Monday, August 30, 2010

Kalau Buat Ni, Sia-Sia Je..

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. kepada yang masih berada dalam musibah, semoga bersabar dan berusaha untuk terus bangkit daripada segala dugaan-Nya..

Wollah.. semalam punya la bersemangat waja tolong menghidupkan balik blog member yang ditinggalkan sepi hampir 2 tahun. dia dah tak ingat password! nasib baik terpampang email kat profile dan dia ingat password email tu, boleh la menggali debu-debu yang dah menebal.
Hasil galian yang mantap kat blog tu, ada satu entry yang membuatkan aku terfikir tentang apa yang telah aku buat sebelum ni. benda yang seriusly nampak sangat simple tetapi pada hakikatnya mempunyai kesan besar yang aku sendiri tak dapat nak bayangkan.

Meh aku kongsikan jugak kat sini untuk sama-sama kita imbas balik, adakah kita pernah terbuat tanpa kita perasan..

Sufyan Ath-Thawri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibubapanya dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. (membaca dengan lintang pukang dan tidak berniat mahu perbaiki bacaan)

3.Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4.Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Pehh.. terkedu sekejap bila lepas baca. semacam ada perkara yang pernah terbuat. alamak.. sia-sia der.. maksud sia-sia kat sini takde dapat faedah! kalau dalam berniaga, melabur juta-juta tapi tak dapat untung..

Jom.. sama-sama berusaha perbaiki amal kita semoga bukan saja diri sendiri yang dapat faedah, malah insan-insan lain di sekeliling kita pun mendapat keuntungan dan manfaat..

Kan rugi kita berkawan, tapi tak bertanya khabar.. tau-tau kawan tu hilang entah ke mana. so saya nak tanya.. kamu yang baca sampai akhir entry ni apa khabar? semoga ceria selalu dengan senyuman.. hehe =)


Nota kaki :
blog member masih dalam pembersihan. boleh saja berkenalan. beliau jejaka kacak tetapi sudah berpunya. saya masih single. hehe.. click sini untuk ke blog tu

mungkin ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni, kalau ada terkurang tu, harap boleh tegur. boleh jugak tambah ilmu.. =)

Saturday, August 28, 2010

Tengok Ni Dan Nilaikan Dengan Iman

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Dua minggu lepas kot, asada terjumpa video malaikat ni, takjub la dengan kehebatan orang yang dapat merakam cahaya yang didakwa sebagai malaikat turun ke Masjidil Haram. nampak cam real.

Dan hari ni, terjumpa pulak video yang membongkar penipuan video yang asada tengok dulu tu. jom sama-sama tengok..

BONGKAR RAKAMAN MALAIKAT TURUN KE MASJIDIL HARAM



Lepas tengok video ni, apa yang anda dapat simpulkan? hurmm..

Tak pasti siapa yang buat rakaman selamba badak je kata malaikat nampak dengan camera dia. mungkin perancangan orang yang ingin menghakis keimanan umat Islam terhadap kewujudan malaikat atau semata-mata nak mendapat perhatian. sama-sama kita berwaspada..

Walau macamana pun orang mereka video sebegini.. tetapkan hati anda. teguhkan iman anda bahawa malaikat itu wujud. weh.. termasuk dalam rukun iman tu.. Beriman Kepada Malaikat yang bermaksud yakin akan wujudnya malaikat. kalau tak yakin dengan kewujudan malaikat, rosak iman kita..

Takut juga ada yang terus menolak kewujudan malaikat sebagai makhluk Allah SWT. sama-sama renung dengan iman.. =)




Nota kaki :
tidak dinafikan malaikat berpusu-pusu ke masjidil haram, Rumah Allah.. tak siapa tahu apa yang terjadi di alam lain melainkan orang yang Allah izinkan untuk menyaksikannya. dan orang yang Allah izinkan untuk menyaksikan perkara seperti itu bukanlah sewenang-wenang hamba-Nya.

kalau ada yang pakar bab-bab photoshop ni, mybe boleh beri sedikit penjelasan kot tentang video ni?

