Monday, May 28, 2012

ASY Pilih Siti Aisah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Semalam pergi ke majlis persandingan sahabat baik saya, Abdullah Sam Yusup atau lebih dikenali dengan nama Abang Dol. jejaka yang sangat diminati oleh warga ibu-ibu di Sadong Jaya untuk dijadikan menantu. akhirnya beliau pilih Siti Aisah menjadi permaisuri beliau. wollaweh.. sudah jodoh. yang bestnya, saya baru tau pagi tadi Siti Aisah tu adik kawan saya! kawan yang sama belajar di Mesir! 

Actually, saya dan ASY dah kenal sejak tahun 2000. sama sekolah, sama kelas, sama belajar sampai ke Mesir. makan sama pinggan, tidur bersambung katil, baring sebantal. banyak dugaan di tempat orang ditempuh bersama. akhirnya, 22 Mei 2012 beliau menamatkan zaman bujangnya mendahului saya. huhu.. 

Serba putih, berkasut hitam.. ini kali pertama saya berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan kawan-kawan, walaupun ramai kawan saya yang dah kahwin. 

Sempat tarik ASY ambil gambar bersama. ambik berkat pengantin baru. =P 

Seperti biasa, pasti ada soalan tanya bila lagi saya nak kahwin. soalan tu saya akan jawab dengan sengih-sengih je. lalala~ 

Best datang kenduri semalam, ramai kawan-kawan sama sekolah, senior junior yang datang. ada yang dah lebih tujuh tahun tak jumpa. lepas majlis, berziarah ke rumah Ustazah Hadiah yang mengajar matematik masa sekolah menengah dulu, hantar kad jemputan majlis kahwin adik saya. kebetulan rumah ustazah tak jauh dari rumah ASY. 

Tahniah untuk Abdullah Sam dan Siti Aisah. semoga terus bahagia selamanya hingga ke syurga. selamat menjalani kehidupan berumahtangga. tak sabar jugak nak ada anak member yang panggil saya uncle! hahaha.. 

10 comments:

Hans said...

lepas nih ko la plak kan?

miss niedNied said...

wish yg las tuh comel!!! hehehehe

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Lama tak singgah sini..
Selamat pengantin baru untuk pasangan tersebut. Ingatkan Tuanku Siti Aisyah tadi..hehe..

JIJI YU said...

ak nampak cam muka ko lak ada seri pengantin

CIK TOM said...

cik tom tunggu jemputan kahwin dr asada plk..lalala~

Yatie Awang said...

InsyaAllah...nanti sampai masa asada pulak..

jelah said...

kalo nk kawen nnt roger2 blogger..

Maya Lisa said...

hihi ~ kalau asada nak kawen punnnn... meh ajak maya meh.. nak datang ~ insyaAllah ~

Aida Azryn said...

Selamat pengatin baru! eh anda bila lagi? =P

✿ Cik Nisa ✿ said...

anak mmbe jer ker ? hehe