Friday, December 31, 2010

Taktik Pencuri Zaman Moden

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu senyum selalu. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Menyinggah di Blog Sarang Platipus, tampalan beliau bertajuk 'Siap La Kau Nanti!' menarik perhatian. marah dengan siapa platipus ni? detik hati kecil saya. rupa-rupanya, platipus marahkan pencuri yang menceroboh rumah jiran beliau. pencuri zaman moden!!

Saya pernah menjadi saksi taktik pencuri zaman moden. kisah ni berlaku tahun 2007 di bangunan asrama kitorang di Cairo. bangunan asrama adalah kawasan private, bukan warganegara Malaysia di larang keras masuk tanpa kebenaran. lebih-lebih lagi orang Arab Mesir.

Petang yang ceria, saya dan dua orang kawan berjalan balik ke rumah. berada di tengah dataran Malaysian Students Complex, seorang kawan menelefon ajak makan bersama di restoran Indonesia. dalam kepala sudah terbayang ikan tiga rasa dan ayam bakar padang. kawan-kawan lain semua dah ada kat sana. cuma seorang lagi tengah bersiap di rumah, akan menyusul sekejap lagi.

Dataran Malaysian Students Complex. takde simpan gambar penuh lak.

Dua orang kawan bersama saya tidak berhajat mahu ikut serta sebab nak berehat di rumah. saya pulak nak naik ke rumah tingkat lima memang tak nak dah, jadi saya tunggu kawan yang sedang bersiap di tepi dataran. dekat sangat dengan asrama kitorang. selang beberapa minit, saya nampak seorang lelaki segak berkot gelap keluar dari pintu bangunan asrama. tak lama lepas tu muncullah kawan yang ditunggu, kami jalan seiring ke restoran Indonesia.

*****

Malam yang dingin, tak ingat kami mahu keluar ke mana. kawan saya masih belum muncul, lalu saya ke apartmen beliau. mukanya resah, biliknya berselerak seperti dilanda tsunami. lalu beliau bersuara, duitnya lesap. LE950. sudah habis benua digeledah masih belum jumpa.

Lelaki Arab berkot biru gelap mula menjadi persoalan. siasatan pun bermula..

Azhar yang sedang bersiap petang tadi, bertembung dengan seorang lelaki Arab berkot biru gelap turun dari tingkat lima ketika beliau naik. bersembang sekejap bertanyakan pelajaran, kuliah dan sebagainya. ramah penuh mesra..

Dua orang kawan yang berpisah dengan saya di dataran petang tadi pun bertembung dengan lelaki Arab yang sama di depan pintu masuk utama. sembang jugak.. tanya tujuan lelaki Arab tersebut datang ke asrama. katanya berjumpa dengan Ustaz Aminuddin yang ketika itu YDP persatuan. tidak ada apa yang disangsikan apabila si Arab menyatakan tujuan keberadaan dia.

Si Arab pun tanya kawan-kawan saya belajar apa, kuliah macamana. exam okay ke tidak. malah mendoakan kejayaan dua kawan saya sebelum berpisah. pada tanggapan mereka, lelaki Arab tu adalah seorang lecturer. paling tidak pun kawan Ustaz Amin yang sama-sama ambik master.

Apabila cerita ini dikisahkan kepada Ustaz Amin, beliau menafikan ada orang Arab berjumpa beliau hari tu. maka terbuktilah si Arab berbaju kot biru gelap itu adalah penceroboh asrama kami. mangsanya duit LE950 milik kawan yang sama-sama bersembang di depan pintu masuk!

Kami syak lelaki arab tu tahu nama Ustaz Amin melalui tandatangan di papan kenyataan lalu menggunakan nama tersebut untuk meloloskan diri. saya yang melihat lelaki itu keluar dari asrama pun tidak syak apa-apa sebab tahu dua kawan saya baru saja masuk.

Taktik Penjenayah Zaman Moden. susah nak kenalpasti identiti sebenar mereka. kalau zaman atok-atok kita dulu, pencuri, penyamun dan orang jahat sudah sedia dengan watak bengis, bermata satu atau watak brutal bawak parang kejar orang. tapi zaman sekarang, perwatakan sebegitu bukan untuk menilai seseorang. bak kata omputih, "don't judge a book by its cover".

kalau terang tang tang jahat camni, senang nak tau..

Bila ingat semula kisah ni, geram pun ada, kelakar pun ada. geram sebab dia rembat duit yang kawan saya keluarkan dari ATM sehari sebelum hilang, baru belanja LE50. kelakar sebab mereka duk sembang dengan pencuri dan pencuri tu mendoakan kejayaan mereka dalam pelajaran!

Hope benda camni tak jadi lagi. lepas kes kecurian tu, kitorang sentiasa kunci pintu apartmen masing-masing. entah siapa yang membiarkan pintu masuk utama terbuka luas masa keluar hari tu. sepatutnya pintu utama sentiasa ditutup dan berkunci. ayat kawan saya, dah bukan rezeki. redha je lah.



