Friday, June 11, 2010

Engkau Makan Duit Judi Ke?

Salam mesra kepada anda. semoga dalam keadaan yang sihat dan bahagia. ramai yang tengah demam FIFA sekarang ni. adeh!.

Aku pun tak sabar-sabar tunggu ni. malam tadi ada konsert World Cup kat stadium Orlando, Soweto sempena World Cup di Afrika Selatan. perlawanan yang pertama akan bermula kurang 12 jam lagi. pertemuan South Africa menentang Mexico. aku agak Mexico menang.. 1-0. ke cmna?

Itu kisah world cup. yang ni lain pulak. nampaknya kerajaan tak menarik balik lesen judi tu. Jom baca dengan gembira~~

wallaweh! mesti tak sabar para penjudi-penjudi tunggu keputusan perlawanan. tambah-tambah lagi kat Malaysia negara Islam yang sangat dibanggakan oleh negara Islam yang lain.

Sebulan yang lalu, Kumpulan BERJAYA iaitu tuan punya rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven telah mendapat lesen judinya! wahh.. makin syok la rakyat nak berjudi. kerajaan siap bagi lesen lagi tu.

Pastinya sekarang penganjur judi sedang gembira mengira duit masuk tatkala ramai orang sudah meletakkan taruhan mereka. wallaweh! kenapa kerajaan kita pun tak masuk sekali berjudi? kalau menang, duit boleh bertambah. boleh la support RMK-10. dah alang-alang bagi lesen.

Nak ambik lesen judi bola sepak tu kena ada cukai tak ea? kalau bercukai, boleh tambah income jugak tu.. pastu bagi gaji kat pekerja kerajaan.. waaaaa~ *blink*blink*

Malaysia kerajaan "demokratik".. erkk!! demokratik kena tanya pandangan rakyat dulu.. tapi ada rakyat yang sokong.. waaahh!! diorang siap buat banner besar-besar lagi..

Credit gambar to bom321.blogspot.com

Kalau menurut presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, lesen judi ni mengelak pengaliran wang ke luar negara secara haram. ala.. lesen judi dah lama ada kat Malaysia. yang duk bagi kat Kumpulan Genting.. cuma takde cop halal malaysia je LAGI.

Apa yang mengharukan, sekarang ni tak terdengar lagi kata-kata daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan perkara ni. eh.. takkan senyap je?

Ahh.. cakap banyak-banyak tak guna dah. YANG PENTING ANDA KENA TAHU.. BERJUDI TU HARAM BAGI ORANG ISLAM!! tapi kerajaan kita kerajaan Islam kan? bikin panas saja..

Mungkin orang yang duduk di parlimen tu tidak tahu macamana akibatnya bila ada kedai-kedai judi di tempat aku. penjudi yang kaya-raya harta berkoyan-koyan tu senang la. tunggu nak bankrup je kan. yang miskin kat kampung pulak sampai cerai-berai dalam keluarga. habis harta bergadai isteri, sudah isteri bergadai anak! tahukah mereka?



Nota Kaki :
dalam hati, sangat benci dengan judi!

sumber : berita harian online / Utara Online /

42 comments:

cik aiEnZ said...

benci judi
:D

.::WaNiE::. said...

sungguh tak sokong :)

Unknown said...

huhuh
bile negara dikuasai org sebegini, dunia hampir kiamat
~

MOFASAD said...

ARRRRRGGGGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!


AKU XPEDULI PASAL PIALA DUNNIA!!


JANJI AKU MENANG JUDI!!!!!!!!!!!


YEEEEEEAAAAAAAHHHHHH!!!!!!!!!!!

iemaZAIMAH said...

judi judi judi judi judi judi

nak salahkan siapa?
nak tuding jari pd siapa?
nak lemparkan amarah pd siapa?

aish..

tot tot kecik said...

salam..

ish ish..

masih berjalan juge lesen ni..

