Wollah.. semalam punya la bersemangat waja tolong menghidupkan balik blog member yang ditinggalkan sepi hampir 2 tahun. dia dah tak ingat password! nasib baik terpampang email kat profile dan dia ingat password email tu, boleh la menggali debu-debu yang dah menebal.
Hasil galian yang mantap kat blog tu, ada satu entry yang membuatkan aku terfikir tentang apa yang telah aku buat sebelum ni. benda yang seriusly nampak sangat simple tetapi pada hakikatnya mempunyai kesan besar yang aku sendiri tak dapat nak bayangkan.
Meh aku kongsikan jugak kat sini untuk sama-sama kita imbas balik, adakah kita pernah terbuat tanpa kita perasan..
Sufyan Ath-Thawri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1.Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibubapanya dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. (membaca dengan lintang pukang dan tidak berniat mahu perbaiki bacaan)
3.Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.
4.Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka.
5.Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Pehh.. terkedu sekejap bila lepas baca. semacam ada perkara yang pernah terbuat. alamak.. sia-sia der.. maksud sia-sia kat sini takde dapat faedah! kalau dalam berniaga, melabur juta-juta tapi tak dapat untung..
Jom.. sama-sama berusaha perbaiki amal kita semoga bukan saja diri sendiri yang dapat faedah, malah insan-insan lain di sekeliling kita pun mendapat keuntungan dan manfaat..
Kan rugi kita berkawan, tapi tak bertanya khabar.. tau-tau kawan tu hilang entah ke mana. so saya nak tanya.. kamu yang baca sampai akhir entry ni apa khabar? semoga ceria selalu dengan senyuman.. hehe =)
Nota kaki :
blog member masih dalam pembersihan. boleh saja berkenalan. beliau jejaka kacak tetapi sudah berpunya.saya masih single. hehe.. click sini untuk ke blog tu
mungkin ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni, kalau ada terkurang tu, harap boleh tegur. boleh jugak tambah ilmu.. =)
Jom.. sama-sama berusaha perbaiki amal kita semoga bukan saja diri sendiri yang dapat faedah, malah insan-insan lain di sekeliling kita pun mendapat keuntungan dan manfaat..
Kan rugi kita berkawan, tapi tak bertanya khabar.. tau-tau kawan tu hilang entah ke mana. so saya nak tanya.. kamu yang baca sampai akhir entry ni apa khabar? semoga ceria selalu dengan senyuman.. hehe =)
Nota kaki :
blog member masih dalam pembersihan. boleh saja berkenalan. beliau jejaka kacak tetapi sudah berpunya.
mungkin ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni, kalau ada terkurang tu, harap boleh tegur. boleh jugak tambah ilmu.. =)
54 comments:
nk bkenalan sama kamu...tidak mahu beliau...:p
aku pun terkedu juga.byk benda nak perbaiki diri ni kan..agar tak sia-sia
no 7 tuh: untuk lelaki je ke?
adeyh...
kena perbaiki diri lagi..
miss senget :
hahaha.. jom kenal2.. salam kenal =)
Faizal Sulaiman :
yeah! chaiyok! sama-sama perbaiki diri..
thanks for sharing this.
terus masuk dalam kepala.
cik jari :
yang ditulisnya lelaki, maka yang tertaip di sini lelaki. apa pun, ambillah yang baiknya.. jangan bertanya khabar sampai membawa ke mengumpat lak.. ngee =P
Miss Kira :
sama-sama perbaiki.. yeah!
tamau jadi sia-sia lagi.
kesian jiran blakang umah aku, hari2 aku masak sedap.wakakaka
Salam..
really nice entry.. :)
Thank for the sharing..
sharing is Daring.. :P
terima kasih atas ingatan tersebut.....
hmm..betul tu..dlm list ni...ada juga yg sy sering buat...(-_-)
jom ke APA KATA HATI pulak,
WAKTU TIDUR
salam . wah . ini berguna :)
okay . saya sangat suka gambar itu :)
pandai ko edit gambar yer..
:)
byk yang sia-sia rupanya -_-"
khabar baik..hihi (^^,)
TQ for sharing...
macehh share!
kalu tak diingtkn...
kita akan alpa~
Salam ramadhan..
tgh senyum2 ni..
jawab soklan awk dulu..
org khabar baek, ALHAMDULILLAH..=)
Ahahaha..