Thursday, August 26, 2010

Black and White Contest

Assalamualaikum dan salam mesra..

Wah.. lama duk senyap. lima hari tak berupdate.. tup tup muncul je terus join contest. adeh.. ni contest hitam putih kedua aku join. hari tu join Contest Hitam itu Menawan kat blog cik Yani Abdullah tapi tak menang. takat masuk finalis 12 terbaik je. uhh.. [gambar contest hari tu kat sini]

Kali ni mengharapkan kemenangan lagi dengan join Black and White Contest by Creativeheart. hadiah dia wang ringgit. leh buat belanja beli makanan berbuka. hehe.. kepada sesiapa yang nak join, boleh la usha syarat-syarat contest tu. click je banner kat bawah ni.

Nak click yang kat sidebar pun boleh.

Kalau tengok komen kat entry Black and White Contest kat creativeheart tu, mau beratus jugak yang dah join. walaupun camtu, takkan mematahkan semangat nak join contest ni. penuh semangat waja nak menang ni. sebab dari mula-mula contest ni dibuka lagi dah pasang niat nak join. siap letak banner kat sidebar sebagai peringatan. hehe..

Panjang pulak membebel..

Gambar yang aku harapkan boleh menang kali ni bertajuk 'penantian yang serabai'. best je tajuknya kan. haha.. gambar dicapture time tengah menunggu 'supir' datang ambik nak pergi padang futsal. mau sejam jugak la menunggu..

*****
Penantian Yang Serabai

*****
Antara syarat join contest ni, kena tag at least sorang supaya join. hehe.. orang yang bertuah itu ialah MaWaDDaH.. [jangan pura-pura tak perasan lak adah. kena join ni.] lalala~

Ke ada lagi yang nak ditag ni. kalau boleh, nak je tag semua.. tapi sendiri yang tak larat. jadi saya buat jemputan.. dengan ini saya menjemput anda untuk join contest ni. join la.. ramai-ramaikan lagi peserta. kita bagi juri pening lalu terus bagi semua yang join tu menang. hehe..

Terpanjang lak entry contest ni. hope tuan punya contest tak menyingkirkan dari senarai peserta.. *[muka penuh harapan nak menang]..

Contest Tutup 6 September 2010

Apa-apapun.. semoga ada luck!

tuah ayam nampak di kaki,
sungguh gagah kaki bertaji,
jom la kita join contest ni,
kamu menang hadiah kongsi.
saya menang hadiah sendiri.

lalala~

Selamat menjalani ibadah puasa daripada ASaDa RyutaRo..



Nota kaki :
tuan punya contest, kalau nak hantar banyak penyertaan.. boleh ke?

Saturday, August 21, 2010

Cara Mudah Bangun Sahur

Assalamualaikum dan salam mesra.. selamat berhujung minggu. semoga hujung minggu di bulan Ramadhan ini kita dapat sama-sama meningkatkan lagi ibadah kepada-Nya. rugi jugak kalau tak pulun bonus yang Allah bagi ni. lagi 20 hari je untuk tahun ni.

Masuk 11 hari berpuasa ni, baru sekali terlepas sahur. semalam punya cerita la. uhh! bangun-bangun je dah nak cerah. nasib baik malam tu makan dengan kenyangnya. tapi perut sakit sepanjang hari semalam akibat makan pedas time berbuka. tapi tetap berpuasa. [kuat semangat asada ni.] sila puji..

Terima kasih kerana memuji. baiklah.. teruskan dengan tajuk kita..

Bagi sesetengah orang, bangun sahur ni sangat sukar terutama bagi brader-brader yang dah biasa bangkit hampir-hampir nak cerah. lagi liat bagi si 'bujang' yang duduk dengan mak dan harapkan mak kejut bangun. nak kejut camana kalau dah liat sangat? ada pulak yang bangun time sahur tapi takde selera nak makan. masalah jugak.. karang tak sahur, larat ke nak puasa? entah-entah sembunyi-sembunyi makan megi di tengahari..

