Friday, September 09, 2011

Nak Bantah Ke 6% Cukai Beli Topup Dan Simpack?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila saya dapat mesej daripada Celcom petang tadi, terkejut tengok nilai cukai yang bakal dikenakan bila beli topup dan simpack bermula 15 September nanti, 6%!! bayangkan beli topup RM10, kita perlu bayar RM0.60 untuk cukai.. maksudnya, orang yang topup RM10 dua kali seminggu macam saya akan bayar cukai RM4.80 sebulan. kalau keje cop duit, memang tak rasa lah bayor banyak tu bulan-bulan.

Menurut apa yang terpampang dalam announcement di laman web Celcom, cukai berkenaan adalah cukai kerajaan. sebijik sama macam cukai kita makan kat restoren besar atau hotel. bapak lah! makan dah kena cukai, sekarang nak bercakap kat telefon pun kena bayar cukai?!!

Seperti biasa, muncul lah pelbagai page bantahan di Facebook. antaranya Kami Bantah Cukai 6% Untuk Produk Reload & Simpack dan lain-lain lagi. itu je lah medium paling dekat dengan rakyat untuk menyuarakan bantahan ke atas cukai yang bakal dikenakan. entah didengar entahkan tidak oleh kerajaan Malaysia..

Negara kita merdeka sudah 54 tahun, tetapi perasaan masih dijajah tu seolah kekal dalam jiwa. ye lah, bila nak buat itu, buat ini dikenakan cukai. duit gaji habis ke cukai. beli kereta bayar cukai, makan mekdi, makan KFC pun bayar cukai, buat rumah kena cukai pintu pulak, bukak company kena cukai hasil. terbaru ni, beli topup nak kena cukai. hurmm...

Ye.. cukai tu untuk kemajuan dan kepentingan bersama dalam negara. masalahnya, cukai yang dikenakan terlalu membebankan rakyat. sampai nak berhubung dengan telefon pun kena bayar cukai. orang bergaji besar memang lah tak rasa, bagi rakyat berpendapatan rendah, benda macam ni lah yang membebankan mereka. lebih-lebih lagi golongan pelajar universiti. nak buat discussion mesti jadi lebih perit nanti. berat dah nak contact sana sini sebab bercakap kat phone kena bayar cukai dulu.

Nak melalut panjang-panjang, takut jadi mengarut. begini je lah.. saya tak kisah tax tu berapa tinggi pun, saya suka.. suka sangat!! tapi saya risau nanti kerajaan Malaysia tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyatnya.

Nota kaki :
kalau kira cukai ni, siyes punya besar yang kerajaan Malaysia dapat. tapi rakyat jadi sengsara.. saya harap slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dapat direalisasikan. (^^,)

25 comments:

izfanora said...

dalam berita tadi kuar yang kerajaan tak luluskan.. itu adalah drpd pihak telco, bkn kerajaan.

harapnya, golongan yang bawah nie dpt subsidi. yg kaya-kaya je yg kena bayar.. hihihih..

aryu said...

kagum! ya benar :)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

ya..cukai ini mmg membebankan...

pu3mas said...

risau n risau... beban !

Rozuan Ismail said...

ye lah.cukai tu kan pendapatan kerajaan untuk dibuat pembangunan negara.tapi janglah terlampau banyak cukai.beban la rakyat macam ni

A i n n u r said...

betul la...

ni la contoh "rakyat didahulukan.."

yuyu ali malas nak sign in said...

cukai cukai cukai...gomen terbaek ah...

http://amenoworld.blogspot.com/2011/09/najib-nafi-lulus-cukai-prepaid-video.html

Cik Aish said...

hmmmm tak patut laaa dorang ni buat camni...seyes tk patut!!!

Cik Miera said...

hmm ntah la.. dia ingt rakyat m'sia ni sume kaya2 kot

Jo Qusary said...

bagus la korg yg pakai prepaid kena cukai... menyampah aku tgk anak2 muda skg suka sgt gayut kat henfon dgn taip sms kat tgh2 jln berjam2 tak hirau org sampai terlanggar tiang (padan muka korg lagi!)...

azah87 said...

alahai..kin bankrup la lau sume pon nak bercukai..huhu..

Hans said...

aku rasa jadi macam Astro juga kut
apa2 pun harus bayar cukai
bantah macam mana pun kena bayar juga
mesti akan jadi sama macam kes Astro

syAzAnA said...

syaz okay jeh kot. hehe. entahlah. terima jelahh.

JIJI YU said...

sokong kerajaan..wakaka

ciK LyndaWawa said...

kmk sangat membantah gilak2 ...

Jer ... said...

jum pakai punlic phone ramai2 ...
( nasib baik aku tak selalu top tup )

Cik Gold said...

eboh ajak kita tok berhp nak ho..bercontct pk FB,TWITTER,OR BLOG jak.xda kenak tax.ehehehe

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Anonymous said...

pindah negara je laa..kihkih

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sama macam indonesia. klu topup rp 5000 pasti jadi 7000.grrr-,- ap salahnya kalau dh 5 tu stay lah 5, 10 stay lah 10. masuk jamban pun bayar 20 sen n ke atas. entah2 spuloh taun lagi, semua hal bakal berbayar, keluar suara kepada orang pn bayar!
-,-

Anonymous said...

yeaahhhhh!!! esok lusa cukai kepala,tangan,kaki,kemaluan serta ponggong akan dikenakan..bayar jangan tak bayar!!!!!!!!!

eiz_ezzy said...

perghhh, gila 60sen. bis jak duit k bli ya jak.

laskar pelangi said...

tula..ramai jerk tak puas ati...sy pn xpuas ati..kui3

Amni said...

mena kata dirik! kesian dengan jiran-jiran kamek juak... bukan urang senang... kamek pakey bil sik terasa glk la tax nya... tapi sakit ati juak la mula-mula... hemm...

zahidahwahid said...

dah sik jadi kan benda tok..hehehe
*Aher ada jak baru nak komen....