga bermanfaat buat insan lain dan menjadi sumber saham pahala suatu hari nanti.


Nota Kaki :
sangat seronok dan menarik kelas pengajian Ustaz Azhar Idrus. tersengih-sengih dengar. lebih-lebih lagi bila sampai part soal jawab soalan. ade je jawapan best daripada beliau. ringkas dan bersahaja, tetapi sangat menjawab soalan!

untuk mendengar dan melihat rakaman pengajian dan kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ke laman web beliau di http://www.ustazazhar.com/v1/

Friday, January 14, 2011

Perlu Bersukan Untuk Minda Yang Sihat

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Lama jugak duk senyap tak menampal apa-apa di dalam blog. terasa rugi benar. kegiatan menconteng di blog orang lain pun agak berkurang. ditambah lagi mode malas meng-update blog masih bermaharajalela. gejala yang sukar dibendung!

Musim exam yang membahang antara punca malas menaip. alasan yang cukup kukuh sebagai penyebab tidak meng-update! hahaha.. padahal, kalau dikira, tidaklah lama benar masa diambil untuk membuat satu tampalan.Ahh.. yang sebenarnya saya telah diserang penyakit 'ketagih-main-ping-pong-konon-nak-lepas-tensen-menghadap-buku'. penyakit inilah yang telah mengurangkan masa saya di depan komputer lalu menjadi penyebab blog ini kian bersawang! rasa tension, bosan, terus ajak member main ping pong. menghadap buku sejam, main ping pong dua jam!

Memang patut pun saya bersukan. memang patut saya keluarkan peluh. dua tiga orang sahabat sudah menegur keadaan saya yang kian 'mengurus' dan muka pucat lesu. walaupun tidak demam tetap jua kelihatan pucat. apa kaitan bersukan dan muka pucat??

Al-kisahnya.. sejak akhir-akhir ini, saya jarang keluar berjalan. hanya terperap di dalam rumah seorang diri. maklumlah musim exam. ditambah pula dengan winter di Egypt. memang cun sangatlah. pernah ada hari, saya langsung tak kena sinaran matahari. kehidupan di dalam bangunan sepenuhnya. dapur, tandas dan bilik! hahaha.. sihat betul budaya hidupku.

Teringat satu ungkapan, 'minda yang sihat terletak pada badan yang sihat'. sesuai betul ungkapan ini untuk diri sendiri. maksudnya, kalau nak ada minda yang sihat, perlu ada badan yang sihat. badan tidak sihat, minda pun tidak dapat berfungsi dengan sihat. macamana nak exam?

kesimpulannya, jangan melampau sangat menghadap buku. nak sihat, badan pun kena keluarkan peluh dengan bersukan. jom main ping pong!
Main ping pong pun bukannya kena cahaya matahari! tapi kira okay la, keluar jugak peluh. hehehe..


Nota Kaki :
hujan batu ais melanda Cairo selepas jumaat tadi, sekitar 15minit. pertama kali nampak di depan mata. siyes memang ketul-ketul ais jatuh dari langit. saya mengidamkan salji turun di bumi cairo, nak buat orang salji di tepi rumah!

Saturday, January 08, 2011

Gambar Terpampang Di Geng Budak Hensem!!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Semakin dekat dengan exam, semakin terasa debaran. semakin terasa bahang cabaran menempuh peperangan dengan kertas soalan. haha.. semoga semuanya berjaya ditempuh dengan tenang dan cemerlang.

Demi menghilangkan tekanan menghadap buku, saya menjenguk blog sendiri yang tidak ber-update. melihat statistik yang agak menurun. kemudian terus ke kata kunci yang masuk ke dalam Blog Budak Malaysia. sejak bertukar kepada budakmalaysia dot com, ternyata keyword yang masuk lebih pelbagai berbanding sebelum ini.

