Monday, September 26, 2011

Jadi Cikgu Lagi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Lebih seminggu tak dapat update blog. siyes tak dapat! sibuk yang tak dapat disangkal lagi. sejak Isnin minggu lepas, saya sudah berkhidmat menjadi cikgu di Sekolah Kebangsaan Empila, Kota Samarahan. kebetulan pula, minggu lepas adalah minggu persediaan untuk temasya Sukan Tahunan Sekolah. saya datang melapor diri terus dipanggil attend meeting Sukan Tahunan! hahaha..

Hari Selasa ada pemilihan atlit rumah sukan. saya ditempatkan bersama cikgu di Rumah Kelisa yang bertemakan warna merah sebab ikut nama cikgu yang saya ganti. agak digeruni jugak Rumah Kelisa ni sebab ada atlit terbaik dan terhebat sekolah. saya pun kalah bila lumba lari 100meter. tapi itu mungkin sebab saya dah lama tak berlari, dulu saya atlit jugak okeh!

Hari Rabu dan Khamis saya menjadi guru pengiring kepada empat pelajar SK Empila ke Kem Bina Juara Seni Khat. walaupun takde lah letih macam hari buat pemilihan atlit, tapi saya khusyuk belajar teknik menulis khat bersama budak sekolah rendah. banyak jugak benda baru saya dapat tahu. satu hari suntuk di dalam dewan pun tetap best.

Hari Jumaat buat raptai perbarisan lintas hormat perasmian Sukan Tahunan Sekolah. siyes punya panas Jumaat hari tu. nasib baik raptai habis sebelum tengahari. pagi saje dah membahang, kalau tengahari mau terbakar terus gamaknya. hahaha.. 

Tahun ni agak special sebab buat julung kalinya temasya Sukan Tahunan Sekolah diadakan di Stadium Mini Kota Samarahan. sebelum ini pihak sekolah adakan di padang sekolah sahaja. so semestinya memerlukan persediaan teliti untuk bawa rombongan beratus murid yang perlu sentiasa diawasi. itu pun ade jugak yang terlepas kawalan! uhh.. 

Semalam dah selesai temasya Sukan Tahunan Sekolah. dengan kerjasama guru-guru dan PIBG SK Empila, semuanya berjalan lancar. cuma part penutupan je ada sedikit tersasar daripada rancangan asal disebabkan hujan lebat. overall, semua okay.. 

Syok jadi penyokong setia Rumah Kelisa semalam. cikgu memang perlu over dari budak-budak. hahaha.. walaupun dapat tempat kedua keseluruhan, acara balapan lelaki 12 tahun ke bawah di sapu bersih oleh Rumah kami. acara balapan perempuan 12 tahun ke bawah pun tak kurang hebatnya. hehehe.. 

Seperti biasa, bila dah all out semalam, hari ni badan pun dah rasa sengal sana sini. nasib baik lah ada cuti hari ni. boleh la buat rehat-rehat. walaupun berhabisan letih, pengalaman tu sangat best. ditambah dengan cikgu-cikgu semuanya sangat-sangat friendly dan menceriakan. tensen yang datang pun boleh hilang..

Nota kaki :
Belum ada lagi gambar nak dikongsi dalam entry ni, insyaAllah akan menyusul gambar-gambarnye. ngeee..

21 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

selamat pagi cikgu!

seronokdapat berkerja dengan budak-budak..pasni lekat lah name cikgu pulak:P

Kalamhati said...

Jadi cikgu ganti ye..hehe selamat mengajar!

Cik Hawa said...

Tok second time kitak jadi cikgu nak??

Kathy Tuah said...

mun ada kosong jadi cikgu ganti gik kat cya padah k..kmk mok juak..hihi

iKhRam said...

cikgu?? wow
jom sama2 menyinari dunia pendidikan.. hahaha

percaya
berdasarkan pengalaman yg sama..
kita pasti seronok
yg penting ikhlas..

Bui Junaidi said...

sk empila..wah jauh ya
ada kelas pendidikan khas x sia..hehe

~Nana 귀여운~ said...

sonok tak dapat jadi cikgu sekolah rendah ? op coz sonok kan...

berbeza kalau jadi cikgu tadika..huhu...ponin den :P

emy|farid said...

cikgu~ meowwww haha

i am S!L4H.. said...

selamat mlm ckgu...

haha.

seronok jgk bace cite2 dr ckgu nih.
walaupun kite x bole nak jadik. hakhak

emieysandra said...

Selamat Malam cikgu Asada! *buat gaya upin ipin ;)

JIJI YU said...

ok le dari menganggur

♥ p a a n i ♥ said...

wah same la kite

sizuka[Izzati] said...

assalamualaikum, cikgu.eceh.bekas atlet sekolah ni.

ciK LyndaWawa said...

hai cikgu..=]

missSenget said...

adik2 rajin..

rajin laa belajar..

bila besar nanti..

boleh tolong ayah..

ayah juga ibu,,

gembira selalu..

melihat adikku rajin baca buku..

[noriza] said...

salam..

ohh asada dah jadi cikgu rupanya..
patutla lama sunyi je blog ni..
mujur tak sempat bersawang.

eh ajar subjek apa tu :D

♥ solehah ♥ said...

waw..jd cikgu dh nya lok..hehe :)

azah87 said...

wah..dah jdi ckgu la plak..besh2..lamak juak dah x brsukan tok..hehehe..

Ana Farhana said...

Terima kasih cikgu.....:)

Miss A said...

mcm best je jadi cikgu ni kan? tringin nak jadi cikgu tp apekan daya amik course lain pulak.. xpela jadi lecturer pun ok la kut :D

zahidahwahid said...

syoknya layan biak2....rindu dengan sukan zaman sekolah marek...