Ok2. Thanks sharing yer. Dapat lg ilmu tym blogwalking...
khabar baik.. ^^
na kumen ape tadi..adeh
saya baik2 je ASaDa...
[senyum tak abis lagi]
hihihihi
assalam.
terimakasih..
banyak info dpt..
dan banyak yg perlu sy perbaiki..
alhamdulillah dah terbuka mata ape yg sia2..
salam.
saya baca sampai habis. memang saya sendiri pun pernah terbuat perkara yang sia-sia tu. bukan disengajakan tetapi terlupa atau terlalai.
semoga Allah mengampunkan dosa hambanya ini.
renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..
aku nak print lah entry nih
pastu bagi dekat jiran atas rumah aku nih
P/S : Kepada Penggemar Telur Ayam! Awas! Hati - Hati Dengan Telur Ayam Palsu!
owh rupanya banyak menda yg sia2 telah ku buat...
ada jugak terbuat perkara yg sia2 tu..thanks for this entry.. :)
kartun tu kiut lah..lukis sendiri ke??
entri kali ni menarik, saya suka ;p
sesungguhnya, kita ini patut bersyukur ats sgla kurniaanNya...byk, tidak terkira ;p...bnda yg kita nmpk remeh itu, kita tinggalkan...sedangkan, klo kita lakukan, besar pahala n fadhilatnya...
mari sama2 lakukan perkara ber'faedah' dan tidak 'sia-sia' =)
bila baca entry nie. mcm ada penah terbuat tu~ ish3. gud job! lepas nie nak lupuskan kesalahan tu ler~ hehehe.
salam kenal..
bagus entry ni. i like!!
http://faezahannahalbaj.blogspot.com
nice entri kamu nie...
yelah..mmg rase aku nie cm sia2 jerk sebab g masjid hampir tak pernah buat tahayatul masjid....
ramai kawan2 aku yang berilmu terutama dr segi agama tapi aku xamek peluang pon..huhu
saya sihat..kamu apa khabar?
Terima kasih berkongsi~
Barakallahu fik~
TERBARU: Kasih kerana Tuhan
ha?masih single?ehem2 hahaha
Salam asada. lama tak jumpa. heheh.. bagus betul incik asada wat amal jariah membersihkan blog sahabat. insyAllah diberkati Allah semua usaha awak. camne puasa raya?.. (sudah 2minggu puasa+lagi 2minggu raya = puasa raya) :P dah beli baju raya ke blm?.. :)
http://wanshah87.blogspot.com
ah ada aku kesah kalau dah berpunya pun..nak ngorat gakss
If everybody practices them...life wold be wonderful.
Selamat Hari Merdeka.
Merdeka! Merdka! Merdeka!
If everybody practices them...life wold be wonderful.
Selamat Hari Merdeka.
Merdeka! Merdka! Merdeka!
Terima kasih atas perkongsian ini . Saya tahu tak sampai separuh pun sebelum ini (:
tazkirah w/pun simple tapi bermakna.. dah lama nye mekchu tak singgah sini..
selamat hari kemerdekaan!!!
'Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.'
alamak,terkedu!
thanx....4 the post
comel jugak katun tu asada..
hehe
sempat lagi promote diri sendiri.. :P
insaf sebentar..
wa..dh taip berjela2, baru nk tanya kabar ek..? haha.. :p
sapuu sapuu..suke katun tu ekekek
haih..byk benda yg diperlakukan sia2 je..hm..kena muhasabah balik neh~~=_=
benada yang selalu kita terlepas pandang kan.insaf.
kene perbaiki diri sendiri nie....terlalu banyak mende yang sia2
saya kabar baik asada...:) senyum2 selalu ye asada..
dah2 la tu buat keje yg tak berfaedah...
*suke tengok kartun yg kiut itu..mcm muka shin chan and the geng je...
ni kena ambik note ni...sebab ade jugak perkara yg terpenah buat...thanx for the info... =)
bagusnyer entry nie.. :P
wow santapan rohaniku...lalala~
Bagus N3 ni, thanks kita Berkongsi ilmu dan manafaatkan bersama.IsyaAllah bertambah berkat kehidupan kita..
ingat memperingati tu bgus...hmm..bru bc..walaupn terlewat sikit..(hehehe..terlewat beberapa bulan..)
peace :D
Post a Comment