:(

Anonymous said...

yuHuu.. "sayang" gila kerajaan kite sebab kasi..
cekgu2 nati dpt gaji ade sikit2 hasil tu la?
menarekkkkk~ huh

Mr. Asada said...

cik aienz :

judi merosakkan bangsa.. haram di sisi agama ~



Wanie :

sama! jangan jadi macam farid kat bawah tu.. hahahaha



Ery Farieha :

bukan mau kempen politik.. tapi semoga pemimpin yang dipilih rakyat tu memimpin dengan baik.. bila jadi benda macam ni, amatlah mengecewakan hati rakyat..

Ann said...

pemimpin berani tanggung dosa rakyat...biarkan dia..xtakut dgn hukuman allah kan..

cuma aku takut kalo allah swt turun bala kt negara kita...mtk dijauhkan..

cik helena said...

undang-undang sendiri bikin kan,..


haram boleh jadik halal..

Mr. Asada said...

Farid Mofasad :

hahahahaha.. semangat ko nak berjudi ea..

ko letak berapa? letak la juta-juta, baru gempak hadiah dia..




iemaZAIMAH :

nak marah2 kat sape? uhh! mmg geram simpan dalam diri je la.. lama2 semua dh marah, meletus! baru kerajaan nak menyesal?

benci judi!

Mr. Asada said...

tot tot kecik :

nak buat cmna? seluruh negara pun bangkang, keputusan kat tangan diorang.. tapi kerajaan malaysia demokratik.. katanye...



macy :

uhh.. susah gak kan? hurmm.. x dpt nk ulas lebih2..

Mr. Asada said...

Ann :

mintak d jauhkan dari bala.. takut jugak bala turun serta merta. takut dengan kemurkaan Allah..



helena :

hahahaha.. cikhel, sendiri bikin tu yang parah..

FyZa said...

sgt x patut..haihh..

myQza said...

tak menahan betul banner tu

aku pun ada jumpa gak banner mcm tu

ekekekek

amirah said...

xkanla sebab ekonomi xberapa memberangsangkan kerajaan sanggup halalkan bnda haram..ish2...

nabilah_2908 said...

evn dpt bantahan dari org ramai...tapi mcm tu gak...nth la...

jom ke APA KATA HATI pulak,
BABIES

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

brol 2 asada..

aku sokong ko... npe lh ade lesen judi pulak.. baik semua pusat judi bagi lesen je..kan senang..

kaya pon cpt kn kerajaaan... pastu wat mcm2...

adoiiii aiaiiii... nak jadi mcm GAZA ke?... cba fikir sebelum buat 2...poning lh fikir benda..


fikir2 kan lh... bgi yg umat islan

Anonymous said...

jom lantik asada jadi pm.. knpem ta jd camni.. lalala~

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

ahahhha...

mai.. aku asst maCy..


blh x?..



hahahahahaha

Mr. Asada said...

fyza :

yg tak patut tu la diorang buat. isk! ntah dari mana la timbulnya idea ni.. uhh!



si tEDI :

memang sangat2 tak menahan! hahaha.. 1st tengok je dah rasa kelakar.. cam permainan budak2 lak. padahal dah terang2 benda tu haram.




amirah :

terdesak dah tu. takde idea lain nak cari income selain cukai..




nabilah :

bantahan orang ramai tu dia buat derk je.. uhh!

Mr. Asada said...

m.a.p.i.e :

hahahaha.. kalau berjudi kayo copat. tapi tunggu jo lah laknat tuhan..



macy :

nti ingat nak masuk bertanding parlimen gak la.. mana tau leh menang. ngeee~

mapie pun dh offer jd assist.. hihi =P

nasikputeh said...

aneh. pelik. hairan.

(garu2 kepala)

dulu ubat gigi colgate yang tak tahu halal haramnya bising mcm2.

tapi yang ni. TERANG LAGI BERSULUH ianya haram. buat diam aje..? pe cer..??

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

eeerrrrrrmmmmmm


aku jdi asst...

habaq ja kalu nak...

kakkakkakak.... kelakar lh

Noor Fatin said...

tak baik la judi..isk2

sugar2 kapas strawberry said...

wawawawawahhh..sah2 judi tu haram kn?UMNO ni bgs tul la..hihihi.''

buta sal islam agakny kn.sokong pnuh tu uu

Unknown said...

majlis fatwa kebangsaan menyokong sepenuhnya segala apa yang dilakukan oleh Umno. kne ugut kne buang jwtn kalo tegur, dh kecut. kne hulur ckit, lupe trus ape tggungjwb.

geram tul la dgn kerajaan skang ni!!! D:<
apasal dorg tu bangang sgt???!!!!
grrr! Dx

nIsYa said...

malaysia negara islam? islam la sangat...

