Friday, December 31, 2010

Cukuplah.. Kita Tidak Ditakdirkan Bersama Selamanya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. senyumlah dengan seikhlas hati kerana senyuman itu pasti menenangkan insan lain.

Berat hati ini untuk menceritakan segalanya. namun tiada cara lain yang dapat menggambarkan perasaan saya. biar saya coretkan di sini. mungkin dengan perkongsian ini, kurang lah beban yang menyeksa jiwa.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan. untuk apa kita bertemu jika ditakdirkan untuk berpisah? tak perlu dipersoalkan kerana Allah maha mengetahui. saya yakin bersama sebuah perpisahan itu, berjuta hikmah bersamanya. redha dengan ketentuan Ilahi.

Pada mula bersama, saya akui perasaan sangsi sudah wujud dalam hati. walaupun begitu, saya teruskan jua untuk bersama kerana saya tahu, saya perlu tabah bersama awak menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. saya berdoa dan berharap semoga kebersamaan kita mampu mencipta kebahagiaan bukan untuk saya seorang, malah kebahagiaan insan lain. saya mengaku saya masih lemah. saya mengaku saya masih kurang berusaha untuk memartabatkan diri saya sebagai insan yang terbaik.

Semoga perpisahan ini tidak menjadikan saya lemah. saya nak jadi lebih kuat. saya nak jadi lebih berusaha, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. saya tahu saya perlu lebih bersemangat untuk menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Cukuplah.. Kita tidak ditakdirkan bersama selamanya dan tidak mungkin akan bertemu lagi. namun, perpisahan ini tidak akan memadamkan kenangan kita. saya pasti merindui saat kita bersama. selamat tinggal 2010!!

Nak letak jugak sedikit kenangan bersama 2010.

Pergi ke Dream Park Cairo ramai-ramai dengan member. pertama kali naik roller coaster. lagi gambar kat Dream Park Cairo di entry ini. gunting rambut style ini pun baru pertama kali saya buat. hahaha..

Makan ramai-ramai semasa birthday saya di Pizza King Abbas Aqod. biasa sambut birthday orang lain je kat sini.

Ohhh.. makin berumur lah saya bersama 2011. mana calon isteri ni?? kawan rapat yang membesar bersama sudah bertunang 25 Disember hari tu!!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H. bukanlah Aidilfitri pertama disambut di perantauan. mungkin sebab sudah lama tak beraya semeriah ini. seronok jugak walaupun tidak dapat bersama keluarga di kampung. siap buat video ucapan raya lagi. hehe.. raya tahun 2009 sangat sedih, kitorang beraya 8 orang je!

Jalan-jalan ke Tanta, Mansourah dan Alexandria. pertama kali buat trip gamble macam ni. bermula 29 mac hingga 1 april 2010. actually ada urusan lain, sambil-sambil tu berjalan tengok orang. entry lengkap kat sini.

Pertama kali picnic di Hadiqah Al-Azhar. bulan november rasanya. tak ingat bila.. Kimmy Ai pun ada sekali. beliau masak spagetti, sedap katanya.. lalala~ saya tak sempat mengarang entry pasal picnic ni. hehe..

2010 menutup tirai. segala yang bersamanya akan menjadi nostalgia..
Selamat Tinggal 2010..
semoga kita lebih bersemangat menempuh segala cabaran di tahun baru. selamat maju jaya!!


35 comments:

SweetyMui2 said...

cam suspen jak entry mula2..hahaha
happy new year!heheh..hensem ktk eh,kimsalam dirik :p

Kim said...

be strong. may 2011 awaits you with exciting experiences and people that appreciate you more. :)

n4dh!3r4 said...

selamat tahun baru incik asada! :)

Ieqa Swetluv said...

Selamat Tahun Baru encik Asada =)

syAzAnA said...

I'Allah, 2011 akan jadi lebih baik. amin...

TunTeja said...

Asada..

What therefore God has joined together, let no man separate :)

Happy New Year. Senyum sokmo! hee..

dandelion kiss said...

Selamat Tahun Baru 2011 Asada!
keychain dari Cairo satu!

haha haha!

fya zainal said...

selamat tahun baru~

ekane said...

hepi new year 2011.best of luck in evrythng.insyaAllah.

Syafiqah Sabki said...

lolx ingatkan entry pasal jiwang2 keparat..hakhak..selamat tahun baru encik asada ryutaro..semoga tahun 2011 lebih baik dr tahun before2 diz..hwaiting!^_^

Kimmy Ai said...

Hoho, masuk jugak pasal picnic tuu.. ;D selamat tahun baru..

AiDa AzRyN said...

Happy New Year! ^^

Cik Sara said...

Happy new year! Merentas benua dan sempadan.. Tahun baru diraikan bersama..('o,')

zuana's dear diary said...

hye asada.. epi new year k.. be strong n sentiasa positif.. may god bless u.. keep blogging.. semoga gembira n sentiasa tersenyum..

iKhRam said...

hahaha
hepi new year...
barang yang lepas jd kenangan bro..
nak ulang tak dpt kan..

hehehe
semoga tahun 2011
bakal menjanjikan kejyaan yg abadi..
amin

yang benar
ikhram

wani said...

selamat tahunbaru dik.....mudah2 mudahan akan bertemu calon suri mu nanti hehehe

shahjiehan said...

wah,,bestnya makan angin ke sana... nk ikot jugak~ smpai ati kawan serumah x mo ajak

❀aRaBeLLa❀ said...

selamat tahun baru!

Armiza said...

selamat menempuh tahun yang baru...!!!
moga akan dtg akan jadi lbih baik dari yang lepas2 yea...^_^

FaizalSulaiman said...

happy new year bro!moga 2011 akan menjadikan kita lebih matang dan lebih bahagia:)

feeza_rashid said...

selamat tahun bertahun baru housemate! :)

Akulah Aqilah Itu said...

selamat tahun baru.. =) Jodoh tu ada, insyaAllah. =)

CIK TOM said...

slmt tahun baru ye asada..seronok jln2...pndi mak gitar or menunjuk ke tue..hehe

hans said...

kacak gila abang Asada
mesti menjadi rebutan ramai nih
hohoohh

selamat tahun baru
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

echah mashuri said...

haha..mula ingt dah pts cinta ke ape bro asada neh.ghupenya sedih nak tinggal 2010..ehhe..;p

hepi new year asada!cepat2 bawak balik suri hati kat malaysia k.:)

عائشة said...

asada...asada.....wat suspen je...hehe btw....nice entry la!!!!
lovin it....seronoknye jdi perantau...(^_^)

NBLH said...

Selamat Tahun Baru.

NichKhun said...

eh hai.. nama saya na0mei..
wakakaka.. hai asada !! hehehe

Gayahspears said...

Cam putus cinta ja mula2..hahah

camat thn baru ya....

f_aRa_aINa989 said...

saya x faham kenapa semua gambar dlm ni kamu nmpk hensem..hahahhahahaha

;p

hana said...

selamat taun baru..
smoge 2011 mnjanjikn ssuatu yg lebe baek..
=D

Myaby said...

gambar yg last terbaik

HENSEM! ngahahaha

TunTeja said...

Asada! yang pegang gytar tu mesti saje nak eksen je kan~~ ececeh :p

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

banyak perubahan dlm 2010.. tak tergambar, dlm setahun je macam2 yg ditempuhi dan yg plg happy apabila diri terus maju setaoak demi setapak dlm pelbagai sudut! alhamdulillah, msih boleh menghirup udara segar 2011.

shahjiehan said...

woit .budak umah~ famus sekarang ea....