Thursday, June 23, 2011

Kedai Jus Buah Fresh Di Mesir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hari tu saya ada cerita pasal buah tembikai dan jus buah, kali ni nak tunjuk kedai jus buah pulak. di Mesir banyak kedai jus buah fresh yang menyediakan pelbagai jenis jus buah. kalau jus mangga 100% mangga. kalau tebu memang pure tebu, takde campur air kosong. yang bestnya mesin memerah tebu terus menyejukkan perahan tebu, macam baru keluar dari peti sejuk.

Air tebu antara yang paling popular di kedai jus buah. harga pun murah berbanding jus buah yang lain. saya sempat menikmati air tebu berharga LE0.50 segelas, tapi sekarang dah naik jadi LE1.00. walaupun begitu, tetap murah dibandingkan dengan harga air tebu di Malaysia.

Kedai Mulk koktel bermaksud Raja/Pemilik Koktel terletak di tempat yang sangat strategik. lokasinya bersebelahan dengan Suq Sayarat menjadi tumpuan ramai pada setiap Jumaat dan Ahad lebih-lebih lagi pada musim panas. ruang tempat letak meja yang luas dan terbuka sangat sesuai jadi tempat duduk bersembang sambil melihat suasana petang di Nasr City, Cairo.

Musim panas di Mesir, akan nampak buah mangga banyak bergantung di raga kedai jus buah, selain buah pisang dan tembikai.

Kedai Attauhid Mulk Al-Manju Wal Farawalah kalau saya terjemah bermaksud Kesatuan Raja/Pemilik Mangga Dan Strawberi. hahaha.. kedai ni dekat sangat dengan kedai Raja Koktel tadi. kalau member tengah duduk kat sana, siap boleh sembang. tapi kena jerit sikit lah.

Saya lebih suka duduk di kedai ini kerana lokasi yang agak redup dan tertutup oleh pokok-pokok. lagipun persekitaran lebih bersih berbanding Raja Koktel, nyaman je kita duduk. servis pun laju dan pekerja mesra pelanggan. banyak pulak saya puji kedai ni, bukan bagi minum free pun nanti.

Dua kedai jus buah ini dekat dengan rumah. selalu duduk bersantai di sini pada musim panas. kadang waktu malam, kadang waktu petang. tapi musim panas ni belum pergi beramai-ramai lagi. plan nak pergi duduk di situ petang karang. hehe..

Nota kaki :
dalam bahasa Arab, jus dipanggil "Asir". ejaannya "Ain+Shod+Ya+Ra" bunyi nya "Asir"..

52 comments:

*cik syu* said...

buah die byk !! nampk kdai mcm cute sgtt :)

bersama kak Es said...

jus buah pulak dahhhhh..
pure jus pulak tu!!
bestnya macam nak pindah dok sana sat

lady-D said...

mak aih...byknye buah mangga..aisy mango 1..comey je kedai dia, mesti best ddk situ lama2..

Sheherazade said...

nak pg cari jus la lps ni,hehe

Hans Hanis said...

heaven nya hidup ko bangggg
kalau aku hari2 aku minum jus kalau dkt situ aku duduk
hehehhe

Review Filem Rasuk

eddy syrol said...

waaaa.... teringin nak ke cairo... dpt rasa suasana sana dgn baca buku novel habiburrahman je lah..hehehe

http://eddysyrol.blogspot.com

Cik Puan Kocik said...

wah ... best la dok sana!! melawat tempat orang kan. ingat kat mesia je ada tebu .. he he he


Padan Muka! Traffic Merudum ...

NIA said...

pergh.seronok oh dah summer.kalau dekat sini boleh bantai aiskrim secara pukal.pasti syiokkkkk~

Bidadari Syurga said...

mak oiii mangga berguni2... terus sejuk airnya? aik... pakai mesin apa tu?

Unknown said...

hahhaa..cocktail die bes..

