Thursday, December 31, 2009

adakah ini soal hati?

sungguh seronok bila orang yang tidak kita kenali
berbaik-baik dengan kita
tapi

alangkah sedihnya hati
bila orang yang kita anggap sebagai sahabat
menjauhkan diri dari kita
..........

aku masih lagi cari apa salah yang aku dah buat..
aku tau aku jarang msg dia..
sebab gila sgt nk msg awek.. skrg bila awek dah xde baru aku nak cari dia..
mungkin ke sebab ni dia marah sgt kat aku?

x reply msg aku.. x jawab call aku..
mungkin ke dulu dia ada masalah besar n aku xde utk dia?
mungkin ke dia kecewa dgn sikap aku yg mcm tu?
aku masih bingung cari apa salah aku..
plz..
jawab call aku..

reply msg aku..
..........
sungguh x best bila aku nk mulakan tahun baru dengan perasaan mcm ni
terasa aku lonely sangat2..

.............

semalam beli selendang utk kwn kat US..
nasib la ada beliau utk luah perasaan
x la aku terkontang kanting sendirian kat sini
thanks yg teramat sgt utk beliau

Wednesday, December 30, 2009

Pesantren Abdul Taib Mahmud


Blok pentadbiran SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud (pic 2008)

Aku study kat sekolah ni tahun 2000 sampai 2004. masa tu sekolah ni masih sekolah swasta. pelajar tak ramai. ada dalam 120 orang lebih sikit je. masa mula-mula aku masuk tahun 2000, batch aku hanya ada 2 kelas.. satu kelas ada 30 orang. tapi bila sampai form 3, kelas tu digabung sebab tinggal sikit sangat student. masa habis form 5, batch aku hanya ada 38 orang saja. sikit.. tapi sangat-sangat best!

Ramai mak ayah student pindahkan anak diorang sebab ada ura-ura kata, sijil daripada sekolah ni tak diiktiraf oleh kerajaan. entah dari mana diorang dengar, aku pun tak tahu. isk.. penuh dengan konflik jugak sekolah ni. alhamdulillah.. ramai pelajar lepasan daripada sekolah ni dah belajar tinggi.

Zaman aku dulu, kalau nak belajar kat sekolah ni kena masuk interview dulu. result upsr gempak pun belum menjamin dapat masuk sekolah ni. so kira orang yang terpilih je la yang dapat masuk. hehe..

Sekarang bergantung dengan keputusan upsr semata-mata. dapat 4A boleh la apply. sekolah ni kementerian pelajaran ambik akhir tahun 2005. so presedur ikut skema sekolah menengah kebangsaan yang lain jugak.

Citer pasal hostel kitorang plak. memang dhaif. takde kipas angin. hostel pelajar lelaki hanya ada 1 paip sahaja untuk dikongsi bersama lebih 60 orang pelajar. bergilir-gilir la kitorang mandi. kadang-kadang takde air, mandi guna air kolam di depan asrama. hostel tu pulak macam rumah panjang.. buat dari papan. semua sekali ada 6 bilik termasuk 1 bilik untuk warden. bila diingat balik, student sekarang untung sangat-sangat sebab hostel dah cukup selesa. serba lengkap.

Apa yang best, time sabtu ahad cuti yang tak balik kampung, budak-budak pakat pergi gali ubi kat tepi sekolah. lepas tu mintak tolong tukang masak kat dewan makan rebuskan. makan ramai-ramai. pehh..

Kat tepi jalan masuk dari pondok guard ke sekolah ada ditanam dengan pokok-pokok rambutan. dalam berpuluh-puluh jugak pokok rambutan tu. kalau musim rambutan, ramai la yang duduk bawah pokok. pernah gak pengetua ajak satu hari ramai-ramai pakat turun petik buah rambutan. best! best!

Kitorang kat sekolah ni ada hari pertanian. setiap tahun ada projek pertanian. zaman aku tanam jagung & kacang panjang. dua tahun je menjadi. tahun 2002 hari pertanian dimansuhkan. tahun-tahun selepas tu, tukang kebun lak yang buat projek tembikai. bila dah berbuah, dia jual murah dengan student. yummy.. tapi ada gak budak-budak ni tibai tembikai tu malam-malam. hahaha..