Keyyah said...

sokong cadangan Macy..nnt suh asada jd pm..senang ckit kita nak bg cadangan..hahaha

rasanya kerajaan dapat cukai juga kot luluskan lesen judi ni..kan nk buat bangunan parlimen yg berharga 800juta 2..ini cuma pendapat aku sj..xtau btol ke x..huahaha

benci judi jugaaaaaa

supergassoline said...

mmg menjengkel kan..
npe laa mst dlulus kn..

Unknown said...

aku tak fasih sangat isu nih..tp yg sal genting tuh mmg betul la..mmg tempat perjudian terbesar...denga kata ade kasino...((aku tak abeh mlwat ag kat situ))....

haaaa...ingatan unt budak2,jangn bet-bet ((tak taw eja))..tu pon kire judi yg tersembunyi...contoh bet : aku jgka lau ruti ngan taro lumba lari jap g, ruti akan mng. kita bet r..lau aku betul, ko bayar aku singgit...ngeee...judi gak kan???

haha

hans said...

nasib aku bukan kaki judi
judi merosakkan manusia

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

hah! tau xpe..agaknya dorang ni dah gelap mata sebab banyak sangat disogok ngan kertas kale biru,merah,hijau n kale2 tu..sebab tu la..diorang bagi lesen2 tu sume..ciskek betol lah..name je negara islam tapi? pk la sendiri wei..

Ida Sazarina said...

sangat2 xsetuju dgn benda ni..
kalo da pertaruhan tu name nye judi..
kalo da judi, name nye haram!! huhuhu~~

Unknown said...

nsibla fy xtgk bola..xdekla pk nk btaruh ke ape..hahahaha..=p

yana said...

salam ziarah asada,
pening psl msia ni kan!
org kt kampung saya ni...nk jual beli gula pn kena sorok2 tau!
sorang plg bnyk boleh beli 2 jek dik!
pastu siap bungkus lg gula tu dgn kertas s/khabar sbb tkt kedai lain tau...mcm nk jual dadah lak rasanya...padahal gula tu kn brg halal...
tp...lain plak kalo nk berjudi...
siap dh announce satu msia...
mari2..dkt sini judi halal..
sebut jek nama msia...malaikat kasi lepas...sbb kite dh ade lesen besar!!!!...:)
selamat berkenalan!

Anonymous said...

huh jgn kito trmasuk dlm puak2 tu sudah r.
tp kalo betoi2 benci, ad0 rezeki tahun dpn...
kito wujudkan negara yg betoi2 negara islam bkn skdr name je

aien said...

adeh ape kes nie??
UMNO bahagian kuala terengganu??
mak aiihhh... tempat sy tuh.. xtau pasal halal haram ke nieh??

banner tu kt mane?? nk g bakor.. hahahaha... =P

Unknown said...

inilah yg trjadi apabila hukum Allah ditolak. sunnah Rasul diejek. trlalu ikut sgt dgn org barat.

mmg negara kte aman (kononnye!). tp aman ni krn kte trlalu pngecut. takut sgt kalau2 apabila kte lwn org brt, negara xkan maju. cetek sungguh pmikiran mereka! lemah! >:(

banner tu mmg mnunjukkan yg mnteri2 tu mmg sumenye buta agama! kononnye negara Islam. tapi habuk pun xde!

syahira ariff said...

petanda akhir zaman
judi sudah menjadi halal
oh tidak
negara islam kah ini?

Nur Qistina said...

tanpa lesen judi dikatanya perniagaan judi itu haram..

dengan lesen judi, dikatanya perniagaan judi itu 'halal'

apa nak jadi dengan dunia...

bukan penggoda said...

bwu blek dgr ceramah pasal judi. sbnanye dlm kehidupan seharian kte sgt byk bnd judi ni brlaku, cume kte je yg xsedar. sadis kan? hush. tatw la nk ckp cane. -.-'