Satu keyword yang sentiasa ada saban minggu adalah 'budak hensem'.
tidak kenal siapa yang rajin sangat google cari budak hensem. pernah ada keyword 'jejaka 30an mencari jodoh' masuk ke sini. takjub sebentar.. dah betul beliau masuk ke sini, malangnya umur saya belum sampai ke situ lagi.

Berada di kedudukan teratas carian google dengan kata kunci 'budak hensem' menjadi faktor keyword ini agak popular di ruangan statistik. saya pun tersengih.. hensem jugak gambar tu yer. hahahaha.. tiba-tiba terus gelak!

Skroll ke bawah, saya rasa lebih terkejut hampir-hampir jadi beruk apabila ada lagi sebijik gambar saya terpampang di board hasil carian google. lebih mengejutkan link yang tertera di bawah gambar tersebut bukanlah link saya. hati jadi ingin lebih tahu.

Daripada terkejut hampir menjadi beruk, saya tergelak sendirian! masakan tidak, link tersebut membawa saya ke sebuah page Geng Budak Hensem di Facebook! lebih menarik, gambar utama page tersebut menggunakan gambar saya! hahaha..

Saya kurang pasti apa tujuan sebenar page tersebut diwujudkan. yang pasti, gambar saya telah dianggap sebagai budak hensem!

Tidak dapat jumpa siapa yang mewujudkan page tersebut kerana tiada satu butir pun yang terdapat di ruangan info. mungkin orang tu saja suka-suka mewujudkan page ini. saya pun turut LIKE!! hahaha.. anda boleh tengok page tersebut di sini.

Bagi saya, selagi gambar tersebut bukan untuk tujuan memburukkan, menjatuhkan atau menjahanamkan saya, tidak ada apa yang perlu saya berangkan. kalau nak simpan letak dalam frame pun tak apa. buat kenang-kenangan. jangan mandrem sudah! hahaha..

Wednesday, January 05, 2011

15 Punca Pudar Kasih Sayang Lelaki

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Dalam sibuk study sebelum menempuh exam tidak lama lagi, saya sempat mendengar rakaman ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan buat ke sekian kalinya. selalu dah mengulang dengar.

Biarlah kali ini saya kongsikan apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi tersebut. antara isi menarik adalah 15 punca pudar kasih sayang lelaki terhadap pasangan. ceramah ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perancangan mendirikan rumahtangga. walaupun begitu, tidak bermakna sesiapa yang telah berkahwin boleh mengabaikan perkara ini.

Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..

2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.
4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..

6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Culas. perempuan yang malas melampau.

Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.

Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!

15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?
suami : pah, malam ni masak untuk abang ea.
isteri : malam ni tak boleh, kuku baru lepas kilat ni.
suami : kalau macam tu.. malam ni kita tidur awal lah.
isteri : isk.. abang ni, pah nak tengok wrestling la malam ni.
suami : (uhhhh.. kecewa...)

Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini. banyak lagi isi menarik dalam rakaman tu untuk sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. bukan untuk bakal pengantin saja, malah untuk sesiapa yang sedang single, sedang meng-usha calon, juga untuk mereka yang sedang berumahtangga. tiada tarikh expired untuk perkara ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah rumahtangga. dedikasi khas untuk kawan-kawan yang sudah kawen dan bakal berkahwin dan untuk saya sendiri. selamat menjalani rumahtangga yang bahagia. lalala~


Nota Kaki :
buat entry pasal rumahtangga, saya ni calon pun tak jumpa lagi, kawen apatah lagi. hehe.. kongsi.. kongsi.. (^^,)

sempat jugak melukis.. hihi..

Tuesday, January 04, 2011

Penghargaan Khas Blogger Dedikasi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman di mana jua berada. selamat hari selasa saya ucapkan, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. yeah!

Semalam saya tidak berkesempatan membuat entry penghargaan ini. kerja-kerja menyesuaikan blog kepada domain baru belum benar-benar sempurna. jadi saya tangguhkan dulu sehingga pagi ini.