Jadi.. untuk mengelakkan semua yang tak diingini tu terjadi, meh layan teknik nak mudah bangun sahur sekaligus dapat memberi ketahanan menunaikan ibadah puasa sepanjang hari.

PERTAMA
Teknik ni bagus untuk siapa yang kurang berselera makan time sahur. kalau makanan sedap boleh menambahkan selera, apa masalahnya kalau cuba. kalau dah siap-siap makanan tu, korang akan rasa rugi kalau tak makan. siang dah takleh makan, simpan untuk berbuka takut basi pulak. so semangat la nak makan habis. hehe..

KEDUA
Belum pernah cuba jemput artis, tapi kalau jemput awek, siyes semangat je bangun nak sahur sama-sama. air muka & maruah kena jaga beb. lagi la kalau artis, tambah semangat tu. mybe penuh rumah korang dengan himpunan peminat artis tu. korang pun bangga la artis bersahur sama ngan korang. bagi perempuan boleh jemput mamat-mamat hensem cam asada.. lalala~

KETIGA
Teknik ni sangat digalakkan. jangan hanya pasang satu alarm! lagi la untuk siapa yang 'tido mati'.. setakat 5 kali set alarm tu ulang-ulang belum tentu boleh bangun. jenis ni la yang kena guna bom masa! kalau tak sedar jugak, maksudnya dah arwah la tu. pesan kat member suh kejut, tapi kalau dah kejut tak bangun jugak, cam best je nak simbah air kan. hehehe..

*****

Cara terakhir dan paling digalakkan berbanding cara-cara lain..

KEEMPAT
Bangun di sepertiga malam untuk bersujud kepada Allah SWT. bila dah bangun ni, senang nak meneruskan sahur. takde dah nak risau pasal tak sedar time sahur. boleh cuba ni.. selain bersahur, dapat menambah tabung untuk amalan di Ramadhan al-Mubarak jugak ni.. apa yang penting, keikhlasan untuk mencari keredhaan Ilahi..

Sebelum menghabiskan entry ni.. nak kongsi jugak hadith tentang bersahur ni..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jom! sama-sama cari keberkatan.. yeah!



Nota Kaki :
ilutrasi yang agak melampau.. tapi ambik la yang baik ea.. yang aneh-aneh & pelik-pelik tu jadikan sempadan. sama-sama baiki diri =)

ustaz aku pernah pesan dulu, kalau niat kita kuat untuk bangun sahur, insyaAllah dipermudahkan.. =)

Wednesday, August 18, 2010

Mengenal Member Yang Ponteng Puasa

Assalamualaikum, salam mesra dan salam Ramadhan Kareem.. semoga anda sentiasa bahagia dan diberi kekuatan untuk meningkatkan ibadah di bulan yang mulia ni. kalau time kecik dulu, siapa tak puasa tak boleh raya! berkesan seyh..

Okeh.. jom ke landasan sebenar! entry ni bukan nak main tuduh-tuduh, tapi mungkin la member tu tak puasa. jangan pulak tanpa usul periksa korang tuduh member tak puasa. tak pasal-pasal perang dunia meletus..

Baiknya.. kalau member tak puasa, nasihat la.. puasa ni benda wajib bagi orang Islam.. ajak la member puasa sama-sama. sahur sama-sama, berbuka sama-sama.. walaupun camtu ade je yang meng-kelentong member bab puasa ni.. jom layan.. camana nak kenal diorang yang puasa kelentong ni..

Mengenal member yang ponteng puasa..

Pertama.. member korang tiba-tiba je emo tak tentu pasal di tengahari bulan puasa. dah tu sungguh-sungguh halau korang keluar bilik. selagi korang tak keluar, dia akan lebih mengganas. tapi lepas sejam, korang balik semula ke bilik, dia menjadi lebih mesra. siap offer korang guna broadband power lagi. tiba-tiba je dalam tong sampah ada plastik megi..

