Wednesday, June 01, 2011

Kisah Di Sebalik Image Anjing Liar

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Kelmarin, dengan penuh semangat waja saya menangkap gambar anjing-anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan rumah. anjing-anjing semacam guard di kawasan ini. mereka akan menyalak dan mengejar orang asing yang lalu, lebih-lebih lagi pemungut sampah yang digelar 'arab bekiya'. saya tidak tahu apa dendam anjing terhadap pemungut sampah, mungkin ada antara mereka pernah bunuh atau ganggu anak-anak anjing tu dulu.

anjing akan menyalak beramai-ramai ke arah 'arab bekiya' yang menunggang kereta keldai.

Petang itu sungguh meriah, ada pameran buku dari Malaysia dan ramai orang main bola di dataran. anak kecil berkejaran dengan riang gembira. burung-burung berkicauan di atas pokok, ada yang menari, ada yang makan sushi. saya berjalan dengan kamera di tangan, tangkap gambar sana, ambil gambar sini.

Saya nampak anak anjing yang sedang menginjak dewasa termanggu di tepi jalan, saya hampiri. snap gambarnya yang innocent. melihat saya mendekatinya, anak anjing tu bingkas bangun lalu bersembunyi di balik tayar kereta di tepi jalan. barangkali tidak biasa dihampiri sebegitu dekat.

anak anjing innocent.

Di sebelah sana, sekumpulan anjing sedang beristirehat. my oh my, teruja ingin mengambil gambar mereka dari dekat, lalu saya hampiri kumpulan itu dengan niat yang suci. tidak ada apa yang ditakutkan, mereka sudah kenal saya. setiap hari lalu di jalan yang sama, mereka pandang je saya.

Sampai di jarak lebih kurang semeter, mereka pandang saya, saya pandang mereka. sebaik sahaja kamera dihulurkan, mereka menyalak kuat! mau gugur jantung. saya berundur, ketiga-tiga mereka bangkit terus menyalak seperti mahu menerkam. apa lagi, saya lari sekuat hati. ya ampun, Tuhan je tahu macamana degupan jantung masa tu. mujur ada mak cik jual tembikai baling batu dan halau mereka. takut pulak diorang dengan batu. huh!

Mati-mati ingat anjing-anjing takkan kejar sebab sudah kerap kali nampak saya lalu di situ. sangkaan saya jauh meleset, mereka akan kejar sesiapa sahaja yang cuba dekat!! alhamdulillah tak jadi apa. larian saya masih laju seperti zaman menjadi atlit sekolah. hahaha..

Bila saya belek gambar di kamera, rupanya image gempak dikejar anjing liar telah tersimpan. walaupun blur, image tersebut penuh dengan cerita! saya pun tak sangka dapat snap gambar masa tu.

ini dia, image dikejar anjing liar. mereka jahat atau saya yang mengganggu?

Semalam kawan saya turut menjadi mangsa, dikejar anjing liar semasa mengambil bola yang terlepas ke tempat mereka baring. sejak kebelakangan ini, lagak anjing-anjing liar semakin bermaharajalela. kadang rasa lawak, kadang rasa kesian, kadang rasa bahaya. tak tahu reaksi mana yang patut saya tunjukkan kepada anjing-anjing ni.

Ini geng mereka. ada lebih banyak sebenarnya. gambar ini saya ambil dari tingkap bilik bila dengar bunyi mereka buat bising mengejar 'arab bekiya'. sangat menakutkan. kadang mereka buat gathering besar-besaran di dataran semasa tengah malam. entah apa je yang dibincangkan, bising kemain..

Tak tahu langkah mana yang patut diambil. nak pukul atau baling batu, kesian pulak. kalau tak pukul tak baling, kita yang kena kejar. haih.. sekarang saya ambil langkah sedia untuk berlari je lah. hahaha..

Nota kaki :
sebenarnya saya tak takut anjing. cuma masalahnya sekarang, anjing pun tak takut dengan saya!

30 comments:

Ayuni said...

Anjing pun makhluk Allah.....

sizuka[Izzati] said...

HAHAHAHAHAHAHA lawak gila kena kejar.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

bahaya anjing ramai2 camtu..kang kena kenduri free aje..huhu~

tiha said...

hahaha anjing yang tak takut yer...eh memang selalu banyak anjing ke katkawasan tu...takutnye...

aLya maNip said...

ayok..ni cam kes parah gak ni..haha
lau dulu org ckp air tenang jngan sgka xde buaya, ni kene tukar plak, anjing tengok hari2 jngan sgka tak akan kejar kita..hihi

careful ye asada..:)

rexannabel said...

bahaya anjing2 liar ni. silap skit dibahamnya org yg lalu lalang. dah la muka bengis, b'geng2 plak tu. kpd anjing2 yg innocent, jgn contohi mereka.

missSenget said...

hahahahahaha..

yg sebenarnya..

anjing tu nk mintak sign....

kan selalu menang lawak karok on9..

igt anjing tu x IT ke?? =p

Aisumi Chan Kawa'i said...

teringat apa yg jadi masa zaman skolah.. gara2 anjing menunggu di tempat sumi n adik tunggu bas.. kami sama-sama tak pergi skolah.. haha..

rara pinkmafia said...

benci anjing kot.eeeiii tak suke.

