Wednesday, December 22, 2010

Music Player Yang Mesra Pengunjung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu di mana jua berada. yeah! hilangkan suram sebarkan senyuman..

Setelah blog ni berwajah baru, saya mula bergerak aktif menjenguk blog-blog lain. alhamdulillah ada kesempatan membuat tinjauan blog ke blog sambil meng-usha calon. calon isteri kena dicari. hehe.. kalau dah tiba masa sibuk, susah nak jalankan aktiviti berblogwalking.

Dalam khusyuk berblogwalking, pelbagai jenis blog yang saya singgah. apa yang saya nampak, banyak blog baru yang kian maju. ceewah, ayat macam la blog saya dah otai sangat kan. tak sampai setahun lagi ni. hahaha..

Sebenarnya nak berkongsi pendapat tentang meletakkan lagu di dalam blog. banyak jugak blog yang saya jenguk mainkan lagu yang best-best. kadang tu lagu yang saya dah lama tak dengar.. seronok melayan sambil menggodek blog.

Pada umumnya, meletakkan lagu yang diminati di dalam blog bukanlah satu gangguan dan saya akui, sesetengah lagu yang dimainkan boleh memberi ketenangan serta menaikkan mood pengunjung. pemilihan lagu yang baik dan menenangkan juga dapat melambangkan identiti sesebuah blog.

Walaubagaimanapun, cara lagu tersebut dimainkan mempengaruhi mood, samada ia mengganggu atau menyemarakkan lagi minat untuk meneruskan pengembaraan di dalam blog. jika seseorang yang datang berkunjung ke blog sudah sedia memainkan lagu di laptop atau komputer, sudah pasti ia menimbulkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu. lebih-lebih lagi apabila widgets yang digunakan tidak dapat diselaras mahupun ditutup.

Oleh yang demikian, memilih player atau widget yang 'mesra pengunjung' untuk dimuatkan di dalam blog adalah sangat penting. mesra bermaksud music player tersebut boleh diselaras mengikut kehendak pengunjung. pastikan music player diletak di tempat yang mudah dilihat supaya pengunjung yang tidak selesa dengan lagu tersebut boleh menghentikannya dengan mudah. tak perlu nak cari geledah sampai lebam di dalam blog. perlu di ambil perhatian, tidak semua orang meminati lagu yang kita minat.

widget music player yang mesra pengunjung [print screen dari blog cik yana]

Antara blog yang menggunakan player 'mesra pengunjung' adalah Cik Yana Official Blogspot, Blog Fifiey Lychee Maration, Blog biskutsarkas.com dan Blog Armiza.

Mungkin ada yang berpendapat, 'blog ini blog peribadi, jadi tak kisahlah nak letak apa. tak suka boleh klik pangkah.' .. persoalannya, apakah tujuan sebenar menulis blog? kalau macam tu baik menaip kat microsoft word, kat text document ke. pastu simpan di dalam laptop. sebab bukan untuk bacaan orang lain. alangkah baiknya jika kita menarik pengunjung yang datang untuk lebih dekat kepada kita melalui penulisan dan blog yang mesra. entah-entah ada di kalangan mereka calon menantu untuk mak. tak gitu? hehe..

Enjoy Blogging~


Nota Kaki :
penulisan ini hanyalah pendapat peribadi saya. sekiranya ada pendapat yang lebih bernas serta tips berblogging yang lain, sila lah kongsikan bersama. (^^,)

65 comments:

Liyana said...

ok je kalo letak lagu dlm blog... tp xmau ler lagu hentak2 pale, pening pulak dgr. huhu

Mr. Asada said...

@liyana :
haa.. tu pemilihan lagu yang kurang sesuai. tapi ade jugak yang minat lagu hentak2 pale ni. huhu.. ;)

Anonymous said...

kalau nak letak lagu hentak hentak make sure letak lagu tu kat sidebar atas sekali. for org senang nampak sbb nak tutup lagu. kan kan. ni letak kat bwh skali. aiyo.. :P

Mr. Asada said...

@ainakhani :
kalau blog ringan larat lagi nak skroll ke bawah tutup lagu. tapi kalau blog tu berat bertan-tan, alamatnya kena pangkah.. rugi jugak x sempat nak baca..

Tieah Madian said...

Tp aku lebih sk kalo org tak letak lagu dlm blog lah..
Sebab bukan 1 blog je di buka dlm satu2 masa..
Aku bukak 4,5 blog camtu sbb aku tau ade blog yg cpt, ade blog yg lmbt loading..
So, jimat masa kalo bkk byk blog..
Tapi sakit hatilah bila setiap blog tu autoplay lagu2 dorang, mn 1 aku nk dgr?
Last2, mute speaker laptop..

Rina Rossoneri said...

paling best tiba2 lagu rock metal keluar panggggg terkejut...hehehe..