Sekolah aku ni jauh di pedalaman. paling dekat pun pekan sadong jaya (4km dari sekolah). kalau nak beli apa-apa barang yang takde dijual kat koperasi, kitorang akan kirim kat guard sekolah, pak cik taib. kadang-kadang kesian gak tengok dia kena buli dengan budak-budak ni suruh beli macam-macam. huhu..

Aku tengok la, hubungan student dengan cikgu-cikgu & pekerja sekolah memang rapat. lain dari sekolah lain. ye la.. student pun sikit. zaman aku ada 16 orang cikgu je yang paling ramai dalam satu masa. tukang kebun 2 orang (en.junny & abg bujang). tukang masak 3 orang (mok din, pakcik bujang & kak nang). guard 2 orang (en.mukmin & pakcik taib). tapi serius aku cakap, takde cikgu yang pening sebab disiplin pelajar. cousin ayah aku pernah jadi pengawas peperiksaan kitorang time PMR dulu. dia kata, sekolah inilah dia jumpa student-student yang paling tertib. hahaha.. cam promote sekolah ni pulak.

tapi.. semua itu tinggal kenangan. sekolah ni dah berubah hampir 100%. tahun last aku pergi ke sekolah ni hanya ada 5 bangunan lama je tinggal.
  • Blok pentadbiran masih sebagai blok pentadbiran
  • Blok kelas I dah jadi stor.
  • Blok kelas II dah jadi library & koperasi.
  • Makmal Kemahiran Hidup masih seperti itu.
  • Masjid.. cuma sudah di upgrade jadi lebih lawa..


blok class baru - ambik dari jalan depan masjid sekolah(pic 2009.. ada student bagi gmbar ni)

Sekolah ni pun dah lawa giler. kawasan luas. takde dah hutan-hutan cam dulu.
  • Rumah flat cikgu yang lawa. ada rumah khas untuk pengetua.
  • Dua blok kelas baru.
  • 4 blok hostel baru. hostel rumah panjang yang lama tu sudah diroboh.
  • Dewan makan baru. dewan makan yang banyak kenangan sudah diroboh.
  • Dewan besar lengkap dengan court badminton.
Macam-macam lagi la. semua baru la senang citer.. hehe..

Cuma, apa yang buat aku sedih sikit bila datang kat sekolah ni tahun lepas, aku cam hilang feel seronok macam dulu. cikgu-cikgu aku dulu dah takde kat situ. pekerja-pekerja lama pun dah takde. tinggal 2 orang ustaz dari indonesia yang aku kenal. Ustaz Fuad Abdul Jabbar & Ustaz Ahmad Fauzi Mighfaza @ pak kiyai. pastu ada jugak la kawan aku yang duk mengajar kat situ. junior yang aku kenal hanya tinggal budak form 5 je. tak sampai 30 orang kalau tak silap.

Yang mengubat hati aku sikit, budak-budak ni masih hormat cikgu-cikgu n orang lain macam dulu-dulu jugak. mahu lagi diorang berbaris bersalam dengan aku. seolah-olah YB datang melawat. hahaha...

apa-apa pun.. aku tetap ingat kenangan best di Pesantren Abdul Taib Mahmud yang lama. rindu dengan segala pengalaman pahit manis di situ.. =)

story of life begins here..


assalamualaikum n salam sejahtera.. :)
smile..smile..smile..

akhirnya aku buat jugak blog! story of life.. ok kot nama tu.. hehe :P
g pun aku mmg nk kongsi kisah hidup aku
suka duka dalam mengharungi kehidupan di dunia ni
hehe :P
dalam keadaan aku yang agak tension dgn mcm2 benda
mungkin dengan cara ni boleh gak release tension dlm kepala
luahkan perasaan.. perghh! over lak aku..

thanks sudi dtg n baca
nti dtg lgi..
hehe