Thursday, October 28, 2010

Sahabat : Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua. semoga dalam keadaan sihat ceria di mana jua berada. yeah!

Hari ni lebih baik dari hari semalam. terasa lapang dada bila kesedihan semalam terungkai. benar kata hikmat itu, kemaafan meringankan beban. jika dipendam, terasa sangat berat memikul perasaan yang penuh tanda soal, penuh rasa bersalah. terima kasih duhai sahabat.

Aku tahu, aku juga bersalah. menghujankan kata menenggelamkan ceria. maaf sekali lagi..

Aku nobatkan penghargaan disini buat teman yang sudi mampir di kala hati menanggung pilu. penghargaan buat kata penyejuk jiwa. semangat penerus daya di saat langkah longlai memikul beban. segala puji buat Allah yang Esa, aku tidak sendirian menanggungnya..

Aku hargai dugaan jiwa yang tiba. yang pasti, banyak hikmahnya. tersirat mahupun tersurat. kini sudah terpatri atas nota sejarah semalam.

Teman.. aku mengharapkan ini bukan pengakhiran suatu kisah. aku mendambakan teman ke akhir hayat. sama menongkah arus dunia, sama kecapi nikmat bahagia. semoga ikatan ukhuwwah ini kekal selamanya..

Terima Kasih semua. ni yang buat makin sayang.. (^^,)

bukan sekadar gambar hiasan.. ada kaitan sikit la..

Nota kaki :
berterus-terang dan mohon maaf andai dah buat salah. walaupun mungkin orang tu sukar untuk melupakan kesalahan kita, namun ia boleh meringankan beban jiwa bersalah. menyimpan rasa bersalah sama seperti menahan buang air besar. karang tahan lama-lama boleh jadi sembelit. lagi naya kena buasir..

Jadi.. berterus teranglah. hadapi realiti kehidupan anda.. jangan pulak sengaja buat salah aniaya kat orang.. uhh!

44 comments:

Tieah Madian said...

Memaafkan semua org boleh buat hati tenang dan tiada rasa gundah..
Lagipun buat apa nak bermusuhan dlm kita berkawan..
Tak kemana pun buat muka ketat2 selagi masing2 dalam dunia ni..
Nak lari mana2 pun ketemu gak akhirnya..
Hehe..
Sahabat sejati sampai mati!
Yeah..

Anonymous said...

tak 1st. uwaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

asada sembelit? nak teh halia?

Amni said...

kmk rasa muka kitak dalam gambar tok lain kit dari gambar nak men bowling ngan kimmy ya...

memaafkan nang susah especially mun benda ya makan sampei dalam ati, yang menjatuhkan maruah.. tapi marah yang panjang sampe mengundang benci ya sia-sia.. hati sakit, ada noda hitam dalam hati...

makanya lembutkan untuk memaafkan, rendahkan ego mohon kemaafan.. insha allah hidup lebih tenang...

Aida Azryn said...

Setuju dengan d_tieah~ :)

Kik0 ♥ QiLaH said...

-hidop mesti berani tima kenyataan-

p/s : wwo0tt whoott~
abgggg...nak sainnnnn..
wakakap

zahidah dihaz said...

menahan air besar?? oh tidak..

sangat lega selepas memberitahu perkara sebenar...semoga ceria selalu....

Ara Drew said...

sokong kata Macy..pahal bukan yg 1st komen?haha

Baguslah mun dh lega..

M a W a D D a H said...

asada..jangan sembelit...hahaha

patut la sedih semacam je..rupenya sembelit..wakakaka...

'Athifah Markzzaki said...

haha.. perumpamaan sembelit tu mcm best je.. ;DD don't worry be happy~

Shila said...

hohoho..
bgus2..
xkhhirnye tiada lg monolog sndiri..

Mr. Asada said...

@d_tieah :
yeah! betul tu.. tak guna nak bermusuhan. dunia ni tak besar mana pun.

yang penting, jangan cari musuh. lebih best cari kawan ramai2..

Mr. Asada said...

@maCy :
haha.. tak dpt 1st. 2nd pun kira oke per..

tak nak teh halia. nak cappucino.. lalala~

Mr. Asada said...

@Amni :
ya ka lain? rambut jak beza nak? err..

sedangkan nabi ampunkan ummatnya. sik guna nak menyimpan dendam nak. benda dah terjadi. orang pun dah mintak maaf mintak ampun..

bak kata kitak, kelak alu jadi noda dalam hati.. hehe :P

rendahkan ego jangan sampey rendah gilak. x bagus jwak ya..

Mr. Asada said...

@AiDa AzRyN :
heee.. setuju jugak..


@Nur'aQiLaH :
yeah! terima kenyataan. hidup dalam realiti.

nak sign kat mana ni? hihi =P

Mr. Asada said...

@zahidah dihaz :
haha.. lebih kurang la.. semoga ceria selalu jugak (^^,)

Mr. Asada said...

@DaRa MaNisKu :
hahaha.. ya d sokongnya..

ya lah.. mun belom lega, merinsak jwak rasanya. hahaha

Mr. Asada said...

