Saturday, March 06, 2010

aku gelak ke?? aku nanges?? ape ni? Malaysia oh Malaysia..



aku semakin berminat dalam kerja blog memblog ni.. walaupun kadang2 aku rasa macam dah lari dari tujuan asal aku buat blog..

masih baru lagi blog aku ni.. x sampai pun setahun.. 6 bulan pun belum.. err.. 3 bulan pun belum.. kekeke..

mula2 dlu nak luah perasaan dalam blog ni.. tp skrg ni nmpak cam aku enjoy je berblog.. kongsi cerita ngan member blogger.. tak tau la org baca ke x.. hentam je.. best lak aku rasa menaip kisah2 ni.. lalala~ *nyanyi sikit.. hehe..

oh ye.. gambar di atas tiada kaitan dengan apa2 pun.. saja nak letak saat bergelak tawa ngn member.. hehe..

err.. apa tujuan entry ni?? ntah.. aku pun tak tau.. layan jer la.. dah aku yg taip.. kakaka..

tadi ada dengar penerangan daripada rombongan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia..

actually banyak lagi benda yang aku masih x faham pasal gagasan 1 Malaysia yg d ketengahkan oleh PM kita tu.. tp.. lom sempat aku nk tanya.. diorang dah tutup sesi soal jawab.. mybe sbb soalan pertama yang d ajukan terlalu pedas untuk dijawab kot..
satu soalan je??

eh?? apesal aku merepek pasal 1 Malaysia plak dlm ni??
laaa... pasal aku tau yg baca n faham blog ni pun org Malaysia.. hehe..

ape jadahnya aku nak bincang benda ni dlm ni??

eh.. blog asada punya.. ikut dia la.. lalala~

bagus sangat2 gagasan 1 Malaysia ni..
tapi perlaksanaan perlu bagus jugak sebenarnya... jangan kita rancang bagai nak rak. cakap bagai nak putus urat tekak.. tapi tiada usaha yg sungguh2 nak buat lak..

tanya diri sendiri la.. apa sumbangan kita terhadap negara??

cukup ke hanya dengan penerangan semata2??

belum tentu sampai ke dalam hati org yang dengar..
mybe benda tu just jadi taik telinga?? ke cmna??

bercakap memang senang.. spatutnya usaha n kesungguhan dari kita pun kena senang jugak.. kan? kan?

lagi sekali aku tanya... apa sumbangan kita??
muhasabah diri..

pekerja kerajaan?? cukup ke dengan sumbangan tu untuk negara??

aku tau sangat perangai orang kerja kerajaan ni..
kerja tak setara mana.. tuding jari kat orang situ orang sini..
salahkan orang lain.. padahal tak tengok dulu macamana cara sendiri bekerja..
*bukan mengutuk.. tapi kalau terasa tu betul la kan?

bercakap saja tiada guna..
tunjukkan dengan usaha kita..

mahukah kita tengok negara kita jauh ketinggalan daripada negara lain?

jangan tengok aspek kemajuan sahaja..
kat aspek lain macamana??

berbanggakah kita dengan sekadar mengatakan negara kita aman damai sedangkan perbalahan kaum masih berlaku?

setujukah kita dengan kenyataan negara kita berpadu sedangkan melayu, india n cina masih lagi mengata sesama sendiri??

oh.. jauh sangat kalau aku nak cakap pasal bangsa2 lain.. dalam masyarakat melayu sendiri khususnya.. kita masih lagi mengata sesama sendiri!! why??

isu perpaduan hendak dibangkitkan??
perbaiki diri kita dahulu.. bagaimana cara kita berfikir..
bagaimana syak wasangka kita terhadap orang lain??
kita berprasangka baik ke prasangka buruk??

aku sendiri pun sama!!

apa aku nak gtau.. pokok pangkalnya ialah diri kita!

berubahlah wahai rakyat Malaysia..
perbaiki diri.. majukan diri..

aku ingatkan lagi..

bercakap memang mudah.. apa yang perlu ialah USAHA kita..
bukan aku sorang.. tapi setiap orang.. setiap yang mengaku dirinya rakyat Malaysia..

berpadu malaysia.. maju malaysia.. damai malaysia..

aku harap ini bukan ungkapan semata-mata..
tidak sekadar manis bermain di bibir..

sama-sama kita ke arah itu..

ahh!! aku tak tau apa aku merepek dah..

ingat saudara saudari semua..

negara kita terletak pada tangan kita.. kalau kita lepaskan kat orang lain.. bukanlah jadi negara kita.. negara oranglah jadinya..

buah mangga xkan rasa epal.. rasa mangga jugak..
*err.. apa pepatah ni??

9 comments:

zella y said...

pg2 lg dh patrotik ye...
hehheheh

yg kat gmbar tu nape mcm xlompat je org yg hujung tu...xlarat ke?? hahhaha

Mr. Asada said...

pagi2 best patriotik.. semua lepas baca paper.. kan? kan?

*bukan org hujung tu x larat.. tapi org snap gmbar lambat sgt! hahaha...
(asik salahkan org jer)

Unknown said...

hehe...ade unsur humor dlm pic kat atas tu..


saya agak stuju ngan ape yg saudara usulkan ...jgn ditanya apa sumbangan negara pada kita tapi fikirkanlah apa yg harus kita lakukan demi negara agama n bangsa untuk keamanan sejagat....

izinkan saya membetulkan pepatah saudara:
jangan harapkan mendapat mangga jika pokok yang anda tanam ialah betik.

**aku taknak terjebak dengan masalah/gejala sosial yg semakin meruncing di negara mesia...itu termasuk tak dlm "menyumbang untuk negara?".....

aku taknak jadi pencurik/peragut beg duit yg semakin bertambah jumlahnya saban hari..aku cuma mahu jadik si pencurik hati sang arjuna belia benci dadah...

~~~buah ciku warna coklat,
blog ni pon warna coklat...
[pantun greeting warming]

cimi said...

pnjg btol entri pg3 nih.
aigooo.

Mr. Asada said...

hohoho.. bagusnya azam kamu..

err... act benda tu la nak taip kat pepatah tu.. tp jd lain plak..

*ri tu aku tanam kacang.. tp jd taugey plak.. kah3...

Mr. Asada said...

cik cimi :
tak panjang la.. merepek pasal perpaduan kat mlysia je..

hehe :P

Unknown said...

haha...seb bek ko tak kate, "aku nak masak nasi,tetibe lak nasi tu majuk jadi bubur"....haha

sharamli said...

semangat bet0l ....
nyanyi la lagu faizal tahir..ha3

za said...

semangat waja ni