Tuesday, May 24, 2011

Menjenguk Iskandariah : Bandar Tepi Laut

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Jumaat hari tu, sekali lagi berpeluang menjenguk Bandar Tepi Laut, Alexandria. pertama kali pergi dengan van yang bercampur dengan orang Arab lain. biasanya saya pergi dengan van sewa yang dicatar, kereta sewa atau keretapi. kira pengalaman pertama jugak lah walaupun sebenarnya dah banyak kali sampai ke Alexandria.

Duduk sebelah Orang Kaya Yusri. dah macam orang buta bila pakai cermin mata hitam.

Salah satu ragam bila ambil van di Ramsis adalah menunggu van penuh. selagi tak penuh, selagi tu tak bergerak. lebih setengah jam menunggu, layan pakcik driver van ni jerit-jerit cari orang nak pergi Alexandria. dalam hati dah risau takut lambat sampai ke Alex.

Perjalanan tiga jam agak seksa bagi saya apabila berhentakan di dalam van dengan perut yang sedang lapar. nasib baik driver van singgah sekejap kat stesen minyak Shell, lalu saya pesan kat member suh beli roti. ada jugak untuk alas perut.

Alhamdulillah kami sempat sampai ke Mau'af Gadid, pusat van sewa Alexandria sebelum solat Jumaat. selepas solat di situ, kami berkumpul semula dan ambil van sewa lain untuk ke destinasi seterusnya di bandar tepi laut.

Tunjuk perasaan aman di depan Perpustakaan Iskandariah (Alexandria Library).

Dalam perjalanan ke tengah kota, nampak ada beberapa kumpulan tunjuk perasaan. selepas revolusi 25 Januari lepas, rakyat Mesir kerap mengadakan tunjuk perasaan aman pada hari Jumaat. biasanya di depan masjid dan tempat lapang tumpuan ramai. saya kurang pasti tunjuk perasaan pasal apa. sekarang macam-macam isu telah timbul dan masing-masing ingin mempertahankan hujah kelompok mereka.

Bandar padat di tepi laut Mediterranean.

Tidak ada gambar yang betul-betul berhenti di tepi pantai. hanya sempat snap dari dalam van saja. pergi lain kali lah gamaknya kalau nak ambil gambar di tepi pantai. tujuan utama menjenguk ke Alexandria kali ni adalah untuk bertemu dengan geng-geng pelajar Sarawak di sana.

Interframe sementara tunggu orang datang ambil di depan Falaky Center.

Dah biasa sangat jumpa driver van yang ambil kesempatan. van yang dibayar hanya menghantar kami di simpang destinasi ingin dituju. nasib baik tahu nama tempat dan tidak malu bertanya. seorang brader Arab macho berkot coklat menunjukkan jalan ke Falaky Center. di situ kami tunggu gadis kenit Sarawak datang menjemput.

Mereka mai dah. sungguh pink.. ada yang berkenan?

Dua gadis comel ini datang menjemput dan membawa rombongan kami ke Asrama Mara Iskandariah. ini adalah kali kedua saya sampai ke situ tetapi pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bangunan Mara!

Sebelum program bermula, perut yang lapar harus diisi. sebenarnya program kami ditunda sejam dan masa itu digunakan untuk menjamu selera. hehe.. menunya nasi ayam dan sirap limau. sedap! tapi sirap limau agak kurang..

Gambar family ini harus ada. sepatutnya lebih ramai yang ada dalam gambar.

Selepas habis gathering, tiba masa perjalanan balik ke Cairo pulak. kami berjalan kaki ke stesen keretapi yang terletak tidak terlalu jauh dari Asrama Mara. kepala saya sudah ting tong, penat sangat dah kot.

Sempat ziarah ke Makam Nabi Daniel dan Makam Luqman Al-Hakim. sebelah kanan makam Nabi Daniel dan yang kecil tu makam Luqman Al-Hakim. sebenarnya saya tak perasan pun yang kami perlu lalu di El-Nabi Daniel Street untuk ke Stesen Keretapi! hahaha..

El Nabi Daniel Street. model ini tidak berbayar.

El Nabi Daniel Street merupakan salah satu tempat kunjungan yang agak popular di Alexandria. jadi tak hairan lah suasana di jalan ini sangat meriah dengan peniaga di kaki lima dan bahu jalan. mata saya pun melilau kiri kanan tengok bermacam barang yang dijual. kedai senjata api pun ade!

Medan Syuhada', Iskandariah.

Di penghujung El Nabi Daniel Street, adalah satu kawasan lapang yang diberi nama Medan Syuhada'. takde lah lapang bonar, ade lah pokok-pokok dan bangku-bangku panjang dan satu tugu di tengah-tengahnya. mungkin tempat ini ada sejarahnya yang tersendiri sehingga diberi nama Medan Syuhada'.

Kereta silver dan teksi kuning dalam gambar atas ni tidak bergerak secara normal. diorang reverse di jalan sehala!

Bergambar dengan Sue dan Dedeq di depan bangunan Stesen Keretapi yang antik.

Satu keunikan bandar Alexandria adalah tinggalan sejarah Rome yang masih kelihatan sehingga kini. banyak bangunan mengekalkan ciri senibina lama yang antik, tetapi malangnya tidak diselenggarakan dengan baik. bangunan stesen keretapi ini salah satu contohnya..

Peace! masa ambik gambar ni, siap lari-lari kat situ. hahaha..

Kitorang balik ke Cairo dengan keretapi pukul 6 petang. lepas beli tiket, ada lagi 20 minit sebelum keretapi bertolak! punya la kalut.