IQBAL ZARIN said...

sangat bernafsu tengok mangga tu... grrr.... besar pulak tu. banyak isi, hahaha

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Nava Krishnan said...

fruit juice does wonders to our hot and burning weather.

feyza said...

byknya buah~~

. said...

unik nmpk :)

RHI said...

wahh....mesin tebu dia canggih dr kita punya? perah terus sejuk...tak payah letak ais lah

al-lavendari said...

'yang bestnya mesin memerah tebu terus menyejukkan perahan tebu, macam baru keluar dari peti sejuk'

macam mana tu ? boleh tunjuk gambar mesin tu tak ? teringin nak tengok !

Scha Nazri said...

asal sume citer sal makanan ni?

lapar dahhh.

Ceiler Mun said...

air tebu.. teringin nak minum.. T.T


wow.. boleh belajar bahasa arab la kat blog awak ni :)


^^

Kalamhati said...

'asir al-qosb=air tebu..hehe btol tak?

mira said...

makk aihhh ! tetibe lak rs haus ! ahha :D

monalea said...

bestnya gia.nang fav.air tebu

Unknown said...

whoahhh.. banyaknye.. asada bole la belanja pasni.. hihi =P

Wanie said...

beli buah, balik buat sndiri jus..
lagi bebaloi2..:)

Liyana Zahim said...

Cntik ah kdai tersebot! Nk wat camtula sbijik kat kg.. Hahaha~

[sutera kasih] said...

nyamannya...i like JUS !!! :)

ana uhibbu asir haha :P

emieysandra said...

byknyer buah, teringinnyer ni minum asir bile tgk kedai ni~

shazika said...

LE0.50 = berapa rinngit duit m'sia?

Auni Aizie. said...

pehh . best gilaaaaaaa !

nur aisya humaira said...

waa,banyaknye buah...:)

Aini said...

teruja nak tengok suasana dalam kedai tu.. nape x snap dalam kedai?

iKhRam said...

byk sungguh buah2an
terasa mcm nak ke mesir sekarang jugak nak melihat mesin pemerah tebu tu.. mcm mana leh sejukkan air tebu?? dahsyat..

Ana Farhana said...

Waaa..teringat plak air tebu...masa zaman sekolah dulu..balik sek mesti singgah...:)

Fathiah Hamim said...

abang fa gila minum tembikai dengan tebu masa dia dekat cairo.

Zida said...

rindu nak minum kantelopppp!!

haha

Unknown said...

tu dia..
penuh satu kedai..
kalau akak keja kat kedai tu kan best..:P

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mai post buah tu sket hehe

caliph shuriken said...

penuh buah mangga keliling kedai tu :D

Unknown said...

da lama x makan mangga.... haiyooo

adie said...

ooo..camni kedai buah orang kat sana yer. sempoi jer..

Wahidah said...

fresh juice kt saudi ne sgt sedap..sgt2 fresh....:)

khadijah nas said...

perghh

Rowena Zainuddin said...

mek mok jus tebu juak! :P

iPai said...

uhuh .. air botol buah arab kat sini pon sedap gak .. wargh .. air mangga dia sagt air mangga huhuh .. leh tempah tak air botol tuh ..

tp kalau fresh made, lagi sedap tuh .

M a W a D D a H said...

bila lar ana nk sampai sane...syok la anta da minum asir..:)

meowwmania said...

oh! kat mesir rupanya...

bestnyaaaa bilalah dpt ke sana yerk

Unknown said...

wah,byk nya buah mangga..bawak balik kuching kelak sigek,2..teringin nak merasa buah mangga mesir..hehe

Anonymous said...

sedap. teringin mencube.

najihah sahami said...

waaa..asir?ehehee..suka asir oren. sedapp...tp kt cnie banyak campur air ngn gula. xpure rasanya. harga je mahal. hahaa

shandye. said...

stabak ala halal. haha...

'Athifah Markzzaki said...

dah lama tak lepak kat kedai ni.. n dah lama tak ke asyir..

laskar pelangi said...

wooo! kat sana banyak gak yea buah buah..best btol asyik mnom jus buah