Sunday, July 25, 2010

Cerita Dari Taman Impian

Salam semua.. semoga ceria selalu dengan senyuman manis. kepada yang dirundung sedih, semoga sabar dengan segala dugaan. hadapi dengan senyuman. yeah!

Kalau ikut plan asal, khamis hari tu nak berjalan-jalan ke alexandaria. tiba-tiba ada aral yang melintang, terus tukar plan pergi ke Dream Park. ini sebenarnya kali kedua aku pegi dream park ni, tapi kali pertama dulu tak dapat masuk sebab dream park tutup pkul 7 petang masa winter. kitorang sampai time tu dah pukul 7! hahaha.. itulah padahnya bila tak tau masa operasi dengan tepat.

Rombongan kali ni seramai 12 orang termasuk guide khas bertolak pukul 3 petang dari rumah, sampai kat dream park pukul 5 camtu. orang agak ramai la, kalau tak ramai bukan park namanya. nasib baik tiket kitorang dah dibeli awal-awal lagi oleh Hankie [guide kitorang]. apa yang bestnya, banyak game-game yang free!

Meh layan gambar, sambil tu aku bercerita..

Ambik gambar dengan otai sebelum masuk. bang adiey dah pegi 3 hari sebelum pegi sama-sama kali ni. dah la pegi senyap-senyap. isk.. isk.. nampak kecik giler berdiri sebelah bang adiey, act beliau yang besar. err.. tengok rambut, sapa lagi best? hahaha..

Pintu gerbang masuk Dream Park. diorang siap eja dalam bahasa arab lagi, 'DREAM BARK'. [pic model sambilan tanpa gaji].

Masuk je kat dalam dream park, Hankie bagi penerangan sikit, cam lawatan sambil belajar time sekolah je kan. hehe.. ye la, tak nak la kitorang nanti berpecah, sebab kawasan sangatlah besar. jenuh jugak kalau nak mencari. lepas solat asar baru kitorang start adventure. [terasa hot la pic kat atas tu. lalala~]

Benda pertama kitorang main, falling boat. nama ni aku yang bagi pasal jantung aku dah jatuh sekali gara-gara boat ni. first round aku tak main sebab tak nak basah. bila tengok geng-geng lain yang main first tu tak basah, aku nak jugak la main. diorang pun join main lagi sekali.

Diorang ni pandai, pilih duduk barisan tengah-tengah sebab tak nak basah. so aku ngan ard kena duduk barisan kedua kat depan. masa mula-mula boat ni meluncur turun membuatkan jantung aku berhenti berdegup sekejap! siyes macam nak jatuh. jerit tak ingat punya..

Si ard tu, dari atas sampai ke sudah menunduk. tak nak basah punya hal. dan akhirnya.. orang yang duduk kat depan je tak basah. semua yang kat belakang tu lebur. Hankie la yang paling teruk basah.

Ni dia muka bangga sebab tak basah. tu la berlagak, mula-mula tu siap perli-perli lagi sebab aku ngan ard tak main. kan dah basah bila duduk satu boat dengan aku. lalala~

Masing-masing lap muka. baju kering di badan. adik aku pun termasuk dalam golongan yang basah jugak. hahaha..

Roller coaster benda kedua kitorang main. 5 orang je yang sanggup nak main. untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali aku naik. sangat excited!

Masa mula-mula bergerak sangatlah riuh suara gelak-gelak. bila benda ni meluncur turun dengan laju, aku terus takde suara! hahaha.. cuak giler! dah la tinggi, terasa cam nak jatuh dari kerusi tu pun ye! siap bergulung terbalik dengan lajunya.

Entah sape punya idea la buat permainan ni. walaupun sangat best, tapi sungguh mendebarkan. pakcik yang duduk selang 3 kerusi depan aku tu muntah masa roller coaster dah slow. nasib baik tak muntah time tengah laju! adeh.. sesiapa yang nak main benda ni, sila pastikan anda tidak makan dengan kenyangnya.

