Saturday, June 04, 2011

Excited! Menantu Untuk Mak Dan Ayah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Saya tak tahu macamana nak mulakan pengkhabaran yang sangat gembira ni. serius saya teruja! excited yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. hari ini saya akan ada abang ipar! hahaha..

si baju hijau tu kakak saya. gambar ambil dari Facebook beliau.

Pada pukul 2 petang ni, 4 Jun 2011, majlis akad nikah kakak sulung saya dengan tunangnya akan dilangsungkan. ayah saya sendiri akan menyempurnakan akad nikah tersebut selaku wali mujbir. sejarah ni, pertama kali ayah saya menikahkan anak sendiri setelah banyak kali menjadi jurunikah orang lain. hihi..

Saya dapat bayangkan bagaimana sibuknya kat rumah sekarang. saya dapat rasa bagaimana riuh dan meriahnya kat rumah! semua ahli keluarga berkumpul. tapi sadis.. hanya saya sorang tak dapat bersama dalam majlis perkahwinan kakak sulung. memang takde rezeki sungguh nak jadi saksi kakak sendiri kawen. uhh..

Majlis Persandingan pula akan dilangsungkan pada esok hari. Ahad, 5 Jun 2011. sekali dengan majlis Khatamal Quran tiga adik saya dan dua orang anak kawan mak. menjadi kebiasaan di Sarawak, bila ada majlis perkahwinan akan diadakan sekali majlis khatamal Quran.


Kad Jemputan Kahwin kakak saya. bagi yang tinggal berdekatan, jemputlah datang..

Majlis Persandingan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan, tak jauh dari rumah. lebih kurang 2 minit jalan kaki. ada dua pelamin dibuat, satu di rumah, satu lagi di dewan. kata kakak saya, warna tema perkahwinan pilihan beliau kaler ungu. siyes tak sabar nak tengok gambar semasa majlis! padahal belum majlis persandingan pun lagi. hahaha..

Semoga majlis berlangsung dengan meriah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. yang paling utama, semoga perkahwinan ini membawa bahagia hingga ke syurga. amiin..

Nota kaki :
dalam kad jemputan tu, tertinggal nama adik bongsu saya, Abdul Ghafur Bin Hj. Dahari. nanti dah dapat gambar, saya kongsikan kat sini.. (^^,)

36 comments:

Cik Zara said...

adeh! kmk ingtkan ktk yang mok kawen tek. haha. btway tahniah untuk kakak. ktk bila gik? hua3.

faizdz said...

kacak kad kawinn!
insyaAllah bahagia dunia akhirat.aminn ya rabb

ehem, tuan pun blog, bila mok post kad kawin??hehehehe

Botak said...

ingatkan si tuan empunya blog yg nak berkahwin tadi..

btw, kad jemputan tu memang camtu ke? ke kad tu versi fb punye? sebab selalunya dapat kad jemputan colour plain je, takde gambar²..

apa² pun semoga majlis berjalan dgn lancar ye..

ASaDa RyutaRo said...

@Cik Zara :
jemput datang! dekat jak ya.. kamek kelak2 bok kawen. hahaha :P

ASaDa RyutaRo said...

@faizdz :
ameen.. semoga bahagia di dunia bahagia jwak di akhirat.

kamek belum molah kad kawen k kamek gik. hahaha.. :P

ASaDa RyutaRo said...

@Botak :
tuan punya blog lambat lagi nak kawen. :P

kad jemputan tu memang camtu. ada gambar2, buat macam buku.

hee.. tQ :D

Cik Zara said...

aiseh.. xda org k ngan pergi. mun ktk ada, ada jwak org yg pat d kenal kat siya..apa2 pun thanks for the invitation.. :) xpa. nunggu turn ktk jak lah ow.ehehehe. :D

shopping2u said...

igt kan awk yg nk kawin.. eh, lawa la kad kawin dia wat tu.. tak pernah tgk.. :)
nway sy dtg dri blog ben, singgah sini & terus follow.. lau sudi, meh la kembali :)

shopping2u said...

moga perkahwinan mereka diberkati Allah, mndpt keredhaan & bahagia hingga ke akhir hyt mereka.insyaAllah

cikCOKLET:) said...

alaaa..jauhnya nak pegi sampai sarawak. huhu. btw, tahniah buat akak! semoga berkekalan hingga ke akhor hayat. aminn~


p/s : nape asada ryutaro tak de time akak nikah?heee. *nak jugak bizibody*

Cik Ila said...

tahniah utk kakak...
btw,slm perkenalan..jumpa kt innit td..

waRDah a.k.a QiQi said...