Alhamdulillah.. sudah mempunyai domain sendiri. tapi hosting belum lagi. hehe.. sebenarnya saya sudah memasang hajat mahu tukarkan kepada domain sendiri apabila berada di Malaysia nanti. namun, tindakan Cik Tom menukar blog beliau kepada domain sendiri minggu lepas menyebabkan saya jeles.

Tidak lama selepas itu, Cik Jannah Asila pemilik blog Jannah's Handwritten pula menaiktaraf blog beliau kepada domain sendiri. makinlah saya jadi excited. setelah mengenalpasti kelebihan domain berbayar melalui entry nukilan Cik Tom di sini dan di beberapa blog lain, saya terus membuat perbincangan bersama Cik Jannah Asila dan memohon tunjuk ajar daripada beliau.

gambar ambik dari Jannah's Handwritten

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Jannah Asila Ishak kerana sudi membantu saya secara langsung dalam proses pembelian domain yang saya gunakan sekarang. walaupun pelbagai masalah yang timbul berikutan servis internet beliau yang kurang memuaskan, beliau tetap tidak berputus asa untuk terus membantu dari langkah pertama hingga selesai semuanya.

Tidak lupa juga kepada blogger-blogger lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung. tanpa tutorial yang dikongsikan, tanpa tunjuk ajar dalam blogging, saya pastinya tidak mengetahui banyak perkara. terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih..

Juga kepada pengunjung setia blog ini, anda inspirasi saya. kewujudan anda amat-amat saya hargai. andalah yang memberi keceriaan kepada blog ini. andalah pembakar semangat untuk terus berblogging. satu nikmat kepuasan kepada saya apabila sesuatu yang saya taip dapat dikongsikan kepada semua.

Setahun berkecimpung dalam dunia blog. pada mulanya saya hanya berniat menjadikan blog sebagai diari elektronik untuk bercerita, meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. namun, setelah beberapa lama, saya menyedari bahawa blog boleh menjadi medium perkongsian yang mesra sekaligus membina ukhuwwah di kalangan blogger. kalau nak mencari calon menantu untuk mak, kat dunia blog pun boleh!

Tanpa sedar saya mula jatuh hati dengan blog dan tanpa sedar saya dah menaip panjang lebar ni. hahaha.. berbanyak-banyak terima kasih kepada semua.. sebagai penutup kata, terimalah pantun daripada saya..

kalau ada jarum yang patah,
jangan diguna menjahit kain,
kalau ada silap dan salah,
jangan bagitau kat orang lain.

pisang emas bawa belayar,
masak sebiji terus dimakan,
saya budak baru belajar,
kalau kurang tolong tambahkan.

Monday, January 03, 2011

Kisah Jaga Adik Masuk Pra Sekolah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria dengan senyuman di mana jua berada. selamat hari Isnin semua.

Dari semalam para cikgu sudah sibuk mengurus pelajar di sekolah. hari ini mungkin lebih busy. bukan setakat cikgu yang busy, emak ayah pelajar tahun satu pun mungkin ada yang tengah pujuk anak masuk ke kelas time ni. itu dinamakan dugaan. semoga dengan kesungguhan semua orang menjadi pemangkin kejayaan bakal peneraju negara yang baru masuk tahun satu hari ni.

gambar kenangan menjadi cikgu di SK Asajaya Ulu pada tahun 2008

Bercerita pengalaman kali pertama masuk sekolah rendah, saya dan adik beradik tidak mempunyai masalah untuk ke sekolah kecuali seorang adik perempuan saya. teringat kisah beliau yang tidak mahu ditinggalkan sendirian di pra sekolah. semasa di dalam kelas, matanya asyik meninjau ke luar tingkap, memastikan ada orang menunggunya di luar. entah apa yang ditakutkan sangat, padahal jarak rumah kami dari sekolah kurang 200 meter. bengkel membuat perabot ayah hanya di sebelah padang bola sepak sekolah. dekat sangat.

