Sunday, August 15, 2010

Tiga Golongan Orang Yang Berpuasa

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga anda happy-happy saja bersama insan tersayang bersantai-santai di hujung minggu. adeh! esok sudah isnin! kepada yang bekerja, puasa camana pun, amanah kerja tu kena buat jugak kan. kalau ditinggalkan, lain pulak bunyi surat yang boss hantar nanti.

Alhamdulillah.. masih lagi bernafas dalam Ramadhan Kareem. sama-sama ambik peluang untuk dapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Ramadhan ni kira bulan untuk 'over time' nak dapat gaji lebih. siapa rajin buat OT, dapat la banyak 'gaji' untuk 'raya' nanti.

Kesempatan ni nak kongsi apa yang saya dapat daripada tazkirah Ramadhan. benda ni simple je. tapi, kadang-kadang benda yang simple camni la yang kita terlepas pandang. sebelum kita terlepas pandang, meh layan sekejap.

Seperti yang kita sudah maklum, berpuasa di bulan Ramadhan ni termasuk dalam rukun Islam. jadi tak lengkaplah Islam kita kalau tak dilaksanakan. lain la kalau dah memang layak mendapat pengecualian..

Kita puasa memang la puasa, tapi tahap mana penilaian puasa kita tu? Ni dia.. Tiga Golongan Orang Yang Berpuasa.

Pertama : Golongan Umum, tak special.
Puasa golongan ni hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sahaja. tak lebih dari itu.


Kedua : Golongan Khusus, Teman ViP Ramadhan.
Puasa golongan ini bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, bahkan
pancainderanya turut berpuasa. lidahnya berpuasa dari menyebut kata-kata yang buruk dan sia-sia. matanya berpuasa daripada melihat perkara mungkar. telinganya berpuasa daripada mendengar umpatan, fitnah dan hiburan yang melalaikan. tangannya berpuasa daripada melakukan perkara yang tidak wajar. kakinya juga berpuasa daripada melangkah ke tempat maksiat atau yang menjuruskan kepadanya.



Ketiga : Golongan Kelas Atasan, Teman VViP Ramadhan.

Puasa golongan ini puasa yang hebat. bukan hanya berpuasa seperti golongan pertama dan kedua, malah lebih tinggi hebatnya. hati golongan ini turut berpuasa. maksudnya di sini, hatinya berpuasa dari niat-niat yang buruk. hati dijaga dengan rapi dari lintasan maksiat. apa yang ada dalam hatinya ialah zikrullah dan menuju tahap taqwa kepada-Nya. beginilah puasa yang dimiliki oleh para anbiya'..

*****

So.. kat mana kita? adakah kita masih sama dengan puasa kanak-kanak yang tak sabar menunggu masa berbuka ataupun lebih advance time berbuka terus melahap tak ingat dunia, lepas tu tersadai tak dapat nak buat apa?

Mahukah kita berada ditakuk yang lama setelah berbelas-belas, berpuluh-puluh Ramadhan yang telah dilalui? tak majukah amalan kita? cukupkah dengan begitu saja?

Keputusan akhir untuk mengubah terletak di tangan kita sendiri. sama-sama muhasabah diri, gandakan iman, tingkatkan amalan.


Salam Ramadhan daripada ASaDa RyutaRo =)




Nota kaki :
banyak lagi benda yang kena diperbaiki dalam diri. terasa sikit benar amalan untuk jadi bekalan di hari kemudian.

51 comments:

Kimmy said...

selamat menjadi VVIP!

;DDD

hazeleyed lady said...

Ass-salam dik
Bersama berusaha untuk digolongkan kepada golongan yang terbaik...insyaAllah

FaizalSulaiman said...

good info.terima kasih:)

semoga kita sama2 menjadi golongan yg vvip yg diharapkan:)

selamat berbuka puasa:))

bukan penggoda said...

sy tiada dalam senarai. huhu.

maCy said...

hati maCy berpuasa pada 1 ramadhan sahaja.. :(

MissNafa said...

salam ramadhan.
mesti cuba jadi yg VVIP nh~

nur_nj said...

terima kasih atas info yang sangat bermanfaat...

p/s: risau andai ini Ramadhan terakhir, tapi masih tak dapat mujahadah nafsu. =(

yuzuki said...

InsyaAllah kita sama2 berusaha mencapai yang terbaik dalam menjadi hamba Allah

♥cutebabygirl♥ said...

erkkkk
insaf2~ ;(

DyaNz said...

sama-sama la kita memperbaiki diri ke arah lebih baik

MieZa said...

thx for sharing the info =)

MOFASAD said...

wa takde num 2 - 3 tu.

