Saturday, June 11, 2011

Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Setelah sepanjang minggu bercerita pasal kakak sulung saya kahwin, baru hari ni keluar tajuk lain. hahaha.. mari bercerita pasal pasar minggu jual kereta terpakai di Mesir pulak.

Hari jumaat merupakan hari yang paling sibuk di Mesir. semua orang pakat nak keluar jalan-jalan, mana tak sesak. kadang naik tensen dengan suasana yang sesak. melangkah di tepi jalan raya pada hari jumaat boleh mengundang pecah gegendang telinga dengan bunyi hon yang bertalu-talu.

Salah satu tempat yang paling sesak adalah Suq Sayarat di Nasr City, Cairo. sebuah pasar minggu tempat rakyat jelata menjual kereta terpakai. dekat sangat dengan rumah. ini salah satu keunikan di Mesir, di mana mereka menyediakan tempat khusus bagi mengadakan pasar minggu menjual kereta terpakai. berkoyan-koyan lah warga Mesir di situ.

Kawasan ini seluas mata memandang, besar punya. sampai ke tiang elektrik ketiga sana. kalau hebat, try lah kira kereta yang ada di sini. takde kerja. hahaha.. saya tidak pasti berapa kapasiti kereta yang boleh muat dalam kawasan ni, tak pernah pulak nak kira.

Pasar menjual kereta terpakai ni dibuka pada setiap Jumaat dan Ahad. walaupun begitu, bilangan orang menjual kereta pada hari Ahad tidak seramai hari Jumaat. tapi tetap sesak jugak.

Actually kawasan Suq Sayarat ini bertembok. jadi penjual yang ingin menjual kereta di dalam kawasan Suq Sayarat perlu membayar LE10 untuk sebuah kereta. bayangkan berapa untung orang punya kawasan ni sehari dengan bilangan kereta beribu-riban tersebut. bukan ada modal apa pun, sediakan tempat je.

Biasanya, petang khamis lagi dah ada kereta berbaris nak masuk ke Suq Sayarat. punya tak nak sesak pagi Jumaat. tapi ramai jugak yang ambil kesempatan menjual kereta di luar kawasan Suq Sayarat. tak nak keluar modal bayar masuk lah tu. mereka ni lah yang mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan Suq Sayarat. geram..

Daripada kereta model lama ke kereta model baru, hampir semua ada dijual di pasar kereta ni. macam pesta sungguh diorang berjual kereta. tapi keadaan kereta di Mesir agak menyedihkan, jangan harap kereta tanpa calar di Mesir. hampir 100% kereta ada calar. yang tak bercalar, mungkin hanya kereta 30 minit baru keluar dari kilang. hahaha..

Mercedez Benz mata belalang dan BMW model 5 series ibarat kereta untuk pergi kebun di sini. sedih tengok, calar balar merata. tengoklah Mitsubishi Lancer kat atas tu, entah ke mana saja tuannya bawak. mereka lebih pentingkan kualiti enjin.

Pasal harga pula, dah confirm lagi murah dari Malaysia! jom beli kereta kat sini, tapi nak bawak balik Malaysia, saya tak tahu lah berapa cukainya. hehehe..

Nota kaki :
suq sayarat adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud pasar kereta.

22 comments:

aku_azreen said...

haha..bapak ar! jual keta mcm jual baju bundle. Jom jual keta kat UPTOWN!!

d_tieah said...

Perghhh.. Jual kereta owh.. Mcm dekat Brunei lah ni.. Kete BMW, Mercedes semua murah murah.. Ermmm,, banyak giler kete ek.. Agak agak ade tak orang beli??? Hahaha.. Asal kete kena calar? Ceciter ceciter..


Entry Terbaru 1 : Day Three : 10 Things You Want To Say To One Person
Entry Terbaru 2 : SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak

Cik Aien said...

Kalau Encik Asada belikan 1 kete tuk cik ain, boleh x? haha duit cik ain bg laah, nk kete muraahhh!! haha

fairuz said...

bestnye. teringin nak pegi sane :)

yatie Awang said...

kat kita kalau nak jual kereta, siap baiki yg rosak, atau tukar colour baru, wah...kat situ main bedal je ek..hissss3...

Cik Zara said...

Salam~

ya nang apalah kereta kacak, branded calar balar giya. huhu.. sayang nya.

Aisyah Aina said...

nak pergi sana la nak beli kereta :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

menarik tu..

asada xnak beli ker bawa balik sini?

hehe

JIJI YU said...

ehehe..tempat maen bola pon situ jugak

tiha said...

wah nak kereta satu hehehe...

marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
http://fasham87.blogspot.com/2011/06/perihal-craft-dan-contest.html
http://www.facebook.com/#!/pages/Fasham-Craft/232485980100297?sk=wall

sugar2 kapas strawberry said...

belilah satu buat pergi kelas..

Aisumi Chan Kawa'i said...

suq sayarat ingatkan sejenis sup tadi :P hahaha..

Armiza said...

saya mahu sebijik bolehh..??
pos ke malaysia yea...=)

Gayahspears (malas tinggal link) hihi said...

lain susana kat Malaysia >_<
owh baru aku tahu makna suq sayarat tu ape... Pasar kereta...


Abam Asada, beli utk adik satu keta boley??? huhuhu

cik heroin said...

tudiaaa.. klo jual kt mesia cmtu ada org nk beli tak agak2?

sizuka[Izzati] said...

borong kete macam borong kain pasang.gituh.haha.

Hans said...

sebuah kereta LE10
gila kaya tuan tanah
dia ada anak perempuan tak?
aku nak kahwin la dengan anak tuan tanah tu
haahahaha

Maharaja Lawak Episod 11

Botak said...

nak pindah ke mesir lah kalo cenggini., kereta murah tu., nak jugak merasa pakai lambo., erkk., lambo ada tak kat pasar tu?

cik nani said...

tolong belikan satu boleh x..pastu sy suh doraemon sy amik gune pintu ajaib die..haha~

Nur Hawa Mohd Zin said...

wow! agak2 banyak kereta mewah ke?

[sutera kasih] said...

wahhhhhhhh byknya jual kereta terpakai..kan best kalo kt sini ada hehe

iPai said...

orang mesir guna kereta ganas2 ..

tempah satu leh tak ? tlg bawa balik malaysia .. hehehe