@MaWaDDaH :
tak sembelit dah. hahaha.. dah lega lepaskan semua. lalala~


@Kimmy Ai :
lebih kurang sama kan? hee,, yeah! be happy.. ;)


@missSenget :
alhamdulillah.. lega dapat lepaskan beban persoalan penuh pilu,, :P

CIK TOM said...

setuju ngan tieah..ayat perghh mantap!!sahabat ketika senang mmg senang nak cr..tp sahabat yg setia waktu susah lg susah nk cr..so hargai la sahabat..(maaf berbelit sbb demam..haha)

Unknown said...

org ke empat setuju dengan tiah!haha..
bagus gak tieah ni kalu dia komen betul2..:)

Unknown said...

mintak maaf le kalau ade buat salah kat kamu..
hehe..

Unknown said...

mintak maaf le kalau ade buat salah kat kamu..
hehe..

The Official Miss CHEKLEEN said...

kadang2 nak minta maaf tu memerlukan satu kekuatan,tapi itu tanda kita jujur mengakui kesalahan diri...dan kadang2 bila kita lafazkan ayat kemaafan terhadap sesuatu salah faham,orang andaikan kita yang bersalah..

papepun tahniah asada kerana telah keluar dari sembelit..ekeke

Verdict said...

yang dah lepas tu lepas k..


aku maafkan ko..janji ko bawak aku g makan restoran tepi sg tu ek!


haha


chill lah :) macam ni barulah kawan aku! :D

EYA NADIA said...

kecik gilak tulisan ya. x mek diat ko. huhu maklumlah owng rabun tek nk. : )

Ibu Ammar said...

saya sahabat asada gak kan. kan?

Cik Aien said...

sahabat bukan untuk hari ini, bukan untuk esok.. Tapi sahabat adalah untuk selamanya ^_^

Nas said...

taw xper...kan bestkita saling maaf bermaafan..baru meriah kan idop..ekekeke...yelah..kalau xde kawan...susah la hidup..mcm xlengkap

pst-thenks komen entri kat 100 penulis..amat aku hargai :D


latest entri:

apabila karya photoshop serba tak menjadi!

Unknown said...

melukakan org lain, semua org boleh buat tapi nak memohon kemaafan drpd org, tak ramai yg mampu. huhu..

bro, nak mintak maaf juga klo ada salah silap ya :(

Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

Bidadari Syurga said...

amin

ciK LyndaWawa said...

iboh sedih2...


org hansem tak boleh sedih...=)

Ain Zulaikha said...

hargai sahabat .. like..

Amni said...

rendahkan ego means sikda la sampe kita gadaikan maruah kita kan? ego maksud kmk ya, dalam nak memaafkan dan meminta maaf dengan urang lain.. kadang2 urang tauk, or kit tauk kita salah, tapi kerana ego yang sik bertempat, kita sik berani nak memulakan...

psstt... Rambut lain... muka kurus sikit...=) suka tengok rambut panjang n ada jambang ya.. hehe..

Erk? Macam molah entri kedirik jak kmk komen.. hehe.. Btw, nang nice entri tok..

hamzah ian said...

rilek bro.. ni la hidup..

cEro said...

"berterus-terang dan mohon maaf andai dah buat salah. walaupun mungkin orang tu sukar untuk melupakan kesalahan kita, namun ia boleh meringankan beban jiwa bersalah"

sgt betul...sgt setuju...
byk kali terjadi..

sweetsal said...

akak minta maaf sebab lama tak singgah sini..busy kut..hehe

hans said...

asada bilah dah happy terus lupa dekat aku sih
tak per tak per


P/S : Selamber Jer - Sekali Lagi Keluar Di Dalam Surat Khabar

aien said...

semoga kita mampu berlapang dada dengan kesalahan2 org buat pada kita...


memaafkan kdg2 payah gk nk buat. heeee

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Kita cari sahabat,
Sahabat yang benar-benar sahabat,
Sahabat yang merundum hipokrit, tapi adanya sejati,
Sahabat yang sanggup semati,
Yang akan bawa duka pergi,
Yang menjemput bahagia menanti,
Sahabat tak pernah lari,
Kalau memang dia sehati,
Sahabat bukan ironis diri,
Apatah lagi mencela caci,
Jeluakkan yang dipendam di dalam diri,
Agar tak ada permusuhan bersemi.:)

pzy.krol said...

Yt lu derrr.....gile ah...caer sume awek2 bace kt cni...nsb baek aku tak caer gak sbb aku bukN la AWEK2..i tulen youuuu....auuuww....hahaha

dya adriza said...

Trouble is friend... hmm...

itulah dugaan dalam dunia persahabatan. Moga tabah, dan ukhwah semakin bersemi..

kerangRebus said...

wah!baguih!bukan senang nk mengaku salah and mintak maaf!siyes calang2 org je leh wat gitu..hm..itu yg terbaik..kene trus terang n mintak maaf..kalau tak org tu lek je,kite yg wat salah terganggu jiwa sampai bile2 :)~~

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

tiba2 rindu kawan2 kan malaysia..wuaa:(

Ieqa Swetluv said...

haaa.. ang ade buat salah ngan aku! cepat mintak maaf cepat hohohoho ;p