Thursday, July 14, 2011

Selamba Je Diorang Ni..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bangunan asrama pelajar Selangor di Malaysian Students Complex, Hayyu Asyir (10th District), Cairo dalam proses baik pulih sejak Ogos 2010. sekarang pun masih belum siap kerja membaik pulih bangunan tu. mungkin darurat di Mesir tempoh hari menyebabkan proses renovation tergendala.


Walaupun dengan kemudahan asas agak terhad, pekerja arab yang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tetap tinggal di dalam asrama tersebut. siap ada jamban sementara mereka buat di tepi bangunan. yang kelakarnya, bumbung jamban sementara dibuat dengan kurang sempurna. kalau saya menjenguk di tingkap bilik, boleh nampak apa orang buat dalam jamban tu. bukan sengaja mengintai, tapi saya tertengok!

Paling menakjubkan adalah tempat tidur mereka. berbumbungkan langit terbentang, berlantaikan padang futsal Dataran Malaysian Students Complex. hebat tak hebat mereka nih.

Dataran Malaysian Students Complex, 10th District, Cairo.

Hari dah terang masih lagi membuta. gambar sekitar 6.30 pagi.

Mungkin tidur di dalam bangunan agak membahang pada musim panas, lalu mereka ambil keputusan untuk tidur di padang. lagipun barang-barang di luar bangunan harus dijaga sebelum disapu pencuri.

Hari tu ada anjing liar nak datang dekat, tiba-tiba orang dalam selimut merah tu bangun dan lempar batu. rupa-rupanya dah ready batu di tepi tilam. deria dia hebat, sensitif woo! paling hebat, mereka masih boleh tidur di padang semasa geng budak-budak Malaysia main futsal di situ! hahaha..

Selamba je diorang ni..

Nota kaki :
Asrama pelajar Sarawak pun akan buat renovation bermula Ogos ini. 25 Julai 2011, semua penghuni akan dipindahkan ke rumah sementara di 7th District. harap ada internet di rumah sementara nanti supaya senang nak jenguk blog.

44 comments:

MakNana said...

Ingatkan hape la yang kat court tu...hahaa..

memang slumber! :p

Shila said...

nak tgk gmbr jamban tu masa ada org...

mana??

heheheh

Hafizin Jamil said...

lorh..cantikla umah selangor pasni..hehe

sHi Ma said...

dah ngantok tido kat mana pun jadi, janji xada yg kacau mcm anjing tu..

dak eina said...

kalau dh ngantuk..mne2 tmpt pon boleh.hihi

Fathiah Hamim said...

mak aih dah ada batu laa! err sampai ati maen futsal tyme orang tido. :DD

-Incek Fik- said...

Hahaa.. memang hati kering ekk orang kat sana. Paling lawak deporang boleh bantai tidur lagi tyme korang main futsal. Nyenyak gila.

Cuba sekali-sekala sepak bola laju-laju kena kat pak arab tu, nak tengok respons dan deria bunyi dia hebat atau pon tidak..

n!cK said...

hahaha..aduiyai..dan2 je ade prepared batu kat sebelah..keh3^.^

Unknown said...

gler selamber dorunk,huhu

aryu said...

serius diorg selamba asada.hebat.

Siti Aziz said...

waaaaa...kalau letak diorang kat kandang rimau agak2 boleh tido tak?? hi3

ekane said...

macam2 btul diorg ni yer

Hans Hanis said...

penat punya pasal lah tu kut
diorang dah malas amik port
hahaha
tapi bab tandas tu lucu pun ada
ekekekke

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

cik helena said...

biar betik!huhuu

a said...

fuhh..dasyhat..sabor jek lah kan..=)

sud@is said...

hebat berbumbungkan langit
kalu kat msia blum nmpak lagi....

ieza ashaari said...

xbaik mengintai org tau asada.. nanti mata kena ketumbit.. :P

Unknown said...

ahaha same je tyme exam kat tonto

shandye. said...

6.30 pagi dh cerah mcm tu skali eh kat sna?

for sure la hr2 sy akan terbangun awal kalau beginilah keadaannya...

owh... sebut pasal district2 sebegitu mmbuat sy teringat akan filem 'district 9'...

teehee...

Unknown said...

eee terskodeng...:p

Unknown said...

memang sempoi la diorang nie buat aksi kuak lentang :)

http://www.anastasyea.com/

najihah sahami said...

asada tak join ke tdor situ. haha..bawak seguni batu. bahaya! hihi..





semoga tempat baru ade tenet...^_^

Azhafizah MN said...

uishh..berani dorang tido kat luar tu..memang selamber je dorang ni..

Zie Madini said...

cerah giler kat ctue time 6:30am ek..huhu

Cik Jiwa said...

haha ni klaka ni klaka. kental sungguh hati mereka.kih paling klaka part dah stand by batu tuh.pergh kene berguru dengan mereka nih :P

Pinkbubblegumprincess said...

hahhaha elek2 kali jak cdak tok,,sukati mok mesen jak =)

RHI said...

dia orang rasa best tidur kat lama gitu, dingin je, angin ori lagi hehe

Ana Farhana said...

sian pulak tgk dieorg tido kat bawah tuu...nasib badannn..:D

fiezah91 said...

jeng jeng jeng! jangan mengintai dengan sengaja udah.err. hahaha..

miss fiza said...

adhoi... mmg slambe la dorg tido kat court... abis sempoi la 2..

iKhRam said...

wujud jugak tempat berlantaikan bumi, berbumbungkan langit..

rupa2nya ada di mesir.. hehehe
bersyukur berada di Malaysia.. amin,

alhamdulillah.

semoga berjaya melewati hari-hari mendatang.. K?

sugar2 kapas strawberry said...

sekali mmg tak sengaja.kalau byk kali tak sengaja jgk ke asada?hahahha

Unknown said...

nak hidup...:)

Anonymous said...

dahsyattt la tdo situ. ahaha

dayu_myself said...

hahaha....tidur kat luar x sejuk ke??pergh...gila smangt orng2 arb ni kan..haha

:: cikNuurul :: said...

org arab mmg selamberr je,..xkesah ape org nk ckp,.hehe,.dlu pernh stay kt rumah KL,.


hurrm,rndu nk blk sne,.salam kt org kg ek,.hehe,.

Jahirah said...

sempoi giler....6.30 kalau kt sini gelap lagi..hoho

cik sakdi said...

ok bace kali kedua baru faham. serius ke? slamber je. hehe

[sutera kasih] said...

slumber jak sidak tido rah sia..tedah juak ngga cmya gilak huhu

Verdict said...

serius kau tak de keje dok mengendap amu ni buat kerja. ceh.

NIA said...

hebat gila dorg nih.haha.

'Athifah Markzzaki said...

Sekali bola terkena kepala diorang time tido.. Memang bantai habis la arab tu.. Hahah..

laskar pelangi said...

wah! tak sangka sanggup tidur dalam keadaan camtu.kalau hujan cm mana lah kan...heee=)

iPai said...

stylo gila tido open air cam tuh .. takde nyamuk kah ?