Sunday, May 06, 2012

Siap Sedia Untuk Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Sedang bersin-bersin selepas menyapu dan mengemas bilik yang dah berhabuk lama tidak dihuni. sakit hidung bila bersin banyak kali. boleh jadi flu dah kot..

Saya balik ke kampung kali ni bukan kerana cuti semester semata-mata, perlu bersiap sedia untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung 9 dan 10 Jun nanti. bukan perkahwinan saya, tetapi majlis perkahwinan adik saya dan tunangnya sekaligus perkahwinan cousin saya dengan jejaka pilihan. insyaAllah kalau takde apa-apa halangan, nanti ada empat mempelai bersemayam di atas pelamin.

Banyak benda yang perlu diatur untuk memastikan majlis perkahwinan nanti berjalan lancar. ayah saya sedang bersiap sedia dengan kemungkinan tempahan menggunakan Dewan Suarah Kota Samarahan dibatalkan sebab desas-desus Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada tarikh yang sama. sekiranya Dewan tidak boleh diguna, maka kawasan rumah lah yang akan jadi tapak majlis. bangsal sudah hampir siap dibina di belakang rumah, bersedia untuk plan B. 

Hari ini kosongkan bilik untuk bakal pengantin pulak. bilik saya akan jadi bilik pengantin untuk cousin saya, so kena keluarkan segala harta benda dari dalam bilik. sekarang hanya tinggal sebuah katil single, kipas angin, kerusi untuk letak laptop dan bakul baju saya untuk malam ni. bila nak masuk katil pengantin esok baru keluarkan semua. heee.. semestinya nak memaksimumkan masa untuk menggunakan bilik. selepas ini meringkuk lah atas katil kat bilik sementara.

Barang-barang untuk hias pelamin nanti..

Tak sabar tunggu hari majlis perkahwinan adik saya. ini kali pertama saya dapat hadir majlis perkahwinan adik beradik sendiri setelah tidak dapat balik semasa majlis perkahwinan kakak sulung Jun tahun lepas. agak frust jugak la.. semoga majlis perkahwinan ni nanti berjalan lancar tanpa sebarang masalah. amiin..


Nota Kaki :
kalau ada soalan tanya bila tuan punya blog nak kahwin, soalan tu saya jawab dengan sengih-sengih je. =P

18 comments:

Miss Kira said...

bila tuan tanah nak kawen???


p/s: t kena letak gmbr sengih2 bila jwb soalan ni.. hahaha

Anonymous said...

adik ko ney nikah ya salam?

n4dh!3r4 said...

tak lama lagi tu asada la pulak.. ^_^

Unknown said...

tak sempat nak tnya, tuan belog dah sengih.haha

Angah said...

haha cm tau2 je nak ekna terjah soalan utk tuan punya blog ekehehehehehe

sud@is said...

alah soklan dah terjawab....

[sutera kasih] said...

kmk pk ktk yg mok nikah hehe

Unknown said...

engo pon cam dah x lama dh ni..crikan aku la sorang weh

laskar pelangi said...

Baru nak tanya Asada bila plak. Asada dah jawab siap siap. Ehehe~
Semoga majlis berjalan dengan lancar :)

monalea said...

sik lamak lagik kali nak?

cEro said...

seronok dengar (baca) cerita org yg nak kawin ni..hehehe

zahidahwahid said...

mun ktk kawen boh lupak jemput kmk....kekeke

Madam Sooyaree said...

Bila nak kawen? Hahaha.... nak jugak! :P

miss niedNied said...

tuan blog suda prepare jwpn siap-siap sebelum ditnya . hihihi

meowwmania said...

ohh lama dah tak singgah sini

tahniah utk adik! moga semuanya berjalan lancar ^_^

ceksumolek's said...

bagus2.. abg bagi adik lepas dulu.. hehe :)

caliph shuriken said...

congratz utk adik bro ^^

pameran pengantin said...

Semoga majlis berjalan lancar