Wednesday, December 29, 2010

Gejala Gian Internet

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga berada dalam limpah rahmat-Nya dan ceria sentiasa. senyum-senyum selalu kerana senyuman anda menceriakan insan lain. mahukan bukti? senyum je untuk diri sendiri depan cermin, mesti lepas tu akan rasa happy. jangan orang kata mereng sudah. hehe..

Bangun pagi tadi, mood sungguh ceria. rasanya dah lebih dua minggu tak tidur secara normal. maksud normal tu, tidur sebelah malam yer. sebelum ini agak sukar melelapkan mata waktu malam, mungkin disebabkan terbiasa tidur petang yang boleh dianggap sebagai pengganti tidur malam. sejak internet takde hari tu, masa tidur dapat diselaraskan.

Menempuh hari-hari tanpa internet, sangat mendera perasaan. ibarat ada kereta tapi takde minyak. ada telefon tapi takde kredit. duduk selenga di depan PC tak dapat buat apa.

duduk selenga depan pc [gambar dari uncle google]

Ya ampuuunn.. serius internet ni dah macam dadah! kalau tak ada memang kena cari. takde internet umpama hilang sebahagian nikmat dunia. sanggup menapak pergi cyber cafe pukul 7 pagi bila internet takde kat rumah. kononnya nak ambik feel tak ramai orang. harapan jer.. budak-budak arab sebelum pergi sekolah, 'berjihad' kat CC main game perang!

Alhamdulillah internet dah okey sejak dua hari lepas. tapi, bila dah ada internet, takde plak 'sangap gian' menghadap. umpamanya bila takde tercari-cari, dah ada kita tengok je. hahaha..

Walaupun begitu, kisah gian internet tak sama dengan kisah mencari calon isteri. kita perlu berusaha mencari calon isteri. dah dapat cari, jaga dengan sebaik mungkin. jangan sia-siakan. bak kata ayat iklan, kerana dirimu sungguh berharga.

Melalut pulok...

Apa pun, hope ada internet ni, tak merosakkan masa tidur yang dah normal. haha.. kena guna taktik blogging awal pagi. kalau tengah malam, boleh mengundang tak tidur malam. macam la update blog hari-hari.


Nota Kaki :
Orang yang berjaga malam itu adalah insan luar biasa. insan luar biasa ni terbahagi kepada dua kelompok. satu kelompok yang berlumba mencari redha Allah SWT dan satu kelompok lagi berlumba mencari redha iblis laknatullah. yang mana satu kelompok kita? tanya hati, tanya jiwa, tanya iman..

actually ada satu lagi, kelompok yang tengah-tengah malam update blog. (^^,)

31 comments:

NIA said...

semoga dgn adanya internet, asada semakin rajin update blog.HAHAHA~

hans said...

hehehehehhehe
aku kelompok gian la aku rasa abang asada
hohoho

P/S : Tolong Vote Saya Sebab Saya Nak Menang Buku Nih! (^_^)Y

Anep™ said...

aku pon salah seorang yg gian dgn internet..hehe

Latest Entry :
-> Blog Review Special : Aq Naim, JOm Terjah !
-> Apa Kaitannya Games Island Trible Ini Dengan Idola Kecil 3, Pelik ?

dak eina said...

betul3~~

kalo ade tenet...mst tido lwat.. aritu pegi jenjalan xbwk laptop, xde tenet..kul11 dah tido..nie dh blik umah..3,4pg bru tido.. :(

Yann said...

kmk gian internet. ahaha.
ng sikpat nk berambeh ke lain kotan rah rumah ada streamyx tek nak. haha.
bila mak mek ngembak balit ke kampung, bingong ati tok sikpat main tenet. hahaha. :D

TunTeja said...

apa kel0mpok yang lagi satu tu :p

Dinaz said...

mengupdat blog tgh2 malam bukan cara yang siha..eloklah digahagikan masa untuk tidur sama..pastinya kesihatan perlu dijaga...baru blog terus sihat cm tuannya..heeee, salam dr dinaz.

Mr. Asada said...

@sizuka[Izzati] :
hahaha.. boleh jadi azam 2011 tu. ;P

Mr. Asada said...

@hans :
gian takpe, jangan sangap over! :P

Mr. Asada said...

@Anip :
hahaha.. sama spesis. apa la nasib kalau xde terus internet. boleh ke tidak nak survive..

Mr. Asada said...

@dak eina :
uish.. dahsyat! 3-4 pagi ru tido. itu nasib baik ingat lagi nak tdo.. kalau terus x nak tido lebih brutal.

Mr. Asada said...

@Yann Mazian :
ya lah koh. lu mati boring mun sikda tenet. p jangan alu x kenal ngn org gik tegal tenet lak.

tok mesti slalu eskep x maok balit kpg nak?? hahaha

Mr. Asada said...

@Tun Teja :
kelompok lagi satu tu d namakan blogger. hahaha..

Mr. Asada said...

@DiaUmaiNiNaz :
hee.. okeh. set! lepas ni blogging belah pagi. so malam leh tido :D

*azam tahun baru : tido secara normal*

ira said...

aku pun gian gak ngan internet kalau takde wat keja apa..tak kan nak ngadap dinding kan dalam bilik tu..hehee

Solehah said...

Salam.sihat ke? dah lama tak melawat blog ni..

internet skg ni lebih kpd keperluan bg sy.

Keyyah said...

nasib baik lah Keyyah xtergolong dlm org xnormal...walau internet laju cm na pun, kul 11 mst tido..awek mudda 2..hhehehe

Lovely Bella said...

huhuu aku suke tido dan mmg kene tido awai... x larat nak berjaga.. kelompok ape eh aku?

lady-D said...

masalahnye kalo xleh tido terus men tenet..lagilaaa xleh tido..haha..esok masuk opis tross blur pale ni..hawhawhaw

CI_ said...

tak habis2 dak ni mencari calon isteri,
kuliah abiskan dulu deh!

Verdict said...

golongan yg ketiga tu...


ehem.. terkena batang idong sendrik!

ahaks..

'Athifah Markzzaki said...

"actually ada satu lagi, kelompok yang tengah-tengah malam update blog. (^^,)"

-aiseh, terasa ooo~~~ (-_-)''

berlumba mencari redha iblis? apa maksudnya?

hans said...

hahahaha
sangap over tu dulu2 ada lah
masa sekolah2
hehehehe

P/S : Thanks Pada Kamu Sebab Undi Saya Yer

CIK TOM said...

cik tom la kelompok yg update n3 malam2...hahahha

Aida Azryn said...

aida suka update blog time tgh2 malam.. XD

Miss b said...

sesungguhnya 3 hari x dpt online sbb ade kursus memang menyiksakan jiwa

auchhhhhhhh

aien said...

haha.. memang sangap la klo xda tenet.. heee..


eh. asada spesies mane?? hee

Cikgu Armiza said...

wahhh..wahh..asada dah muncul...=P
lepas ni hari2 lah nampak asada upadate blog yea...uhuhu..^_^

ekane said...

T_T baca nota kaki..hikss.

platipus said...

aku tkley tido mlm walau pon dh kira kambing..
adakah aku kelompok yg berlumba mencari redha Allah atau iblis?

aindzaya said...

asada da mula bermesra dgn internet..
hope tak de gguan lg pasnie..huhu