Nur Hawa Mohd Zin said...

awak ganggu kot...macam jiran selang 1 rumah ni..ada bela anjing dan kami sekeluarga mmg dah kenal dan anjing tu pun kenal kami...tapi stil menyalak2 juga kalu nampak kami...bile kami panggil nama dia baru dia ok :)

Miss b said...

ish

jgn tak takut

anjing tu bahaya. kalau gigit boleh mati kan.

hati hati la ye

kat opis ni pon byk anjing liar. ada sekor kudung. kesian sgt.

pu3mas said...

eee mun kmk dah gelik aii nangga asuk..

Cik Aish said...

alamak..ngeri la klu anjing tu kejar kt.. emm aish dulu kecik2 tgh men badminton, kene kejar anjing..trauma smpi skng. huhu

sHi Ma said...

bukan menganggu, tp terasa diganggu oleh anjing2 nie... anjing boleh bawa maut...

beautiful_rose said...

aku fobia gila dengan anjing sebab selalu bermimpi di kejar anjing.sampai terbawa2 ke realiti.

dan realiti pun selalu juga di kejar anjing buatkan aku rasa trauma bila nampak anjing.

kerangRebus said...

mak oii..banyaknye anjing...dlu tkut anjing, tp sejak cikgu kata " kalau kamu takut, anjing boleh tahu then anjing akan kejar"...skg, terlebih brani, klu anjing pandang je, buat2 mcm nk pukul..haha~ *maybe belum bhadapan dgn anjing yg benar2 liar ;p...

Ryna Tri Asmara said...

bila baca part kena kejar tu, lucu ja baca. hehehehe~ terus teringat time saya kena kejar anjing masa mengaji dulu. heee~ x)

nORmAL said...

nak wat mcm mane bersabar sajalah .. huhu... semoga hidup mu dalam keadaan tenteram hendaknya.. peace...

Gayahspears said...

padan muke...
tu la sape suh kiut sangat.. tgk anjing pon da kejo kamoo..huhu

kim salam kat kawan2 kamo tu ya..huhu

iKhRam said...

walaupun anjing itu makhluk.. tp kalau sekali die mengejar.. pasti saya pecut sekuat hati... huhuhu...

[sutera kasih] said...

ada anjing pemalu..ada anjing tak tau malu..huhu

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


ada jugak sesetgh jenis binatang tu, hanya akan bertindak bila rasa diancam. xboleh salahkan binatang tu jugak sbb Allah jadikan sifat itu sbg satu defense mechanism buat dirinya.

bukan binatang tu blh fikir pun. so kita yg selaku manusia ni la yg kene fikirkan adakah salah tindakan kita sndri dlm membuat sesuatu sehingga sbbkan binatang tu bersikap mcm tu terhadap kita.

bg saya, ada baiknya jauhkan diri dr awal utk elakkan sebarang perkara buruk berlaku.
happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Aida Azryn said...

tak hensem la anjing tu. kucing aida lagi hensem.XD

org muo said...

anjing x bertuan bahaya tu..kadang2 anjing yg bertuan pun bahaya jugak..gigit org..banyak kali dah berlaku dinegara kita sendiri..

hana nabihah said...

lawak lak part kene kejar tu kan..hahah stnby batu dalam beg..baling jek mereka..saya tak suka..sebab dulu saya pernah kne kejar oleh mereka -____-

hidayah azman said...

tiga persoalan:
1.ade yg makan sushi..hahaha
2.igtkan mak cik tu akan baling tembikai..tp rupanya batu
3.sempat lagi ambik gambar time kena kejar?kalo sy dah baling kamera tu kat anjing lagi ade..

entry yg lawak..hahah

RerameUngu said...

lawak pulak bila baca kisah ni..kekekeke

anjing tu rasa terancam kot, tu yg dia bangkit kejar tu..petuanya kalo jumpa anjing, jgn lari. n cuba buat2 tunduk nak ambik batu..n baca surah tabbad yada tu..

zida said...

fuh. kat kawasan mahkamah ni pun banyak gila anjing. tak tahu la apsal banyak plak anjing keluar. hohoho~

paling tak best, ada budak laki arab suka bawak keluar anjing hitam besar dia tu, pastu takut2kan kitorang.

sengal =='

[z@ck] said...

oh my..kalau aku, dah lama dah berterabur lari lintang pukang.takut oh dgn anjing

CIK TOM said...

hahahha...ckp je la takut anjing...pusing fakta bgth anjing tak takut asada plk...kkui3 ;p