Wednesday, January 05, 2011

15 Punca Pudar Kasih Sayang Lelaki

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Dalam sibuk study sebelum menempuh exam tidak lama lagi, saya sempat mendengar rakaman ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan buat ke sekian kalinya. selalu dah mengulang dengar.

Biarlah kali ini saya kongsikan apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi tersebut. antara isi menarik adalah 15 punca pudar kasih sayang lelaki terhadap pasangan. ceramah ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perancangan mendirikan rumahtangga. walaupun begitu, tidak bermakna sesiapa yang telah berkahwin boleh mengabaikan perkara ini.

Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..

2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.
4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..

6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Culas. perempuan yang malas melampau.

Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.

Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!

15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?
suami : pah, malam ni masak untuk abang ea.
isteri : malam ni tak boleh, kuku baru lepas kilat ni.
suami : kalau macam tu.. malam ni kita tidur awal lah.
isteri : isk.. abang ni, pah nak tengok wrestling la malam ni.
suami : (uhhhh.. kecewa...)

Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini. banyak lagi isi menarik dalam rakaman tu untuk sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. bukan untuk bakal pengantin saja, malah untuk sesiapa yang sedang single, sedang meng-usha calon, juga untuk mereka yang sedang berumahtangga. tiada tarikh expired untuk perkara ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah rumahtangga. dedikasi khas untuk kawan-kawan yang sudah kawen dan bakal berkahwin dan untuk saya sendiri. selamat menjalani rumahtangga yang bahagia. lalala~


Nota Kaki :
buat entry pasal rumahtangga, saya ni calon pun tak jumpa lagi, kawen apatah lagi. hehe.. kongsi.. kongsi.. (^^,)

sempat jugak melukis.. hihi..

86 comments:

asybedazzle said...

tips hebat! :)

TunTeja said...

hahaha.asada.kenape pic tu comel benauuuuuuu,siap ade superman tu tak tahan :p

btw.thanks for sharing! kena take note ni :p

echah mashuri said...

perghhh..betul jugak kan..harap-harap tak delah jadi cmtuh..heheh

Kyra said...

tips yang bgna..akan datang : asada kamsah..haha

khairul_bariyyah said...

comot??? nape mesti number 1??? hahaha.. andartu ah cmnii.. :P

shapoji said...

oh ye ker??? gitu ker??

cik zulaikha said...

asada, kartun tu comel la.. cute2!!


bagus entry ni.. bekalan sepanjang hayat.. hehe..

hans said...

hahahaahah
gelak2 aku baca

P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!

miSz TiQue said...

perempuan dapat pahala banyak bila da kawen.Susah tu jadi isteri,ibu...n lelaki akn dpt dosa if istri dia xbtol(peringatan kepada lelaki pulak)...

Perempuan lak kena la rajin masak untuk suami.Ade sumber hadis mengatakan perempuan yang berpeluh terkena bahang api masakannya....akan terselamat dari api neraka.Tapi xsurela ayat btol cne kan..Hihi...

cemomoi said...

tapi takleh tipu orang lelaki memang mudah jemu... selebihnya buat banyak alasan je tu

Fiq said...

tgh cari 15 sikap buat isteri jemu pulak.

lallalalalaa

CIK TOM said...

cik tom rs tergolong dlm no 7 tue kot..heheheh...

Armiza said...

...mklmat yg menarik....=D

Benar, cemburu tak salah...tapi biar bertempat. Cemburu berlebihan, tak mustahil jgk akan dtgkan kesan lain yg lebih memudaratkan. Hati sentiasa tak tenteram....dan tak mustahil boleh timbulkan tindakan tak sewajarnya....bukankah lebih baik kalau saling mempercayai. Jadi cemburu berlebihan takkan jadi melarat2....

masing2 kenal pasangan masing2....yang penting tepuk dada, tanya hati...

nice entri asada...^_^

touya said...

Haah tak suka kalau isteri berperangai macam nie . Eh ! Bila aku kawen ?

Aretikz said...

macam ada tanda2 ni tau.. haha..

orang muo said...

research boleh tahan.. banyak buat kajian :)

oshin said...

betol meh ? hukhuk . tips menarik . neway nak dtg jogging kerap kerap . sy follow awk ;)

Pembawa_Wacana said...

Hah! Memang ini yang dicari..:)

Miss Shizu said...

thanx for da info...

amry said...

baca dalam keadaan dah ngantuk...uhhh...tapi kalau dah sayang tu,terima jer kot..(komen tak bernas)

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu wah suka sgt n3 ni..sbg peringatan pd kite yg isteri org ni he3..yelah bila emosi menguasai hlg semua sifat lmh lmbt dan sopan santun yg Allah berikan.insya Allah kite berusaha untk jd isteri solehah.kite dulu duk usj,subang jaya.mas tu office kartunis Ujnag dkt je ngan rumah.selalu lpk sana jmp sireh,petai,ubi dan heh..raami tak ingatlah.kite pun suka lukis love so much!suka tgk lukisan bro ni he3...

miSz TiQue said...

ade pnglmn ke?haha
btw,mcmne ngan prempuan yg mudh jemu?haha...