Game seterusnya aku tak join. hanya tengok saja, ada yang menembak, tapi kalah dengan budak-budak. huh! paling menarik tengok adik aku ngan edeq naik kapal yang berpusing-pusing. dah la tinggi, pusing laju pulak tu. [khusyuk je tengok benda tu berpusing]

Masa turun, edeq nangis! hahaha.. tu la nak sangat maen benda yang memeningkan. adik aku pulak jalan terhuyung dah keluar dari kapal kecik tu. kalau bab main yang berpusing-pusing confirm pening tu, tak yah ajak aku. tak sanggup.

Sementara tunggu geng-geng lain maen kapal kecik berpusing tu, aku sempat gak membuktikan kekuatan memecah rekod orang-orang berbadan besar. hahaha.. tapi hampeh! rekod paling besar aku takat 89 je. rekod brader jaga tukul tu 154!!

Dah lewat petang kitorang berbaris nak main bumper car. benda ni yang paling aku suka. kalau leh lama-lama memang semua orang aku nak langgar. tapi malangnya...

Diorang dah berpakat! uhhh! aku pulak yang teruk kena langgar.. asyik tak sempat je nak melanggar orang lain dengan jayanya.. awas! main benda ni boleh menyebabkan sakit tulang temulang.

Lepas maghrib kitorang teruskan lagi meneroka taman impian. masing-masing dah lapar, makanan tanggung sendiri. diorang masih lagi dengan main benda yang berpusing-pusing memeningkan tu. isk! aku join time main game indoor je. [gambar melompat mesti ada. hehe..]

Ambik gambar ngan dinasour. ni semua geng pengembaraan taman impian. huhu.. time ambik gambar ni tiba-tiba black out kat bangunan pintu masuk!! tapi dalam 2 saat camtu je la.

Ini game feberet kat sini. ramai giler yang beratur nak main. tapi aku tak sanggup nak main, sebab dia ada unsur-unsur memeningkan selain mendebarkan. abang adiey siap offer sponsor tiket main benda ni, tapi hanya sorang je sanggup main ngan abg adiey.

Tengok saja hasil selepas main benda ni. semua orang pucat!! buaian tu berhayun lebih 180 darjah! lepas tu ring seat tu pulak berputar. dua orang makwe arab yang sama-sama berlepas dengan abg adiey tu sampai rebah nak pengsan..

Sementara tunggu abang adiey n harith main benda ganas tu, geng-geng lain tengah syok main kapal berpusing yang lebih advance. uhh..

Last game kitorang yang paling ditunggu-tunggu, go kart!! tapi takde plak gambar time main go kart. bateri kamera dah flat. hahaha..

Sebelum keluar dari dream park, sempat lagi masuk ke sini. aku ngan 4 orang lagi siap main snuker[takde la hebat, beginner pun bukan. hahaha..]. hampir pukul 12 malam baru kitorang keluar dari dream park. sebelum balik, mengisi perut kat kfc dlu. habis je makan, terus pakcik driver van datang ambik kitorang..

Benda ni belum aku main. kerusi yang melambung ke langit. kalau ada kesempatan, nak jugak main. hehe..


nota kaki :
Waahh.. entry kali ni sangat panjang. mulanya nak buat part 1 n part 2. tapi rasa cam tak best lak. jadi la benda ni panjang berjela.

Maklum saja, ni kali pertama aku main benda-benda mendebarkan sampai jantung jatuh. memang patut la aku teruja nak bercerita kan. hihi.. tambahan lagi, kali terakhir aku pergi ke taman impian ni adalah tahun 1995!! [sunway lagoon] sangat-sangat sudah lama..

70 comments:

ain fathihah fhm said...

bestnya main camtu! jeles2

ain fathihah fhm said...

err, asada, pipi tu nampak tembam. kamu gemok rupanya!

Cikbelog said...

wahh seronoknye!!

Mr. Asada said...

ain fathihah :
eh.. manade gemok??? still maintain macho dengan body ketul2 lagi..


dunspeak :
sangat2 seronok! hehe =P

hans said...

macam dkt Sunway
nak naik roller coaster tu
cam best jer


P/s : Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb!

