Monday, June 06, 2011

Gambar Majlis Persandingan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Dah selesai Majlis Persandingan kakak sulung saya di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. nampaknya sangat-sangat meriah! eh.. macam saya ada kat situ pulak kan. hahaha.. mari layan gambar sambil saya bercerita.

Sebelum majlis persandingan pasangan pengantin, ada majlis khatamal quran oleh tiga adik bongsu kami dan dua orang anak kawan mak. disambung pula dengan marhaban yang disampaikan oleh kumpulan marhaban Kampung Tanjung Bundong. semua anggota dah veteran, jarang jumpa anak muda yang nak berkecimpung dengan marhaban.

Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang kumpulan Hadrah Kampung Tanjung Bundong. naik kereta jugak, padahal dekat je dengan rumah. alangkah bestnya kalau saya pun ada di situ. nak interframe sana sini memang best sangat time macam ni. hihihi.. ada pari-pari kecil mengiringi pengantin. yang dapat saya kesan, si kecil paling kiri tu anak cousin saya.

Sampai di pelamin indah, Raja Sehari pun bertitah sambil memegang kerisnya. hihi.. suka kaler pelamin macam ni. ingat nak guna untuk warna tema perkahwinan saya, tapi kakak dah guna dulu. jadi saya tukar guna warna lain lah nanti. tapi majlis perkahwinan saya tak tahu lagi bila, sebab calon pun belum ada. hahaha..


Pengantin baru berbisik-bisik.. suka tengok gambar ni.

Bermula majlis tepung tawar pengantin. dalam gambar ni ayah saya sedang melakukan upacara merenjis. renjis renjis dipilis. sayangnya saya tak ada.. nak jugak buat dekat orang, saya belum pernah buat pun!

Sesi bergambar dengan pengantin. gambar di atas ni adalah family andak saya. mai dari Penang. jarang dapat jumpa. actually mereka selalu balik ke sarawak waktu cuti panjang, tapi saya yang tak ada. kali terakhir berjumpa tahun 2005 masa Yayasan Sarawak buat perkampungan pelajar di Pulau Pinang. giler punya lama. rasanya Shasha si kecik molek baju hijau biru kat depan tu tak kenal saya lagi kot. haha..

Ini gambar yang mesti ada. gambar family saya terkurang sebab yang lagi sorang tu tengah menaip entry ni dari perantauan. sadis sungguh.. takpe, nanti saya edit masukkan gambar saya di tepi. hahaha.. nampak kecik pulak si Abdul Ghafur kat depan tu. saya balik hari tu macam dah besar je.

Gambar-gambar ni saya ambil dari album Facebook cousin yang turut jadi photographer semalam. katanya beliau bukan photographer bertauliah. haha.. apa pun, terima kasih kerana sudi melayan saya nak tengok gambar. ini hanya gambar di pelamin anganku. ada kesempatan, saya tunjukkan jugak gambar suasana majlis.

Nota kaki :
pengeluaran gambar majlis persandingan di blog ni agak lambat sebab internet saya yang agak slow sejak semalam. sadis je.. tapi excited tak habis lagi. hahaha..

21 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wohaaa,, selamat pengantin baru buat kakak asada dan abg ipar sekali.
well, ur turn bila pula?? fifi sgup turun saghawakk dr jauh klo dpt jemputan:p hahahaha..

missSenget said...

eh...

mana awk??

eh..lupa..


awk jauhhhh..

doakan yg terbaekkk.. :)

rAyHan_eLLyaNi said...

wah..tahniah yea dpt abg ipar baru..raya tahun ni pasti meriah... menanti gambar pengantin incik asada pula...hehehehe

Ayuni said...

hm, meriahnye....

JIJI YU said...

ko punye nanti nak wat tema kaler pe weyh

rara pinkmafia said...

wow puple.sweeettt je kan.moga kekal ke akhir hayat.

waRDah a.k.a QiQi said...

asadaaaa~ oh~ gayanya seperti anda berada di situ... :)

purpleeee~ nice.. cantik sangat... :)

kalo nak letak gamba jugak, harus berbaju melayu ungu jugak tau... ;)

congrats again! :)

Aisyah Aina said...

asyik buat pasal orang kahwin je...majlis persandingan diri sendiri ada?? haha XD

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

suka warna baju pengantin...

hehehe

tahniah pada kakak asada

emieysandra said...

cantiknyer ade flower girl yg comel^^

Hans said...

cantiknya warna purple

Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda

yatie Awang said...

wahh...teringat zaman kakak dulu haha..

~tRah~ said...

akhirnya gmbr p'sndingan di upload jg...hehe...lma sy tggu,x sbr mo tgk...^^

cikpia said...

flower girls comel!!! baju cantik!!! nak kawen jugak!!!!

Juliet_iRa~" said...

igt asada punya majlis???:P

amboi da ada warna tema ek!keh2

maCy said...

jiji sorang pakwe kat sini len sume awek. keh2



















asada. tahniah utk beliau :)

dak eina said...

ye la tu asada xde calon lagi.. kehkehkeh!

Gayahspears said...

MOod aku sekarang pon rase cam nak kawen je.. ehem2. asada carikan calon utk aku >_< hihi

Nida said...

salam Asafa..

kita senasiblah, Kak Nida pun menerima adik ipar baru minggu lepas.. tapi hanya mampu melihat dari jauh je ler

nORmAL said...

wah meriahnya majlis.. alhamdulillah semua berjalan lancarkan.... indah bila dok tengok majlis persandingan orangkan... anda bila lagi..

[sutera kasih] said...

turn asada bila pulakk??jgn lupa jemputan ehhh hehehe

nice in purple !!!