NuR 'aQiLaH said...

chance ape yg takde tu bang..HAHA

eh eh kenangan ape kat signboard unimas?
ce cite ce cite. hiks ;p

penkcintadia said...

betul3 itu..huhu

shahjiehan said...

jiwangnye..hahahhaa..
nice2

Dawia Honeyputri ✿ said...

terbaik sangat entri ;)
dan lukisan amat c0mei..

apepun..memng betul semua fakt0r tu mempengaruhi..


^^

d_tieah said...

Sdg m'usha calon?
Yeah! Itu yg kita cari..
Huahuahua..
Nang best, bna juak kata ktk owh..
Bgs2..

aienz nawawi said...

huhu
da gud tips . like like like

singgah baca entry yer

.:: dieylah :: said...

bena endak sikda calon gik tok....sikkan x jumpa kt cnun..ngee~~

bagus tips tok eh...hehe...
paksa jaga olah tok..hehe..
p xda calon juak tok..haha.. =P

Cik Aien said...

betul jugak tu.. alamk!

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

wow !!!!!! nak print sekrang jugak ,, hehe

fya zainal said...

ohh menarik..
samalah2 kita suma berusaha jadi yg terbaik

izyan said...

hehe menarik la.. so true

Anisa Hang Tuah said...

nice lah!!

celupar.caci maki.carut.hahaha
terkena tuu
wahh
terkenaaaa

amirah said...

bnda2 mcm ni sesiapa pon layak ja nak amik tahu.yelah ilmu kebahagiaan la katakan. thnx asada.

Mohd Khairudin said...

setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya..bergantung kepada sikap dan individu itu mahu berubah atau tidak..kadang kala seseorang yang istimewa boleh mengubah kehidupan seseorang :-) . Thanks

Kimmy Ai said...

gelak habis baca entry ni. ARGH! teghase tau x?? grrrr~~~!

okey, no. 1 xde, 2 xde,3 xde,..semua xde lah.. kimmy ai kan cool~~ har har har.. XDD

serius jgn gune nama ni.. aish!~

Kimmy Ai said...

oh ye! tak sangke asada punye kartun comel~ (^__^)

MATAHARI said...

aku suka perempuan comot. lagi2 tanpa make up.

ciK LyndaWawa igUana said...

harap saya tak jadi camtu..huhu

Umie Nadhirah said...

shiahhhhhhhhhhh,,

makaseh :D

niesz said...

hehe..teruk btul kalau prngai mcm tu..but x salah kan kalau laki tu try ubah gurl tu..mane tau ley brubah..but for sure, yg laki tu pon kena la pndai amik ati gurl, tul x?

Nur Nabilla binti Sazali said...

erk !
nice info !

Ryna Tri Asmara said...

saya belum kawin tapi bila baca entri ne, terus tau do's & don't's dalam hubungan. heee~ thanks ! ;)

platipus said...

wah..mcm berpengalaman

platipus said...

wah..mcm berpengalaman

za petrelli said...

tips hebat.. ngeh3

asada, comel ah lukisan kartun tu.. lukis kat ane? x nak wat tutorial ke?

kuku ai baru lepas kilat la.. hahahhaa

Wahida Nasution Thakhrim said...

really nice entry.. lukisan pun comel sangat!!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ouhh, tips beguna buat kehidupan masa hadapan!

P/s: betulkan yg biasa, biasakan yg betul:)

Zara Hannan said...

benar ya. haha. bagus jwak tips tok dikongsi. hehe... :D makseh

aliesha kirana said...

hahaah..terbaekk!

Anis izyan Abd Rahman said...

pudar kasih syg perempuan pulak??

NUR AYNIE said...

nasib xda ciri2 d atas ya hahaha~~~
=)

She is f.A.z.A said...

menerima pasangan dgn seada nyer..dan berubah utk kebaikan ..-peace

Ery Farieha said...

harap2 dijauhkan dari semua sifat buruk ni
aminn~
nak bg layanan terbaik utk suami
ihikss :P

Fxysche Nas said...

tido awl pon di tolak..
isk2..xpatot..xpatot =p

joegrimjow said...

wahaaaa


































suka!

nape baru tahu kewujudan blog ni
haishh

Cik Jari said...

sempat lagi tuh melukis....haha

all the best in ur exam

sugar2 kapas strawberry said...

alamak..hahahha

Miss Yaty said...

asada ni dah bagi amaran awal2 kat girl ye...hihi....

takde calon tapi macam bakal de calon dah ni...hik3;p

Cik Kira said...

waaahhhh...mintak d jauhkan :]

anyss said...

