Sunday, July 17, 2011

Kisah Di Sebalik Pepsi Float

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila di musim panas, menikmati air yang sejuk sangat terasa nikmatnya. lebih-lebih lagi dihidangkan bersama ice cream yang sedap. hari tu semacam mengidam nak minum pepsi float, singgah di kedai terus beli ice cream vanilla dalam bekas sederhana dan sebotol pepsi 2 liter. baru puas nak buat pepsi float.

Resepi pepsi float sangat simple, air pepsi dan ice cream. isi air pepsi separuh gelas, lepas tu masukkan ice cream vanilla. boleh je guna ice cream lain. tapi bagi saya, lebih sedap dengan ice cream vanilla. kalau beli pepsi float di kedai, ice cream tak banyak berbanding kita buat sendiri. baik buat sendiri.. lalala~

ini pepsi float yang saya buat.

Saya mula kenal pepsi float ni zaman sekolah menengah dulu. sekitar 2002 hingga 2004, bila balik cuti ke kampung, saya dan beberapa member kadang-kadang akan ke bandar Kuching. bukan buat apa pun, jalan-jalan, duduk-duduk di Waterfront sambil tengok orang. kononnya dah cukup cool lah tu. hahaha..

Dalam banyak-banyak stall sekitar Waterfront Kuching, ada sebuah stall dijaga oleh gadis lawa menjual ice cream dan pepsi float. semata-mata nak mengusha akak stall, kitorang beli pepsi float kat situ. lepas beli, lepak di tepi stall sambil mengusha. rasanya beza umur kami dalam 2 ke 3 tahun kot, entah-entah sebaya. tak pernah pula tanya umur akak stall..

Masih kah akak stall ingat kami bertiga? untuk makluman akak stall pepsi float, kami masih ingat paras wajahmu. hahaha.. tak pernah dah jumpa akak tu lepas tahun 2006. mungkin dah kawen kot..

42 comments:

purplekyu^_^ said...

haha...
wahh...ngusha akak stall... :)

vampire's lovex said...

hahahaha admire gila kat akak tu. pehhhh.

float 3 !!!

faizdz said...

waterfrontt! lamak dah sik dijejak.

Fay said...

nak jugak! =D

dak eina said...

antara feveret dak eina jgk la pepsi float nie.. :)

ehem2 balik sarawak nanti pegi la tgk :P

izfanora said...

wah asada.. bukan main yer.. nie betul2 smbil menyelam air pepsi float, minum air pepsi float.. huhuhu..

Azhafizah[フィザ] said...

erm..pagi2 dah dijamu pepsi float..tapi tak mungkinlah fiza nak breakfast pepsi float..teringin pulak..dah lme tak minum..plus eskem pulak tu..mmg sonok la waktu pns minum ni..>.<

eddy syrol said...

suka benda ni kalau ice cream dia masih keras, kalau dah cair hadoooo..dah tak best.. (~_~)




SUMBANG MAMBANG

MEMBEBEL TIME

Kimmy Ai said...

Pepsi float.. Pergh nampak sedap!!!

iKhRam said...

rasanyer masih ingat tue.. hehehe..

tp byk sungguh aiskrimnyer kali nie...
saya dulu kenal pepsi float mcm ni masa tingkatan satu, hari koperasi kat sekolah. hehehe

[z@ck] said...

epik gila pepsi float ni.kegemaran waktu high school dulu. =)

zZzattyy said...

sambil menyelam minum air ^^

diyan said...

sedap sedap memang pepsi ngam dengan ice cream vanila kot :P heee

MiRa said...

wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.. sy tgk gmbr dh rse nk g a & w skrg.hehe

Dea said...

bok minum cola float mlm tadik... hehe..cola+skerem strwberi... hehe

s.y.a.r.q said...

tak pernah pulak try pepsi float. Selalu root beer float :)

Bui Junaidi said...

masih kakak ya sia..nya kim salam..hahahaha..*_*..p,nektok nya x jual ice cream ngan pepsi float gk,nya nektok dh jual roti canai..bui bulak jak..kui..kui

Mohd Yusuf said...

beli pepsi sambil usha akak.... ha3

laskar pelangi said...

wah! sedap pepsi float ;)

cehewah! siap nak ngusha akak kat stall yeee =D

tp lau air a&w ngan float sedap gap kan..

M a W a D D a H said...

nampak sedap!!! saje je kan...hehehe..

sugar2 kapas strawberry said...

soda float lagi sdp..:P

[sutera kasih] said...

kmk la akak stall jual pepsi float ya wakakaakkaka

kmk suka mkn eskrim goreng d waterfront ya..nyemmmmmmmmm!!

eiz_ezzy said...

eh, org swak ka?-.-

Elie Lily said...

buatkan elie jugak! :D

JIJI YU said...

huk aloh..menitik bhai

Ana Farhana said...

ayah selalu wat sendiri.....kite tumpang minum...hehehe:)

Cik Ungu Kamila said...

satgi nak buat la pepsi float. kih3 XD

najihah sahami said...

erk..akak tu bacablog ni jugak eh asada??ehehe

khairul_bariyyah said...

naseb baik dah nk masuk maghrib.. kalo tidak....... :D

iPai said...

heheh .. memang taktik ni fav laa . aku penah je buat gak .. haha .. konon2 tak nak tegur direct kan .. hahah ..


pergh, dah lama tak minum flot .. ish ..

AZTIQAH said...

ko bukak kedai float sblh kedai aku lah bro :)

Miss Kira said...

Pepsi!!!!

hubby kira jd duta dia... :P
meet jung yunho.. hahaha

btw..kira suka jugak float..
sedap......
kalau mkn dkt mcd, selalu buat float.. hahaha..

Puteri Iqa Izyan said...

ni kalau baca entri time kepanasan, mau meleleh air liur. nasib baik pagi lagi. hehe =D

Kim said...

samalah seperti beli burger pada abg yg hensem padahal tak lapar sgt pun. :D

yatie Awang said...

memang nampak sedapkan? tapi kakak tak minum air bergas ni...

Fathiah Hamim said...

hehe berdikari betul. pepsi float buat sindrii

princess ayu said...

kakak stall pun ingt muka korang gak =)abiss dh beli selalu

cEro said...

faveret!!
tp aku slalu try dgn 7-up atau sprite..
best oooo...

shandye. said...

seriously... belog ini haram dibukak ketika anda sedang puasa.

banyak dugaan betul! hahaha...

Hans said...

gatai juga abang aku nih
hahahahaha
cantik bebenor ke akak pepsi float tu?

Cik SHiNJU said...

tetiba rasa nk p A&W pasni...

aLya maNip said...

kerana akak pepsi float asada suka pepsi float smp skrg ea?hehe