Wednesday, May 18, 2011

Relaxation Meditation Hilangkan Kekusutan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Balik dari ziarah ke Tanta dan Mansurah hari Sabtu lepas, selsema datang temankan saya. tak dapat nak tolak kedatangan selsema ni. silap saya jugak tak ready baju tebal atau sweater bila berjalan jauh di malam hari. sampai rumah pukul 12.30 tengah malam, bersin tak sudah-sudah.

Bila selsema, rasa mau hempas je hidung kat dinding. susah betul nak bernafas. lepas makan Flurest semalam, mucus berlebihan mula berkurang. tapi malam tadi sakit kepala pulak yang datang. ahh.. dah macam sinus infection plak. akhirnya saya menikmati sakit yang datang. baringkan badan di katil, picit-picit dahi sambil dengar bunyi yang mendamaikan.

Mungkin anda pun boleh cuba. dengar bunyian yang damai, rehatkan badan, sambil tu pejamkan mata. ini terbukti boleh menghilangkan kekusutan dan mengurangkan stress. cer cuba.. cer cuba.. saya lebih suka dengar deruan ombak di pantai. menenangkan..

For more relaxing sounds, visit here [Relaxing The World]

Ingat lagi kata-kata ustaz saya dulu, sakit yang datang sebenarnya perlu dinikmati. baru tak rasa sangat bebanannya. maksudnya, nikmat dapat rehat di asrama dan tak perlu datang kelas. hehe..

Alhamdulillah.. rasa kurang sakit kepala hari ni. tapi tetap perlukan rehat. esok ada program ceramah motivasi pelajar. Jumaat ni pula akan ikut ziarah ke Alexandria. semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. amiin.

20 comments:

mcm ni lah said...

pergi urut je mesti lega stress dan sakit badan

cik nani said...

semoga cepat2 sembuh..sy nak exam ni..doakan ye..huhu~

laskar pelangi said...

jangan lupa mam ubat

Aisumi Chan Kawa'i said...

get well soon.. musim org xsehat skrg nih..

najihah sahami said...

cewwah...ni macam terapi bunyi la eh..hehee

hana said...

wah..
nk gi pantai la..
nk tengkan minda..

[sutera kasih] said...

semoga cepat sembuh :)

yatie Awang said...

Amin....cepat sembuh, selalu sangat sakit ni..

Salmiza S. said...

beznya sound neh... real bangat! btw, get well soon! =)

missSenget said...

moga kite cepat2 sembuh oke~!

hahaha..

tak nak makan ubat bole kan..

ain dzaya said...

nie kes ta makan ubat ikut waktu lanie...hope sembuh secepat mungkin!!

shandye. said...

dolu2 cheq buat yoga dgn member2 cheq. siap invest beli yoga mat n seluar yoga kat giordano lg tuh...

ekceli mmg berkesan yoga ni. eksesais dlm yoga buat kita fokus, tenang dan alert. oh... dan badan rasa ringan dan cargas je lps tu.

then, fatwa haramkan. sedih kejap sbb takde dah event2 pg yoga sama2 atau buat yoga kat tepi feringghi.

ngee...

zacky ~786~ said...

semoga cepat sembuh :D

M a W a D D a H said...

tgh dengar deruan ombak....ala asada...teringat kat kg lar....huhuhu..terbayang2 main kat pantai tu...tetiba rase nk balik kg...ngeeee...

rase sedikit tenang...:)

M a W a D D a H said...

masa kecik2 dlu selalu gak lepak kat pantai, tido kat pantai...bila pejam mata, memang rasa feelnya yg sama mase budak2 dulu....tul ckp...

Hans said...

rehat elok2 abang asada

Filem Nur Kasih The Movie Tidak Akan Ditayangkan Di Mana - Mana Siaran Berbayar : Satu Langkah Yang Bijak

aLya maNip said...

get well soon asada!!!

Redbloodsnow said...

alolo..cian. get well soon ea :)

Sylangster Pressure said...

dgr bunyi ombak ni buat aku nak tido la pula..haha..anyway, tengs ye bro!

Moon said...

ada datang mansoura eh last week?rasa mcm nampak awk.kat restoran gmn.ada pegi tak?