Salam,
tip no.1 tu kena hati2 skit. Ramai pompuan bila keluar rumah macam Ratu tapi dok rumah macam hantu. Belum kawin, memanglah nampak comel n wangi je manjang...dah kawin baru tau kisah sebenar hu hu hu

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

cik @ien said...

bravo!! tips hebat nieh.. hehe..

bgus utk lelaki n juga wanita..

Heidi Shafiq said...

betul beb.. aku sokong giler..

aLya said...

alya rase kan, abeh teliti da alya bace sebab nk cari kot2 la ade yg alya penah wat tapi xde plak (rasenye la)..tapi kene tinggal gak..huhuhu
maknenye, mr asada kene sambung lagi la entri nie untuk tips seterusnya..hehehe

biskut said...

tuh yang buat ramai pasangan pilih 'perceraian'.nampak remeh tapi leh jadi punca besar.

f_aRa_aINa989 said...

kenapa saya rasa macam xde langsung ciri2 di atas??

hahahahaha...

;p

CIK TOM said...

eh br perasan ade katun dlm n3 ni...comel!

Aliesya♥Amani said...

tips yg menarik!!!!

buDAK keCIK said...

okeyh phm... tq ;D

ANATI SOKI said...

de kwan anat kat ipg kan.. girl tau. mulut dia gila punya kuang ajar. suka carik gaduh.. suka condem org.suka kutuk org.. budak laki mmg menci dia hbais2 habisan la.. satu menda yg anat tahu.. lelaki pantang pmpuan kuang ajar... kan? kan?

althafunisa said...

tapi kdg2 lelaki sengaja mencari alasan itu dan ini bila da ada yang lain...

Fatin Najihah Hashim :) said...

terbaik di situ! :)
jgn bagi suami ketuk lutut ok!

M a W a D D a H said...

wah asada!!! hahaha..

gud info dari asada...like...like...like...

cute tul la asada lukis...:)

M a W a D D a H said...

jap...kalau lelaki pun macam tue...pompuan pun leh pudar gak tau kasih sayang....

IVORYGINGER said...

tips diatas mmg la hebat. bagus tu peringatan para wanita. tetapi lelaki pun kena la beringat jugak. stiap apa yg ada diats boleh dterbalik pd suami. wanita jgk xsuka laki comot, cerewet, cemburu, cuai, celupar, cabul,ego, cetek fikiran, kutuk isteri, xleh terima pendapat isteri, malas, curiga, curang. he... ;D
klu la rasa isteri tu comot apakata bawak p salon bg up to date ckit. bwk la beli baju baru kew. kan dah lawa lps tu. lg 1 klu isteri xpandai masak jgn la dikutuk apa kata suami tolong masak sama. baru la fair. rasullullah dl pun tlg wife dia kat dapur tau. he...
lg 1 tolong-tolong la jgk bini mengemas. klu dah sama2 keja sama2 penat jgn la keja rumah pun dia kena bt. kan tenaga lelaki lebih dr wanita. apasalah ditolong inn. he...

jgn la mencari kesempurnaan shj. hnya allah ja sempurna. stiap individu ada kelebihan n kekurangan. sbb itu dijadikan bpasangan supaya saling menampung kekurang yg ada pd pasangan. klu rs ada yg kurang pd isteri tegur la elok2,didik dgn takwa n ketaatan pd allah. insyallah dia akan jd wanita solehah bt suami. renung2 la diri tu dulu. br tgk org lain. klu rs nk cari wanita perfect jd pasangan cuba tgk diri tu perfect atau x. he... jgn mara. sekadar luahan n pendapat sy. ;D

Catherine- said...

50-50~ heh. yang sedang2 saja....

zahidah dihaz said...

thank for sharing..nice info...

New enter: Ustaz Amirul

Gayahspears said...

hahaha.. menariklah tip2 ni..
ehem2 cantek lukisan ko gak.. terbaiklah n3 ni!

nurkaloi said...

kaloi malassss......... lalal~~
hehehe

leeza said...

owh comel benor..suke entry ni heheheh

IeDa_IsHiDa88 said...

best jgak bca tips nie.. tp xsume girl cam 2...

liyana said...

haha!!!!btOl la tuh..

Nur Qistina said...

nice sharing..psstt..lukisan tu nanti bukukan boleh wat bisnes..$,$ ngee~ kalau perempuan mata duitan pulak cane..hahaha..=p

D'Lolita said...

mintak izin share ;)

NuR 'aQiLaH said...

ce tukar PEREMPUAN --> LELAKI

pompuan pon x suka laki yang macam tu. huhu -_-"