Friday, September 16, 2011

Malaikat Maut Lalu Di Kampung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Malam hari Rabu lepas, kira-kira pukul 11.30 malam, anjing menyalak sayu. lain benar bunyi mereka menyalak bersahutan, seolah-olah ketakutan oleh sesuatu. ohh.. anjing nampak malaikat maut lalu di kampung lah tu, bisik hati saya. kalau tidak penduduk kampung ini, penduduk kampung sebelah yang meninggal dunia esok pagi. lalu saya suarakan kepada mak, apa yang saya rasa.

Pagi Khamis, mak saya dapat berita seorang penduduk kampung meninggal dunia, suami kepada orang yang pernah bekerja di rumah kami semasa saya kecik dulu. Innalillah Wa inna ilaihi Roji'uun..

Sebenarnya sudah banyak kali terjadi, bila anjing menyalak sayu begitu pasti disusuli dengan berita kematian keesokan paginya. ini mungkin bukan fakta kehadiran malaikat maut, hanya firasat saya. walaupun begitu, kita harus tahu, malaikat maut sememangnya sentiasa dekat dengan kita yang hidup. kita je tidak sedar akan kehadirannya.

Al-Fatihah untuk arwah Mohammad Sahi Bin Leman. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman kepada Allah SWT. amiin..

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. persoalannya, sudahkah kita bersiap menempuhi sesuatu yang pasti itu?

38 comments:

SweetyMui2 said...

kmk slalu juak dgr ctok, tp xda berita mati2 ya la...

eva said...

Innalillah Wa inna ilaihi Roji'uun..

huhuhu.. soklan last xpat jwb.. hoho

dayu_myself said...

kita hanya boleh
bersedia sehabis baik...
tapi Allah yang menentukannya...
semoga Allah menerima segala ibadah yang kita lakukan dan menempatkan kita di tempat yang diredhai...Amin~~

fiezah91 said...

al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.

Nurin Farhanah said...

semakin jauh kita menapak, semakin dekat malaikat maut menghampiri...

kita dah lama bertunang dengan ajal..tarikh pun telah ditetapkan, tapi kita je yang tak tahu

Pendamba Mawar said...

benar kadang2..binatng diberikan kelebihan untuk 'nampak' sesuatu yang kita tak nampak.. al fatihah

Unknown said...

setiap hari kita menerima 70 kali kunjungan tak rasmi dari beliau

aindzaya said...

untung kepada mereka yg Tuhan berikan 6 deria....

moga roh ditempatkan di kalangan org beriman..amin~

laskar pelangi said...

Al-Fatihah...untuk arwah..mungkin kot haiwan mengetahui tentang malaikat maut..kalaulah kita diberi anugerah mengetahuinya, mesti kita seram sejuk dibuatnya kan

[sutera kasih] said...

Al-fatihah..

kuat perasaan ktk ahhh...
urmm..muhasabah diri..

Aini said...

Al Fatihah.. Takziah kepada keluarga si mati..

emy|farid said...

al-fatihah, seram sejuk je bca tjuk entry, :)

Wahidah said...

setiap yg hidup pasti akan meninggal..itu pasti..:)

bile mau pulang ke bumi anbia?

♥ Nana BamBam ♥ said...

Kadang manusia alpa tentang itu, namun saya sedar bahawa kita manusia hanya hidup sementara di mukabumi ini. .

Al-Fatihah untuk arwah, semoga arwah dicucuri rahmat oleh-Nya..amin.

Salwa said...

Al-fatihah..

azah sofi said...

Innalillah..Tiba2 asa sayu..huhuhu..

Nurul Iman Rosman said...

Takziah kepade family arwah.

Saye pulak kadang2 mimpi gigi patah, lepas tu tak lame ade orang meninggal.
Wallahuallam ~

TunTeja said...

alfatihah.yup.maut tak mengenal waktu kan asada.hm.bile fikir pasal ni mesti rasa insaf.

ciK LyndaWawa said...

kuat oo instict kitak..kmpung mek pun ada org ninggal aritok eh..

jeragang said...

setiap yang hidup akan ketemu mati... setiap hari ada sahaja orang mti jauh dan dekat... oleh itu malaikat maut lalu setiap hari.... sayu ker???

Azhafizah MN said...

takziah kepada keluarga arwah..al-fatihah

e e e n a n a said...

al-fatihah

nur aisya humaira said...

alfatihah...

RHI said...

al-fatihah buat arwah...

Cik Embun said...

al-fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat...

iKhRam said...

al fatihah..
semoga roh allahyarham dirahmati Allah..

apapun mungkin ada benarnya firasat itu.. atau mungkin hanya kebetulan.

Eera Shera said...

mati tu pasti..

hidup insyaALLAH

[sutera kasih] said...

ktk apahal makin lamak sik nmpk btg idong haha

http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/09/blog-lelaki-macho-part-1.html

Dkna Abza said...

al fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

mak pon selalu cakap macam tu, bila angjing menyalak panjang pasti akan ada kematian

Shila said...

belum bersiap sedia lg...


uuhuhuhu...

iPai said...

tak ready lagi .. malaikat maut sentiasa singgah jenguk kita dalam satu hari kan ?

hmm, ntah2 anjing tuh nampak roh kot .. tu yg sayu tuh

iPai said...

lama betul tak singgah sini kan asada .. uhuh .. salam kabar .. sori dah lama tak singgah

shamyheart said...

Uii, seram.. (membaca tengah malam sunyi yg semua orang dah tidur).

Tapi kan bebaru ni dengar ceramah agama. Ustaz cakap,
"anjing berbunyi kalau nampak syaitan tapi ayam berbunyi bila nampak malaikat. Itulah anugerah yang ALLAH bagi kepada haiwan"

Wallahu 'alam.

Sara Ali said...

sy kembali...

=)

A-fatihah, semoga arwah tenang di sana...

Hans Hanis said...

perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian

♥ p a a n i ♥ said...

Al-fatihah...

Anonymous said...

saya turut menerima berita sedih ini pagi tadi. .kawan baik housemate saya meninggal kerana demam panas. .AL-FATIHAH

Anne Wahid said...

al-fatihah....