Friday, April 30, 2010

Pasar Minggu Di Egypt

Salam kepada para pembaca. kali ni asada si jejaka hensem nak kongsi citer jalan-jalan. ni budget cam ramai pembaca yang datang. hahaha..

Kalau di Malaysia kita dah slalu dengar pasal pasar minggu ni. kat Egypt pun ada pasar minggu. bezanya pasar minggu di Egypt dibuka hari jumaat. dengar citer di Malaysia sekarang ni hampir hari-hari ada pasar minggu. wallaweh.. advance lagi kita. hehe :P ..

Tapi apa yang aku nak citer ni bukanlah jalan-jalan pasar minggu hari jumaat. kalau pegi hari jumaat tu aku tak dapat nak wat photo shoot sebab terlalu ramai umat manusia. hari ahad lepas kebetulan tengah cuti, aku pegi la ngan member nak cari barang untuk hobi baru. sejak 14 April, setiap jumaat aku akan pegi ke sini. hahaha.. sungguh obsess!

Perjalanan tak la jauh sangat dari rumah aku. sekali bas tu memecut, 20 minit dah boleh sampai Sayeeda Aisyah. dari situ kita ambik van atau bas untuk ke Tunsi atau Suq Syafiee di mana lokasi pasar minggu ni berlangsung. di sini pasar minggu tu dipanggil sebagai Suq Syafiee sebab lokasi dia berdekatan dengan makam Imam Syafiee.

Aku kira hampir semua barang ada dijual kat sini. dari yang antik sampai ke yang moden. macam-macam ada! murah lak tu. tapi, kalau barangan elektronik aku tak cadangkan beli di pasar ni. peminat barang antik, tempat ni ibarat syurga membeli belah untuk diorang. pehh!

Ni la suasana Sayeeda Aisyah pkul 8.30 pagi. ni baru turun dari bas. kena jalan depan sket untuk ambik van ke Tunsi.

Sayeeda Aisyah ni terletak kat belakang Kubu Salahuddin Al-Ayubi. leh nampak masjid kat dalam kubu tu dari bawah ni.

aku sampai-sampai je terus ke bahagian haiwan peliharaan. heh! obsess! haha.. macam-macam haiwan yang ada. ikan, kucing, burung, itik, ayam, lembu pun ada!

Ni la dia biawak padang pasir atau lebih glamour "Dhob".. siyes! dhob ni halal di makan kalau disembelih! pernah dengar kan kisah sahabat nabi makan haiwan ni..
menurut pakar perubatan tradisional, dhob ni banyak khasiat. sejauh mana kebenaran, hanya orang yang pernah makan je tau..

act.. aku datang demi ikan-ikan aku.. hehe.. kat sini la aku beli aquarium.. harga memang murah! aku mula-mula ingat kopek jugak LE100 kalau beli aquarium. jauh dari jangkauan, aku dapat beli harga LE45 je!! siyes murah!

Kedai ni pembekal barang-barangan dari laut cam batu karang, kulit siput, batu-batu halus & lain-lain untuk aquarium. tapi orang ni jual mahal sangat. so aku tengok kat kedai lain ada yang lebih murah. banyak lagi kedai-kedai lain tapi aku tak dapat nak shoot banyak sangat gambar sebab aku pun nak carik barang. hahaha..

Ni dia aquarium aku.. aku cuba buat tropical fish aquarium. menjadi jugak la.. aquarium ni aku beli jumaat 16 April ri tu. tapi baru siap deco semua ahad lepas.

aku suka tengok ikan-ikan kecik tu main kat celah batu karang. best! setakat ni aku ada goldfish, tiger barb, angel fish, platy & guppy.. kalau ikut perkiraan saiz akuarium, aku leh lagi tambah ikan-ikan kecik.. hurmm.. kejap lagi aku bersiap nak pegi Suq Syafiee. hehe :P ..



nota kaki :
tempat orang jual ikan aku tak dapat nak shoot ri tu sbb tangan dah penuh ngan barang. kalau nak tau, orang Egypt ni import ikan hiasan tu dari Singapore n Malaysia. aku datang sini, aku plak yang beli ikan tu dari diorang.. haha..

37 comments:

amirah said...

ooo kamu obses dengan ikan ea...
biasanya lelaki obses dgn bola

btw, nice deco..hehe
pasti ikan kamu bahagia di dalam
yg penting kena r rajin mencuci

Farid Fernandez said...

bila ko g sana???

|arieza| said...

at least ktk ada pasar minggu.. kmkorg ctok..

kmk rindu pasar satok!! :(

Kniedaz said...

wah wah..rajin tul bela ikan..suka gak tapi xde masa nk menjaga n mencuci hehe

¶A.K.I¶ said...

baek ko bawak ikn dari msia ternak je dlm ekorium ko 2...ngee! =p

mysarah said...

biawak padang pasir tu agak menakutkan la :P

cantik aquarium tu!! macam terminat nak beli jugak jer. hehehe

ASaDa RyutaRo said...

amirah :

hoOo.. tQ..

act dah lama obsess. tp skrg baru rasa berkesempatan nk menjaga. hee :D


Farid Fernandez :

mmg dah ada kat sini. lau cuti ru dpt balik malaysia. hee :P

ASaDa RyutaRo said...

arieza :

tedah.. sinun xda pasar minggu ka?
kmk nengar dari kwn mek ri ya mcm ada jak. try carik gak..

aok eh.. rindu jwak ngn pasar satok! kat siya bok byk ikan. heee :P

ASaDa RyutaRo said...

kniedaz :

try la bela.. leh mengurangkan stress bila bela ikan ni.. haha..

x perlukan masa lama pun nk cuci air. cuma kena alert ngn suhu air.