Wardah pon tetipu gak.. ingat Asada yg nk kawen.. huhuhu~ lalala~

neway, barakallahu lakuma.... sile bukak utube utk mndengarkan maher zain nyanyi utk bakal pengantin... keh3x...

tahniah nak dpt abg ipar!! ;)

Wan_hazel said...

dtg mek lak mun da org nyeruk..ehehhe..xjauh ya...hehehe

Aretikz said...

pergh ~ semua padah ktk yg mo kwen ya.. tau2 akak ktk pula.. hehe.. selamat pengantin baru.. semoga bhagia dunia akhirat.. ^_^

pu3mas said...

haha kenak bulak kejap tek ehh.. mek ingt ktk mok nikah tek.. btw tahniah kakak...

cikpia said...

nang aku ingat kau mok letak gambar gerek kau kat situk tek.... cheittt, tertipu aku!!!

apapun, congratulations to ur family atas kehadiran ahli baru..... moga kekal bahagia ke akhir hayat. amin~~~

Armiza said...

nyum...ni mesti tengah makan best2 kat rumah ni...

Nur Hawa Mohd Zin said...

ingatkan tuan punya blog..heheh...semoga semua berjalan lancar wktu majlis :)

Cik Nyna said...

PURPLE lagi !! hari ni pun pergi kenduri kawen kakak kawan tema dia purple! haishhh seronok betul tgk pengantin dgn tema ungu! *sori terexcited lebih bila melibatkan purple nih! heheh

p/s : kawin nnti nk buat tema purple jgk..tetamu pun kena pakai purple...haishh apa agaknya rupa semua purple ;p

JIJI YU said...

hehehe..hamboi kad die vogue..

pwincess Lov3y dOv3y said...

haha..
ingat tuan nyer belog yg nk kawin..
x dpt g ek??
cian nyer..x pe...ty awk kwin sy g..muahaha

laskar pelangi said...

wah! sangat rugi tak dapat join wedding kakak kan. dah la kakak 1st tu..sabar eh=)

anywy. comel betul kad kawen tu. hohoho:)

baru taw si tuan rumah nie org sarawak. heee

NuR 'aQiLaH said...

mek mok jadik adek ipar kakak buleh? kekeke

yatie Awang said...

selamat pengantin baru buat kakak..

kesian Asada tak dapat balik ek...

Rozuan Ismail said...

tuan blog bila lagi ye?

Khairil said...

tahniah sebab dapat abang ipar....bila giliran kamu pula?...

zahidah dihaz said...

tahniah sebab dapat abang ipar....mun kmk kmk nak dapat abang ipar kenak kawen dengan anak bongsu...hehehehe

Cik Hawa said...

Bunyi tajuk entri macam kitak yang kawen..tambah gik gambar ya..nang pandey molah suspen..hehe

tahniah untuk kakak kitak..smoga jodoh kekal bahagia..=)

hidayah azman said...

mabroookkkkkkk alaik.lapar nasik minyak.

nur aisya humaira said...

congrate asada..:)
waaa,teruja sungguh ye..hehe

aisya da ade 5 org ipar...tk rse pape daa..kekee

cik heroin said...

Ohh, ahkak rupanya. excited je click tdi, ingatkan inche asada yg nak kawen. kakaka

FareedSairi said...

Hoho, aku tumpang bersimpati ngan hang bro. takpe, nanti hang balik, baole bawak menantu untuk mak n ayah gak :)

Aida Azryn said...

wah! tak sambar nak tengok gambo adik bongsu kamoo. lalala..

Azhafizah[フィザ] said...

matimati ingatkan ur parents pg meminang gadis untuk you..hehe..aigo0oo..ape2 pon tahniah buat your eldest sista..

Cik Farah said...

lahh, ingatkan asada yang bawa balik calon kat mak ayah..rupanye kakak yg dah nk kahwin..tertipu farah..hihi..

semoga berbahagia ke anak cucu untuk kakak kamu :)

[sutera kasih] said...

smartlah kad kawen tu..skrg ni mcm2 jenis kad kawen kan..smua unik2 belaka..nti turn asada kawen, buatlah kad kawen konsep blog pulak hehe