Kedua.. asal time dekat nak tengahari, member korang bersikap aneh. badan tiba-tiba membesar time keluar bilik. lagi dahsyat beg sandang dia penuh! padahal hari tu takde kelas pun. library pun tutup. hari ada kelas pun dia ponteng tup-tup hari tu rajin pulak. lagi aneh kalau stok makanan dia kat sudut bilik boleh berkurang secara drastik!

Ketiga.. tengah syok-syok sembang dengan dia, korang terhidu bau megi yang sangat dekat dengan korang. lebih khusus dari mulut member. tak bau megi pun bau pudina. jam dah 2 petang. kalau korang optimis, akan menyangka tu bau megi sahur pagi tadi.. errk!

Keempat.. korang pegi bilik member, tapi dia tak ada. bilik senyap sunyi je. tanya member lain pun tak tau dia pegi mana. cuma yang peliknya.. korang dengar bunyi aneh dari almari dia..

Kelima.. dengan selambanya dia ajak korang join sekali makan megi.. erkk!

Habes daaa.. hehehe..

Entry ni takde kena mengena dengan sesiapa. kalau terkena batang hidung tu, kebetulan je. ye lah, masing-masing ada pengalaman sendiri dalam bulan puasa ni. aku pun banyak cerita bulan puasa ni. tapi bila dah banyak sangat, jadi tepu lak otak nak menaip..

Apa-apapun.. sangat berterima kasih kerana sudi menjenguk blog asada walaupun sekarang ni cam lambat je nak update. tapi komen kat entry orang panjang pulak. ngeee =P


Selamat menjalani ibadah puasa daripada ASaDa RyutaRo =)




Nota Kaki :
saya dengan berbesar hati menjemput anda letak link kat mister linky saya kat tepi tu.. pastikan link anda tu betul. takde la saya sesat nak pegi rumah anda.. hehe =P

Sunday, August 15, 2010

Tiga Golongan Orang Yang Berpuasa

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga anda happy-happy saja bersama insan tersayang bersantai-santai di hujung minggu. adeh! esok sudah isnin! kepada yang bekerja, puasa camana pun, amanah kerja tu kena buat jugak kan. kalau ditinggalkan, lain pulak bunyi surat yang boss hantar nanti.

Alhamdulillah.. masih lagi bernafas dalam Ramadhan Kareem. sama-sama ambik peluang untuk dapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Ramadhan ni kira bulan untuk 'over time' nak dapat gaji lebih. siapa rajin buat OT, dapat la banyak 'gaji' untuk 'raya' nanti.

Kesempatan ni nak kongsi apa yang saya dapat daripada tazkirah Ramadhan. benda ni simple je. tapi, kadang-kadang benda yang simple camni la yang kita terlepas pandang. sebelum kita terlepas pandang, meh layan sekejap.

Seperti yang kita sudah maklum, berpuasa di bulan Ramadhan ni termasuk dalam rukun Islam. jadi tak lengkaplah Islam kita kalau tak dilaksanakan. lain la kalau dah memang layak mendapat pengecualian..

Kita puasa memang la puasa, tapi tahap mana penilaian puasa kita tu? Ni dia.. Tiga Golongan Orang Yang Berpuasa.

Pertama : Golongan Umum, tak special.
Puasa golongan ni hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sahaja. tak lebih dari itu.


Kedua : Golongan Khusus, Teman ViP Ramadhan.
Puasa golongan ini bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, bahkan
pancainderanya turut berpuasa. lidahnya berpuasa dari menyebut kata-kata yang buruk dan sia-sia. matanya berpuasa daripada melihat perkara mungkar. telinganya berpuasa daripada mendengar umpatan, fitnah dan hiburan yang melalaikan. tangannya berpuasa daripada melakukan perkara yang tidak wajar. kakinya juga berpuasa daripada melangkah ke tempat maksiat atau yang menjuruskan kepadanya.



Ketiga : Golongan Kelas Atasan, Teman VViP Ramadhan.