Liza said...

berape ketinggian u ar? ekekeke.. best dia main kat sunway lagoon. Kita pun dh lama tak p. Last pegi masa zaman sekolah menengah. rombongan cik kiah.sgtlah jakun. Almaklumla, dari perlis ke kay ell...

Unknown said...

cantiknya gamba...best...best

Mr. Asada said...

hans :
kat sini ada 2 jenis roller coaster. yg kaki berjuntai ni la yg paling best. satu lagi cam keretapi kecik.


Liza :
teeeeettt!! tinggi yg takde la rendah sangat. hahaha..
sunway lagoon tu masih wujud lagi ke skrg ni? cam dh jd sunway pyramids je.. err..


si[jari] telunjuk :
yeah! ada photog yg sedang berjinak dengan dunia gambar.. hehe =P

aif said...

seronok main benda ne.....dh lame tak join

MOFASAD said...

KEH KEH KEH



david villa nie pendek gak rupanya



>>__________<<

Mr. Asada said...

aif :
seronok yang mendebarkan. boleh berhenti sekejap jantung tu berdegup.


farid mofasad :
hahahaha.. sengal. manade pendek, orang2 kat dalam gambar tu je yg lebih inci.. =P

Cik Bucken said...

seronoknye weekend kamu!!
nak jugaak mengadventure kan diri..uhuuuu

Ann said...

asada makin tembam la pipi tu....br perasann

enjoy sakan ye...jeles ni hehe

Zai Zamree said...

wah...bestnya...

M a W a D D a H said...

asada!!! hahahaha..jap2 aku nak gelak...

bukan apa rasa seronok je tengok percutian korang..nak tergelak pun ada...hehehe...

betul ke ko ni tak muntah dan tak pening2 masa naik bende2 alah tu..xpercaya lah...lalalala

asada..rendah erk..hihi...larikkkkk...

Dc said...

best la dpt main kat tmpt cmtu:) ngee~~

Keyyah said...

owh sewonoknya maen menda2 nih... boleh menjerit n melalak sepuas-puasnya..heheehe..

bab2 ketinggian, keyyah mls nak komen okeh..sila jgn bergambar dgn org yg terlebeh cm..ngeh3

zulaikha said...

tahniah cz rambut masih pacak walaupun dah main macam2... heheh....

aien said...

wahh.. bestnyer.. bila la nk dpt keberanian main benda2 tu semua.. hehe

asada rambut pacak?? hahaha.. macho beb.. lalala =P

Unknown said...

kalau saye sah2 le satu benda pun saye
tak main..
boleh tengok je la,,
tak sanggup la..

Faten Rosli said...

bestnye game2 kat c2.. sgt adventure..i like..:)

PUAN PIA said...

seronoknyee....nak2 sgt main...

tapi, bile tgk gambo nye , tibe2 jd cm kecut perut.. tp nak main jgk.. hehehe

Farah said...

Seronoknya Encik Asada . Kalau saya , tak dan la nak main semua benda tu

bukan penggoda said...

ASADA GEMUK!!!!!!!!!!!!!!!

keh keh keh.

dah puas jerit. bai.

E K A said...

bestnya.katne ni

Anonymous said...

best nye,...da mcm kat genting lak..
ni pon dlm perkiraan sama ade nak men game outdoor atau x bile da smpai genting nti...

nughul said...

mcm kmbl ke jaman kecik2 dlu jee asada nie..hihi

[noriza] said...

tak nak basah? tak macho la tu T_T sanggup dibiarkan adiknya kebasahan

hudamcgyver said...

uh bestnyerrrrr~~~

lame tak maen bende2 yang pening2 alat neh

eh, dream park tu kat ner?

Mr. Asada said...

Cik Bucken :
hoho~ saaangat seronok! hehe.. jom la g naek roller coaster. hehe =P


Ann :
adeh.. manade makin gemok. sama je la. maintain..