:P


good info asada

hans said...

aku rasa aku vvip kut
ekekekek

P/S : Kalau Minum Batal Puasa Kan?

ciK LyndaWawa igUana said...

selamat berpuasa bro...=)

Aya de Luna said...

masih berada di tengah-tengah kot,antara golongan pertama & kedua..

kena upgrade lagi amalan.. insyaAllah Ramadhan tahun ni lebih baik drpd thn2 lpas..amin

a_ad said...

ramadhan karim....hehehehhehe
:D

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

ermmm btol la tu... hehehe stuju 200% =)

Ery Farieha said...

eheh.

mencuba utk menjadi vvip
insyaAllah
;)

.s.o.f.i.a. said...

banyak laie yang tak sempurna ngan posa aku.....

sama2 la kita baiki amalan. insyaallah.....

Bidadari fiza said...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2nya..(^^)

@ien_R@z said...

semoga mampu menjadi yg terbaik...

carilah keredhaan-Nya dibulan mulia ini.. insya Allah...

Miss Kira said...

semoga kita berada di tmpt vvip...

insyaallah..

Aini said...

harap dapt berdada dalam golongan yang ketiga itu

[noriza] said...

yuk berusaha! puasakan hati kita semua..

*bila Ramadhan menjelang, lagu yang paling disukai adalah dari Raihan dan ManBai- Harapan Ramadhan.

"Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui. Dengan sempurna. Selangkah demi selangkah. Setahun sudah pun berlalu "

-setahun dah berlalu, adakah tahun depan kita masih bernyawa untuk mengimarahkan Ramadhan..wallahualam-

-telordibasuh- said...

yg pasti telor pose penuh hehhe...percaye x?

Cik_daya said...

selamat menunaikan ibadah puasa

cik helena said...

harap tergolong dlam vvip :) amin..

M a W a D D a H said...

adah rasa asada ni puasa kanak-kanak yang tak sabar menunggu masa berbuka..yer tak??

larikk...hahahaha

zulaikha said...

selamat berpuasa... jom gi makan eskem.. Zu belanje ;) lalala..

¶A.K.I¶ said...

thx kongsi bro~

ermm nak tny...
menu arab..
apa yg bes??
hehhehe

sweetie2010.blogspot said...

Salam Ramadhan,

Lebihkan amalan dibulan Ramadhan ni, semoga kita bukanlah orang yang berada dikalangan Pertama : Golongan Umum, tak special.
Jadi VVIP Ramadhan sasaran kita.

Ann said...

yg jadi VIP pon lom tentu....huhu
amal masih jauh..

Aliesya♥Amani said...

bagus!!!
semoga kite menjadi lebih baik!

Syikin said...

perbanyakkan amalan di bulan mulia nie..moga2 berpanjangn tuk selamanya..

♥ p a A n i ♥ said...

banyak3 kan amalan.. insyaAllah..

khalidahmacambaguss~O_o said...

insyallah, kita sama2 berubah menjadi yg terbaik ok...;)

iqbalsyarie said...

NICE!!!sgt menarik~nanti ada masa,baca yg ni pula..kot2 ada kesinambungan cerita?

Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~

khairul_bariyyah said...

nak masuk dalam golongan kedua pun susah.. apatah lagi nak masuk golongan ke tiga.. tapi,harus juga diusahakan agar tergolong dalam golongan tu.. huu~

thanks for sharing nway.. =)

kata kila said...

moga puasa kita diberkatiii amin

dunspeak♥ said...

bulan2 puasa jangan date yea asada..hekhekk

Hamzah Ian said...

wow.. tidak terkate-kate gua nih..

♥ shiMawar ♥ said...

alhamdulillah..
terima kasih kepada encik asada kerana telah menerbitkan entri yg sangat berguna..

insaf...

p/s : comel le kartun yg tengah dating tu..buat sendiri ke..?

ishiko said...

yaaa... sma2 la kita berpuasa seperti para anbbiya'.... amin ~

s h e e said...

mengingatkan padaa yg lupe...bagus2...terima kasih taro...sebolehnyew xnk jd golongan pertama...

insyaAllah same2 berusaha utk memperbaiki diri dan mengumpul bekalan utk hari kemudian...

Whoda said...

matlamat sepanjang hayat: VVIP =)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku berharap puasa diterima...yang mana ya

paan sabri said...

jum sama2 jadi vvip ramadhan.. =)

Keyyah said...

slamat menjadi vvip dlm ibadat berpuasa...

ammboi.blogspot said...

selamat berpuasa semua...!

iPai said...

mari kita target puasa yg tertinggi sekali !!!

Anonymous said...

hamba Allah:

assalamualaikum Budak Malaysia.ana mohon share ya...