Nota Kaki :
berwaspada di mana jua berada. kalau dah berwaspada, benda jadi jugak, itu dinamakan takdir. kena redha.. setiap yang berlaku pasti ada berjuta hikmah yang kita tidak tahu. (^^,)

apa yang saya tahu, mencuri hati seseorang hingga terpikat tidak menjadi satu kesalahan. lalala~

29 comments:

Cik Embun said...

hahahaa..
lawak gila..
bleh plak pencuri tu doakan budak tu berjaya..
Jahat2 pencuri tuh, ada baiknya jugak..
keh3~

Anonymous said...

"apa yang saya tahu, mencuri hati seseorang hingga terpikat tidak menjadi satu kesalahan. lalala~"

ayat ni terbaaaayeeekkkkkkkkkkk dari ladang..hahahaha

Latifah said...

macam2 kes kan sekarang...
kat mana-mana pun perlu lebih berhati2...

Mr. Asada said...

@Cik Embun :
pencuri versi baik.. beramah mesra dengan penceroboh.

Mr. Asada said...

@Anon :
hehehe.. ;P



@Latifah :
tu la.. lagi2 orang yang menyamar camni. susah nak detect..

'Athifah Markzzaki said...

huh, peliknya sambil2 niat nak mencuri sambil2 doakan kejayaan org.. ('___')

TunTeja said...

Manusia kalau terlebih kreatif tapi berniat jahat..macam tu lah jadinye~

apepun.nota kaki tu tak sesuai ye dengan entri ni.sekian :D

fya zainal said...

umm kenalah hati2..betul lah skrg ni mcm2 taktik org mau mencuri..huhu

'AQILAH said...

tektik baru :D

fazemy said...

Skrg ni ramai org suka menipu..tringt masa dok rmh sewa dulu...12 org kena tipu dgn org yg tak dikenali. Habis duit dia curi!

zool said...

kalau dulu pencuri orang malaysia je sekarang ni dah macam2 . susah keje polis kalau bukan warganegara ni

Cikgu Armiza said...

wahh..perlu k lepas ni, kita kna lebih bersyakwasangka,,,??

ishh2...x baik jugak...
kna berhati2 je la ok....^_^

CI_ said...

lepas ni rompak sama
lelaki Arab itu lak.
(eh, apa punya cadangan da!)

My MiRa said...

ishk3 banyak betul pencuri zaman moden ni...by the way blog kamu best.:) happy blogging okey,mira singgah sini baca entry kawan2...oh ya rasa nye first time sampai sini...:)

unknown said...

haha.. thanx for da info bro...
tapi xkan nk syakwasangka selalu kut..jenoh..hehe

Anis izyan Abd Rahman said...

kat malaysia pon dah ada macam nie...
tapi pling best bile die doakan kejayaan korunk lak kan~
ade jugak secebis kemulian dalam diri dia..
mungkin die terdesak kowt~

Unknown said...

SALAM,
DI MANA2 ADA INSAN YANG TIDAK MULIA AKHLAKNYA. LEBIH BERHATI2 DI LAIN KALI.

platipus said...

pencuri kat tmpat kau tu bro memang sgt mementingkan pelajaran barangkali...

ain fathihah fhm said...

haiyaa...sekarang ni macam2 jenis manusia ada. jenis manusia yang kita tak terfikir wujud pun, banyak ada.

Hanys Najib said...

teringat kes arwah Datuk Sosilawati yg kena bunuh bulan puasa thn ni, pembunuhnya seorang peguam.peguam pon blh membunuh.. zaman skang, org2 jahat ni dah takde rupa org jahat lg dah, kdg2 rupa baik tu yg jht..so beware sentiasa.. ;)

al-lavendari said...

ada curi yang lagi saya takut .. ialah melalui pindahan wang secara online yang dilakukan oleh orang dalam. kalau ini berlaku, memang susah nak kesan dan mengambil masa untuk ditangkap penjenayahnya.

nota: adalah satu kesalahan kalau mencuri hati tunangan orang apa lagi isteri orang.

cimöt said...

hmmmmm..silap gaya lelaki yang macho2 semart2 tu perompak besar..haishh..tak bley percaya da sekarang..

BARANG BURUK PON BERHARGA OK!

Syafiqah Sabki said...

cam kenal je tmpat dlm gmbor tuh..haha..uiisy ada pencuri jugak kat area2 tuh..sejahat2 manusia die jugak oleh bertindak baik kalau niat die baik jugak ler..ngeee

CIK TOM said...

owh bahaya tue..pencuri profesional....hahaha

asada pencuri profesional jgk..curik hati makcik2...hehhe ;p

Cikbelog said...

pencuri zaman sekarang ramai yang bijak.hee

-telOrDibAsuh- said...

hehe pencuri tu dulu sure g skolah agama asada haha

aindzaya said...

pro yep pencuri tu...
ahakzz..pencuri moden..

luna Q jimat said...

betul tu..sekarang ni penjahat dh pandai menyamar, x macam dulu lg..sy pernah kenal dgn seorang penipu, dia ni berpakaian kemas, nmpk baik dan ternama tp hakikatnya, penipu.. hurm

adie said...

zaman dah berubah.taktik mencuri pun berubah juga.kita kena sentiasa alert ngan taktik terbaru