Cik Z@i Pen@nG :
sangat best! kalau dekat mmg nk je pegi selalu.


MaWaDDaH :
ek eleh.. tak cool la muntah2. putus jantung je. hahaha..
manade pendek, diorang yang sangat tinggi..

Mr. Asada said...

Dc :
beeeeessTt.. nanti kita pergi lagi ea. hehe =P


Keyyah :
menjerit tak ingat sampai hilang suara. hahaha.. tp time main roller coaster tu suara tiba2 tak keluar!
ek eleh.. sbnrnya, tu efek gambar je. sbb tu nmpak rendah. =P


Zulaikha :
hoho~ masih pacak! yeah! gunalah vital care hair gel. hehe =P


@ien_R@z :
naik je, tak yah nk tunggu berani or tak. hihi =P
hoOo.. macho ea? hahaha..

Mr. Asada said...

Diana :
ala.. tak best la klu masuk tp tak maen. kena try jugak ni.. hihi =P


Misz Fatin :
huhu.. buaian ganas tu la yg paling adventure. semua yg lepas naik tu mmg pucat lesu. haha..


Sofia :
maen je. kecut perut belakang kira. tp klu dapat pening tu yg tak best. hehe..


Farah :
sangat seronok! klu tak kecut perut, tak adventure la. hahaha..

Mr. Asada said...

Bukan Penggoda :
heh! dak ni.. manade gemok. masih semacho elijah wood lagi. hahaha..


Eka :
kat Egypt.. best! best!


Era_Zierah :
lebih kurang cam kat genting gak kot.[tak pernah g genting lg]. rugi la klu pergi tak maen yg adventure2 ni. tp klu yg memeningkan, kena fikir 2-3 kali. huhu.. karang tak larat nak maen benda lain.

Mr. Asada said...

Nughul :
hoho~ time kecik2 dulu tak pernah maen benda ni. tu yg dh besar excited nk cuba. hehe =P


[Noriza] :
hahaha.. asada menunduk time boat mula memercik air, tu yg tak basah. kira cool la tu sbb tak basah. hehe.. cmna lak nak mengelak orang kat belakang tak basah?


Huda :
sangat best! asada takde nya nak maen benda memeningkan tu sbb takut tak larat nak maen game lain. hehe..
dream park ni kat cairo, egypt.

Unknown said...

seronoknyeee!!!
>_____<

Anna Boleyn said...

salam..

ehh ni katne ekk. macam best je. macam best dari genting je. baru je buat entry sal genting baru2 ni. btw, game2 ni semua memang den paling takut nak main. tp nak merasa punya pasal.. main kan aje. siyes nak gugur jantung. adiosss..

p/s: 1st time komen sini... :) jemput datang ke HLN balik kay.

pu3mas said...

hahahha ada org padah ktk gemuk !!!

btw kmk ingn main benda alah ya eh.. tapi keberanian mek g ngerayo... xtauk bila nya mok dtg balit !!

Aida Azryn said...

bestnye.. huhu :((

Mr. Asada said...

Ery Farieha :
sangat2 seronok sampai tak terasa pun dah duk separuh hari kat dalam tu. huhu..


Anne Boleyn :
tak pernah lagi pergi ke genting, tak dpt nk bezakan. tapi game kat sini semuanya tinggi2. huhu..
tQ~ sudi2 la komen lagi nti. bukan dulu2 pernah komen ke? err..


Pu3mas89 :
xda mek tok gemok. kurus gik eh..
main jak.. gayat kecut perut ngkah belakang. hehe =P


Aida Azryn :
sangat2 best.. mybe klu free 100% bertambah best-nya.. hahaha

MizShuai said...

siyes, macam best giler!

http://awektocang.blogspot.com

aidalicious said...

wah bestnye,suke!!

zella y said...

syoknyer...ala2 tmn permainan kat genting... ;)

ezdevon said...

wah,,,,,besh nyer.....i like.....eheheheh..kat sni melawat...

