Tuesday, May 17, 2011

Senyum Senyum Sikit

Seorang lelaki menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. oleh kerana bilik hotel menyediakan komputer riba dan internet, lelaki tersebut mengambil kesempatan menghantar e-mail kepada isterinya. tanpa menyedari alamat e-mail yang salah, dia terus menghantar e-mail tersebut.

Di Kedah pula, seorang janda baru saja kematian suaminya. sampai di rumah selepas majlis pengebumian, janda tersebut mengambil keputusan menyemak e-mail untuk melihat sekiranya ada mesej daripada saudara-mara atau teman-teman.

Selepas membaca e-mail pertama, si janda tersebut pengsan. anak lelaki janda tersebut bergegas ke arah ibunya lalu terpandang mesej di skrin komputer :
To : Isteri kesayanganku
Date : 1 May 2010
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. abang harap perjalanan sayang ke sini nanti lebih menarik dan bermakna seperti yang abang lalui ketika ini.
Lepas tu anak plak yang pengsan. boleyy??

**********

Di dalam kelas anatomi, sekumpulan pelajar perubatan berkumpul melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. mereka berdiri mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor." kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat."

Sebagai contoh, pensyarah itu memasukkan satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula lalu menjilat jarinya.

"Sekarang, cuba kamu buat." arah pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah pelajar tersebut sanggup mengikut apa yang mereka lihat. seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka seraya berkata,

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk."

SEKARANG, TUMPUKAN PERHATIAN. PAHAM!!!


Nota kaki :
cerita rekaan saja. takde kaitan dengan sesiapa.. mybe ada yang pernah baca atau dengar kat mana-mana. saya taip semula penceritaan, jalan cerita sama.. =P

Semoga ceria selalu (^^,)

43 comments:

Salmiza S. said...

hahaha.... observant tuh penting! =)

zulaikha said...

harus ada yang pengsan kalau baca email dengan situasi macam tu.

yatie Awang said...

cerita yg pertama memang boleh senyum, tp cerita ke dua, Ya Allah...nak muntah pulak rasanya hahah...

Daniel Ihsan said...

aku suka cerita no. 2..hahahaha..memang troll habis...hahaha

Akibat Terlalu Lama Tidak Mengadakan Hubungan Suami Isteri..

cik heroin said...

Hahahha yg 1st lwak. hoho

TunTeja said...

hahahaha....lawak2.

Aku Huduh ! said...

hahahaha.. cerita paling atas kelaka.. :)

ainakhani said...

cite yang kedua tu eeeee... kalau jadi anak murid aku tumbuk cikgu tu.. hahahahaha JK :P

sugar2 kapas strawberry said...

hehehe.cerita kedua sgt menarik..kekekke.tp btl la..kena tumpu perhatian.

Aisumi Chan Kawa'i said...

hahahaaa.. hah sudahh~ jilat jari yg dimasukkan dalam mulut mayatt.. weeuu..

m!3yr4h_LolLy said...

lawak r wei.. hehehe.

AmalAdhwa said...

haha...sian anak murid dia..
x ckop teliti lg...huhu

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wakakakaka.. mau tak pengsan anak bini org tu
cerita kedua penuh moral walau kelakar

cik nani said...

hahahha...nice..baca ni di kala stresss..tenkiu encik asada..=)

Cik Yatt said...

ahaa...kesengalan

Imran@Copenhagen said...

haha..nice you make my day better

Aqila Safuan said...

ahahahahahahahahahahahahhahahahahhahaha.

AiDa AzRyN said...

mmg sengal! haha.. XD

zacky ~786~ said...

cerita kedua .. best.. haha..

merahitujambu said...

ahahaha..lawok yang atas tu..adeh...

M a W a D D a H said...

cerita pertama macam pernah dengar...hehehe

cerita kedua, geli aku baca...hahaha...

Nobita Sensei said...

nice~

shandye. said...

sedikit hairan. kakak saudara juga menuntut kedoktoran. dia kata memang ada prosedur serupa macam tu.

nak periksa kualiti apentah.

saya bkn budak medic so saya angguk ajela tanda faham. hahaha...

AISHA INANI said...

NICE STORY!!!
muahahahhaa.

sengal gilaa cikgu diaa. grr~

dak eina said...

kahkahkah! xpenah dgr pon cite nie.. yg tang cite kedua tuh, ade la iras2. huhu

baby_busyuk said...

klako~ :)

NadellaZahare said...

seperti tadi, saya masuk kan jari hantu dan menjilat jari telunjuk. Kah kah kah. .tipah tertipu mak

aLya maNip said...

uwaaa...cite yg 2nd tu zalim la..hahaha
cian student dia yg x fokus.. :)

BUNGA said...

haha,.. yang kedua tu rasa mcm x sanggup jer nak baca..

nur aisya humaira said...

Assalam Asada..:)

ehh?yg mayat tu kotor..tu laa, tk perati betul2 kan da kne tipu..hehe

Asada amik medic ehh??

ain dzaya said...

patutla cam penah nmpak text nie..hehe
senyum2 selalu..even pening pening...

sizuka[Izzati] said...

OMG yuck gila cerita nombor dua.HAHAHA.

mykhalis said...

macam bongok doktor ni.. Khalsi boleh bayangkan dr house je wat camnie

nORmAL said...

cerita pertama dah bace..
tapi cerita kedua belum bace dan sangat menarik.. hebat pensyarah itu hakhakhak..

najihah sahami said...

haha...fokus tu penting. kan kan??

Fathiah Hamim said...

hahaha ngengsss

mad khaz said...

hahaha,nice bro!

observation tu penting XD

Sayang Amirah said...

yg 1st tu best.. bukan lawak je.. ada unsur menakutkan..
haha lolz

hana said...

hahahannn.
kesian gile student nye..
agaga~

[sutera kasih] said...

yg 1st tu penah dgr dh..kesalah fahaman hehe

yg 2nd tu kena dgr arahan dgn teliti kalo tak, sndiri kena la hehe

Authors Yang Stress said...

terbaek la asada...like giler citer first tu... :-))

maCy said...

ya Allah. yeyek~ kotonye yg 2nd! huhu

Armiza said...

ok. senyum dah baca...x sikit. banyak..hihi..

errr...macam tu skalikah kena buat...