Masa pergi ke arah keretapi, sorang pakcik tiba-tiba rampas tiket saya. katanya nak tunjuk mana gerabak keretapi saya. awas, itu adalah taktik nak minta tip. jangan di layan.. saya dapat ambil tiket tu semula, tapi sampai ke dalam keretapi dia kejar nak upah! huh.. nasib baik keadaan terkawal. saya tetap tak bagi upah sebab dia tak buat apa pun.

Perjalanan ke Cairo memakan masa lebih kurang 3 jam dengan keretapi. ingat nak sampai rumah sebelum pukul 10 malam. akhirnya hampir pukul 12 malam juga sampai rumah dengan penat lelah dan kepala ting tong.

Terima kasih kepada warga Iskandariah yang meluangkan masa bersama rombongan kami. lain kali kitorang pergi lagi. hehehe.. dalam bahasa Arab, Alexandria di sebut sebagai Iskandariah.

More info about Alexandria : [wikipedia, Alexandria][www.touregypt.net/alexandria/]

Nota kaki :
punya lah panjang entry ni, terima kasih sudi melayan ke ayat terakhir. ada masa, ada terluang waktu berjalan, insyaAllah akan saya cerita lagi. (^^,) senyum selalu.

37 comments:

...:i'm ezza haniza:.... said...

awesome.

Syafiqah Sabki said...

ouh saya dah pergi alex utk kali ke 4 lah termasuk yang inih..haha

ain dzaya said...

waa..beznye..
bila la lagi dapat kesana...

sizuka[Izzati] said...

kemain berjalan yawww.haha.

Nida said...

Salam..

Alangkah beruntungnya diberi peluang untuk menikmati keindahan negara luar..:)

[z@ck] said...

agak2 mahal tak nak pergi sana dari NZ? hehehe

MissNadh said...

memang panjang. punyelah gagah aku abiskan bacaan dari mula smpai abis..fuh!

seronoknye dapat berjalan camtu..^^

M a W a D D a H said...

bestnya dengar org cerita pasal jalan2 nie...huhuhu...

asada, perlu ker bagitau yg sirap limau agak kurang sedap?? hahahaha..

uisshh..kedai senjata api pun ade..menarik utk diusya..:p

M a W a D D a H said...

asada..picture last tu sgt kelakar okeh!!! kekekeke

emieysandra said...

senyum lebar-lebar ye asada^^

yatie Awang said...

tak apalah nak pergi tak dapat, tengok gmbar jelah haha

Bui Idzra Ryn said...

wah..seronok nanggar gambar ktk melancong obersi..hehe..

JIJI YU said...

hahah..mase aku dok egypt tak terpikir lak nak wat blog kalo tak dah beribu dah kot citer aku merantau

Fathiah Hamim said...

aikk sirap limau pun boleh kureng rasa?
hehe

qellissa said...

oh mcm tu ye patent kat sana? sesuka hati dia je nak rampas2 tiket org..pastu tetiba nak mintak tips..ckp dgn dia boleh blah..hihihi

CutieIntan said...

wow...impress!!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

rasa macam turut berjalan bersama-sama asada bila tengok gambar2 tu..

=)

Nur Hawa Mohd Zin said...

bagus nye dapat pergi negara asia timur.... :)

laskar pelangi said...

adessssss! bila lewww nak sampai kat sana. menarik jer tempatnyaaa..ermm


peace! Heeee~(perli ada orang tu asyik peace jer gambar dia...)

Hik Hik Hik

nur aisya humaira said...

Assalam asada..:)

seronoknye jalan2,tpi aisya bce pun da letih ngan penat..haha..sampai malam ke sane ke mari...klu aisya memg da lme pengsan..haha

Nens Collection said...

bestnye,bile ler nk smpai sana..insyaallahh...

Aisumi Chan Kawa'i said...

type panjang2 pun xpe.. suka baca pengalaman di tempat org nih ^__^

NADIAH KZAMAN said...

wah wah..syoknya jalan-jalan..suke bace entry ni..! have a great holiday!

maCy said...

gambar famili tu xleh blah. asada yg xleh blah! haha

Alan Rizque said...

Tak pernah sampia lagi..ada impian gak nak jalan-jalan kat sana..

meaw said...

waaaaaa,bestnya! teringin sekali nak kesana tapi apakan daya, duit non hado,wekekeke

Rafi Nilhan said...

alex.. ingat kan kat england ke pa..haha

Nadee Nadoo said...

nak gak pegi sane....kalau ade jodoh....

Nava Krishnan said...

Its nice to see you had a great time, suppose this is the joy of traveling and seeing places.

Anonymous said...

best giler ni jalan2......

Peri PiA said...

dah tenang kat sana,ke mmg tenang?
Alhamdulillah

shandye. said...

moar picture!! MOAR! hehehe...

swonok le dia tuh dapat jenjalan...

jeles kejap.

hantu said...

jelesss2.huhu

arekymz mukmeen said...

pergi alex ke?
ade member la kat sane.
wahaha.
best betol bace ni.
mcm bace ape org ckp.
dokumentari.
kire yg nak mintak tips tu kalo kat msia ni yg tolong bg parking then bajet2 kan untuk kite la kan?
pastu nak upah.
padahal xmintak tolong pon.
susah2.
huhuhu.

khairul_bariyyah said...

tetibe nampak asada tinggi dlm gmbar2 ni.. hmm, pelik2.. :P

Juliet_iRa~" said...

best nya dpt berjalan2..:)

Moon said...

rajin betul tiap2 minggu pergi berjalan eh..bestnya.. :)