[noriza] said...

rasanya asada start susa ati sbb banyak komentar cakap bdn die da naik.huk2 :P

¶A.K.I¶ said...

wah3~
mentang mentang da abs exam~
hehhe...
besnye dpt holiday! hummmmm

Ema Minami said...

wahhhhh~!! besssnya p main sana~
plg funny yg u crita adik u nangis..hehehe...kesian gak kat dia..;p

syaf said...

kenape kaw x bawak aku?

ad said...

bnyak orang madah kau pendek lam...hahahhahaha

khairul_bariyyah said...

wah...syoknye leh main2 macam 2.. dah lama tingin nak main kat genting.. tp,xde orang nak bawakk.. sob3.. hahaha..

eh,sape yg amek gambar time korang sume ngah main2 2? ke mmg ade cam yg amekkan? wee~

The lady said...

hamboi dia.. kemain lagi, dengan rambut baru yee.. hehehe macho la tu ;P

cikpia said...

best best!!!! tapi tobat aku takkan join.... not my type of games.....

nabilah_2908 said...

wah...seronoknya..lebih kurang macam di genting la yer.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DEMAM CEKODOK

syahira ariff said...

hahahaha
bestnya!dream park nie kat maner?
cairo ker

hmm,sy dulu hampir pernah kena muntah lelaki masa naik roller coaster kat time square
geli giler
euwwww

Syifa Alshah (wutwut) said...

bapak jeles!

- elina - said...

ishh, tak mau tengok dh gambar ni.
buat jeles je.
uhuk..
nak pegi jugak.
sobs sobs

Izan Ishak said...

wowweee...bestnya tgk asada pegi dream bark tuuu...!!! teruja...teruja...~~

bila tgk gambar asada ngan adek, trus teringat kat anak2 sedara saya. cam u all lah...dua beradik, abg ngan adik pompuan, pun belajar kat uni azhar... rindu kat dorang...huhu~~

♥ shiMawar ♥ said...

oo..mcm Genting Kota Keriangan le ek..best2..tapi best tengok jek..sbb rasanye dah serik nk main2 benda2 macam ni..

dlm hati tertanya2, kenapa le muntah pakcik tu tak kena asada..? kalau tak, mesti entri ni lagi gempaq daripada biasa..hahahaha.. :p

bukan penggoda said...

pasan gle maseh semacho elijah wood. jaoh sgt tu perbandingan yg diletakkan.

asada gemuk mcm pemain sumo. kih kih kih.

ad said...

Mesti best main kat sana kan?? :D

Anonymous said...

Asada! sangat seronoknye...
maCy sgt suka lagi2 yg pusing2..
kalo g dgn maCy t asada wjb maen ok??
~tp kalo maCy mntah sila buat ta nmpk.. haha

err... bila plak nak g ngn maC.. hahaha

Anonymous said...

aku tak nak jeles, lalu aku komen



macam tak best je tempat ni? xD

hans said...

wah
apa yg best yang berjuntai tu?
dia curam giler2 ker?

P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

Anonymous said...

ok.. bru dpt tgk gmba.. dinasor tu sebijik asada versi skrg.. wawawawa

~kes suka rmbut asada yg serabai la ni.. ki3

lumut said...

asada!!
oi oi...
datang dari blog macy..
besday kamu ker?
maknanye dah tue lah?
eh eh..=p

Anonymous said...

oit2 lumut.. bia die.. mamat ni bukan snsitip pn..
kte wt ape2 pn die ta sdar~ uhuh




maCy da blk 2 ari tau...

~ayt majuk gle~

Call me, Eyka said...

envy u!

PuanPepel said...

wah..bestnye......

tp gambar adalah terbaek dari ladang!

terokai seni said...

huiyooo aku tobat dah main roller coaster.. ko bg pree pon takmuh

SweetyMui2 said...

one word. WOW!
hehehe :)

laskar pelangi said...

Haish! pelangi tak leh naik roller coster...cuak kot..pernah naik kt genting lastyear...memang rasa cuak gilews...=DD