Puasa golongan ini puasa yang hebat. bukan hanya berpuasa seperti golongan pertama dan kedua, malah lebih tinggi hebatnya. hati golongan ini turut berpuasa. maksudnya di sini, hatinya berpuasa dari niat-niat yang buruk. hati dijaga dengan rapi dari lintasan maksiat. apa yang ada dalam hatinya ialah zikrullah dan menuju tahap taqwa kepada-Nya. beginilah puasa yang dimiliki oleh para anbiya'..

*****

So.. kat mana kita? adakah kita masih sama dengan puasa kanak-kanak yang tak sabar menunggu masa berbuka ataupun lebih advance time berbuka terus melahap tak ingat dunia, lepas tu tersadai tak dapat nak buat apa?

Mahukah kita berada ditakuk yang lama setelah berbelas-belas, berpuluh-puluh Ramadhan yang telah dilalui? tak majukah amalan kita? cukupkah dengan begitu saja?

Keputusan akhir untuk mengubah terletak di tangan kita sendiri. sama-sama muhasabah diri, gandakan iman, tingkatkan amalan.


Salam Ramadhan daripada ASaDa RyutaRo =)




Nota kaki :
banyak lagi benda yang kena diperbaiki dalam diri. terasa sikit benar amalan untuk jadi bekalan di hari kemudian.

Friday, August 13, 2010

Berita Gembira Seisi Kampung

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga happy bahagia sentiasa bersama insan tersayang. jangan berduka, hilangkan nestapa.. pehh, dah bunyi lagu plak an.

Mood tengah hepi.. err, actually tajuk tu berita gembira untuk aku sorang je kot. takde la sampai sekampung. tapi kalau heboh-heboh satu kampung, jadi la happy sekampung. bukan riuh sekampung ke? hahaha..

Ceritanya macam ni, hari tu aku ada join Eikasyaza's Green Contest. biasa la, join dengan harapan menang yang tinggi menggunung. semangat bersaing kena ada der.. tambah pulak buat kerja last minit dengan macam-macam permasalahan yang timbul. tapi kena sabar.. sabar dan tidak berputus asa kunci kejayaan. ni cikgu aku pernah bagitau dulu.. tapi kalau takde kunci boleh pecah masuk der. polis tangkap tu belakang citer..

Ahh.. sudah merepek pulak.

Ini dia blog penganjur Green Contest tu. meh jenguk, klik sini.

Oleh kerana semangatnya aku join contest tu, maka penyertaan telah diterima sebagai peserta ke 50. peserta terakhir! hahaha..

Walaupun macam tu, apa yang membanggakan, AKU MENANG! yeah! anda tidak silap baca.. aku menang kategori lelaki punya. Eikasyaza buat dua kategori sebab hadiahnya perfume untuk men & women.

Wah.. hati bunga-bunga. tapi aku baru tau yang aku menang contest ni semalam! hahaha.. lambat tau seyh. ni bizi tak menentu punya pasal la. adeh!

Hadiah perfume yang aku menang tu kaler silver.

Ni kira hadiah sempena Ramadhan Kareem, leh guna untuk pegi terawih. aku bagi alamat rumah kat Malaysia untuk pos hadiah. ayah aku la yang guna nanti. hehe..

Thanks to Eikasyaza yang menganjurkan contest. sengih tak sudah bila dapat tau menang ni. sekarang pun sengih-sengih lagi. nanti ada rezeki lebih, boleh la buat contest hadiah best-best camni lagi ea..

Gambar yang menang tu. model tidak berbayar.

Mengenang camana kelam-kabutnya nak join contest ni terasa cam kelakar jugak. dengan gambar yang tak dapat nak diambik dalam hardisk lama dan tarikh tutup contest yang tinggal beberapa jam je lagi. fuhh.. alhamdulillah.. masih sempat n MENANG! hehe..

TQ jugak kepada yang terlibat samada langsung maupun tidak langsung.. lihatlah dunia.. hahaha.. [poyo datang dah..]

