Wednesday, July 06, 2011

Summer Di Mesir : Suasana Petang Di 10th District, Nasr City, Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Suasana petang semasa musim panas di Mesir sentiasa meriah. kalau dekat dengan kediaman saya di sini, kita boleh lihat orang bermain futsal di mana-mana terutamanya di dataran Suq Sayarat, 10th District(Hayyu Asyir). kalau hari Jumaat Suq Sayarat akan dibanjiri oleh kereta, pada hari lain pula akan dipenuhi oleh anak muda yang bermain futsal.

Di Mesir sukan bola sepak adalah sangat popular. tak hairan kalau tengok budak kecik tepi jalan main bola dengan skill yang super hebat. pasukan bola sepak Mesir sudah banyak kali menjuarai Liga Bola Sepak Piala Afrika.

Dataran Malaysian Students Complex Hayyu Asyir.

Dataran di kompleks kediaman pelajar Malaysia turut menjadi tempat budak-budak arab ni main. boleh kata sepanjang masa ada budak arab main bola. student Malaysia biasanya main futsal sekitar 7 pagi dan petang selepas asar je. waktu lain budak-budak arab lah yang conquer.

Dataran Suq Sayarat 10th District, Nasr City.

Banyak padang futsal boleh diwujudkan dalam dataran Suq Sayarat yang luas ni. orang yang main pulak dari pelbagai negara. Dari Arab Mesir, Nigeria, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi negara lain.

Pernah jugak main futsal di dataran Suq Sayarat. kawasan ni sangat sesuai jadi tempat beriadah sebenarnya. ingat lagi dulu rajin berjogging di Suq Sayarat, tapi sekarang kawasan ni jadi kawasan menakutkan di awal pagi dan lewat malam. banyak sangat kes ugut, geng mengugut berkumpulan guna parang pun ada!

Senja di Nasr City, Cairo. gambar diambil dari tepi jalan utama yang menghubungkan 10th District dan 7th District (Hayyu Sabek). Nasr City juga disebut sebagai 'Madinet Nasr' di Mesir.

Nota kaki :
Suasana Suq Sayarat pada hari Jumaat sangat berbeza pada hari lain. dalam entri Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir saya ada letak gambar sesak dengan kereta di situ.

30 comments:

syAzAnA said...

wahh. besar gila tmpat dia. best main tuuu...

#7 Wordless Wednesday!

ProfHariz said...

Alangkah indahnya kalau aku disana.. Ohhh

nadzwareina said...

seronoknya tengok pemandangan kat mesir.. belum berkesempatan nk ke mesir lagi.. ada 2 org adik kat sana, insyaAllah tahun dpn akan pergi melwt dorg :)

Azhafizah[フィザ] said...

indahnye summer kat sane..ingatkan takde futsal disane..ade jugak aktiviti meriah yang merehatkan badan.sonok tgk pemandangan tu!

[sutera kasih] said...

camya duhal suasana di sinun..lebih krg sama jak la owhh..mun mlm?

Hans said...

owhhhh
orang Malaysia xleh join diorang main ke?

Wordless Wednesday #5

ASaDa RyutaRo said...

@[sutera kasih] :

mun malam sik tentu. kadang ada sidak main, kadang sikda. tapi kinek tok nang agak menakutkan mun nak main d siya waktu malam. ramey gilak penjenayah. huhu..

ASaDa RyutaRo said...

@Hans :

boleh je join sekali. tapi budak2 ni lebih selesa main sesama sendiri kot..

||aLeaSaRa|| said...

slm gd mng!ok juga ye ada juga outdoor activities.kami semua doakan agar bro dan semua student di msia dilindungi Allah sentiasa.yelah tak kan nak study je kena juga beriadah.sabar jelah ye,terpaksa korang budget time yg sesuai utk main futsal.

[sutera kasih] said...

@asada: ohh duhal giya tek..dasyat juak sinun paduhal ohh, kmk pk sinun gik aman & slmt, cz pk tek org mesir bait smua..so ktk iboh main gik mun dh mlm hoho

NunAlifNunAlif said...

Huuuu~~~ macam ni ke Hayyu Asyir sekarang...hehehee...

lama sungguh tak jejakkan kaki ke asyir... :p

caliph shuriken said...

aktif jgak diorg layan futsal kt sana ^^

kyo_9 said...

err..
sana waktu siang dia brape jam ek??
x panas ke main futsal pagi2??
Jpon skang dah mula panas melampau..
minggu lepas main bola dari pagi sampai tengahari, sun burn kaw2 -_-"

M a W a D D a H said...

asada pandai main futsal ke?? kehkehkeh....:p

iPai said...

owh ni kira padang yang sama laa ni ?

missSenget said...

hey..hey..

jaga diri elok2..

jangan suka keluar malam ok..

takut bertambah calar di muka..

isk.. T__T tba2 je caring kan..
muahahaha

JIJI YU said...

ahahah aku dok lawan ngn geng2 mesir tak pernah pulak geng die menang..

yatie Awang said...

tempat yg luas, bagus untk main bola,

aLya maNip said...

glemer gak futsal ea..ingt malaysia je maen futsal..hihi..

rest minda lepas penat stdy ea.. :)

Kimmy Ai said...

Bola bola dan bola.

anywhere pun main bola..

Egyptians love football~ ;)

d_tieah said...

Wah.. Kacak jak upa Mesir.. Pandei juak daknya main futsal.. Hahaha.. Rasa cam orang Malaysia jak pandei.. Ngee :)

najihah sahami said...

oo..baru tau yg mesir ni pernah jadi juara semua tu.ehee....mesti hebat kan. org arab dah la kasar2 dia punya badan.....

shandye. said...

how was the weather there ekceli eh?

org cakap panas kering, tak serupa panas di malaysia. betul ke?

iPai said...

takut ye kene ugut .. cam dasat je ..

iKhRam said...

pemandangan yg luas.. tp yang menarik perhatian saya adalah tiang elektik yg besar tu..

Fathiah Hamim said...

luas kot. best la.

Ana Farhana said...

seronok dpt tgk gelagat kat tmpt org.....:)

Cik Fatin Shukri said...

summer kat cairo ?. mesti best kan ?. hrmm .. teringat cite ketika cinta bertasbih !!

MiRa said...

kaki bola la ni ea. bile tgk laki ngn bola rse byk prsmaan. kdg2 kat tepi umh pun mreka leh main bola kalo dh xde sgt tmpt kn. btw mesir. nice!

laskar pelangi said...

woooo!cam best petang2 tgk budak men futsal..bila lah leh jejak kaki kat mesir sana tu haaaa