Cikgu Armiza said...

owhh...tenkiu yea atas teguran...=)
act, widget music player saya mcm besar sangat...
bila letak kat tepi..rupa dia nmpak mcm x sempurna jea...
pernah try guna music player mcm yana...tapi lambt sangt loading...tapi x pasti klu kat laptop saya jea....
mgkin awk boleh tolong bg pendapt n ajar seba sikit..saya x brapa tau sangat....
anway..tenkiu yea teguran tu...^__^

aryu said...

dulu sy letak gak lagu dlm blog
tp bila tensen jd muak dgr..so delate..

law blog ada lagu pon sy akan stop..mcm ggu nk baca entry laa an

tp bg sy,best baca blog tanpa lagu..

:)

Anisa said...

wahahaha
calon isteri

heee

Mr. Asada said...

@d_tieah :
hahaha.. penyelesaian bijak, mute speaker.

kalau nak buat blogwalking banyak2 tab, kena mute speaker terlebih dlu. sbb dah biasa terkena.. huhu..

Mr. Asada said...

@rossoneri :
haha.. ni mesti layan lagu metal. ikut hentak2 pale ea? hihi ;P

Mr. Asada said...

@Armiza :
hee.. sama-sama ;)

dia lambat mungkin sbb line internet.

widget yg armiza guna tu boleh adjust kat html code kalau tak silap. tukar dia punya width dan height ikut kesesuaian.

kalau tak boleh tukar, letak kat atas post atau di bawah header lebih ok.

Mr. Asada said...

@cik aryu :
haha.. muak sbb lagu duk ulang2. kalau buat playlist mungkin lebih menarik kot??

kalau lagu best, sentimental.. layan gak baca blog..

Mr. Asada said...

@Anisa Hang Tuah :
pernah dapat ke anisa? hahaha ;P

kalau belum pernah, try la usha-usha..

Nekmo said...

ada button like???nak like entri ni..hehehe..setuju...

Unknown said...

heee...enjoy blogging!!!

♥ shiMawar ♥ said...

lagu kadang2 boleh kacau mood jugak..sbb kadang2 tgh bc entri sedih, tp lagu rancak plak yg berkumandang..x masuk le..huhu..

cari calon isteri ek..meletop strategi kamu Asada! so, sejauh mana pencapaian tu..? dh ada senarai pendek ke..? nak sy tolong pilihkan x..? hoho.. :D

sekarang ni susah nak BW sebab net slow tahap siput sedut tertelan guli..argh...

tigrismalaya said...

oho..sambil godek blog usha awekss yer..

kak tm ader 2 org adik masih solo..hahaha

CI_ said...

ish2,
ade yg kena cubit ni!

Miss b said...

ramai sangat yang tulis 'blog ini blog peribadi, tak suka boleh tekan pangkah'

tapi still lg menempel kt shout mix memekak suh org jenguk blog dia. hihihi

h/p - Saya Fobia Dengan dot dot dot

Mr. Asada said...

@nenek moden :
belum sempat nak letak button like. ngeee ;P

lama giler tak nampak nenek moden kat sini..

Mr. Asada said...

@iqbalsyarie :
enjoy! kadang pecah kepala jugak. hahahaha...

Mr. Asada said...

@shiMawar :
hehehe.. usaha kena ada. ;P

belum ade senarai lagi ni. baiknya nak tolongkan..

line kamOo kena diberi minum 100plus, bagi dia tersedak.. ngeee ;P

Mr. Asada said...

@tigrismalaya :
wah.. adakah ini offer jadi adik ipar? hahaha.. ;P

Anonymous said...

like this! like this entry!



but, tak suke ler kalo player diorg tak ada butang pause or stop. T____T macam mne tu....

Mr. Asada said...

@dandalion kiss :
hehehe.. sengih2 kambing.. ;P

Mr. Asada said...

@Myaby :
adeh.. tak dapat den nak kato apo.

Cik Yana said...

Nice entry,,
rasanye benda ni benda penting la kan sbb mempengaruhi mood kte bukak belog tu,,
elok2 bukak tgk bckground lawa, sekali kaluar lagu bwh tanah smpai mengucap kte,,
sah2 da tak de mood nk bace kan?
satu lagi, tak smua lagu tu org suke kan?
mcm kes cik Yana, tak semua org suke abang Tomok,,
so, mmg ptutla letak widget mp3 yang boleh stop atau mute kan lagu tu :)

Mr. Asada said...

@maiMOONyet :
hee.. tQ (^^,)

haa.. kalau yg macam tu, masih larat, boleh dengar je.

kalau tak larat tapi masih sudi nak baca, boleh mute speaker. ;P

'Athifah Markzzaki said...

tak suka blog yg letak lagu yg xleh pause.. ;(

Mr. Asada said...

@Cik Yana :
tQ~

haha.. tomok kira artis hot sekarang jugak kan?? ;P

pinjam print screen cik yana yer.. ;P

Anonymous said...