Oh ya.. hari tu menang Foot Detox dari blog Miss Yani Abdullah.. tQ jugak. dah macam pesta menang pulak. rezeki ni.. ke aku yang kaki contest? hahaha..

TQ kepada semua.. ni yang buat makin melekat dekat blog. plus tengah cari calon isteri. lalala~


"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
&
Selamat Menjalani Ibadah Puasa"


Nota kaki :
jangan escape puasa..

Salam Ramadhan




Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin.. Semoga Ramadhan yang datang ini memberi lebih banyak kebaikan dan Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita.


Semoga semua amalan kita dipandang Allah dengan pandangan Rahmat-Nya.. ameen..



Ikhlaskan hati dalam menjalankan kewajiban kita sebagai hamba-Nya.. semoga dengan keikhlasan itu menjadikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT..



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak daripada ASaDa RyutaRo =)





Nota Kaki :
gambar ambik dari fb.. kawan-kawan tag.. hehe =P

Sunday, August 08, 2010

Patah Riuk Dah Tulang Ni Kot?

Salam mesra semua.. semoga ceria dengan senyuman di hujung minggu..

Menaip dalam mode keletihan..

Bukan keletihan dah ni. rasa cam tulang temulang dalam badan ni telah patah! padan muka. ini la padahnya kalau main futsal tak ingat dunia.

Sekarang sakit-sakit seluruh badan ditambah lagi dengan luka di siku kanan. tak sah kalau tak mendapat luka time main.. ni main ke ber-amuk-amukan? tahap parah dah ni. orang pertama yang terlentang jatuh selepas saja bermula match adalah aku. tak sampai 5 minit pun lagi.. isk!

Walaupun macam tu, sangat berpuas hati main tanpa gangguan. 2 jam penuh digunakan dengan baik sekali. hasilnya, petang tu tak larat nak buat apa. plan nak buat BBQ daging kambing hanya 2 orang je yang buat. geng-geng lain semua pengsan! giler kentang, bangun-bangun je terus melahap. [termasuk aku] hahaha..

Lepas main futsal pagi semalam. dapat gak la jaringkan goal. hehehe..

Belek-belek shoutbox tadi, adah datang mencari semalam. aku yang senyap tanpa bunyi langsung. inilah sebabnya.. menaip ni pun terasa cam nak berbaring je. fuh.. minta maaf jugak sebab tak menyempat lagi nak blogwalking. masih ada agenda yang kena dibuat. actually kegiatan yang bizi ni bermula petang jumaat ri tu. nanti dah free baru buat entry pasal petang jumaat tu ea..

Ahh.. mau mintak sorry lagi, sebab belum sempat nak reply comment kat entry sebelum ni. izz-ann a.k.a cOmOt jangan merajuk pulak ea.. hihi..


Nota Kaki :
mau rehat lagi.. adei.. sorry sangat-sangat, entry ni semacam ke laut sedikit.. takde gambar main futsal, semua orang main, takde yang tangkap gambar..

Friday, August 06, 2010

Saya Suka Hari Jumaat. hehe..

Assalamualaikum salam mesra semua.. semoga hari ini anda lebih ceria dengan penuh senyuman bersama insan tersayang.

Hari ni nak kongsi kisah zaman asada dahulu kala. kisah yang mana mungkin dapat dilalui buat kali kedua. 'saya suka hari Jumaat.' hehe..

Zaman sekolah rendah dulu, saya suka hari jumaat sebab sekolah sekejap je. pukul 11.30 pagi dah boleh balik. sampai kat rumah mesti ayah suruh mandi, lepas tu siap-siap pergi masjid. awal rombongan saya dan ayah pergi masjid. sebelum pak bilal azan lagi.

Kat masjid saya duduk di belakang sekali, budak-budak tak boleh duduk barisan depan. bersembang lah saya dengan geng-geng lain. kadang-kadang pakcik yang duduk area belakang tu sound kitorang kalau terlebih bising. masing-masing buat muka cuak. bila khatib start baca khutbah baru senyap. baik kan kitorang. hehe..

