Salam semua.. semoga ceria selalu dengan senyuman manis. kepada yang dirundung sedih, semoga sabar dengan segala dugaan. hadapi dengan senyuman. yeah!
Kalau ikut plan asal, khamis hari tu nak berjalan-jalan ke alexandaria. tiba-tiba ada aral yang melintang, terus tukar plan pergi ke Dream Park. ini sebenarnya kali kedua aku pegi dream park ni, tapi kali pertama dulu tak dapat masuk sebab dream park tutup pkul 7 petang masa winter. kitorang sampai time tu dah pukul 7! hahaha.. itulah padahnya bila tak tau masa operasi dengan tepat.
Rombongan kali ni seramai 12 orang termasuk guide khas bertolak pukul 3 petang dari rumah, sampai kat dream park pukul 5 camtu. orang agak ramai la, kalau tak ramai bukan park namanya. nasib baik tiket kitorang dah dibeli awal-awal lagi oleh Hankie [guide kitorang]. apa yang bestnya, banyak game-game yang free!
Meh layan gambar, sambil tu aku bercerita..

Ambik gambar dengan otai sebelum masuk. bang adiey dah pegi 3 hari sebelum pegi sama-sama kali ni. dah la pegi senyap-senyap. isk.. isk.. nampak kecik giler berdiri sebelah bang adiey, act beliau yang besar. err.. tengok rambut, sapa lagi best? hahaha..

Pintu gerbang masuk Dream Park. diorang siap eja dalam bahasa arab lagi, 'DREAM BARK'. [pic model sambilan tanpa gaji].

Masuk je kat dalam dream park, Hankie bagi penerangan sikit, cam lawatan sambil belajar time sekolah je kan. hehe.. ye la, tak nak la kitorang nanti berpecah, sebab kawasan sangatlah besar. jenuh jugak kalau nak mencari. lepas solat asar baru kitorang start adventure. [terasa hot la pic kat atas tu. lalala~]

Benda pertama kitorang main, falling boat. nama ni aku yang bagi pasal jantung aku dah jatuh sekali gara-gara boat ni. first round aku tak main sebab tak nak basah. bila tengok geng-geng lain yang main first tu tak basah, aku nak jugak la main. diorang pun join main lagi sekali.

Diorang ni pandai, pilih duduk barisan tengah-tengah sebab tak nak basah. so aku ngan ard kena duduk barisan kedua kat depan. masa mula-mula boat ni meluncur turun membuatkan jantung aku berhenti berdegup sekejap! siyes macam nak jatuh. jerit tak ingat punya..

Si ard tu, dari atas sampai ke sudah menunduk. tak nak basah punya hal. dan akhirnya.. orang yang duduk kat depan je tak basah. semua yang kat belakang tu lebur. Hankie la yang paling teruk basah.

Ni dia muka bangga sebab tak basah. tu la berlagak, mula-mula tu siap perli-perli lagi sebab aku ngan ard tak main. kan dah basah bila duduk satu boat dengan aku. lalala~

Masing-masing lap muka. baju kering di badan. adik aku pun termasuk dalam golongan yang basah jugak. hahaha..

Roller coaster benda kedua kitorang main. 5 orang je yang sanggup nak main. untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali aku naik. sangat excited!

Masa mula-mula bergerak sangatlah riuh suara gelak-gelak. bila benda ni meluncur turun dengan laju, aku terus takde suara! hahaha.. cuak giler! dah la tinggi, terasa cam nak jatuh dari kerusi tu pun ye! siap bergulung terbalik dengan lajunya.

Entah sape punya idea la buat permainan ni. walaupun sangat best, tapi sungguh mendebarkan. pakcik yang duduk selang 3 kerusi depan aku tu muntah masa roller coaster dah slow. nasib baik tak muntah time tengah laju! adeh.. sesiapa yang nak main benda ni, sila pastikan anda tidak makan dengan kenyangnya.

Game seterusnya aku tak join. hanya tengok saja, ada yang menembak, tapi kalah dengan budak-budak. huh! paling menarik tengok adik aku ngan edeq naik kapal yang berpusing-pusing. dah la tinggi, pusing laju pulak tu. [khusyuk je tengok benda tu berpusing]

Masa turun, edeq nangis! hahaha.. tu la nak sangat maen benda yang memeningkan. adik aku pulak jalan terhuyung dah keluar dari kapal kecik tu. kalau bab main yang berpusing-pusing confirm pening tu, tak yah ajak aku. tak sanggup.

Sementara tunggu geng-geng lain maen kapal kecik berpusing tu, aku sempat gak membuktikan kekuatan memecah rekod orang-orang berbadan besar. hahaha.. tapi hampeh! rekod paling besar aku takat 89 je. rekod brader jaga tukul tu 154!!

Dah lewat petang kitorang berbaris nak main bumper car. benda ni yang paling aku suka. kalau leh lama-lama memang semua orang aku nak langgar. tapi malangnya...

Diorang dah berpakat! uhhh! aku pulak yang teruk kena langgar.. asyik tak sempat je nak melanggar orang lain dengan jayanya.. awas! main benda ni boleh menyebabkan sakit tulang temulang.

Lepas maghrib kitorang teruskan lagi meneroka taman impian. masing-masing dah lapar, makanan tanggung sendiri. diorang masih lagi dengan main benda yang berpusing-pusing memeningkan tu. isk! aku join time main game indoor je. [gambar melompat mesti ada. hehe..]

Ambik gambar ngan dinasour. ni semua geng pengembaraan taman impian. huhu.. time ambik gambar ni tiba-tiba black out kat bangunan pintu masuk!! tapi dalam 2 saat camtu je la.

Ini game feberet kat sini. ramai giler yang beratur nak main. tapi aku tak sanggup nak main, sebab dia ada unsur-unsur memeningkan selain mendebarkan. abang adiey siap offer sponsor tiket main benda ni, tapi hanya sorang je sanggup main ngan abg adiey.

Tengok saja hasil selepas main benda ni. semua orang pucat!! buaian tu berhayun lebih 180 darjah! lepas tu ring seat tu pulak berputar. dua orang makwe arab yang sama-sama berlepas dengan abg adiey tu sampai rebah nak pengsan..
Sementara tunggu abang adiey n harith main benda ganas tu, geng-geng lain tengah syok main kapal berpusing yang lebih advance. uhh..
Last game kitorang yang paling ditunggu-tunggu, go kart!! tapi takde plak gambar time main go kart. bateri kamera dah flat. hahaha..

Sebelum keluar dari dream park, sempat lagi masuk ke sini. aku ngan 4 orang lagi siap main snuker[takde la hebat, beginner pun bukan. hahaha..]. hampir pukul 12 malam baru kitorang keluar dari dream park. sebelum balik, mengisi perut kat kfc dlu. habis je makan, terus pakcik driver van datang ambik kitorang..

Benda ni belum aku main. kerusi yang melambung ke langit. kalau ada kesempatan, nak jugak main. hehe..
nota kaki :
Waahh.. entry kali ni sangat panjang. mulanya nak buat part 1 n part 2. tapi rasa cam tak best lak. jadi la benda ni panjang berjela.
Maklum saja, ni kali pertama aku main benda-benda mendebarkan sampai jantung jatuh. memang patut la aku teruja nak bercerita kan. hihi.. tambahan lagi, kali terakhir aku pergi ke taman impian ni adalah tahun 1995!! [sunway lagoon] sangat-sangat sudah lama..