ASaDa RyutaRo said...

AKI :

uhh! nak memikul ikan dari malaysia? hahaha.. kang menemui ajal terlebih dahulu ikan tu sebelum sempat masuk aquarium aku.. haha..

ASaDa RyutaRo said...

mysarah :

beli la.. leh kongsi2 tips jaga ikan. heee :P

best woOo..

nak tau, gigi biawak tu mcm gigi manusia! huhu

Ieda Al-Habsyi said...

study sana ke? perghhh..ic yang last, sotong gantung cam menarik! wakakaka!!

soffya cik bulan said...

he, dhob tu tk boleh beli ke..bwk balik kat saya ,nk peluk...wakaka...ckp mcm berani pdhl geli gelemang.eeeii...

suka ikan ye?ok jg ikan ut elok2...:)

NichKhun said...

asada... jeles ney.. nak g jugak..
waaaa da ah asek jalan2 jerk..
pangg hahaha

ice♥ice said...

owh gitu dhob..slama ni dgr nama je. dhob muka serius rupa nye. hehe :P

jane said...

ko amik kos apa kat sana

kim salam kawan2 aku ea


>>___<<
hahahahhaah

zulaikha said...

kepada: asada si jejaka hensem <- ensem ek??

cantik la akuarium tu..

suka tgk ikan2 berenang.. tp xsuka bela.. hahah. malas.

bilanya nak balik mesia?


daripada: zulaikha si gadis manis.. ekekkeke..

ASaDa RyutaRo said...

Ieda Al-Habsyi :

yep.. study sini. heee :P

nak sotong tergantung tu ke? hahaha.. sanggup nk memilih d khalayak ramai??


Sofya cik Bulan :

dhob tu mmg utk d jual. meh la dtg beli. hahaha..
kat sini mmg org buat utk peluk2 pun haiwan ni. hahaha.. [naya nk peluk dhob!]

ASaDa RyutaRo said...

NichKhun :

jom la.. dtg sini jalan2.. hee :)
[sengih2]

err.. "pangg" tu sape yg kena penampar? keke :P



ice ice :

dhob ni ada banyak jenis. yg dlm gambar ni jenis muka serius. ada yg muka skema. ada yg muka educated. hahaha..
try gak nk cari dhob yg pakai tudung polka dot. lalala~

ASaDa RyutaRo said...

jane :

kat sini ambik kosmetik je. hihi :P
err.. sape kwn2 tu?
burung2 kat dalam sangkar? ke ikan2? erkk!

ASaDa RyutaRo said...

kepada zulaikha yg selalu rindu kat asada jejaka hensem :

hurmm.. asada tak tahu lagi bila mau balik ke malaysia. sebabnya kena lihat kepada isi di dalam wallet juga. hahaha..

tQ puji aquarium cantik. see sape yg deco la.. lalala~

maCy said...

ler, si obes, eh, obses ikan ni kt egypt ke.. huhu

p/s : tgk tu die prasan ag.. adeh

zulaikha said...

kepada asada yang selalu ingat kat zulaikha gadis manis:

macam mana poket nak kembung..
duit melambung ke akuarium ikan.. heheh..


daripada: si gadis manis.. ^_^

si[jari] telunjuk said...

aku nk kutuk gambar last... malu seyh...bleh lak ko g post kat belog ko nih.....sungguh tak ku sangka kau begini...

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

1st time tgk pasar minggu oversea...

helena's said...

kalau nak kirim barang agak2 bole tak?heheehe
cam minat jek..

~Y@Y@~ said...

apa mknan pasar minggu egypt yg slalu ko cr?? hehehe... ade persamaan kt mesia?

nasikputeh said...

hensem la..
ikan tu ensem..
aku bela ikan gak.
ikan emas 3 ekor.
adelah nk dekat setahun tapi xley letak batu la.
air jadi keruh..
mungkin batu tu xkualiti kot

Adila Ady said...

hihi.l..aku pun ada ikan dulu.tp beberapa minggu lepas beliau dah mati..huk2.

tak rumit ke nela ikan...nk tukar2 air lg.saya y bela dalam kolam ni pun..hurmmm kadang2 malas nak tukar air seminggu sekali.

HonEyBuNNy said...

salam...mcm best ja pasar mlm di sana...

M a W a D D a H said...

salam...

first time tengok dhob...nama pun unik...nasib baik aku tak jatuh cinta ngan dhob...hikhikhik...

camne la rasa dhob tu erk...

wahh..jumpa peminat ikan kat sini..nice..nice...suka gak tengok ikan berenang renang..tapi malas nak tukar air...sengal..hehehe...

cantik deco aquarium..nati ikan-ikan yang duk dalam tu mesti happy go lucky..hehehehe

ieQa sWetLuv said...

mcm menarik je kat sn bawak la kite jenjalan situ gak nty weee~

Huda said...

wah~ rajennye bela ikan
(>_<)y

iqbalsyarie said...

bestnya!!huhuhu..

sugar2 kapas strawberry said...

mkn biawak ke??ape beza dhob ngn biawak malaysia?

Cik Bidadari said...

blajar sana ya... sepupu sayapun sana juga. amik medic... rajin blajar yeak...

hidayah azman said...

mcm best sungguh bunyi pasar minggu