Ya.. sangat tertib kitorang ni. tapi kelakarnya time solat boleh pulak menjeling ke belakang tengok ada tak orang hantar makanan. kalau ada, selesai je bagi salam terus meluru ke dulang makanan. paling syok kalau ada kuih yang sedap-sedap.Kadang-kadang sebelum solat orang dah hantar hidangan. kitorang yang kat belakang ni, dengan muka cover segan duduk dekat-dekat ngan dulang tu. kononnya nak jaga dari orang lain datang ambik sebelum solat. tapi hampeh, sendiri yang cekau. orang tak marah pasal memang untuk dimakan pun.

Zaman semakin moden. akhir usia di sekolah rendah, saya tetap datang awal ke masjid di hari jumaat. tapi bila berjumpa dengan geng, niat terus terpesong. saya dengan beberapa geng sekelas pergi main Play Station di rumah sorang brader tak jauh dari masjid. bila dengar khutbah dekat-dekat nak habis, baru kitorang balik ke masjid. kekadang terleka terus tak sempat solat jumaat. mula la berlakon. cover, konon-konon ada kat masjid time salam terakhir. hehehe..Zaman itu habis bila saya tinggal di asrama semasa sekolah menengah. jarang sangat dah solat jumaat kat kampung melainkan kalau ada cuti panjang. di sekolah ada masjid yang imamnya para ustaz sekolah. kadang-kadang student senior yang baca khutbah. memang ikut peraturan punya. maklum saja student skema. hihi..

Tapi hari Jumaat tetap best sebab menu tengaharinya ayam masak merah. lauk feberet satu sekolah. tambahan pulak tukang masaknya Mok Din, en. Bujang & Kak Nang yang dah berkhidmat lebih 10 tahun kat situ sangatlah baik. kadang-kadang dapat ayam lebih. menu kitorang ni sama je setiap tahun!

Paling best dan sangat ditunggu-tunggu bila hari jumaat minggu ketiga sebab boleh balik kampung. ada student tu, hari khamis lagi dah siap packing barang nak bawa balik. betapa sangat bestnya hari jumaat yang datang.

Sekarang, bila dah tua ni, Jumaat tetap hari yang paling aku suka. penghulu segala hari. banyak perkara yang disunatkan pada hari jumaat membuatkan hari jumaat special dari hari-hari lain.

Bermula terbenamnya matahari Khamis hingga terbenamnya matahari Jumaat. malam penuh fadhilat siangnya penuh rahmat. malam jumaat malam penuh berkat.

Hari jumaat potong kuku jadi sunat, mandi sebelum solat jumaat jadi sunat. kira hari jumaat ni hari menjana pahala buat orang Islam. eh, pasangan suami isteri bukan makin intim masa malam jumaat ke? so esok paginya mandi tu jadi wajib la! hehe..

Apa-apa pun, selamat hari Jumaat semua.. semoga hari ni anda ceria sentiasa.. =)

Monday, August 02, 2010

Kenapa Susah Bertemu Jodoh?

Member yang kawen awal tahun ri tu..

Assalamualaikum semua.. semoga sentiasa ceria dengan senyuman manis. hehe..

Pejam.. pejam.. celik. tup tup dah masuk Ogos. yeah! selamat menyambut bulan ogos. err.. yang bestnya, tak lama lagi nak Ramadhan! semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat kepada kita.

Lama jugak tak menaip entry ilmiah kat blog. selepas mendengar ceramah motivasi daripada Dr. Mohd Fadzilah Kamsah malam tadi, terasa semangat pulak nak berkongsi ilmu ni bersama. maklum saja berkaitan dengan diri yang belum lagi bertemu jodoh. hahaha..

Jom sama-sama kita tengok antara sebab susah sangat bertemu jodoh dan huraian daripada AsaDa Ryutaro. point penting di ambik dari rakaman ceramah Dr. Fadzilah Kamsah. mybe tahun lepas-lepas punya CD kot. hehe..

