Tuesday, May 31, 2011

Makanan Sedap : Pizza Italia Arab

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kali ini memperkenalkan kepada pembaca pizza Italia Arab, salah satu makanan yang sedap di Mesir. tak tahu lah pada tekak orang lain. pada saya memang sedap, lebih-lebih lagi kalau ada orang belanja free. hehehe..

Kena tunjuk kedai pizza nya dulu. ini adalah kedai pizza yang paling dekat dengan rumah dan sering jadi tempat melempias nafsu makan saya. sebenarnya saya belum jumpa kedai lain yang menyediakan pizza lebih sedap dan murah dari kedai ni di kawasan terdekat.

Menu biasa yang saya pilih adalah Pizza Italia Ayam, medium. meh saya tunjukkan sekali bagaimana cara membuat pizza Italia Arab nih. sebab dah selalu tunjuk muka kat kedai tu, saya pun minta izin nak ambik gambar untuk dimasukkan dalam blog. hehe..

Mula-mula, doh atau adunan roti dileperkan dan dimasukkan ke dalam acuan pizza. kemudian terus disapu dengan pati sos tomato. biasanya brader baju ungu tu buat sorang, tapi masa saya datang ni, ramai pulak yang order.

Kalau nak bandingkan etika penyediaan makanan di Malaysia dan di sini, memang sangat jauh perbezaannya. tengok je abang baju biru tu, selamba badak merokok sambil buat kerja.

Seterusnya, brader baju ungu ni tabur isi ayam dan keju mozarella di atas pizza. boleh mintak lebih keju kalau nak. hehe.. ini satu kelebihan berbanding beli pizza di tempat lain. saya lebih yakin nak makan sebab orang tu buat depan mata.

Dah sedia untuk dibakar di dalam dapur. warna hitam tu hirisan buah zaitun, lepas tu ada tomato dan cili benggala hijau. kalau Pizza Hut punya, haruslah lebih gempak topping atas dia. tapi, apa yang patut anda tahu, harga pizza ini dua kali lebih murah dari Pizza Hut!

Tadaa.. selepas beberapa minit dibakar, maka siaplah pizza pujaan hati. simple sajor.. abang baju biru tadi potong pizza ni dan siap untuk 'take away' saya. sedap di makan dengan sos cili Malaysia. buat pengetahuan pembaca, di Mesir tidak ada sos cili macam kita di Malaysia. sos kat sini kebanyakannya sos tomato. ada pun sos cili, mesti dengan campuran tomato dan agak kurang ummph pedasnya. tak dinafikan wujud Sos Thai dan sos import lain kat sini, tapi harga lebih kurang sama dengan emas! hahaha..

Sejarah Pizza.
Pizza adalah makanan yang cukup popular di seluruh dunia. namun tiada sejarah yang jelas berkenaan asal usul perkataan 'pizza'. pada tahun 997, pizza merupakan makanan bagi warga miskin dan belum dianggap sebagai resepi yang agung. sehinggalah pada tahun 1889, pizza melonjak menjadi resepi yang popular apabila pizza khas yang dibuat oleh Raffaele Esposito dan isterinya menjadi kegemaran Ratu Itali. lalu pizza yang dipenuhi sos tomato, keju mozarella dan daun basil itu diberi nama Pizza Margherita.

[maklumat berkenaan sejarah pizza ini saya google, mungkin siapa yang pernah ambik subjek kulinari lebih arif tentang sejarah dia.]

Nota kaki :
saya masih mengalami masalah internet sejak dua hari lepas. dah macam duduk dalam gua jauh di pedalaman sebab tak tahu perkembangan dunia lain. adeh! semoga cepat la internet saya ok.

27 comments:

Gayahspears said...

sedapnyer Pizza~!!!
nak2.. adess.. baunyer sampai ke Malysia..hahaha

Keyyah said...

tetiba ja lapar tgk pizza ni...

NIA said...

perghhhh.dah lah skang ni macam teringin nak makan pizza.boleh pulak pakcik ni buat entri pasal pizza.sabor je lah.

Tieah Madian said...

Nyaman jak upa pizza ya owh.. Huhuhu.. Tapi nak,, yang sorang ya merokok ka??? Aie.. Jaik jak upa merokok time molah barang makan.. Ngee :)

*Tedah xda sos cili.. Paksa berbekal lah owh..

Unknown said...

kat tonto banyk weh kedai piza best2..

ceksumolek's said...

mesti lagi sedap dari TGI friday yang sumi makan semalam.. nyesall -__-"

Izza - Jiejah said...

nmpk tempting .. kene bawa bekal cili sos byk² la gitu hihi

Unknown said...

asada..jgn2 abu rokok ya masuk sekali dlm pizza ktk nak..hehehe

Azhafizah MN said...

wahhh..oishii desu ne..nak jugak rase!

Anonymous said...

nak la asada. nak~

noname said...

pizza mmg sdap.mesti pnah mkan khusyairi kn*lari tajuk skejap,tp nk citer,lpas mkn kushairi tros pning kpala,so smpi skrg dah x mkn.haha
tu jer nk cite. :P

[sutera kasih] said...

wahhhh pizza...anta sitok sigekk!!

Anonymous said...

ouh ok.. nampak macam sangat sedappp~

Juliet_iRa~" said...

wah sedap nampaknya pizza tu..:)
have a nice day!

RHI said...

bukan kata piza itali, piza kat sini malaysia pun belum pernah makan

Unknown said...

hayukkk..pizza tuh dah kene jangkitan asap rokok...

Andaforex V 1.01 said...

1 je yang tak best kat banyak-banyak picture tu..ada patut merokok sambil buat pizza..aduh..sedapnya kalau termakan Pizza habuk Rokok

Bapak said...

baru tahu kt Mesir susah nak dpt sos cili, ye la orang Arab mana makan pedas2 cam orang Malaysia..hheheh

eva said...

wah tang nyaman jak piza ya.. gebu n tebal. alu lapa awal pagi tok.. haha

Hajib said...

kalo pizza arab kena letak kurma... baru ada uummmpphhh...

thecomradz said...

kalau lah ada yang bukak kat Malaysia

Liyana Zahim said...

Mcm sehedap.. Sehedapkah?

Amoi said...

FFFuuuu

lemak dan berkerrrrimmmm!

aindzaya said...

hamboi siap ada resipi lagi..
pasnie buleh da buat kat m'sia..
2x lebih murah dari pizza hut~

THE GREEN said...

hohoho... bestnya..sambil jalan2 cari makan...

CIK TOM said...

nmpk sedap!belanja cik tom 1!

iPai said...

Hye .. wah kita leh tgk dia buat pizza ke ? bagusnya .. kalau kita tunjuk cara buat pizza ala bujang kat sini boleh ? Ia dipanggil Paratha Pizza Kebab

Selamat menjamu selera ye