Klaw buat blogwalking kat BlogLarian lagi masalah...
Buatnye semua blog dalam satu tab tu letak lagu...celaru jugak la..
rugi dah 5 blog..tak dapat nk tengok...huh~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

mr.asada.. i got the new song on blog.. tp line internet di terengganu(since i was here for holidays) was not so clear n it's fraking slow:( tak tahu ia berbunyi ataupun tdk. but for sure ,lagu tersebut kalau dimainkan memang sgt lucu liriknya dan mantabb kata-katanya. maybe u'v heard this before, tp sekali-sekala ulang lagi apa salahnya kn?

btw, thnks for linking me on this post! keep in touch then.

Mr. Asada said...

@Kimmy Ai :
kalau macam tu kena mute speaker laptop. errr,,, tapi bukan laptop tgh bisu ke skrg? lalala~

Mr. Asada said...

@Hasnah :
uhh.. dah pernah jumpa. dua blog pasang lagu, mmg celaru cari nak offkan yang mana satu.

Cik Ateen said...

insyallah akan cbe di tuka..
if dh jumpe widget music player yg kecik n simple mcm saya punya skrg..
akan dituka..wat sementara ni xla..
:)

kunjungan dari housemate mu..

Miss b said...

camne nak cakap eh. ni dah keluar dari tajuk da ni.

malu ah nak tanye.

kat header tu gambar lu ke?

HENSOM SIOT! mcm pelakon korea. ngahahahhahaha

Mr. Asada said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION :
dah dengar lagu tu masa datang blog fifiey td. boleh bersuara.. line kat sana je tak mengizinkan nak dengar..

ngeee.. simpan dalam sentuh (keep in touch) ;P

Mr. Asada said...

@cik ateen :
hoho.. housemate berkunjung ke sini (^^,)

takpe.. slow slow kata orang tua. :)

Mr. Asada said...

@Myaby :
hahahaha.. blushing yang membaca nak jawab komen ni..

terima kasih.. ;)

saye ler tu..

baincardin said...

thank you for sharing! ^_^

Miss b said...

waw. serius?

nak sainnnnnnnnnnnnnnn

azie said...

nice info.. tp sy xbrapa suka letak lagu dlm blog hehe

NIA said...

setuju 101% dengan tieah :D

ira said...

blogwalking smbil dgr lgu kat blog orang...(6,^)

Anonymous said...

sy letak lagu yg x leh pause.. uhuh.. kena tukar ni..

TunTeja said...

pastu.ade jugak orang yang tak boleh nak membace sambil dengar lagu. nanti tak paham ape yang dibace. kuikui~

ayat sebelum word 'enjoy blogging' tu memang takleh blah :p hehe

little_teddy said...

uuuu....

adele said...

biasa guna mixpod..player ni pun mesra..slalu sembang2.. :D

CIK TOM said...

wah menarik!!tp cik tom xsuka la blog ada lg..hihi

Cikbelog said...

memang seronok kalau buh lagu dalam blog..enak je didengar. Tapi yang tensennye bila tenet slow..mula la tensen tak memasal..hehe bagus gak ada yang mesra pengguna ni

shahjiehan said...

hello housemate~ byknya follower anda, huhu..:( Sj sikit jer..

Unknown said...

seeloknya letak lagu yg starting lagunya slow, takdelah visitor terkujat kan.pahtu pastikan ade butang pause atau stop.

hans said...

lama aku xletak widget lagu dkt blog
takut berat la blog nak loading

P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

tomatokering said...

dah buang dah lagu kat blog :'(

penghuni Bumi said...

S.E.T.U.J.U!
penghuni bumi pun prnh masukkan lgu lam blog,,tp sementara je..utk memenuhi kehendak pnsyrh..dh hbis test remove terus..hehe

ztie said...

kmk suka blog yg senyap! hahahaha

Anonymous said...

betul tu ! paling tak suka bila blog tu dah la lmbat and tak dapat stop . haiishh . kesian mouse saya kena tekan kuat sgt . hehe ^^ .

Mr.TN_SkY said...

yaaaa.nice sharing:D

kerangRebus said...

haih..klu pjg sgt merapu...i memg skip.. ups..bukn xmyokong..tp siyes xde ms nk bca sgt...uhu..

:)

hans said...

abang asada yg kacak
mana perginya komen aku?

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

.::WaNiE::. said...

wani sokong,

kdg2 lagu kita tak minat nak dengar or mmg kita tgh play lagu kat lappy

pastu takleh nak stop

ataupun sbb blog terlampau meriah sgt tak jumpe kat mana nak stop

susah2 tekan pangkah je tutup blog tu terus

huhuhu

E'in said...

dulu kat blog e'in letak gak lagu2 nie sume.. tp dh delete.. huhu..

'Athifah Markzzaki said...

Grrrr! jgn disebut tentang laptop yg bisu! xpe2.. nanti asada tlong baiki keh?? ;DD

aindzaya said...

naek penim bila ada lagu yg maen hentak2 pala..tp law tlalu jiwang boring plak...
so ta pyh letak lagu la..ngeh3