Pertamanya yang perlu anda tahu, jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan. kalau belum sampai jodoh tu maksudnya Allah belum temukan lagi si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' usaha kita jugak. takkan nak tunggu bergolek datang pulak. check diri kita, kat mana silapnya. jom kupas sebab-sebab ni semua :

Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh.
Macamana nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh. mulut je kata nak jodoh, tapi tu la.. 'aku bukan tak nak berjodoh. tapi.. adoi.. keje banyak ni. tak menyempat la nak mengusha bakal isteri.' maksudnya kat sini fokus tu ada kat tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.

Belum bersedia untuk bercinta.
Payah la den nak cakap kalau macam ni. nak berjodoh camana kalau tak ready lagi nak berkasih sayang. karang mendera anak orang pulak. persiapkan diri okeh. chaiyok! jangan pulak umo dah lebih had masih kata tak ready nak bercinta. ada sebab-sebab lain la tu..

Terlalu memilih kriteria pasangan.
Heh.. kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri atau suami tu, siapa la yang layak agaknya ea. 'den taknak melayu, nak bugis atau jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak. tinggi sajo nak yang 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.'

Adeh.. tak salah memilih, tapi kena la berpada dik oi. jangan sampai nak yang sama cam bidadari kayangan yang boleh terbang. sampai bila nak berjumpa?

Hati kotor, masih banyak benci dalam hati.
Kalau banyak sangat benci dalam hati, kesannya orang pun jadi benci jugak dengan kita. apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang. mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

Banyak meminta tetapi kurang memberi.
Kalau kita asyik nak mintak pertolongan orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. apa salahnya kita pulak yang membantu orang lain dengan ikhlas, mana tau pintu rezeki kita terbukak n salah satu rezeki kita tu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. sape tau, kan.. kan..

Fobia dan serik bercinta.
Yang ni parah nak ubat. satu je ubatnya, kena redha dengan pengalaman cinta tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka. yeah! semangat kena ada.. jangan pasrah terus putus asa. orang yang putus asa takkan berjaya..

Hidup tidak seimbang.

Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa bersosial. paling parah tak bertemu manusia lain pun! entah kenal ke tidak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom 'orang bujang' yang melampau. adoih.. jodoh mana yang nak melekat? kena berubah!

Ada sifat-sifat negatif yang ketara di dalam diri.
Mempunyai sifat negatif dalam diri yang sangat ketara menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita. so, nak dapat jodoh lagu mana? menyanyilah lagu hiba dik oi.. sama-sama check dalam diri. adeh! aku ni pun belum berjodoh. errkk!

Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.
Dah berusaha mencari jodoh kena la berdoa. seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. semoga dengan doa yang ikhlas itu Allah SWT permudahkan untuk mendapat jodoh yang serasi. jangan putus harapan dengan bantuan Allah, sesungguhnya Allah bersama hamba-Nya yang sabar.

Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan.

Dasar lupa tanggungjawab la ni. kawen elok-elok dah, esok lusa cerai sebab ada perempuan lain atau lelaki lain. alasannyo sonang joh, takdo jodoh.. macamano nak ado jodoh kalau tak istiqamah dengan hubungan yang sedia ada? adeh.. ni masing-masing kena ambik perhatian.. please lah, jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah dalam berumahtangga.

Terlampau selesa dengan hidup bersendirian.
Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. nak bertemu jodoh tang mana? perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

Rumusan daripada semua ni, kita kena berubah dulu sebelum mahukan jodoh tu datang kepada kita. kena buat perubahan secara positif! hendak seribu daya, tak hendak banyak pulak dalih..

Di samping itu, jangan meremehkan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh fakta-fakta di luar jangkaan seperti sihir atau sumpahan yang mana memang sukar untuk difahamkan. walaupun begitu, berpeganglah pada syariat dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang syirik. Sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku sekiranya Allah tidak mengizinkannya. dan pastinya setiap yang berlaku ada berjuta hikmah yang tersembunyi.

Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat diri anda. asada jugak. hehe =)