Zaman itu saya bersekolah pada sesi petang. jadi pada sebelah pagi, kadang-kadang saya menunggu adik di luar pra sekolah dengan perasaan penuh terpaksa. bila emak dah suruh tunggu adik kat pra sekolah, bermaksud saya tiada peluang bermain dan merayau! pernah juga menangis apabila tidak dibenarkan ke mana-mana, hanya menunggu adik.

Keadaan itu tidaklah berterusan lama. akhirnya adik saya sudah biasa dihantar ke pra sekolah, lalu siapa yang menghantarnya boleh terus balik dan hanya datang menjemput pada pukul 11 pagi. apabila sudah biasa, adik hanya pergi ke pra sekolah bersama kakak yang bersekolah sesi pagi. saya pula boleh bermain dengan bebas. hahaha..

Kalau dia sendiri dengar cerita ni, mesti tak nak mengaku. ye lah, sekarang dah berani naik flight sorang-sorang tak perlu berteman. adik saya ni baru je masuk Universiti Sains Islam Malaysia july 2010 ambik bidang Dakwah dan Pengurusan Islam. [gambar ambik dari facebook dia]

Haihh.. nostalgia sungguh.. geli hati sendirian bila dikenang kembali. semua orang pasti punya kisahnya tersendiri. kalau nak tahu macamana kisah penuh mula-mula masuk sekolah, baik tanya dengan mak atau ayah. dah dengar, mesti rasa cam tak caya. hahaha..


Cerita Lagi :
Seingat saya, semasa di sekolah rendah, hanya sekali saya pernah cuti sakit dan tidak dapat hadir. tapi, kalau kelas agama waktu petang (kitorang panggil kelas fardhu ain), saya selalu ponteng dengan kawan-kawan sekelas. macam-macam alasan diguna pakai.. latihan atlit lah, pemilihan wakil sekolah lah.. dah memang betul alasan tu, tapi saya dan kawan banyak menonton dari ikut serta. hehe..

Saturday, January 01, 2011

Mula Bersama Cabaran Baru

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. kali ini sebarkan senyuman tahun baru kepada anda. semoga tahun baru ni semangat pun recharge. hehe..

1 Januari 2011, saya tetap bersendirian di rumah seperti 1 Januari 2010. dua orang housemate sudah lari meninggalkan saya sejak pertengahan Disember 2010. hahaha.. maka tinggallah saya seorang diri dengan dua lagi bilik kosong tanpa penghuni. dua bilik itu dikhaskan untuk pelajar yang datang dari luar cairo masa cuti nanti.

Exam is just around the corner kata omputih. kurang dua minggu saya ada exam besar. berbekal keazaman dan semangat tahun baru, sangat berharap saya mampu menempuhnya dengan cemerlang. semoga dipermudahkan untuk menempa kecemerlangan gemilang..

Tahun 2011 sepertinya memaksa saya untuk lebih berjimat cermat dan mengurangkan enjoy berlebihan. saya sudah mengurangkan enjoy ketika bersama 2010, namun kali ini cabaran yang menunggu seakan-akan mahu saya menghapuskannya terus. semoga lebih banyak kebaikan menanti apabila saya hadapi perjalanan 2011 dengan penuh tabah.

gambar tak bermaksud. saje-saje nak letak.

Selalu memberi semangat kepada diri sendiri.. hadapi cabaran dengan penuh tabah dan senyuman. ikhlaskan hati baru kita rasa nikmat atau feel enjoy buat sesuatu. ayah saya pun selalu sebut pasal ikhlas ni. jangan mengharapkan upah semata-mata.

Permulaan baru pastinya bersama cabaran yang baru. sedia atau tidak? bolos saja dinding itu!


Nota Kaki :
Banyak benda yang dirancang untuk 2011. antaranya nak join gathering blogger kat Malaysia. hehehe.. bila la agaknya ea. lagi satu, nak cari calon menantu untuk mak. (^^,)